Anda di halaman 1dari 24

BAHAGIAN A

1.0

Pengenalan
Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan

Penyebaran

menerusi

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

atau

information

technology and communication (ICT). Oleh kerana kuatnya pergantungan kepada


teknologi maklumat itu, maka abad ke-21, dicirikan sebagai abad teknologi maklumat
dan komunikasi. Masyarakat Malaysia hari ini merupakan masyarakat yang hidup dalam era
globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat bergantung
kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, dan pembaharuan
dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan hidup seharian.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyesuaikan diri dengan perubahan ini
dengan memperluaskan penggunaan ICT di sekolah dan di institusi pendidikan tinggi.
Ini bermula dengan memperkenalkan subjek-subjek berkaitan seperti Perkomputeran
dan Teknologi Maklumat untuk pelajar di peringkat menengah dan mendirikan Sekolah
Bestari untuk mendedahkan murid-murid dari peringkat rendah lagi kepada komputer yang
digunakan untuk proses mengajar dan belajar. Namun usaha kerajaan ini tidak akan berjaya
jika anggota masyarakat tidak dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan ICT.
Pengalaman di Negara maju menunjukkan empat keperluan perlu ada jika kerajaan dan
masyarakat ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan masyarakat kepada teknologi
maklumat dan komunikasi.
Keperluan

itu

ialah

sikap

penduduk

dan

pelajar

mestilah

positif

dan

bersedia untuk berubah, prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap
dan mencukupi, tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi
maklumat mestilah mahir dan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya
itu.ICT itu berlaku di kalangan remaja-remaja di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di
Malaysia.
1.1

Tujuan Dan Rasional Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Penjodoh Bilangan
dalam kalangan murid Tahun Tiga. Selain itu, kajian yang dijalankan secara kuasi eksperimen
ini juga turut membincangkan dua aspek iaitu keberkesanan penggunaan komputer dan juga
isu berkaitan gender.
Rasional kajian ini dijalankan adalah agar dapat menarik minat murid dalam
mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer merupakan satu kaedah pengajaran yang menggunakan computer


dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaannya kini dilihat semakin penting
khususnya dalam meningkatkan kefahaman murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran aspek tatabahasa juga menjadi sangat penting dalam bahasa
Melayu di mana aspek tatabahasa merupakan antara aspek yang perlu dikuasai oleh murid
sebelum murid pergi ke peringkat yang lebih tinggi dalam pengajaran bahasa.
Tanggungjawab seorang guru dalam mengajar tatabahasa semakin mencabar, terutamanya
apabila berhadapan dengan murid sekolah rendah yang masih kurang jelas tentang
penggunaan system bahasa. Namun dengan kemjuan teknologi, kaedah pengajaran di sekolah
boleh dipelbagaikan dengan menggunakan perisian computer sebagai bahan bantu mengajar.
Kesimpulannya, penggunaan computer dalam pengajaran dan pembelajaran mampu
untuk meningkatkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di samping dapat
meningkatkan kefahaman murid dengan mudah dengan adanya penggunaan tekonologi
mahupun komputer.
1.2

Dapatan Kajian

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan computer dalam pengajaran dan
pembelajaran Penjodoh Bilangan memberi kesan positif kepada murid. Dapatan kajian
menunjukkan murid yang didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih
baik min skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Dari segi gender, murid lelaki
secara signifikan lebih baik min skor bagi ujian pasca iaitu (min = 27.60, Sisihan Piawai =
2.675) berbanding murid perempuan (min = 22.75, Sisihan Piawai = 5.665) bagi kumpulan
rawatan. Sebagai tambahan, murid lelaki daripada kumpulan rawatan (min = 27.60, Sisihan
Piawai = 2.675) secara signifikan lebih baik min skor bagi ujian pasca berbanding dengan
murid dalam kumpulan kawalan (min = 14.50, Sisihan Piawai = 5.416) . Pada masa yang
sama, murid perempuan daripada kumpulan rawatan (min = 22.75, Sisihan Piawai = 5.665)
memperoleh min skor lebih tinggi bagi ujian pasca berbanding murid perempuan daripada
kumpulan kawalan (min = 14.36, Sisihan Piawai = 5.813).
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah penting memandangkan ia mampu meningkatkan kualiti pengajaran (Gulbahar &
Given, 2008), meningkatkan daya ingatan (Abdul Wahab, Kamaliah & Hasrina, 2006),
memotivasikan murid (Leask & Panchler, 2005) dan murid boleh berinteraktif secara aktif
dan kreatif (Volman & Eck, 2001). Penggunaan computer dalam p&p Bahasa Melayu masih
belum digunakan secara meluas. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan perisian untuk
digunakan oleh guru semasa di dalam kelas. Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa

penggunaan perisian computer bagi tajuk tatabahasa Penjodoh Bilangan telah secara
signifikan memberi kesan positif ke atas murid berbanding pengajaran secara kawalan.
Dalam analisis berdasarkan kepada gender menunjukkan kumpulan murid yang
belajar menggunakan kaedah kawalan tidak menunjukkan perbezaan pencapaian Antara
murid lelaki dan perempuan. Namun dapatan ini menunjukkan perbezaan apabila kajian
dijalankan ke atas kumpulan rawatan bagi murid lelaki dan murid perempuan. Murid lelaki
dalam kumpulan ini lebih baik min skor berbanding murid perempuan.
Secara keseluruhannya, hasil daripada keputusan kajian mendapati penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat berkesan. Penggunaan computer
dilihat mampu memberi impak positif kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran
Tatabahasa

Penjodoh

Bilangan

berbanding

dengan

kumpulan

kawalan.

Malahan

perbandingan dari segi gender juga menunjukkan terdapat signifikan bagi kumpulan yang
didedahkan menggunakan komputer. Kajian ini telah memberi gambaran bahawa penggunaan
computer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah penting memandangkan
penggunaannya mampu membantu murid dalam memahami tajuk Penjodoh Bilangan dengan
baik.
1.3

Implikasi Dapatan Kajian

Menurut Kamus Dewan (1998), komputer didefinisikan sebagai alat elektronik yang
menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, mengarah sistemnya dan
mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Penggunaan ICT dalam P&P
memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tepat dan berfokus. Peranan guru dalam
mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari
persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru
dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P
kurang berkesan.
Justeru itu, beberapa pengubahsuaian perlu dibuat dari segi penggunaan media
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju hanya akan tercapai sekiranya setiap golongan masyarakat, kaya dengan
maklumat dan bersedia menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Maka, golongan
pelajarlah yang menjadi sasaran penting kerana mereka merupakan penggerak sebenar
kemajuan negara di masa hadapan. Oleh itu, guru terlibat secara langsung memberi komitmen
dan tumpuan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat. Walaupun begitu, timbul
keraguan tentang sejauh manakah guruguru dapat menggunakan komputer dan ICT dengan
berkesan di dalam proses P&P di kelas. Menurut Zoraini Wati Abas (1996), tidak ada

gunanya jika komputer digunakan tetapi guru tidak mahu menggunakannya dengan baik dan
pelajar tidak mendapat manfaatnya. Oleh itu, pengetahuan mengenai komputer adalah
menjadi satu perkara yang wajib untuk membolehkan negara maju bergerak ke hadapan.
Selain itu, peranan komputer dalam pendidikan bagi mewujudkan situasi
pembelajaran yang dikehendaki amat diperlukan. Teknik pengajaran dan pembelajaran
dibantu komputer boleh mencetus suatu revolusi baru dalam pendidikan. Tidak hairanlah
suatu hari nanti fungsi guru yang selama ini bertumpu sebagai tenaga pengajar akan bertukar
menjadi sebagai penasihat atau pembimbing sahaja. Tugas pengajaran akan di ambil alih oleh
komputer pula. Penyampaian dalam bilik darjah yang selama ini adalah secara berkumpulan
dalam kelas turut akan berubah ke arah yang lebih bersifat individu atau dalam kelompok
kecil dan menjadikan proses pembelajaran lebih aktif dan berkesan.
Penggunaan komputer dalam pendidikan pula yang dahulunya agak lembab dan kerap
kali menemui kegagalan kini cuba dibangunkan semula dalam bilik-bilik darjah untuk
memainkan peranan yang lebih aktif dalam pendidikan global hari ini. Malaysia tidak
ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Adalah
diharapkan agar teknologi ini akan memainkan peranan yang lebih menonjol dalam proses
pendidikan dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti. Apa yang
diperlukan ialah tenaga pengajar yang kreatif, berdaya maju dan sanggup mempelajari
sesuatu yang baru khususnya teknologi komputer dalam pendidikan. Kreativiti guru boleh
dipupuk dan dikembangkan melalui minat dan usaha.
Integrasi ICT dalam bilik darjah merupakan perkara yang penting memerlukan
sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah,guru ,murid
dans emua pihak sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan
fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketranpilan ICT untuk
diterapkan didalam proses pengajaran dan Pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin
sekolah dalam membina polisi,pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program
pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus
dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran
pembelajaran.
Kesimpulannya, penggunaan computer ataupun ICT semasa pengajaran tatabahasa
Penjodoh Bilangan mampu meningkatkan tahap penguasaan murid. murid lebih mudah
tertarik dan memahami apa yang diajar menggunakan ICT. Hal ini disebabkan penggunaan
ICT mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembalajaran di dalam

kelas. Jurang antara murid lelaki dan murid perempuan juga akan dapat dikurangkan jika
guru menggunakan komputer secara sama rata di dalam kelas.
BAHAGIAN B
Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak
diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang
mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata
pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah
sesuai dengan perkembangan teknologi siber dan akses kepada internet yang semakin maju.
Kaedah pengajaran konvensional seperti chalk and talk semata-mata kurang berhasil
menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan
kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.
Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan
banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan.
Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan
bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan
pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain memberikan cabaran kepada guruguru di sekolah. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan
pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi
membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu
topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan
pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah
menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di
peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran
terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga
dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan
sekolah rendah dan menengah.
Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan
kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di
dalam bilik darjah. Abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan
dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan
sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah
meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam

mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran
yang telah dibentuk.
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi jarang sekali diaplikasikan di dalam
kelas. Umumnya, ini kerana kemudahan makmal komputer untuk mempelajari bahasa
sangatlah terhad di kebanyakan sekolah. Namun begitu, ada juga sekolah yang mempunyai
kemudahan lengkap untuk mempelajari kemahiran ICT. Sikap positif dan inisiatif guru unuk
menggunakannya adalah sangat penting dalam soal ini. Adakah semua guru bahasa Melayu
berupaya menyediakan perisian atau bahan bantu mengajar

yang sesuai sebelum

menjalankan pengajaran bahasa yang menggunakan komputer? Tambahan pula, guru bahasa
tidak diberikan apa-apa bahan bantu mengajar elektronik seperti komputer riba atau LCD
untuk menyampaikan pengajaran bahasa seperti yang diberikan kepada guru subjek lain.
Perhatikan amalan guru dan kemudahan yang disediakan
Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang telah dijalankan di sekolah saya, tahap
penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah rendah kerana guru tidak
selesa mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer. Dari segi perisian pengajaran
pula terlalu sedikit pengetahuan tentang penggunaannya. Manakala penggunaan internet
disekolah banyak kekangan yang perlu dihadapi ketika melayarinyaterutama daripada segi
teknikal dan capaian internet yang mengakibatkan mereka kurang menggunakan bahan
tersebut di dalam pengajaran. Selain itu faktor lain seperti

masalah pendedahan dan

kemudahan yang yang disediakan di sekolah.menjadikan mereka kurang menggunakan


internet.

Aspek minat juga mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Guru berminat

menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakannya.


Mereka juga kurang berpeluang untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilan
bahan perisian komputer.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi
budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi
ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi
guru. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru
merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam
kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan

sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat
giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi
maklumat.
Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan umur, guru yang muda
mempunyai sikap yang positif terhadap komputer berbanding guru yang lebih berusia. Ini
adalah kerana guru-guru muda ini telah terdedah dengan komputer sama ada di sekolah
mahupun di universiti sedangkan golongan guru yang lebih berusia tidak mengalaminya.
Justeru itu, ia meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya. Kebanyakan guru tidak
memahami bagaimana hendak menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di
kelas dan ada di kalangan guru menyatakan tidak bersedia menggunakan komputer dalam
pengajaran, tetapi bagikumpulan guru yang lebih muda, yang membesar dan belajar dengan
menggunakan komputer lebih berkeyakinan menggunakan komputer berbanding guru-guru
yang telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap positif terhadap komputer juga adalah lebih
bersedia menggunakannya berbanding dengan guru yang bersikap negatif terhadap komputer.
Berdasarkan beberapa kajian lepas juga, keengganan guru untuk berubah juga faktor
signifikan yang mempengaruhi sikap guru. Ini didorong oleh sikap yakin terhadap teknik
pengajaran dan pembelajaran konvensional yang dianggap relevan dengan sistem
peperiksaan. Golongan guru ini berpendapat bahawa jika keputusan peperiksaan yang
diperoleh pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mengapa harus mengubah apa yang
sedia baik untuk pelajar.
Secara keseluruhannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin
berkembang, guru seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan. Matlamat ini
menuntut sikap positif guru terhadap teknologi maklumat dan inisiatif ini boleh dimulakan
dengan mengintegrasikan aplikasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya
akan memanfaatkan golongan pelajar.
Temu bual beberapa guru bahasa Melayu tentang penggunaan teknologi
o

Apakah jenis teknologi digunakan oleh guru bahasa Melayu?


Kemudahan komputer dan alat teknologi merupakan elemen penting untuk

mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilangan komputer


hendaklah mencukupi dalam setiap sesi pembelajaran dimana tiada istilah sebuah komputer
untuk kegunaan 2 atau 3 orang pelajar. Selain itu, talian internet amat diperlukan bagi setiap
pelajar untuk mencari maklumat tambahan dan bahan rujukan bagi sesuatu matapelajaran. Ini
dapat meningkatkan pengetahuan pelajar disamping kemahiran memproses dan menganalis

data. Dengan adanya kemudahan internet juga, guru dan pelajar boleh menjalankan sesi
pembelajaran secara forum. Pelajar dapat bertanyakan pelbagai soalan mengenai sesuatu
topik secara terus seperti sesi pembelajaran di kelas. Guru akan memberi respon kepada
pelajar dengan cepat dan pantas. Disamping itu, penggunaan komunikasi elektronik (email)
amat di galakkan untuk bertukar-tukar idea mengenai pelajaran dengan guru dan pelajar dari
sekolah lain. Mereka dapat menerima bahan pembelajaran dalam pelbagai bentuk seperti
teks, video, animasi dan sebagainya yang mampu meningkatkan lagi pemahaman tentang
sesuatu konsep. Sekolah juga dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran interaktif
berbentuk CD.
Berdasarkan kajian Mayer dan Chandler (2001), animasi yang dibina berlandaskan
teori atau prinsip amat berkesan untuk meningkatkan kefahaman para pelajar. Semasa
pembentangan dijalankan, guru dan para pelajar boleh menggunakan alat pemancar
(projector) yang disambung ke komputer dan boleh disaksikan di papan layar putih.
Pembentangan itu akan menjadi lebih menarik dan bermanfaat jika disertakan video atau
animasi berkaitan topik yang dibentangkan.
Melalui integrasi ICT, beberapa perubahan berlaku dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada
pengajaran berpusat pelajar. Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar ini membenarkan
pelajar mengambil peranan yang lebih proaktif, bekerjasama dengan pelajar lain,
menggunakan bahan-bahan pembelajaran pelbagai serta melalui pengalaman belajar dan
kemahiran menilai yang boleh dimanfaatkan sepanjang hayat mereka.

Berapa kerap teknologi digunakan?


Apakah alasan-alasan yang diberi oleh guru untuk tidak menggunakan
teknologi?
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

dilaksanakan mengikut kadar yang masih kurang dan jarang dilaksanankan.


Pada dasarnya perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang berikut :
1. Kekurangan Kemahiran
Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai
kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak
lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam
pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan
kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan
sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan artificial yang penting dalam era ICT.

Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang
menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran elektronik di
sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah.
2. Kekurangan Masa
Masalah yang sering dikemukakan oleh guru-guru Bahasa Melayu ataupun guru-guru
mata pelajaran lain ialah tentang kekurangan masa sama ada untuk mencari maklumat dari
internet dan menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahan pengajaran
menggunakan komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru-guru tidak sempat
meneliti bahagian-bahagian perisian yang sesuai digunakan bagi tahap pencapaian pelajarpelajar yang tertentu. Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor yang menghalang
penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Seorang guru memerlukan masa
yang

khusus di luar waktu sekolah bagi membuat persediaan yang melibatkan pengunaan

ICT yang kadang kala sedikit rumit. Persediaan untuk pdp menggunakan ICT memerlukan
perancangan yang baik untuk memastikan pdp dijalankan dengan lancar, teratur dan
berkesan.
3. Kekurangan Prasarana dan bahan sumber
Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT
negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah
menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir
komputer. Satu cabaran penting ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini
bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan
keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya. Kecanggihan
kemudahan ICT yang terdapatdi sekolah pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak
komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada
yang memiliki sambungan kepada Internet,ada yang tidak. Cabaran masa kini dan akan datang dalam
sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan
pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja tidak
menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap guru dan pelajar terhadap
penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya sebagai
kaedah pengajaran pembelajaran.

4. Kurang mahir

Kurang mahir terhadap penggunaan alatan canggih atau berteknologi tinggi


merupakan salah satu faktor mengapa guru tidak berminat atau kurang menggunakan ICT
dalam pdp bahasa Melayu.

5. Kekurangan Latihan Dan Bantuan Teknikal.Di dalam penggunaan ICT,


Bukan semua penggunaan ICT berjalan dengan senang dan lancar tanpa ada masalah
yang berkaitan dengan aplikasi ICT. Tidak semua sekolah yang ada pegawai teknikal khas
yang mengendalikan peralatan ICT di sekolah dan dapat memberi bantuan teknikal. Ini
menyebabkan guru-guru melepaskan sahaja masalah yang dihadapi jika berlaku kerosakan
kepada sistem komputer. Masalah yang berlaku dalam sistem komputer tersebut
menyebabkan guru merasa tidak mengambil endah akan masalah yang dihadapi.
6. Guru Kurang Pengetahuan Dan Kemahiran Tentang Komputer
Guru-guru yang menggunakan pengaplikasian ICT ini bukanlah semuanya
mempunyai kemahiran berkaitan dengan komputer, malah mereka tidak mengambil subjek
yang khusus mengenai kemahiran komputer sebagai subjek sampingan. Ini menyebabkan
guru-guru bahasa Melayu mempunyai kemahiran komputer yang asas sahaja dan ia
mempengaruhi keyakinan mereka dalam mengaplikasikan penggunaan ICT didalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
7. Sumber kewangan Yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi
membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada
pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap
penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana
yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar
supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar. Perubahan ini akan memberikan
cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan
pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi
teknologi.
8. Kurang Inisiatif Untuk Memantapkan Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Dalam
Mengintegrasikan ICT Dalam Bilik Darjah

Kebiasaan guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ini


menggunakan sumber primer seperti bahan bercetak, buku teks dan lain-lain untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar. Disebabkan oleh
penggunaan ICT ini mengambil masa yang lama semasa proses memasukkan maklumat serta
semasa ingin memulakan sesi pengajaran. Kadangkala berlaku permasalahan terhadap
perisian komputer, jadi para guru mengambil inisiatif untuk melakukan proses pengajaran
secara tradisional sahaja yang mana proses pengajaran hanya berlaku di dalam kelas sahaja.
9. Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus
Daripada temubual dengan beberapa guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer
untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah utama yang dihadapi mereka
adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana menurut mereka penggunaan internet
memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap merekabersedia
menggunakan komputer dalam pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk
membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun
mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal
tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital.

10. Sikap Negatif Guru


Terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk
membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Ledakan teknologi ICT memberi
cabaran baru kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah yang masih belum
mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu
termasuk komputer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam sekolah telah
membuka perspektif baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada
sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi
maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam
pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya.

Sejauh manakah guru mahir dan minat menggunakan teknologi?


Adalah kemudahan teknologi mencukupi?
Sejajar dengan perkembangan dunia terkini, penggunaan ICT dalam kalangan guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Akan tetapi, dalam
memperihalkan penggunaan ICT, guru bahasa Melayu seringkali dikaitkan dengan masalah
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Profesionalisme seseorang guru
dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan
telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media
pengajaran dalam pendidikan. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat
sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang
mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu.
Melalui temubual saya bersama beberapa orang guru, rata-rata memberitahu bahawa
merela memang berminat untuk menggunakan komputer untuk pembelajaran dan pengajaran
di dalam kelas. Sama ada mahir atau tidak mengendalikan komputer, semua guru pernah
mencuba atau pernah menggunakan komputer dan ICT dalam pdp. Namun kekangan yang
berlaku menyebabkan kurangnya penggunaan ICT atau komputer semasa pdp adalah atas
kesulitan atau kekangan masa untuk mengatur skrin, projector dan sebagainya. Masa yang
banyak diperuntukkan hanya untuk membuat persiapan peralatn tersebut memandangkan
kemudahan yang ada di sekolah ini adalah terhad. Projektor-projektor LCD yang dibekalkan
oleh pihak kerajaan sudah tidak berfungsi lagi. Projektor yang tinggal adalah atas inisiatif
pihak sekolah. Maka dengan adanya hanya satu projector maka guru-guru terpaksa
mengambil giliran untuk menggunakannya.
Selain itu juga, guru-guru menggunakan komputer riba peribadi untuk memastikan
murid tidak ketinggalan dalam arus siber ini. Dengan kemudahan ICT yang kurang
memuaskan, guru-guru berusaha dengan gigih untuk memastikan murid SK Kampung Bakam
didedahkan dengan teknologi dan ICT. Walaupun pdp berbantukan komputer atau ICT jarang
dilaksanakan namun ianya ada dijalankan dengan usaha guru-guru. Semasa temubual saya
bersama guru-guru ini, rata-rata mereka amat berminat

menggunakan teknologi. Namun

kekurangan kemudahan teknologi yang dibekalkan ke sekolah seolah-olah menjadi halangan


yang amat besar kepada sekolah. Pihak pengurusan sekolah telah berusaha memohon
sumbangan dari luar dan dengan usaha itu sekolah telah dibekalkan dengan komputer riba 1
Malaysia sebanyak 41 buah. Semoga dengan ini nanti, guru-guru akan terus berminat untuk
melaksanakan pdp berbantukan teknologi dan internet.
Majoriti daripada guru tidak menghadapi masalah untuk mengajar bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun berdasarkan temubual saya, guru menghadapi masalah dalam memilih
kemahiran dan kandungan pengajaran yang sesuai untuk semua murid. Masalah ini timbul
disebabkan kebolehan murid yang berbeza-beza berada dalam satu kelas. Guru-guru tidak
dapat menyediakan latihan yang berbeza, iaitu satu latihan untuk kumpulan baik dan satu
latihan lagi untuk kumpulan yang pencapaianjnya rendah.

Mengikut tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru Bahasa Melayu telahpun


menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam membantu guru-guru memartabatkan Bahasa Melayu. Mereka telah menggunakan
perisian Internet dengan baik. Ini menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu mempunyai sikap
yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu bagi membantu mereka semasa di dalam kelas. Walaupun kebanyakan guru Bahasa
Melayu adalah guru yang sudah berumur lebih daripada 40 tahun, namun mereka tidak segan
menggunakan teknologi dan sentiasa ingin belajar. Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada
setiap guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu berbantukan komputer dengan berkesan.
Usaha-usaha telah dijalankan dimana guru-guru mahir telah mengadakan bengkelbengkel dan ladap dalam usaha membantu guru-guru yang masih belum mahir ICT. Usahausaha ini dijalankan berterusan dalam usaha untuk memastikan guru-guru baru dan lama
tidak ketinggalan dalam arus dunia teknologi dan siber. Harapan pihak sekolah agar pdp
subjek lain juga dapat dilaksanakan menggunakan komputer.
Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi bagi menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi para guru perlu dibantu bagi
membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya mereka
dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Perkembangan dan kemajuan
teknologi perlu dimanafaatkan penggunaan secara efektif dan efisen. Walaupun menghadapi
pelbagai halangan, namun ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk
menggunakannya. Harus diingatkan teknologi hanyalah alat bantu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, sudah tentu ia tidak dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata
yang lebih luas.

Sokongan sekolah terhadap penggunaan teknologi untuk mengajar di sekolah.


Hasil temubual yang telah dibuat, sekolah saya tidak menghadapi masalah dalam

sokongan sekolah terhadap penggunaan teknologi. Guru besar mahupun pihak atasan sangat
menggalakkan para guru untuk menggunaan teknologi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun yang menjadi permasalahan ialah apabila kemudahan teknologi di
seolah adalah terhad. Kebanyakan alatan teknologi sudah rosak da tidak dapat berfungsi
dengan baik. Malahan capaian internet juga adalah sangat kurang. Hal inilah yang
menyebabkan guru-guru di sekolah kurang berminat dalam menggunakan teknologi. Inilah
cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru terutamanya guru di pedalaman dan luar Bandar.

BAHAGIAN C
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR
Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tahun

: 3 Amanah

Bil Murid

: 18 orang

Tema

: Pertanian

Tajuk

: Buah Seribu Khasiat

Tarikh /Hari

: 10 Mac 2015

Masa

: 8.00 9.00 pagi

Standard Kandungan
2.2

Membaca dan memahami, perkataan, frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber

dengan sebutan (isyarat) yang betul.


Standard Pembelajaran :
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran
dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
Objektif:

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i.
ii.

Membaca kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Menyenaraikan lima daripada lapan perkataan berimbuhan awalan dan akhiran

iii.

berdasarkan petikan.
Menamakan dan mencatat sekurang-kurangnya tiga nama buah-buahan yang terdapat
di dalam gambar yang diberikan berdasarkan lirik lagu yang didengar.

Sistem Bahasa
Tatabahasa : kata berimbuhan
Kosa kata : raja, mahkota, khasiat, tajam

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu
: Moral, Sains
Nilai Murni : Mengamalkan gaya hidup sihat
Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan

persekitaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK

Strategi

Kemahiran berfikir : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman


Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, Intrapersonal dan naturalis

Kemahiran belajar cara belajar : Mengumpul maklumat

Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan pemakanan yang sihat


dengan buah-buahan

Bahan bantu mengajar

Komputer Riba
LCD Projektor
Slaid MS Powerpoint
Teks Petikan
Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa makan buah-buahan tempatan.


Langkah/

Isi pelajaran

Aktiviti Pembelajaran dan

Masa

Catatan

Pengajaran
BBM

Set

Pantun Teka Teki

Induksi (5
minit)

Guru menunjukkan pantun teka

Slaid

teki pada slaid MS Powerpoint

Persembahan MS

Murid-murid membaca pantun

Powerpoint

sawah,

teka teki tersebut dan meneka

Teka teki

Mencari rezeki untuk

jawapannya.

Tiap pagi pergi ke

keluarga,

Guru mengemukakan beberapa

KB

Terkenal sebagai raja

soalan berkaitan dengan buah-

buah,

buah yang dinyatakan dan

Durinya tajam tidak

mengaitkan dengan tajuk

terkira

pelajaran.

Menghubung
kait

BCB

Murid memberikan respons

Memproses

Selepas subuh pergi

dengan menjawab soalan dan

ke kota,

menyenaraikan beberapa nama

Meraduk lumpur dan

buah-buahan tempatan yang

Pembelajaran

juga paya,

mereka ketahui

Kontekstual

Buah ini mempunyai

maklumat

mahkota,

Menghubungkait
kan dengan

Badannya pula

dipenuhi mata.

pengalaman
dalam kehidupan

Jangkaan jawapan
o Buah durian
o Nenas
Ciri
Fizikal : bulat,
berduri tajam, bujur,
kulit ada duri lembut
tapi tajam,
Perkaitan objek
dengan tajuk dan isi
pelajaran.
BBB
Lagu Buah-buahan
Langkah 1

Tempatan

( 10 minit)

Buah

duku

Lirik lagu

Guru mengedarkan seni kata

LCD

lagu.
Murid-murid memerhati tayangan

Laptop

dan

rambutan

sangat enak dimakan

vedio klip lagu buah-buahan

disukai oleh semua

tersebut.
Murid-murid menyanyi bersamaTeknik

sama lagu tersebut.


Murid-murid dikehendaki
menyenaraikan nama buah-

Penyoalan

orang
buah
durian

nangka

dan

buahan yang terdapat di dalam

Nyanyian

sangat lazat dijamah


untuk raikan rakan

lagu tersebut.
Murid dan guru menyanyikan

taulan

lagu sambil melakukan gerak


kreatif yang sesuai dengan

buah

manggis

maksud lagu.

dan

pisang

Intrapersonal

Verbal linguistik

Nilai Murni

banyak ditanam di

Kebersihan
fizikal dan mental

kebun
menjadi

KP

PAS
perhatian

pelancong

Bertanggungjawa
b

BBB
Langkah 2

Menamakan buah-

(20 minit)

buahan tempatan
berdasarkan gambar

Guru mengagihkan murid-murid

kepada beberapa kumpulan.


Murid-murid dikehendaki berada
di dalam kumpulan masing-

yang diberikan.

masing.
Guru memperdengarkan semula
lagu tersebut dan murid meneliti

Alamat web yang


boleh dilayari.

jenis buah-buahan yang disebut.

http://santhikrishnan.

Gambar
LCD
Laptop
Muzik
Slaid MS
PowerPoint

KB

Menjana minda

Guru mengemukakan gambar

Teknik

buah-buahan di dalam slaid MS

Pemerhatian

Powerpoint dan mengedarkan

blogspot.com/p/kepe

gambar buah-buahan kepada

ntingan-buahtempatan.html

http://pmneus.blogsp
ot.com/2013/01/buah
-buahan-tempatanbaik-untuk.html
http://www.myhabiby

setiap kumpulan.
Murid berbincang dengan ahli
kumpulan untuk meneka dan
menamakan gambar buah-buahan

KP
Intrapersonal
Verbal linguistik

berdasarkan lagu tadi dengan


bimbingan guru dan menyatakan
khasiat buah-buahan tersebut

Nilai Murni

dengan melayari internet.


Ketua kumpulan membentangkan

Bekerjasama

superb.com/2012/10/

hasil perbincangan di hadapan

khasiat-buah-buahantempatan.html

kelas.
Guru mengemukakan jawapan
yang tepat di dalam slaid yang

http://bicarasantai.co

ditunjukkan.

m/2012/11/29/khasiat
_buah_buahan/

Guru mengedarkan murid

Langkah 3

Petikan Khasiat

(15 minit)

Buah-buahan

petikan teks Buah-

Tempatan

buahanTempatan Buah

KB

KP

membaca senyap teks.


Murid membaca teks secara

terkandung

bergilir-gilir dengan sebutan

Verbal linguistik

dalam buah-

dan intonasi yang betul.


Murid-murid menjawab

Khasiat yang

buahan

tempatan

beberapa soalan dengan

Kebaikan

berpandukan petikan yang

memakan

dibaca.

buah-buahan.

Tatabahasa

petikan teks

Istimewa.
Guru menyuruh murid

dengan

Soalan berkaitan

BBM

Menjana minda

Intrapersonal

Nilai Murni

Bekerjasama

Murid-murid dikehendaki
mencari beberapa perkataan

Menyenaraika

yang mengandungi imbuhan

n beberapa

awalan dan akhiran di dalam

perkataan

petikan tersebut.
Murid-murid menyenarai

yang

berimbuhan

perkataan yang mengandungi

awalan dan

imbuhan yang dinyatakan.

akhiran

Lembaran Kerja

Guru mengedarkan lembaran

kerja kepada semua murid.


Murid menyaipkan latihan

Langkah 4

BBM

Lembaran
Kerja

yang diberikan berdasarkan


kandungan pelajaran

5 minit

Penutup

Kognitif
Rumusan
-

Murid diminta menyanyi lagu

LCD

Buah-buahan Tempatan.

Skrin

Lirik lagu

isi

pelajaran

BBB

Guru memberi pujian atas

Membaca

KB

sikap murid yang suka makan

dengan

buah-buahan untuk menjaga

intonasi dan

kesihatan.

sebutan yang
betul.

Merumus

Nilai

Kebersihan

Kesyukuran

PAS

bertanggungjawa
b

KP:

Verbal linguistik

Intrapersonal

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :

Murid-murid dapat menyenaraikan buah-buahan tempatan berdasarkan video


nyanyian dan slaid persembahan MS Powerpoint yang disediakan.

Murid-murid dapat menyenaraikan khasiat buah-buahan tempatan.

Refleksi :
Murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka amat
tertarik dengan persembahan video dan berminat untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran
yang telah dirancang. Slaid persembahan Powerpoint yang disediakan dengan gambargambar yang menarik membolehkan mereka melihat keadaan sebenar bentuk dan ciri fizikal
buah-buahan yang ditunjukkan. Mereka juga dapat merasai pengalaman mencari maklumat
berkaitan dengan buah-buahan tempatan dengan melayari internet. Secara keseluruhannya

penggunaan tenologi di dalam pengajaran dan pembelajar menggalakan situasi pembelajaran


yang positif yang membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dengan lebih efektif.

Lampiran Teks Petikan


BUAH- BUAHAN TEMPATAN DI MALAYSIA
Buah buahan Tempatan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai
kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi
akan datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu
dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis
buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini.
Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak
bermusim ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buahbuahan bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu
batu.
Khasiat Buah-buahan Tempatan
Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia. Salah
satu makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan. Bagaimanapun, buah-buahan
import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal.
Bagaimanakah kita boleh mendapat buah-buahan berkhasiat di samping berjimat?
Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya iklim yang sesuai untuk penanaman
pelbagai jenis buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga
mempunyai khasiat yang tinggi. Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan
tempatan.
Pisang

Memberi sumber tenaga yang segera.


Membantu untuk mengatasi masalah sembelit.
Mengandungi Tryptophan sejenis protein yang membolehkan badan mengubahnya

menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira.
Boleh merangsang pengeluaran hemoglobin di dalam darah

dan

membantu mencegah anemia.


Betik

Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.


Mengandung antioksidan.
Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.

ini

Baik untuk jantung.


Membantu dalam pemulihan luka.

Tembikai

Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat

dan penyakit kardiovaskular.


Biji tembikai ialah sumber protein yang baik.
Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.
Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
Dapat mengawal tekanan darah.

Nanas

Mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodum yang kecil,

iaitu membantu menurunkan tekanan darah.


Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya

dengan bahan antioksidan.


Membantu membina tulang yang sihat.
Membantu untuk mengurangkan batuk dan mencairkan lender.
Melindungi badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat.
Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semulajadi.
Membantu untuk menghalang pembentukan plak.

Keistimewaan Buah Buahan Tempatan.


Buah-buahan tempatan semakin mendapat pasaran antara bangsa dan permintaan
ramai.Persoalannya kini, apakah yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku? Berikut
terdapat beberapa keistimewaan buah-buahan tempatan. Antara kelebihan buah-buahan
tempatan termasuklah rasanya yang sedap dan mempunyai banyak khasiat. Keenakannya
memang tidak dapat dinafikan malah telah diakui oleh pelancong luar Negara yang pernah
cuba merasainya .Dalam pada itu, buah-buahan tempatan turut mengandungi khasiat seperti
vitamin C yang penting untuh tubuh badan.Sesungguhnya keistimewaan buah-buahan
tempatan sememangnya standing dengan buah buahan import. Ringkasnya buah-buahan
tempatan mempunyai banyak kelebihan malah standing dengan buah-buahan import.Oleh itu
sokonglah buah-buahan tempatan.
Lampiran Lembaran Kerja
Namakan buah-buahan di bawah

Latihan Pengayaan
Nyatakan khasiat buah-buahan dalam gambar di atas.

BIBLIOGRAFI
Norasiah Abdullah. 2009. Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan
Multimedia. Puchong, Selangor.
Norasiah Abdullah. 2011. Teknologi Maklumat & Komunikasi. Penerbitan Multimedia.
Puchong, Selangor.
Kementerian Pendidikan Malaysia . 2013 .Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia
Untuk Kegunaan Sekolah Kebangsaan : DSP Bahasa Malaysia Tahun 3.

Rujukan internet
http://cgtyouth2010.blogspot.my/2010/02/pendahuluan-pada-masa-kini-perkembangan.html.
Diakses pada 3 Mac 2016.
http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf. Diakses pada 3 Mac 2016
http://www.slideshare.net/ShamonaDaud/krt3013-tugasan-besei-d20102043877. Diakses
pada 3 Mac 2016
https://www.google.com/?gws_rd=ssl#q=penggunaan%20teknologi%20dalam
%20pendidikan. Diakses pada 4 Mac 2016

Anda mungkin juga menyukai