Anda di halaman 1dari 1

6.

0 Langkah-langkah Pendidikan ke arah Perpaduan


Hubungan Rakyat
Menerusi konsep 1 Malaysia, kerajaan berhasrat untuk menyatupadukan masyarakat
tanpa mengira kaum bagi membolehkan mereka menikmati kemajuan dan kemakmuran
Negara secara adil dan saksama. Bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun
Doktor Mahathir Muhammad pernah berkata bahawa rakyat yang maju merupakan rakyat
yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran dalam hidup. Oleh hal yang demikian,
antara modus operandi yang perlu dilaksanakan adalah dengan mengadakan perayaan
hari terbuka terutamanya pada musim perayaan. Antara perayaan-perayaan yang banyak
disambut ialah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali. Dengan
mengadakan hari terbuka, hal ini bukan sahaja dapat mengenali dan memahami budaya
dan adat resam masing-masing, tetapi juga dapat menggamit hubungan silaturahim antara
kaum di samping mengeratkan dan mewujubkan integrasi kaum. Dengan itu, persitiwa
negeri pada 13 Mei nescaya tidak akan berulang lagi. Amalan ziarah-menziarah dan
bersalaman amat digalakan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa. Hal ini
juga dapat mewujudkan komunikasi antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai