Anda di halaman 1dari 3

Tamadun China

Berdasarkan video yang disampaikan oleh Puan Zarina Binti Muhammad, saya dapat
mengetahui bahawa tamadun China mempunyai nilai sejarah dan nilai ketamadunan yang
tinggi. Tamadun ini merupakan salah satu daripada tiga tamadun yang terawal di dunia yang
terletak di Asia..Dari segi geogafi pula, ia meliputi kawasan yang sangat luas.Ia dilingkari
gunug-ganung yang mengunjur dari barat ke timur dan membahagikan kawasanya kepada
tiga lembangan sungai terbesar iaitu Sungai Kuning (Huang He) di utara , Sungai Yangtze
(Chan Jiang) di tengah dan Delta Sungai Mutiara (Zhu Jiang) di selatan.Sungai Kuning
merupakan sungai kedua terpanjang selepas Sungai Yangtze.Sungai ini bermula di
Yagradegze di bahadian barat China mengalir bersama-sama lumpur berwarna kunng yang
sangat subur bagi pertanian. Kemakmuran hasil lumpur yang membangunkan tamadun China.
Dari segi perkembangan, pencapaian, pembinaan dan sumbangan tamadun Cina, tamadun ini
meneliti enam zaman yang penting yang dibahagikan oleh Alan Edward dalam bukunya Cina
the world oldest living civilization. Zaman Awal dan zaman pembentukan , zaman penyatuan,
pembinaan dan kemakmuran , zaman perpecahan dan konflik , zaman perubahan besar,
zaman empayar terakhir serta zaman campur tangan barat merupakan enam zaman yang
penting dalam tamadun China. Era yang ada dalam tamadun Cina ialah era peperangan,
perebutan kuasa, penyatuan, kejayaan, kemakmuran, kestabilan dan pencapaian. Sebagai
contoh, pada penghujung era dinasti Chou di Timur dikenali sebagai era peperangan dan
perebutan kuasa ataupun warring state periode. Namun, pada ketika itu telah muncul satu
aliran yang sangat penting yang dipanggil sebagai hundred school of thinkers yang menjadi
pemangkin kepada subur dan berkembangnya.
Bukan itu sahaja , tamdun Cina juga mempunyai interaksi dan perhubungan dengan tamadun
lain terutamanya tamadun Melayu. Tamadun ini berinteraksi melalui perdagangan,
penghijrahan dan penjajahan. Interaksi antara tamadun ini juga terbahagi kepada dua
lingkungan iaitu bulatan budaya dan luar bulatan budaya.Bulatan budaya adalah interaksi
dengan Jepun dan Korea manakala luar bulatan budaya adalah interaksi tamadun Cina dengan
Asia tenggara, Tanah Arab, Parsi dan Eropah. Interaksi budaya yang wujud ini telah
nenbuktikan bahawa hubungan kebudayaan di antara tamadun khusunya di Timur secara
umunya telah berlaku dengan harmoni.
Di samping itu, kita dapat menelusuri pelbagai falsafah dan sistem kepercayaan
seperti konfusianisme, moisme, Aliran Fa, dan Daolisme menjadi peranan penting kepada
kestabilan , kemakmuran dan kegemilangan Tamadun China. Aliran falsafah Fa iaitu
legalisme yang memainkan peranan penting bagi menyatukan empayar China bersatu di
bawab satu pemerintahan pusat yang kuat iaitu Maharaja Shi Huang Ti .Sistem politik dan
pemerintahan berteraskan dunasti bersifat feudal lazimnya berpegang kepda satu ajaran
falsafah.Contohnya, Konfusianisme menganjurkan pemerintahan 'akhlak', Moisme
menganjurkan pemerintahan 'kebajikan', aliran Fa menganjurkan pemerintahan 'perundangan'
dan akhir sekali ialah Daoisme menganjurkan pemerintahan 'tabil'.
Kesimpulannya, Tamadun Cina mempunyai nilai sejarah dan nilai ketamamdunan yang boleh
kita pelajari dan ia telah banyak memberi iktibar dan nila-nilai positif untuk dijadikan
panduan kepada kita.

Tamadun India
Berdasarkan video yang telah disampaikan oleh Dr. Adlina Abd Halim, saya dapat
mengetahui tamadun India merupakan salah satu tamadun tertua di dunia yang
berpusat di lembah Sungai Indus. Walaupun tarikh sebenar bermulanya tamadun
India sukar dikesan, namun berdasarkan bukti arkeologi, sejarah awal Tamadun
India dikesan seawal 400,000 SM. Tamadun India terletak di antara Lautan Hindi
dan Pergunungan Himalaya dan merangkumi dua bahagian utama benua India
iaitu India Utara dan India Selatan. Tamadun India terbahagi kepada dua
bahagian iaitu India Utara yang rakyatnya dikenali sebagai Indo-Arya dan India
Selatan yang dikenali sebagai Dravida. Orang indo-Arya menggunakan Bahasa
Sanskrit manakala golongan Dravida menggunakan Bahasa Tamil.Pergunungan
Vindhya adalah sempadan pemisah diantara india Utara dan India Selatan.Faktor
bentuk muka bumi di kedua-dua bahagian tersebut menyebabakan berlakunya
perbezaan kebudayaan antara penduduk India Utara dan India Selatan samada
dari rupa bentuk ,Bahasa , budaya dan amalam keagamaan mereka.Masyarakat
Indo-Arya mempunyai daripada empat buah veda iaitu Rig,Yajur, Sama dan
Atharva.Veda merujuk kepada karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur
yang menjadi pegangan kepada masyarakat tersebut.Keempat-emapt veda ini
berpengaruh dalam aspek pemikiran, kepercayaan , amalan, dan kehidupan
kepada masyarakat Indo-Arya.Manakala masyarakat Dravida pula , kepercayaan
dan pemikirannya berasakan mazhab Terdapat 5 zaman prasejarah dalam
Tamadun India iaitu zaman pra-sejarah (400 ribu SM), zaman proto-sejarah
(3000-1500 SM), zaman kuno/vedik (1500-1200 SM), zaman pertengahan (1200
SM-1750 M) dan zaman moden (1750M kini).
Tamadun India tertumpu di Lembah Sungai Indus yang memperlihatkan
kemajuan peradaban dalam Tamadun India seperti sistem keagamaan, organisasi
pertanian dan pertukangan, bahasa dan kebudayaan. Sebagai contoh
penemuan The Great Bath iaitu kolam mandi yang sistematik untuk upacara
keagamaan bagi penganut Hindu di India. Di samping itu,penyebaran pelbagai
agama dalam tamadun india antaranya ialah agama Hindu, agama Buddha,
agama Bahai, agama Jaina, agama Sikh dan agama Islam. Penemuan Candi di
Lembah Bujang, Kedah, merupakan bukti arkeologi kedatangan agama Hindu ke
Alam Melayu. Begitu juga George Coedes (1948) menggunakan istilah
Indianization iaitu Pengindiaan bagi melambangkan proses perluasan
pengaruh tersebut.
Kedatangan agama Hindu ini telah mempengaruhi kehidupan seharian dan adat
resam masyarakat melayu.Amalanadat seperti melenggang perut, bertindik
telinga, dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi kesemuanya merupakan pengaruh
dari kebudayaan India. Namun, adat-adat ini telah disesuaikan dengan ajaran
Islam dan adat-adat yang bertentangan sudah tidak diamalkan lagi. Selain itu ,
masyarakat Chitty telah wujud setelah asimilasi budaya antara budaya asal iaitu
india dan kebudayaan tempatan iaitu melayu. Contohny persamaan budaya
Melayu dari segi pakaian tradisional adalah seperti Kebaya labuh dan bersanggul
bagi kaum wanita, bagi kaum lelaki pula ialah berbaju melayu, berpelekat dan
talapa serta makanan seharian iaitu nasi. Hai ini membuktikan bahawa
tamadun india mempunyai pengaruh yang besar dalam sosialbudaya
masyarakat Melayu.

Bukan itu sahaja, pencapaian dan sumbangan tamadun india dari aspek
kesenian iaitu drama, muzik , tarian, seni bia, seni ukir, dan seni lukis serta dari
aspek sains dan teknologi iaitu subjek matematik, astronomi, fizik ,kimia dan
perubatan ini telah menjadikan tamadun ini sebagai tamadun yang hebat dan
mampu bertahan hingga dekad ini. Pencapaian tinggi Tamadun India dalam
bidang sains dan teknologi ini telah banyak memberikan sumbangan dan
manfaat kepada seluruh masyarakat. Akhinya, tamadun dan masyarakat india ini
akan terus berkembang dengan adanya sokongan yang kuat daripada
keagamaan dan kehidupan mereka yang tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai