Anda di halaman 1dari 1

Teknik Kumpulan Nominal

Teknik kumpulan nominal adalah satu kaedah membuat keputusan yang


memerlukan ahli kumpulan tersebut mencadangkan dan menilai idea-idea mereka
secara individu sebelum berkongsi idea tersebut dengan ahli-ahli kumpulan yang
lain.Terdapat beberapa langkah yang melibatkan teknik ini iaitu :
Langkah1 : Setiap ahli kumpulan mencatatkan idea mereka secara individu bagi
keputusan atau masalah yang dibincangkan.
Langkah2 : Setiap ahli akan membacakan idea-ideanya kepada semua orang dalam
kumpulannya untuk berkongsi pandangan dengan mereka. Idea-idea tersebut
biasanya ditulis di atas untuk dikaji semula dan rujukan oleh semua ahli kumpulan.
Langkah 3: Satu perbincangan akan diadakan untuk menilai kelebihan-kelebihan
dan kelemahan-kelemahan setiap idea.
Langkah 4: Ahli-ahli akan mengundi secara rahsia dan menulisnya di atas sekeping
kertas. Idea yang menerima paling banyak undi akan diterimapakai dan
dilaksanakan.
Kaedah membuat keputusan ini amat sesuai untuk menjaga kepentingan setiap
pekerja teruatama apabila terdapat individu yang sering mendominasi sesuatu
perbincangan.

Anda mungkin juga menyukai