Anda di halaman 1dari 1

Matematik Tingkatan 3

BAB 1 : GARISAN DAN SUDUT II

1. Rentasan lintang adalah satu garis lurus yang bersilang dengan dua atau lebih garis
selari.
2. Rentasan lintang yang bersilang dengan dua garis selari akan menghasilkan 8 sudut.
3. Terdapat 3 jenis sudut yang berpasangan antara satu sama lain:
i. Sudut sepadan (corresponding angle)
ii. Sudut selang-seli (alternate angle)
iii. Sudut pedalaman (interior angle)
4. Merujuk kepada rajah di atas, PQ adalah rentasan lintang. Apabila ia bersilang dengan
dua garisan selari (parallel lines) RS dan TU, tiga jenis sudut akan terbentuk.
5. Apabila rentasan lintang bersilang dengan dua garisan selari,

Sudut sepadan adalah sama.


Sudut selang-seli adalah sama.
Sudut pedalaman adalah tambahan: jumlah (hasil tambah) sudut pedalaman adalah
180

Sudut sepadan:
e=d
g=b
a=h
Sudut selang-seli:
c=d
e=f
a=b
Sudut pedalaman:
g + d = 180o
e + b = 180o

Amir Faisal 2015. Learning House @ Alam Energia.