kepada guru-guru PJ. Dengan ini, guru-guru PJ akan lebih arif dalam
pengajaran mereka di sekolah.
Sejajar dengan itu, satu perjuangan yang saya harap dapat
dilaksanakan ialah mewujudkan satu blog yang dapat menjadi rujukan
semua guru PJ yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Blog ini
akan dipenuhi dengan maklumat penuh mengenai kemahiran-kemahiran
latihan fizikal dan teknik pedagogi pengajaran yang telah saya pelajari
dalam Kursus Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani. Koleksi
video yang berkaitan Pendidikan Jasmani juga boleh dimuat turun oleh
guru-guru PJ bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pemelajaran.
Selain itu, penyediaan laman sosial seperti facebook di mana guru-guru PJ
dan juga murid-murid dapat berpeluang berkongsi maklumat dan
meluahkan isi hati mereka. Langkah sebegini akan mempercepatkan
perkongsian maklumat dan juga penyelesaiannya.
Seterusnya, sebagai seorang guru cemerlang, saya akan
mengadakan jalingan dan jaringan secara tempatan dan juga dengan
sekolah-sekolah di luar negeri. Hal ni kerana kita harus terus mempelajari
perkara baharu sepanjang hayat dan dengan jaringan sebegini kita akan
dapat memperoleh banyak ilmu dan penyelesaian yang terbaik untuk
masalah yang dihadapi. Misalnya, kita boleh berkongsi maklumat dengan
guru-guru yang pakar dalam PJK bagi memantapkan proses pengajaran
dan pemelajaran. Setiap guru akan mempunyai cara pengajaran yang
berbeza dan kita boleh menggunakan kaedah terbaik mereka dalam
pengajaran kita di sekolah.
Sehubungan itu, sebagai seorang guru cemerlang, saya juga
akan sentiasa memberikan tunjuk ajar dalam menjalankan latihan sukan
misalnya dalam meningkatkan kemahiran ketangkasan, kelajuan, stamina
dan sebagainya. Saya juga akan memastikan pencapaian para murid
dalam bidang sukan di SJKT Ladang Valdor hingga ke peringkat
kebangsaan. Bagi murid-murid yang mendapat ilmu dari pengajaran
Pendidikan Jasmani yang berkesan tadi, mereka boleh menggunakan
aktiviti senaman bagi memenuhi masa lapang dengan berfaedah seperti
bermain bola sepak, bola jaring, badminton, berjoging, senamrobik dengan
kawan-kawan di sekitar perumahan mereka. Pengajaran dan pembelajaran
PJK yang berkesan boleh dicapai sekiranya semua murid mengambil
bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran PJK, murid pula akan
berasa puas hati sekiranya mereka memegang, menyepak, menyentuh
alatan sukan walau sekejap pun pada masa PJK.