Anda di halaman 1dari 4

Saidatul Nazira binti Mohd Rosley

PISMP PKMP(2) Januari 2013

Tutorial 1 : Sejauhmanakah integrasi nasional dapat dilaksanakan melalui


pendidikan
Umum mengetahui bahawa sistem pendidikan di Negara kita bersifat dinamik yakni
senantiasa mengalami perubahan demi perubahan untuk menambahbaik sistem
pendidikan sedia ada dalam melahirkan insan yang berkembang secara menyeluruh
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sosial. Sistem pendidikan di Malaysia
bukan hanya mementingkan kemenjadian individu dari segi intelek, malah turut
menitikberatkan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyatnya yang berbilang
kaum dan agama.. Ini adalah kerana, pemimpin Negara mulai sedar bahawa
perpaduan adalah elemen penting dalam menjamin keharmonian sesebuah Negara
bagi mengelakkan berulangnya tragedi 13 Mei 1969.
Satu pendekatan penting untuk mewujudkan perpaduan menerusi pendidikan
ialah dengan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar Utama di
seluruh sekolah di Malaysia. Dengan adanya keseragaman bahasa ini, secara tidak
langsung kedudukan Bahasa Malaysia dapat dimartabatkan selain dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan warga sekolahnya dengan berinteraksi menggunakan
bahasa yang sama. Kita sedar bahawa warga di dalam sesebuah sekolah terdiri
daripada bangsa dan kaum yang mempunyai bahasa yang berbeza, dan bagi
mengelakkan wujudnya sentiment rasis dalam kalangan warga sekolah, penggunaan
satu bahasa sebagai satu bahasa rasmi yang wajib digunakan oleh semua adalah
salah satu cara terbaik untuk mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan warga
sekolah.
Selain itu, integrasi nasional turut dapat dilaksanakan melalui pendidikan
dengan adanya kurikulum pendidikan yang sama di seluruh sekolah di Malaysia.
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan
rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang
berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara, di samping menghasilkan modal insan
yang terlatih untuk keperluan negara. Dengan adanya sistem pendidikan yang sama,

adalah tidak menjadi masalah kepada pelajar-pelajar sekiranya mereka ingin berpindah
ke sekolah yang lain atas sebab tertentu kerana walau di mana mereka berada,
kurikulum yang digunakan juga masih sama. Maka, dengan adanya keseragaman ini,
pelajar-pelajar

bukan

sahaja

akan

mudah

menyesuaikan

diri,

malah

dapat

menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar yakni mereka boleh saling


membantu antara satu sama lain walaupun daripada sekolah yang berbeza.
Integrasi nasional juga dapat dilaksanakan melalui pendidikan dengan adanya
sistem peperiksaan yang sama untuk semua murid-murid di setiap sekolah di Malaysia.
Sistem peperiksaan yang sama ini membolehkan semua ,murid mendapat penilaian
yang adil tanpa mengira latar belakang sekolah mereka sama ada sekolah luar bandar
ataupun sekolah dalam bandar. murid-murid akan didedahkan dengan ilmu serta
kemahiran yang sama walaupun hakikatnya mereka datang daripada agama dan
bangsa yang berbeza antara satu sama lain demi mendapatkan keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.
Selain itu, dengan tertubuhnya Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan yang meluas di serata Malaysia, turut menjadikan integrasi nasional dapat
dikembangkan dalam bidang pendidikan negara kita. Ini adalah kerana, dengan
tertubuhnya sekolah ini berbanding sekolah vernakular sebelumnya, semua murid
dapat berkumpul dalam satu tampuk sekolah yang sama tanpa mengira bangsa,
agama, dan juga budaya mereka. Ini bukan sahaja mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan murid-murid malah dapat mengembangkan lagi pengetahuan murid-murid
tentang adat dan budaya kaum lain yang berbeza dengan budaya asal mereka. Hal ini
menjadikan mereka lebih peka dan saling menghormati perbezaan antara satu sama
lain.
Justeru, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memupuk
perpaduan dalam kalangan murid-muridnya. Ini adalah kerana, pada masa akan
datang, Negara kita akan diterajui oleh generasi yang sedang menuntut di sekolahsekolah yang didasari sistem pendidikan sedia ada. Sekiranya integrasi nasional tidak
dilaksanakan melalui pendidikan sedari sekarang, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan
berulang kembali kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingan perpaduan.

Saidatul Nazira binti Mohd Rosley

PISMP PKMP(2) JANUARI 2013

Tutorial 2 : Isu dan cabaran pendidikan semasa khasnya dari aspek kepelbagaian
budaya
Sistem

pendidikan

Negara

kita,

walaupun

sering

dirombak

bagi

tujuan

penambahbaikan, masih tidak terlepas daripada pelbagai isu dan cabaran semasa.
Antara cabaran dan isu terbesar pendidikan yang berlaku dalam Negara kita ialah dari
sudut kepelbagaian budaya kerana Negara Malaysia merupakan sebuah Negara yang
terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Setiap kaum dan bangsa
mempunyai identiti tersendiri yang berbeza daripada kaum dan bangsa yang lain yang
akhirnya mewujudkan pelbagai isu dan cabaran terhadap pendidikan Negara kita.
Antara cabaran pendidikan dari aspek kepelbagaian budaya ialah wujudnya pelbagai
bahasa dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya, dalam sebuah kelas di Sekolah
Kebangsaan yang terdiri daripada murid-murid berbangsa Cina, India, Iban, dan
Melayu akan membawa kepada wujudnya pelbagai bahasa pertuturan. Ini akan
menyukarkan guru terutamanya sekiranya guru tidak memahami bahasa yang
dituturkan oleh murid, dan murid juga kurang faham dengan bahasa yang dipertuturkan
oleh guru. Tidak mustahil juga murid-murid akan mengalami masalah untuk berinteraksi
sesama sendiri kerana penggunaan bahasa yang berbeza dalam percakapan mereka
yang akhirnya membawa kepada wujudnya kelompok-kelompok mengikut kaum. Bagi
mengatasi masalah ini, penggunaan satu bahasa sahaja sebagai bahasa pengantar
adalah sangat perlu bagi memudahkan proses komunikasi selain dapat mengelakkan
kelompok-kelompok mengikut kaun yang boleh membawa kepada sifat rasis dan
prejudis dalam kalangan murid-murid.
Selain itu, cabaran pendidikan yang lain dari sudut kepelbagaian budaya ialah
wujudnya kelompok-kelompok sosial mengikut kaum sahaja. Contohnya murid
berbangsa Cina akan bergaul sesama bangsa mereka sahaja dan begitu juga halnya
kepada murid-murid berbangsa Iban, Melayu, dan India. Sekiranya perkara ini tidak
dibendung dari awal, pelbagai masalah akan timbul di mana mereka berkemungkinan
tidak akan memahami budaya kaum lain selain daripada kaum mereka yang
menyebabkan tiada sefahaman dan tidak saling menghormati. Bagi mengatasi masalah
ini, guru boleh menggalakkan pelbagai aktiviti berkumpulan yang mencampurkan murid
yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk bersatu dalam satu pasukan.

Isu dan cabaran ini sememangnya tiada penghujungnya akan tetapi masih boleh
ditangani dengan strategi yang betul. di sekolah, guru-guru memainkan peranan yang
penting dalam memastikan isu-isu ini berada dalam kawalan agar tidak menimbulkan
masalah yang serius. Pelbagai strategi, teknik serta pendekatan boleh digunakan oleh
semua warga sekolah terutamanya pihak pengurusan, dan para guru-guru bagi
menangani isu dan cabaran berkaitan aspek kepelbagain budaya ini.

Anda mungkin juga menyukai