Anda di halaman 1dari 9

EMM433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

BAHAGIAN A
Penggunaan Projek untuk Pentaksiran Pendidkan Moral
Secara umumnya, setelah dikaji dan dipeljari bermaksud, memantau dan mengetahui
keberkesanan dan kecemerlangan program yang dilaksanakan serta merupakan sebahagian
daripada proses PdP (Sulaiman Shamsuri, 2008). Penilaian merupakan satu proses sistematik
yang dijalankan dengan tujuan mengumpul maklumat untuk membuat suatu tafsiran (Tam,
2006). Pentaksiran adalah satu bahagian penting, bukan sahaja dalam pendidikan, tetapi dalam
kehidupan harian kita. Dalam pendidikan, aktiviti pentaksiran merupakan sebahagian proses
pembelajaran dan pengajaran (PdP). Di sekolah contohnya di sekolah tempat saya mengajar
(Sekolah Kebangsaan Patikang Laut Keningau, Sabah), pentaksiran dalam bilik darjah dijalankan
secara berterusan. Aktiviti pentaksiran bertujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan
murid di mana maklumat atau maklum balas tersebut akan digunakan untuk merancang PdP serta
meningkatkan kemajuan murid. Selain itu, pentaksiran secara offline juga digunakan.
Pentaksiran di sekolah adalah penting untuk mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
dan terperinci, mengetahui keberkesanan PdP serta untuk guru merancang dan mengambil
tindakan susulan.
Proses pentaksiran pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi muridan yang
melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan lengkap dan betul secara
holistik. Murid dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar
terhadap permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis. Proses ini memerlukan
murid mengaplikasikan pelbagai sumber maklumat, mementukan dan mengurus sumber, masa
dan bahan pembelajaran. Murid mempunyai autonomi dalam membina pembelajaran masingmasing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat

Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina kemahiran baru, namun masih
berfokus kepada aktiviti pembelajaran bukannya pentaksiran.Contoh aktiviti : pembelajaran
dalam bilik darjah Projek Amal Sekolahku
Peranan Guru Dalam Pentaksiran Berasaskan Projek:
Membantu murid mengenali strategi pembelajaran yang sesuai dan menepati masa.
Terapkan kaedah inkuari menjana hipotesis, membuat ramalan dan menyelesaikan
masalah supaya post motem dapat dijalnkan dengan mudah.

EMM433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Pastikan murid mempunyai pengetahuan tentang projek yang hendak dijalankan dan

jangan biarkan mereka hilang focus ketika melaksanakan tugasan.


Alat pengukuran informal.
Aplikasi teknik pengukuran mutakhir. Bergantung kepada kaedah.
Wujudkan suasana pembelajaran dan penerokaan. (kognitif)
Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus.

Apakah Kelebihan Pentaksiran Berasaskan Projek


Memberi peluang kepada murid menjana idea mengenai topik tugasan yang dijalankan.
Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu.
Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan

pandangan masing-masing.
Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

Pentaksiran Pendidikan Moral Berasaskan Projek dalam Pembelajaran disokong oleh


konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan murid melalui proses
pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif. PBM merangkumi cabaran kepada keadaan
penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang hendak dibincangkan, melibatkan
penggunaan akal dan fikiran yang kritikal serta menyeluruh, kemahiran meyelesaikan
permasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran
kendiri, gerak kerja berpasukan dan gigih dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan.
Hasil daripada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, murid akan dapat :
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)

Belajar menyelesaikan masalah berdasarkan realiti permasalahan yang sebenar.


Menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills)
Kemahiran menyelesaikan.
Kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.
Kemahiran pembelajaran secara kendiri (self Directed Learning Skills)
Kemahiran bekerja secara berkumpulan
Menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.
Dapat menyelesaikan masalah berkumpulan.
Mengamalkan nilai-nilai murni ketika melaksanakan tugasan.

EMM433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL


Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Ia sebagai satu proses/prosedur yang
sisitematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan
memberikan maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap, Ia merangkumi
aspek pengujian dan pengukuran.

Tujuan Penialaian:
a) Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan murid.
b) Membantu guru membuat perbandingan antara murid dengan murid mahupun antara satu
c)
d)
e)
f)
g)

kelas dengan kelas yang lain.


Membantu perbandingan pencapaian murid dalam subjek tersebut dengan subjek lain.
Menentukan murid yang tinggi keupayaan dengan yang rendah pencapaiannya.
Membantu guru melakukan pengayaan dan pemulihan.
Membolehkan guru menilai bahan dan teknik serta kaedah pengajaran.
Meningkatkan keberkesanan pengajaran.
Pendekatan Tindakan Sosial bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid supaya

dapat bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral dalam menyelesaikan sesuatu
masalah atau konflik moral. Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk bertindak dalam
menyelesaikan konflik atau sesuatu masalah. Pendekatan ini amat menarik keranai ia tidak hanya
tertumpu dengan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Murid berpeluang untuk berlajar
dengan aktif melalui aktiviti seperti projek atau kumpulan tindakan sosial.
Pelaksanaan pendekatan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat melibatkan
murid dan guru dengan alam sekitar, pengguna atau kelab kebajikan. Disamping itu, melalui
pendekatan ini juga murid dapat diterapkan dengan nilai yang lebih meluas. Konsep
penggabungjalinan dan penerapan nilai dapat digunakan dalam pelaksanaan pendekatan ini.
Walaupun pendekatan ini mampu menarik minat murid semasa sesi pembelajaran ia juga
terdapat kelemahannya. Dalam pelaksanaan pendekatan ini sokongan dari orang lain diperlukan
bagi melicinkan projek yang hendak dijalankan. Sebagai contoh, satu projek membersihkan
kawasan kebun getah berhampiran sekolah dirancang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

EMM433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL


bagi tajuk Cintai Alam Sekitar. Bagi melaksanakan projek ini bantuan dan kerjasama dari pihak
keselamatan, PIBG juga diperlukan bagi memastikan keselamatan murid terjamin.

Teknik Projek Dalam Pendidikan Moral memberi peluang kepada guru untuk mentaksir
samada murid mampu memmuridi sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung
dalam aktiviti pembelajaran sama ada dilaksanakan dalam bentuk kumpulan mahupun individu.
Aktiviti projek adalah aktiviti yang melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran
iaitu secara hands-on dan minds-on. Aktiviti ini dapat di jalankan secara membuat pemerhatian
dalam atau luar bilik darjah. ini termasuk mencari, mengumpul dan menganalisis sesuatu
maklumat.
Antara langkah-langkah yang harus diikuti dalam kaedah projek ini adalah guru
menerangkan mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan. Guru menentukan jenis projek yang
sesuai mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal dan mental. Kemudian, guru
menerangkan bagaimana sesuatu projek itu di jalankan. Guru dan murid menentukan kumpulan
kerja. Pengawasan murid dilakukan oleh guru secara terbimbing semasa aktiviti berlangsung.
Kemudian hasil murid dikumpul dan dipamerkan serta dinilai. Rumusan akhir dan refleksi
diadakan di akhir aktiviti. Kaedah projek dapat melibatkan diri murid dalam perancangan dan
menghasilkan rancangan mereka serta menerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab.

BAHAGIAN B

EMM433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL


Setelah diperhatikan, nilai yang dipilih ialah KEADILAN. Pelbagai kaedah boleh
diguna pakai bagi menentukan sama ada murid telah mencapai sesuatu band atau tidak.
Pemerhatian yang dilaksanakan adalah berdasarkan pemerhatian secara lansung dengan muridmurid SK PAtikang Laut. Antara bentuk pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,
pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Bagi memudahkan
kefahaman tentang kaedah pentaksiran dan penentuan band yang selayaknya murid tersebut
dapat, contoh dan penjelasan akan diberi mengikut tafsiran band yang telah ditetapkan.
Untuk band 1 iaitu murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara yang asas. Merujuk kepada dokumen standard pendidikan
moral, tahap penguasaan band 1 memerlukan murid menyatakan cara bersikap adil kepada jiran.
Jadi apa yang boleh dilakukan guru ialah menyediakan satu lembaran kerja dan meminta murid
menyenaraikan cara-cara bersikap adil kepada jiran. Murid yang dapat menepati skor-skor
tertentu akan dikira melepasi tahap penguasaan sekali gus melayakkan murid untuk mendapat
band 1 bagi tajuk keadilan.
Seterusnya, daripada pemerhatian, Band 2 di dalam tajuk keadilan ini pula memerlukan
murid menceritakan kepentingan bersikap adil terhadap jiran. Di sini, guru boleh mengambil
aktiviti dialog, berlakon, mencipta simulasi berkaitan tajuk. Sekiranya murid dapat menceritakan
semula, ataupun berkomunikasi tentang kepentingan bersikap adil terhadap jiran, guru boleh
memberi band 2 kepada murid tersebut.
Tafsiran seterusnyya adalah untuk memerhatikan murid-murid yang menguasai band 3
mengehendaki murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
pada suatu situasi. Untuk menilai aspek ini di bawah tajuk keadilan, guru perlu memastikan
murid boleh menunjuk cara bersikap adil terhadap jiran dalam sesuatu situasi dengan bimbingan.
Antara bentuk pentaksiran yang boleh digunakan ialah kad arahan dan mencipta situasi. Guru
mencipta satu situasi atau masalah yang memerlukan murid menunjukkan cara mengatasi
masalah tersebut dengan menunjukkan nilai mengikut tema yang ditetapkan. Jika murid tersebut
boleh dan dapat menunjukkan cara, murid tersebut layak untuk memperoleh band 3 dalam tajuk
tersebut.
Band 4 pula memerlukan murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara sistematik. Di bawah tafsiran band 4 ini, murid dikehendaki

EMM433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL


untuk mendemonstrasikan cara bersikap adil terhadap jiran dalam pelbagai situasi. Seakan sama
dengan tafsiran band 3, namun begitu pada band 4 ni, murid dikehendaki melakukan demonstrasi
tanpa bimbingan guru. Guru memberi arahan ataupun situasi tertentu, murid berfikir dan
membuat demonstrasi perlakuan yang sesuai dengan situasi tersebut di hadapan kelas. Murid
yang berjaya melakukan demonstrasi ini dan tepat dengan situasi yang diberi, murid tersebut
layak untuk memperoleh band 4.
Namun, untuk menentukan sama ada murid tersebut telah mencapai band 5 pula, murid
melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Dalam topik keadilan, band 5 diperoleh murid
mengamalkan cara bersikap adil terhadap jiran dalam kehidupan seharian.
Bagaimanakah kaedah pentaksiran yang sesuai untuk memastikan murid mengamalkan
cara bersikap adil terhadap jiran dalam kehidupan seharian mereka?. Pada pendapat saya, guru
boleh menyediakan satu senarai semak ataupun soal selidik dan perlu dibawa pulang ke rumah.
Soal selidik tersebut hendaklah dilengkapkan oleh jiran dan ditandatangani oleh jiran yang telah
melengkapkan soal selidik tersebut. Bagi mengelakkan ketirisan berlaku, murid dikehendaki
menyertakan dokumentasi bergambar bersama jiran mereka semasa mengisi soal selidik tersebut.
Sekiranya skor pada soal selidik itu berjaya mencapai standard yang telah ditetapkan guru, maka
guru boleh memberi band 5 kepada murid tersebut. Namun begitu, untuk memberi band 5 kepada
murid, murid perlulah mencapai band 4 terlebih dahulu.

Akhir sekali, band 6 ataupun band yang tertinggi dalam pentaksiran, murid berupaya
menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara
sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. Bagi mencapai band 6,
pelbagai cara pentaksiran yang perlu dijalankan guru. Murid mengamalkan cara bersikap adil
terhadap jiran dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi. Sekiranya band 5 memerlukan
murid mengamalkan sikap adil sesama jiran, band 6 pula mengehendaki amalan murid tersebut
boleh dicontohi oleh sesiapa sahaja. Justeru itu, satu penilaian secara keseluruhan perlu
dijalankan. Selain instrumen soal selidik, guru boleh menggunakan instrumen temu bual antara
ahli keluarga, masyarakat setempat, guru dan jiran terdekat murid. Sekiranya, hasil temu bual

EMM433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL


menepati standard penskoran guru bagi melayakkan murid mendapat band 6, maka murid
tersebut akan mencapai band 6 dalam nilai keadilan.
Dibawah merupakan gambar rajah huraian secara lengkap mengenai nilai Keadilan dan
bagaimana ia dihuraikan dalam tahap penguasaan dan tingkah laku murid-murid di SK Patikang
Laut.
BAND

TAHAP PENGUASAAN
Murid menyatakan cara

TINGKAH LAKU
1. Murid menyenaraikan 5 cara bersikap

bersikap adil kepada jiran di

adil kepada jiran.


2. Murid menulis 5 tingkah laku yang

dalam kumpulan dan bentang


di hadapan kelas.

menunjukkan sikap adil kepada jiran.


3. Murid menjawab 5 soalan kefahaman
berdasarkan tajuk
1. Secara berpasangan,
bersikap adil.
2. Murid membentangkan

kepentingan bersikap adil


terhadap jiran kepada

kumpulan

keseluruhan kelas

Murid menunjuk cara

kerja

kepentingan
kelas

tentang kesan bersikap adil kepada jiran


Guru
menunjukkan
satu
video
mengenai

bersikap adil terhadap jiran

pembuangan

sampah

di

antara rumah kamu dan rumah jiran,

dalam sesuatu situasi dengan


bimbingan guru.

berkaitan

hasil

bersikap adil terhadap jiran.


3. Murid menceritakan kepada
1.

boleh

menyatakan secara lisan kepentingan

Murid menceritakan
2

murid

cipta satu lakonan bagi menyelesaikan


perkara

tersebut.

Lakonkan

Murid mendemonstrasikan

penyelesaian tersebut di hadapan kelas.


1. Guru memberi gambar berkenaan

cara bersikap adil terhadap

pokok buah mangga yang tumbuh

jiran dalam pelbagai situasi.

di

Melalui sketsa.

hadapan

rumah.

mendemonstrasikan

Murid

bagaimana

buah tersebut dibahagikan sama ada


sekiranya

buah

yang

gugur

dijadikan hak miliknya mahupun

EMM433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL


dibahagikan sama rata sesama jiran.
Murid mengamalkan cara

1.

Murid sentiasa bersikap adil sesama

2.

jiran.
Murid

3.

apabila jiran mengalami kesusahan.


Sentiasa mengambil berat tentang

bersikap adil terhadap jiran


dalam kehidupan seharian.
5

Sekali lagi murid dalam


kumpulan membuat sketsa

tidak

mementingkan

diri

jiran.

pendek.
1. Murid berlaku adil sesama jiran dan
Murid mengamalkan cara

anak-anak

bersikap adil terhadap jiran


6

setempat

mencontohi

perilaku murid tersebut. Sebagai

dalam kehidupan seharian

contoh, murid tersebut memotong

dan boleh dicontohi.

rumput yang tumbuh di hadapan

Beberapa orang murid

rumahnya berserta rumah jirannya.

memberikan contoh
Salah satu objektif Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk menempatkan
murid-murid kedalam band-band yang bersesuian dengan tahap kemahiran mereka.
walaubagaimanapun autonomi telah diberikan kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
berdasarkan kesediaan murid sangatlah penting pada permulaannya. PBS membantu guru dan
murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan
mengikut keperluan murid. Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan
murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di
sesuatu tahap pembelajaran. Bagi mengelakkan ketidakadilan berlaku, guru seharusnya
menetapkan satu skor standard yang telah ditetapkan di dalam mesyuarat panitia ataupun yang
telah dipersetujui bersama oleh para guru setelah meneliti kesesuaian murid di sekolah tersebut.
Skor tersebut haruslah dipatuhi oleh guru setelah pentaksiran berlaku. Adalah diharapkan dengan
cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan
dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai
sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju.

EMM433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

BAHAGIAN C

Anda mungkin juga menyukai