Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti rekreasi seperti aktiviti melancong, berkelah dan bersenam membawa

pelbagai manfaat kepada masyarakat


Aktiviti rekreasi merupakan salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran masyarakat
untuk dilakukan pada waktu lapang. Aktiviti rekreasi boleh diklasifikasikan kepada
dua kategori iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Aktiviti rekreasi aktif ialah aktiviti
yang memerlukan pergerakan badan individu secara aktif seperti berjoging, atau
melakukan aktiviti sukan. Aktiviti rekreasi pasif pula tidak memerlukan individu
banyak bergerak seperti berkelah atau bersiar-siar di taman. hal ini boleh dilakukan
pada bilaa-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di taman rekreasi ataupun
di padang permainan. Kerajaan juga telah menyediakan prasarana yang sesuai di
kawasan tertentu di negara kita bagi kemudahan orang awam berekreasi. Tamantaman rekreasi juga telah dihias dengan tumbuh-tumbuhan yang menyegarkan
semata-mata untuk menarik perhatian ramai pengunjung.
Sudah tentu aktiviti rekreasi ini membawa kebaikan kepada masyarakat. Hal ini
dapat dibuktikan terutama daripada aktiviti melancong. Melancong juga merupakan
salah satu aktiviti rekreasi yang gemar dilakukan oleh masyarakt di negara kita
terutamanya dalam kalangan remaja. Aktiviti melancong sama ada di dalam atau di
luar negara dapat menggembirakan hati yang sedang berduka. Misalnya, masalah
kemurungan atau stres dalam kehidupan dapat dikurangkan dengan aktiviti
melancong. Hal ini tidak menjadi masalah bagi mereka yang berpendapatan rendah
turut boleh melawat tempat-tempat menarik dalam negara kerana tempat-tempat di
negara kita setanding kecantikannya dengan tempat-tempat di luar negara bak kata
pepatah jauh berjalan, luas pemandangan. Apabila pergi melancong, kita akan
mempelajari adat budaya penduduk setempat. Hal ini secara tidak langsung telah
menambahkan ilmu pengetahuan kita.
Selain itu, aktiviti rekreasi lain yang boleh diamalkan oleh masyarakat ialah aktiviti
berkelah. Aktiviti ini juga boleh dilakukan besama dengan keluarga atau rakan-rakan.
Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Begitu juga dengan
para pelajar tatkala sudah penat belajar, aktiviti seperti berkelah dapat
menenangkan fikiran dan mengurangkan stres dalam proses pembelajaran. Ketika
berekreasi, setiap individu perlulah menjaga adab-adab di taman rekreasi seperti
tidak membuang sampah di merata-rata tempat dan menggunakan kemudahan yang
disediakan sebaik-baik mungkin.
Akhir sekali, aktiviti rekreasi ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Dengan bersenam, berkelah dan
melancong, masyarakat akan sentiasa berjumpa dan bergaul mesra sekali gus
dapat meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat
tidak akan menjadi seperti enau dalam belukar yang hanya melepaskan pucuk
masing-masing sebaliknya mereka akan bekerjasama dan beramah mesra ketika
melakukan aktiviti rekreasi.

Anda mungkin juga menyukai