Anda di halaman 1dari 5

TUGAS

MATA PELAJARAN FIQIH

SUJUD SYUKUR
D
I
S
U
S
U
N

OLEH :
SEPTIAN ZR
KELAS IX-7

MADRASAH TSANAWIYAH NEGERI II

BANDA ACEH
Sujud Syukur


Apakah Sujud Syukur Itu ?


Sujud Syukur ialah sujud yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas
nikmat Allah Subhanahu wa Taala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang
menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka / bala bencana.
Sesetengah ulama menyarankan Sujud Syukur dilakukan sebanyak 2 kali, terutama apabila
terselamat dari maut akibat kemalangan, malapetaka atau bencana alam. Sujud pertama
adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya
dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan Sujud Tilawah.

Hukum Sujud Syukur

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya: Sewaktu Nabi
Shallallahu alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi
lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan
memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya
seraya bersabda: Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar
gembira kepadaku. Jibril berkata:Sesungguhnya Allah mengatakan kepada
engkau: Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi
selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan
memberi salam kepadanya Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada
Allah. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

.
Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya, Bahawa
Baginda Shallallahu alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang
menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud. (Syarah Al-Minhaj)
Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafiie tidak boleh dilakukan di dalam solat. Ianya
hanya sunat dilakukan di luar solat ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada
Allah SWT atau terhindar daripada malapetaka.
Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat
25 daripada surah Shad iaitu:

Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan
mempunyai tempat kembali yang baik.
.
Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam solat kerana sujud pada ayat di atas
adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam solat. Jika dia sujud
maka batallah solatnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya
atau ia terlupa.
.
.

1. Syarat Sujud Syukur


1. Berwuduk
2. Berdiri menghadap kiblat.
3. Berniat. Daku bersujud syukur kerana Allah Taala.
4. Takbiratul-ihram.
5. Bersujud menyentuh bumi atau lantai.
6. Dengan sekali sujud sahaja.
7. Bertakbir seiring bangun dari sujud.
8. Memberi salam.
.

2. Syarat Syukur
1. Mengakui nikmat itu dengan hati.
2. Mengucapkan secara lisan Alhamdulillah.
3. Gunakan nikmat itu untuk melaksanakan ketaatan pada Allah.
.

3. Bacaan Sujud Syukur:

Subhanakallahumma Anta Rabbiy haq-qan haqqa, sajadtu laka yaa Rabbi ta-abbudan wa
riqqa. Allahumma inna amali dhaifun fadhai liy. Allahumma qini adzaabaka yawma
tubatsu ibaaduka wa tub alayya innaka antat tawwabur Rahim.
Maha Suci Dikau, Ya Allah! Dikaulah Tuhanku yang sebenarnya, daku sujud kepadaMu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah! Sesungguhnya amalku
lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah! Selamatkan daku dari siksa-Mu
pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku; Sesungguhnya Dikau
Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang!
.

Atau
.
Boleh juga membaca tasbih pada Sujud Syukur ini sama seperti bacaan Sujud Tilawah:

Sa-ja-da waj-Hi-ya lil-la-dziy kho-la-qo-hu wa-shaw-wa-ra-Hu wa-syaq-qo sam-a-Hu


wa-ba-sho-ro-Hu bi-hau-li-hi wa-quw-wa-ti-Hi fa-ta-baa-ro-kaL Laa-Hu ah-san-ul khooli-qiyn .

Daku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan


penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah
sebaik-baik pencipta kejadian.
.

Bagaimana Sujud Syukur Dilaksanakan ?


Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan Sujud Tilawah ketika ia
dilakukan di luar solat iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur, takbir, sujud dan juga
salam.
Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam Sujud
Tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang
telah dijelaskan di dalam Sujud Tilawah.
.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu
wa Taala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur
disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).
Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau
solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara
sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
.

Wallahu Alam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Anda mungkin juga menyukai