Anda di halaman 1dari 5

SMK BUKIT TINGGI, KLANG

JALAN BATU NILAM 1, BANDAR BUKIT TINGGI


41200 KLANG, SELANGOR

PROGRAM KESEDARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

ANJURAN UNIT KESIHATAN SMK BUKIT TINGGI, KLANG

BERTEMPAT:
SMK BUKIT TINGGI, KLANG
JALAN BATU NILAM 1, BANDAR BUKIT TINGGI
41200 KLANG, SELANGOR
TARIKH:
27 SEPTEMBER 2016

1.0

RASIONAL
Persekitaran Bersih Hidup Sihat adalah tema yang penting kerana persekitaran yang

bersih, sihat dan selamat merupakan keperluan asas manusia. Persekitaran perlu dilindungi
dengan baik supaya kita dapat menikmati kehidupan yang sihat pada masa kini dan masa
hadapan. Interaksi di antara manusia dan persekitaran perlu seimbang. Ini adalah kerana manusia
dan persekitaran saling berhubungkait di antara satu sama lain. Sekiranya keseimbangan ini
diancam, kemungkinan besar manusia akan menghadapi pelbagai masalah khususnya masalah
kesihatan seperti penyakit bawaan makanan dan air, penyakit-penyakit bawaan vektor,
pencemaran udara dan lain-lain keadaan yang membahayakan.
Aktiviti-aktiviti dan cara hidup seharian kita sama ada di rumah, sekolah, tempat kerja
dan taman rekreasi boleh mempengaruhi kualiti persekitaran. Oleh sebab itu, program ini
diadakan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid terhadap kepentingan menjaga
kebersihan supaya dapat mengelakkan penyakit dan dapat hidup dalam keadaan sihat sejahtera.

2.0

OBJEKTIF PROGRAM
1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid-murid terhadap menggalakkan amalan
cara hidup sihat dan mesra alam di kalangan murid-murid.
2. Murid-murid akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang kepentingan dan
kaedah menjaga kebersihan dan kesihatan.
3. Menerapkan kepentingan persekitaran yang bersih dan sihat.
4. Amalan kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan murid-murid.
5. Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dan mengikut
prosedur yang betul terhadap murid-murid.

6. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam
menjalani kehidupan harian.
7. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan.
8. Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk
mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.
9. Mewujudkan iklim serta identity sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan
ceria.
3.0

ORGANISASI

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi

: En Mohamad bin Mahfud

Naib Pengerusi

: En. Noriffin bin Md. Ali

Setiausaha

: Pn. Aziani binti Yusof

Bendahari

: Pn. Aziani binti Yusof

(Pengetua SMK Bukit Tinggi)

AHLI JAWATANKUASA KERJA


Juruacara

: Pn. Diwi Sapurin bin Masror

Siaraya

: En. Abdul Shukur bin Tuman

Jurugambar

: Pn. Nadiatul Asyikin binti Othman

Hadiah dan Cenderahati

: Pn. Nurhaziana binti Isnan

Persiapan Tempat

: Pn. Zarina binti Mohamed

Penyelaras Aktiviti

: Pn. Zarina binti Hassan

4.0

ATURCARA TENTATIF

7.30pg-8.30pg :

Majlis Perasmian
-

8.30pg-9.30pg :

Majlis akan dirasmikan oleh Pengetua SMK Bukit Tinggi, Klang

Ceramah Kesihatan
-

Ceramah tentang penjagaan kesihatan di kalangan murid-murid oleh


Jabatan Kesihatan

9.30pg-11.00pg:

Pemeriksaan Kesihatan
-

Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi kuku, rambut dan gigi oleh


Jabatan Kesihatan.

Demonstrasi Penjagaan Gigi


-

Demonstrasi membersihkan gigi untuk murid-murid oleh kakitangan


Jabatan Kesihatan.

11.00pg- 12.00 tgh:

Pertandingan Melukis Poster


Pertandingan Mewarna Poster

12.00tgh-1.00 ptg:

Kuiz Kesihatan
-

Setiap kelas akan menghantar 5 orang wakil untuk mewakili kelas


masing-masing.

5.0

BELANJAWAN

Bil.
1.

Perkara
Makanan dan minuman

Harga
RM 5.00

Kuantiti

Jumlah

37 orang

RM 185.00

JUMLAH

RM185.00

6.0
PENUTUP
Diharapkan program ini akan berjalan dengan jayanya dan mendapat kerjasama dari semua
pihak. Terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

.
(AZIANI BINTI YUSOF)
Guru Kesihatan
SMK Bukit Tinggi

.
(EN. NORIFFIN MD. ALI)
PK Hal Ehwal Murid
SMK Bukit Tinggi

.
(MOHAMAD BIN MAHFUD)
Pengetua
SMK Bukit Tinggi

Anda mungkin juga menyukai