Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PROGRAM SELEPAS PEPERIKSAAN PT3 2016

ANJURAN PANITIA PSV SMK AGAMA KERIAN/ TMUA


PERTANDINGAN MELUKIS MURAL
1.0 Pengenalan:
Program Selepas Peperiksaan merupakan aktiviti yang dirangka khusus untuk para
pelajar tingkatan 3 yang telah tamat peperiksaan PT3. Pelbagai aktiviti telah
dirancang dengan baik agar pelajar dapat mengisi masa di sekolah dengan aktiviti
yang menyeronokkan dan mengekalkan momentum pembelajaran murid dengan
baik. Selain itu , panitia juga dapat merancang aktiviti dengan lebih sistematik untuk
menjalankan aktiviti bersama pelajar. Antara aktiviti anjuran Panitia PSV adalah
mengadakan pertandingan melukis mural antara kelas tingkatan 3. Selain itu
penghayatan sahsiah dan nilai murni dapat diterapkan melalui pertandingan
keceriaan dan kebersihan kawasan sekitar sekolah antaranya di tandas-tandas murid,
di samping mencungkil bakat seni dan kreativiti yang ada pada murid.. Diharapkan
melalui aktiviti teras ini, panitia dapat memenuhi program selepas peperiksaan PT3
dengan menggunakan pelbagai inovasi dan idea untuk merealisasikan aktiviti di atas
bagi mengekalkan momentum pembelajaran pelajar.
2.0 Objektif
1)
Agar dapat mengisi masa terluang dengan merangka aktiviti menarik
sepanjang tempoh berakhirnya PT3.
2)
Agar dapat mengekalkan kehadiran pelajar ke sekolah dengan baik selepas
berakhir peperiksaan.
3) Agar dapat mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid.
4)
Melahirkan individu yang kreatif dan kritis,sesuai dengan saranan kerajaan
yang memerlukan generasi masa depan sebagai pemimpin yang berkaliber.
5)
Memupuk semangat bekerjasama dan mampu bersaing secara sihat bagi
memperoleh kemenangan dalam pertandingan yang dianjurkan.
3.0

Tarikh
04/11/2016 21/11/2016

4.0

Ahli Jawatankuasa
Penyelaras : Puan Halimah binti Mohd Kamaruldin
Pengerusi : Pn Nor Faizatul Shima binti Kamal Bahari
Setiausaha : Cik Saidatul Alwa Hafiza
AJK
: Semua guru mata pelajaran tingkatan 3

6.0 SUMBER KEWANGAN


Sumber Kewangan:Yuran Khas
7.0

RM 1781.60

PENUTUP
Diharapkan agar pertandingan seperti ini berjaya mengisi slot program selepas
PT3 bagi tahun 2016.Di samping itu, diharapkan aktiviti ini mencapai objektif yang
dikehendaki dan berjalan lancar seterusnya dapat mencungkil bakat dan kreativiti
murid dalam penghasilan karya seni yang menarik.Tambahan pula dapat mengisi
masa terluang murid di sekolah selepas penat menelaah ilmu.

Disediakan oleh,
(Pn Nor Faizatul Shima binti Kamal Bahari)
Ketua Panitia PSV
Diluluskan oleh,
(Tn Hj Nor Azam bin Abdullah)
Pengetua SMK Agama Kerian / TMUA

Anda mungkin juga menyukai