Anda di halaman 1dari 2

9/29/2016

Perjanjiandagang,prasaranadanteknologidimeteraisempenalawatanPMLeekeTokyo,BeritaSetempatBeritaHarian.sg

Perjanjian dagang, prasarana dan teknologi dimeterai


sempena lawatan PM Lee ke Tokyo
Sep 28, 2016 | 12:51 PM

Perdana Menteri Lee Hsien Loong (dua dari kiri) dan perwakilan Singapura bertemu wakil kanan Liga Persahabatan Parlimen Jepun-Singapura. GAMBAR THE STRAITS TIMES

TOKYO: Tiga perjanjian dalam perdagangan, prasarana dan teknologi ditandatangani antara Singapura dan Jepun pada pagi
Rabu (28 Sept) di luar acara persidangan bagi menyambut 50 tahun hubungan dua hala.
Perjanjian itu ditandatangani semasa simposium perniagaan anjuran bersama akhbar The Straits Times dan kumpulan media
Jepun, Nikkei Business Publications, di Universiti Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu di Tokyo.

http://www.beritaharian.sg/setempat/perjanjiandagangprasaranadanteknologidimeteraisempenalawatanpmleeketokyo

1/6

9/29/2016

Perjanjiandagang,prasaranadanteknologidimeteraisempenalawatanPMLeekeTokyo,BeritaSetempatBeritaHarian.sg

Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang berada di Tokyo bagi lawatan rasmi empat hari, akan menyaksikan pertukaran
dokumen dengan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, di luar acara mesyuarat dua hala yang akan diadakan pada petang
Rabu.
Perjanjian perdagangan melibatkan International Enterprise (IE) Singapore dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro),
dan berjanji meningkatkan konektiviti antara dua negara itu.
Ini akan dilakukan dalam tiga cara: berkongsi pengetahuan pasaran dan rangkaian perniagaan melalui lawatan syarikat;
memupuk kerjasama perniagaan; dan melaksana projek bersama di "pasaran negara ketiga", misalnya di Asia Tenggara dan
Asia Selatan.
Dalam ucapannya pada simposium tersebut, Encik Lee berkata agensi perdagangan itu mengalualukan kerjasama rapat
dengan Jetro dan syarikat Jepun untuk menggalak kemajuan teknologi dan inovasi.
Perjanjian prasarana pula ditandatangani oleh pemaju bandar Singapura, Surbana Jurong, dan Perbadanan Pelaburan
Prasarana Luar Japan bagi Pengangkutan dan Pembangunan Bandar (juga dikenali sebagai Join).
Dua syarikat itu akan mengukuhkan kerjasama dan pertukaran maklumat berkaitan projek prasarana yang berpotensi di
wilayah seperti Singapura, Asia Tenggara, India, Timur Tengah dan Afrika.
Perjanjian ketiga ialah antara Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Institut Teknologi Tokyo (TIT).
Di bawah perjanjian baru itu, dua institusi tersebut akan memasuki satu perjanjian kerjasama penyelidikan. Mereka juga akan
bekerjasama dalam pembangunan penyelidikan dan teknologi bersama dalam bidang seperti kejuruteraan sekitaran,
keselamatan dan kejuruteraan nuklear, dan pembelajaran dipertingkat robotik dan teknologi.

(/#twitter)

(/#whatsapp) (https://www.addtoany.com/share#url=http%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2Fsetempat%2Fperjanjian
Kongsi
dagang
(/#facebook)
prasarana
(http://newslink.asiaone.com/ips/NewsPostEnquiryRequest.action?publication=BH&date=09/28/2016&title=Perjanjiandagang,prasaranadan
dan
teknologi
teknologidimeteraisempenalawatanPMLeekeTokyo)
dimeterai
(https://eventreg.asiaone.com/register/newsmine?publication=BH&date=09/28/2016&title=Perjanjiandagang,prasaranadanteknologidimeterai
sempena
lawatanpm
sempenalawatanPMLeekeTokyo)
leeke
tokyo&title=Perjanjian%20dagang%2C%20prasarana%20dan%20teknologi%20dimeterai%20sempena%20lawatan%20PM%20Lee%20ke%20Tokyo&de
%20.%20Baca%20lebih%20lanjut%20di%20BeritaHarian.sg)
0

pm lee (/tags/pm-lee)

tokyo (/tags/tokyo)

RELATED STORIES
PM Lee temui mantan AP di Istana (/setempat/pmleetemuimantanapdiistana)

Sep 22, 2016 | 05:30 AM

(/setempat/pmleetemuimantanapdiistana)
Sokongan pelbagai pihak bantu Northlight berjaya (/setempat/sokonganpelbagai
pihakbantunorthlightberjaya)

Sep 22, 2016 | 05:30 AM

(/setempat/sokonganpelbagaipihakbantunorthlight
berjaya)
PM Lee gesa Asean kekal bersatu, usah berpecah kerana beza pendirian
(/setempat/pmleegesaaseankekalbersatuusahberpecahkeranabezapendirian)

Sep 07, 2016 | 05:30 AM

(/setempat/pmleegesaaseankekalbersatuusah
berpecahkeranabezapendirian)

http://www.beritaharian.sg/setempat/perjanjiandagangprasaranadanteknologidimeteraisempenalawatanpmleeketokyo

2/6

Anda mungkin juga menyukai