Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU 2 (3 OGOS HINGGA 7 OGOS 2015)

Nama

Norhamiza Binti Azman

Major

Sains (SK)

Praktikum

Fasa 2 (27 Julai 18 September 2015)

Sekolah

SK Sungai Kechi, Nibong Tebal

Fokus Masalah

Pengurusan Masa

1.0 Pengenalan.
Proses

menjalani

praktikum

memberi

pelbagai

pengalaman

dan

pendedahan baru kepada saya dalam mengenal pasti pelbagai isu dan
masalah yang sering berlaku di sekolah. Melalui jurnal reflektif mingguan ini,
saya

diberi

peluang

untuk

merenung,

menilai,

dan

meluah

dan

menjadikannya sebagai tapak asas untuk mengambil tindakan susulan atau


penambahbaikan bagi mengatasi dan menyelesaikan sesuatu masalah bagi
meningkatkan lagi keberkesanan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
sepanjang menjalani praktikum.
2.0 Masalah
Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah pengurusan masa
yang tepat sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan
pengajaran

harian

yang

telah

dibuat.

Terdapat

aktiviti

yang

telah

dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi dan
bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya.

3.0 Analisis Masalah

Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa saya


menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang menyebabkan aktiviti dan
isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa dilaksanakan secara pantas.
Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang lama
dari yang dirancangkan.
Hal ini dapat dilihat apabila murid berasa teruja dengan sesuatu aktiviti
yang dijalankan secara tidak langsung mengakibatkan terlalu tertumpu kepada
satu-satu aktiviti sahaja. Namun apa yang saya perolehi hasil daripada
pemerhatian saya terhadap murid mendapati bahawa murid lebih memahami
pengajaran dan pembelajaran secara lebih mendalam kerana apabila dilakukan
aktiviti berkumpulan murid sangat memberi kerjasama sehingga mereka tidak
sedar

akan

masa

yang

bergerak

pantas.

Namun

saya

juga

perlu

mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah penting agar


murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada mereka..
4.0 Cadangan penyelesaian
Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dan
memperbaikinya

dengan memperbanyakkan maklumat dan

pengetahuan

tentang pengurusan masa. Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik


minat murid dengan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi dan
meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti-aktiviti yang
menarik. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing, guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan
rakan-rakan lain.
5.0 Tempoh Masa
Tempoh masa yang dirancang adalah sepanjang praktikum fasa 2 bermula
dari 27 Julai 18 September 2015

6.0 Tindakan Susulan

Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan
menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut
kehendak masa dan tahap penguasaan dan kefahaman murid-murid serta perlu
menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.
7.0 Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan:
Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing saya untuk
memberi penilaian dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya
akan dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.
Pelaksanaan penambahbaikan :

Mengkaji kesilapan
Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan masa
Berbincang dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah

pembimbing.
Merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

8.0 Kesimpulan
Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan
berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.

Tandatangan Guru Pelatih :

Tandatang
an

Pensyarah

Pembimbi

ng :

Anda mungkin juga menyukai