Anda di halaman 1dari 6

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.


SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Hairan orang empuna temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
Gempar ini akah kurang.
(Dipetik dari Syair Bidasari dalam Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

Soalan 1
i.

Nyatakan apakah yang berlaku kepada negeri selepas raja mangkat?


[2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, apakah akibat yang akan berlaku sekiranya


seseorang pemimpin tidak mengamalkan sikap adil.
[3 markah]

iii.

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya hendak memakmurkan


sesebuah negara.
[3 markah]

Soalan 2
i.
ii.

iii.

Apakah maksud rangkai kata unggas gurda?

[2 markah]

Jika anda merupakan seorang pemimpin,apakah tindakan yang boleh anda


lakukan untuk menghadapi peperangan?
[3
markah]
Pada pendapat anda,bagaimanakah kehidupan seorang pemimpin yang
berkaliber? [4 markah]

Soalan 3
i. Berikan maksud Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah raja Negeri Kembayat bersuka-sukaan ketika memerintah negeri
itu?
Nyatakan tiga alasan anda?
[3 markah]
iii. Huraikan dua nilai murni yang terkandung dalam syair ini.

[4 markah]

Soalan 4
i. Jelaskan tema "Syair Bidasari" ini.

[5 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan yang dinikmati oleh rakyat jelata yang memiliki
pemerintahan yang bijaksana dan adil?
Nyatakan empat kelebihan itu.
[4 markah]

Soalan 5
i. Berikan maksud rangkai kata seisi negeri gundah-gulana.

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh pemimpin sesebuah
negeri apabila negeri tersebut ditimpa bencana?
[3 markah]
iii. Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair di atas.

[4 markah]

Contoh Jawapan
Soalan 1
i.

Nyatakan apakah yang berlaku kepada negeri selepas raja mangkat?


[2 markah]
-

Melayanglah unggas dari angkasa


Unggas gurda sangat perkasa

ii.

Pada pendapat anda, apakah akibat yang akan berlaku sekiranya seseorang
pemimpin tidak mengamalkan sikap adil.
[3 markah]
- Orang bawahan hilang kepercayaan
- Berlaku pilih kasih
- Keadaan huru hara berlaku akibat pertelingkahan
- Berkerja secara terpaksa, atau bekerja kerana hendak akan sesuatu

iii.

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya hendak memakmurkan sesebuah


negara.
[3 markah]
- Memaksimumkan pembangunan Negara
- Melengkapkan infrasturktur
- Pupuk amalan bergotong-royong
- Amalan menghormati sesama kaum

Soalan 2
i.

Apakah maksud rangkai kata unggas gurda?


[2 markah]

Burung besar
Burung garuda

ii.

Jika anda merupakan seorang pemimpin,apakah tindakan yang boleh


anda lakukan untuk menghadapi peperangan?
[3 markah]
Melatih rakyat dengan menggunakan kaedah ketenteraan yang kuat
Menyediakan alatan dan senjata yang canggih untuk tentera
Menyediakan strategi yang berkesan dan bijak supaya musuh dapat
ditewaskan dengan mudah

iii.
-

Pada pendapat anda,bagaimanakah kehiudpan seorang pemimpin yang


berkaliber?
[4 markah]
Sentiasa bersedia dengan cabaran yang mendatang
Sentiasa melawat keadaan rakyat di bawah jajahan takluknya supaya rakyat
kelas pertama dapat dihasilkan
Melakukan banyak hubungan diplomatik dan berpandangan jauh untuk
memajukan negara supaya menjadi sebuah negara yang digeruni dan
dihormati

Soalan 3
i. Raja Negeri Kembayat /baginda sultan telah mangkat.
ii. - Pentadbiran baginda yang cekap itu menjadikan negeri itu harmoni.
- kerukunan hidup rakyat yang bersatu-padu
- keamanan negeri itu daripada sebarang ancaman musuh
iii. - tanggungjawab. Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir
urus negerinya dengan sempurna.
- ketaatan. Contohnya, seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri
Kembayat.
- kebijaksanaan. Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin
rakyat.
- keadilan. Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan
saksama kepada rakyat termasuklah kepada dagang senteri.
Soalan 4
i. cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbir negara. Contohnya, Raja Negeri
Kembayat yang pertama amat bijak dan cekap dalam mentadbir urus negara. Manakala, raja kedua
yang mengambil alih kuasa pemerintahan Negeri Kembayat bersikap garang dan tidak prihatin
terhadap masalah rakyat yang berhadapan dengan serangan burung garuda.
ii. - Pemerintah itu cekap dalam mentadbir urus negara
- pemerintah itu berupaya mengenal pasti punca masalah dan kehendak rakyat
- pemerintah itu boleh melakukan tranformasi pembaharuan dalam tampuk pemerintahan dengan
meletakkan aspirasi dan kehendak rakyat sebagai yang utama.
Soalan 5
i. Maksud - seluruh rakyat berduka cita
ii. Tindakan-tindakan
- mencari jalan menyelesaikan masalah
- memberikan bantuan segera kepada rakyat yang terlibat
- mengadakan mesyuarat bersama-sama pemimpin lain
- melawat ke tempat ditimpa bencana
- meminta bantuan negara luar
iii. Gaya bahasa
- Simile - mendengar gempa seperti perang
- inversi - gempar ini apakah kurang?