Anda di halaman 1dari 2

3.

0 ASAS PEMBINAAN KEFAHAMAN WACANA HUBUNGAN ETNIK


https://www.openlearning.com/content/5617d29b044f853e44d075a7
1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Bagi saya kandungan di dalam buku teks dapat memupuk hubungan etnik dengan cara seperti
penggunaan bahasa yang digunakan di dalam buku teks itu seperti bahasa melayu yang menjadi
bahasa penghantar dan bahasa rasmi di sesetengah sekolah digunakan . Bahasa ini akan
digunakan oleh pelbagai etnik dan ini memudahkan proses komunikasi berlaku . Selain itu , di
dalam buku teks juga terdapat beberapa nilai murni yang diterapkan seperti dalam subjek
pendidikan sivik dan moral , malahan dalam buku teks hubungan etnik juga dapat dilihat isu - isu
yang memupuk hubungan kesepaduan antara pelbagai etnik.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat
pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan pada zaman ini sememangnya dilihat sebagai sebuah mekanisme pemupukan
jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat contohnya dapat dilihat apabila sesebuah konsert ,
pesta atau rancangan realiti mahupun teater dipertontonkan , masyarakat pelbagai budaya hadir
menyaksikan beramai - ramai walaupun persembahan itu tidak mempunyai kaitan dengan
budaya ataupun etnik mereka . Ia juga dapat menarik masyarakat khususnya generasi muda
untuk mengenali, meminati dan selanjutnya mengembangkannya kepada generasi seterusnya.
Industri hiburan juga mempunyai unsur atau mesej yang tersendiri yang juga dapat membantu
dalam memupuk jalinan hubungan masyarakat .
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai
kaum.
Apresiasi dapat diertikan sebagai penghargaan atau penilaian yang positif terhadap sesuatu karya
yang dihasilkan . Seni pula diertikan sebagai hasil ciptaan manusia yang mempunyai nilai nilai . Jadi dapat dirumuskan bahawa apresiasi seni adalah penghargaan kepada hasil karya seni
yang dihasilkan oleh manusia . Contohnya dalam seni lakon , seni tampak , seni suara dan
pelbagai lagi . Setiap masyarakat pelbagai kaum di dalam negara ini mempunyai karya seni
mereka tersendiri dan haruslah diberikan penghargaan dan perhatian agar tidak luput ditelan dek
zaman . Contohnya seperti zapin , tarian singa , bharatanatyam , tarian ngajat , nasyid dan
sebagainya .

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk

satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Oleh
itu perlu ada kawalan atau langkah - langkah yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum
seperti Dasar Kerajaan yang dillaksanakan iaitu sukan sebagai alat perpaduan seperti hari sukan
negara , dasar pendidikan iaitu falsafah pendidikan kebangsaan , Akta Bahasa Kebangsaan dan
sebagainya . Masyarakat juga dapat mengeratkan hubungan dengan mengadakan gotong royong
atau rumah terbuka .
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau
perpaduan?
Jika dilihat , parti politik pada hari ini lebih menjerumus ke arah polarisasi kaum ataupun lebih
dikenali sebagai sikap perkauman . Hal ini kerana amat jelas dilihat segala tindak tanduk parti
politik dan juga pemimpin kebanyakan telah berubah sedikit sebanyak kepada kebajikan kaum
mereka sendiri daripada ke arah perpaduan kaum yang pelbagai. Kesannya berlaku perhimpunan
haram atau tunjuk perasaan kerana sikap tidak puas hati terhadap pemimpin kerana kepentingan
mereka diabaikan.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah
polarisasi kaum atau perpaduan?
Organisasi Bukan Kerajaan yang ada sekarang masih lagi menjerumus ke arah perpaduan kaum
walaupun ada juga ke arah polarisasi kaum . Contohnya seperti MARA , Yayasan Salam
Malaysia , yang masih menitikberatkan perpaduan kaum dan berjuang membantu kerajaan
bersama - sama .
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk
persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional merupakan salah satu warisan sesuatu kaum secara turun temurun .
Permainan tradisional ini juga merupakan platform bagi rakyat untuk bersatu padu dan memupuk
persefahaman antara pelbagai etnik di Malaysia . Antara permainan tradisional seperti congkak ,
batu seremban , konda kondi , sepak takraw , dan sebagainya . Permainan tradisional, merupakan
suatu permainan yang mengandungi cara kehidupan tradisional yang merangkumi cita-cita murni
dan sikap di mana di dalamnya terdapat unsur-unsur antaranya seperti aktiviti, kerjasama,
amanah, daya tahan dan cabaran . Maka ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan pelbagai
kaum .

Anda mungkin juga menyukai