Anda di halaman 1dari 4

HELAIAN FAKTA

www.uniteagainstabuse.my

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENDERAAN FIZIKAL


DEFINISI:

PENDERAAN FIZIKAL berlaku apabila kekasaran fizikal digunakan terhadap


kanak-kanak lalu memudaratkan dan mencederakan kanak-kanak itu.

Penderaan fizikal tidak


hanya akan Penderaan fizikal merangkumi tetapi tidak terbatas kepada perbuatan
memukul, menyebat, menendang, menggoncang, mencekik, melecurkan,
menyebabkan trauma
membakar, meracunkan, melemaskan dan mengenakan hukuman dera yang
terhadap kanak-kanak,
teruk.
malah dalam keadaan
yang tertentu, boleh Keganasan terhadap kanak-kanak, terutamanya bayi dan budak-budak kecil,
ialah faktor risiko yang besar bagi penyakit jiwa dan boleh mengakibatkan
mengakibatkan maut.
perbuatan bunuh diri.

DEFINISI MENURUT
AKTA KANAK-KANAK
2001
Seseorang kanak-kanak
itu tercedera secara
fizikal jika ada
kecederaan yang ketara
dan nyata pada manamana bahagian
tubuhnya.

Seksyen 17(2)(b), Bab 1 Bahagian V Akta Kanak-kanak 2001 Malaysia


menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak itu
tercedera secara fizikal jika ada kecederaan yang ketara dan nyata pada
mana-mana bahagian tubuhnya akibat penggunaan kekasaran atau
penggunaan alat dengan cara yang disengajakan yang dinampakkan
antara lainnya oleh luka melecet, lebam, lelasan, parut, tulang yang patah
atau tercedera, dislokasi tulang, sendi terkehel, pendarahan, visera yang
pecah, luka terbakar, kulit melecur, keadaan tidak sedar atau separuh
sedar, kehilangan fungsi fisiologi atau fungsi fisiologi terjejas, atau
kehilangan rambut dan gigi.

Ibu bapa biasanya tidaklah merancang untuk menderaan anak mereka. Ibu
bapa yang mendera anak mereka secara fizikal selalunya melakukannya
Penderaan fizikal boleh
sebagai gerak balas kepada tekanan jiwa yang serius dalam hidup mereka
berlaku dalam semua
sendiri.

SIFAT PENDERAAN:

keluarga.

AKIBATNYA:

Pengalaman global menunjukkan bahawa kanak-kanak dari keluarga yang


mengalami tekanan ekonomi, sejarah penyalahgunaan dadah atau arak,
kekurangan sokongan saudara-mara dan kawan-kawan, dan/atau keganasan
rumah tangga mungkin menghadapi risiko yang lebih besar.
Kanak-kanak yang didera secara fizikal lebih besar kemungkinannya akan

1
UNICEF Malaysia, September 2010

HELAIAN FAKTA
www.uniteagainstabuse.my

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENDERAAN FIZIKAL


terfikir untuk membunuh diri, terencat daya pembelajarannya, mengalami
Kanak-kanak yang
gangguan kelakuan, mempunyai imej diri yang buruk, menyalahgunakan
didera secara fizikal
dadah atau arak, meluahkan perasaannya secara seksual, dan/atau
boleh membawa parut
menunjukkan tanda-tanda kemurungan.
yang tersembunyi
sehinggalah mereka Orang dewasa yang telah didera secara fizikal semasa mereka kanak-kanak
menghadapi masalah menjalinkan hubungan peribadi yang intim. Mereka
meningkat dewasa.
menghadapi risiko yang lebih besar akan mengalami kegelisahan,
kemurungan, salah guna bahan, salah guna ubat-ubatan, dan masalah di
sekolah ataupun di tempat kerja. Selain itu, orang dewasa yang didera
semasa kanak-kanak biasanya akan meneruskan kitaran penderaan ini
dengan mendera anak mereka sendiri.

2
UNICEF Malaysia, September 2010

HELAIAN FAKTA
www.uniteagainstabuse.my

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENDERAAN FIZIKAL


TANDA & SIMPTOM:

Kanak-kanak yang ada satu atau dua lebam pada badannya tidaklah
semestinya bererti bahawa dia sedang didera. Tetapi apabila tanda-tanda ini
muncul berulang kali ataupun bersama-sama dengan simptom lain, kita
haruslah bimbang. Cara yang terbaik untuk membantu kanak-kanak yang
diseksa ialah dengan mempelajari lagi tentang tanda dan simptom
penganiayaan, dan dengan mengetahui cara mendapatkan nasihat atau
bantuan.
Fizikal
Muntah-muntah, tidak bermaya, sukar bernafas, sawan (pada bayi,
yang mungkin menandakan sindrom bayi digoncang)
Kecederaan pada muka yang tidak nyata puncanya (pada bayi dan
kanak-kanak prasekolah, misalnya luka, lebam, kudis)
Kecederaan (lebam, luka melecet, luka, bengkak, luka terbakar, tanda
gigitan dan sebagainya) yang tidak begitu jelas puncanya
Kecederaan yang berlaku berulang kali sepanjang sesuatu masa
Keracunan atau kemalangan yang berlaku berulang kali
Kelakuan Dan Emosi
Tidak ingat atau tidak dapat menjelaskan sebabnya kecederaan
berlaku
Menggambarkan dirinya sendiri sebagai jahat dan patut dihukum
Berkelakuan melampau, agresif atau kesat
Terlalu ingin menurut kata dan/atau mengambil hati orang lain
Mengalami kemurungan dan pola tidur yang tidak normal
Takut akan suasana yang gelap (terutamanya kanak-kanak kecil)
Kerap mengigau
Takut dihampiri atau disentuhi orang lain, terutamanya orang
dewasa (mungkin akan terkejut jika disentuh tanpa disangkanya)
Mengelakkan diri daripada disentuh oleh ibu bapa atau penjaga
Melahirkan perasaan tidak berkenan ataupun benci terhadap ibu
bapa atau penjaga
Berpakaian lengan panjang dan seluar panjang (untuk
menyembunyikan lebam dan sebagainya)
Takut pulang ke rumah
Ponteng sekolah, berkelakuan ganjil dan lemah dalam pelajarannya
(terutamanya anak remaja)
Cuba lari dari rumah (terutamanya anak remaja)
Menampakkan tanda-tanda ingin bunuh diri (terutamanya anak
remaja)

3
UNICEF Malaysia, September 2010

HELAIAN FAKTA
www.uniteagainstabuse.my

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENDERAAN FIZIKAL

4
UNICEF Malaysia, September 2010

Anda mungkin juga menyukai