Anda di halaman 1dari 15

1.

Pengenalan
Peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan voltan melebihi 30 volt dan 60
volt DC seperti fuel cell, teknologi hibrid dan kenderaan elektrik telah meningkatkan
risiko bahaya akibat daripada renjatan elektrik dan percikan arka semasa bekerja dengan
kenderaan. Untuk mengurangkan risiko kecederaan pemilik pusat servis adalah
bertanggungjawab untuk melatih pekerja mereka untuk mengenal pasti bahaya yang
terlibat dan cara untuk melakukan kerja dengan cara yang selamat.

2.0

Definisi voltan tinggi


Untuk sektor Automotif terutamanya berkaitan dengan bidang hibrid dan
teknologi fuel cell serta kenderaan elektrik, voltan tinggi ditakrifkan sebagai voltan atau
terus yang melebihi 60VDC dan tidak melebihi 1500 VDC dan melebihi 30VAC dan
tidak melebihi 1000 VAC.
Bahaya elektrik hadir semasa bekerja dengan sistem voltan tinggi apabila voltan
bekalan melebihi 25VAC atau 60VDC dan arus yang mengalir semasa berlakunya litar
pintas melebihi 3mA AC atau 12mA DC.
Sesebuah kenderaan yang menggunakan sistem bekalan kuasa voltan tinggi
diklasifikasikan sebagai selamat apabila kenderaan tersebut bebas daripada risiko kejutan
elektrik dan percikan arka yang berpunca dari sistem bekalan kuasa voltan tinggi.
Keadaan ini boleh dicapai dengan cara berikut:

Bekalan kuasa voltan tinggi telah diputuskan dan tiada pengaliran arus berlaku

sebelum komponen voltan tinggi disentuh.


Semua kabel voltan tinggi yang digunakan adalah mengikut spesifikasi yang

ditetapkan oleh pihak pengeluar.


Sambungan kuasa bekalan voltan tinggi telah diputuskan sebelum penutup
sistem voltan tinggi dibuka.

Rajah 1: Klasifikasi voltan di dalam bidang Automotif

Rajah 2: Tanda amaran bahaya mengikut warna kabel

Semua komponen voltan tinggi boleh dikenal pasti melalui label amaran.
Komponen voltan tinggi hanya boleh dibuka berdasarkan kepada arahan pembekal. Kerja
kerja pembaikan hanya boleh dilakukan setelah sistem bebas dari bekalan voltan dan
pastikan bahawa bekalan voltan tidak disambung semula sebelum kerja pembaikan
selesai.

Rajah 3: Tanda tanda amaran berkaitan sistem voltan tinggi


3.0

Risiko kesihatan berkaitan voltan tinggi

Semua tindakan otot yang terdapat tubuh manusia seperti pergerakan tangan,
degupan jantung atau kerlipan mata dikawal oleh tindak balas elektrik. Rangsangan
elektrik dialirkan di dalam tubuh melalui saluran saraf sama seperti pengaliran arus
elektrik.
Kadar kekuatan pengaliran arus elektrik dipengaruhi oleh tiga perkara asas iaitu
laluan arus, saiz voltan dan frekuensi bekalan kuasa. Arus elektrik akan cuba untuk
mencari jalan yang paling pendek dan mengelakkan rintangan yang tinggi untuk
melengkapkan litar. Apabila arus elektrik mengalir melalui tubuh seseorang, tubuh
manusia akan menjadi sebahagian daripada litar elektrik. Sebagai contoh apabila kedua
dua tangan tersentuh sebuah litar elektrik seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4,
badan manusia akan menjadi sebahagian daripada litar elektrik, keadaan ini akan
menyebabkan arus elektrik dialirkan ke organ organ penting yang terdapat di dalam
tubuh manusia seperti jantung dan paru paru yang boleh menyebabkan risiko kematian
mengejut dan kecederaan organ dalaman. Jika dua kutub yang terdapat di dalam sistem
elektrik (positif dan negatif) bercantum, percikan arka akan terhasil. Keadaan ini akan
menyebabkan kerosakan organ dalaman yang serius dan kerosakan pada selaput mata.

Rajah 4: Aliran arus apabila tubuh bersentuhan dengan punca bekalan elektrik
Kejutan elektrik ialah tindakan mendadak yang berlaku sebagai tindak balas
kepada pengaliran elektrik yang mengalir melalui tubuh manusia. Renjatan ialah
kematian yang berlaku akibat daripada kejutan elektrik. Pengaliran elektrik melalui tubuh
manusia akan menyebabkan dua jenis kecederaan iaitu kecederaan primer dan kecederaan
sekunder. Kecederaan primer akan menyebabkan kerosakan pada tisu yang terdapat tubuh

manusia, manakala kecederaan sekunder adalah kesan sampingan yang terjadi akibat
daripada pengaliran elektrik yang berlaku seperti terjatuh, terhantuk pada benda keras,
lemas dan lain lain.
Arus merujuk kepada jumlah pengaliran ion atau elektron dalam sesaat. Arus
diukur menggunakan unit ampere atau miliampere (1 mA = 1/1000 ampere). Kesan
pengaliran arus kepada tubuh manusia berbeza beza mengikut kadar arus yang mengalir
dan arahan pengaliran arus. Rajah 5 menunjukkan kesan pengaliran arus elektrik pada
tubuh manusia.

Rajah 5:
Kulit manusia adalah merupakan pelindung utama yang menghalang pengaliran
elektrik ke dalam tubuh manusia, tangan yang kasar dan kering mempunyai rintangan
setinggi 100 K. Organ dalaman manusia mempunyai kadar rintangan yang lebih rendah
iaitu sekitar 300 disebabkan oleh persekitaran yang basah. Rajah 6 menunjukkan kadar
rintangan organ yang terdapat di dalam tubuh manusia. Kadar rintangan pada kulit akan
berkurangan apabila kulit rosak akibat terdedah kepada voltan tinggi, terdapat kesan luka,
melecet atau terendam di dalam air.

Rajah 6:
Rajah 7 menunjukkan kesan pengaliran arus elektrik terhadap tubuh manusia.
Hubungan di antara voltan, arus dan rintangan diberikan oleh hukum ohm.
Arus=

Voltan
Rintangan

Rajah 7: Kecederaan akibat terdedah kepada pengaliran arus elektrik


4.0

Lima langkah keselamatan


Kerja kerja pembaikan pada sistem yang menggunakan bekalan voltan tinggi
tidak boleh dijalankan sehingga langkah pencegahan terhadap kejutan elektrik, litar
pintas dan pancaran arka telah diambil. Terdapat lima langkah yang perlu dipatuhi

sebelum menjalankan pembaikan sebarang sistem yang menggunakan bekalan kuasa


voltan tinggi iaitu:
1. Asingkan.
a)
Matikan suis penyalaan.
b)
Cabut service plug/matikan suis bateri utama.
c)
Tanggalkan fius bateri voltan tinggi.
d)
Tanggalkan persambungan palam pengecas (plug in hybrid).

Rajah 8: Service plug (Toyota)

Rajah 9: Suis bateri utama (Honda)

Rajah 10: Suis keselamatan (Ford)

Rajah 11: Palam pengecas plug in hybrid

2. Perlindungan daripada sambungan semula.


a)
Cabut kunci kenderaan dan simpan di tempat yang selamat (pada jarak
b)

yang mana ia tidak boleh menghidupkan semula kenderaan).


Simpan service plug di dalam kocek dan lindungi suis utama bateri dari
sambungan semula contohnya dengan menggunakan kunci atau pelindung

c)
d)

berkunci.
Letakkan tanda amaran seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 13.
Patuhi arahan keselamatan yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.

3. Sahkan bekalan kuasa telah diputuskan.


Ujian hanya boleh dilakukan orang kompeten sahaja. Pastikan bahawa semua
voltan baki telah terputus dari talian utama. Patuhi cara pengujian yang ditetapkan
di dalam servis manual.
4. Uji Sambungan bumi dan litar pintas.
5. Bungkus atau lindungi komponen hidup yang berdekatan.

Rajah 12

Rajah 13:

Langkah keselamatan di atas adalah penting dan perlu dilakukan mengikut


susunan. Peraturan ini adalah merupakan peraturan umum untuk semua tahap voltan
bekalan. Tiga peraturan utama mesti dilakukan pada setiap masa, manakala dua peraturan
terakhir adalah merupakan langkah keselamatan tambahan yang boleh disesuaikan
mengikut keadaan.

Rajah 14: Sahkan bahawa tiada voltan baki di dalam sistem


5.0

Langkah keselamatan semasa bekerja dengan kenderaan hibrid


Bahagian ini menyenaraikan langkah langkah keselamatan yang perlu dipatuhi
oleh juruteknik sebelum membuat pemeriksaan atau pembaikan pada kenderaan yang
menggunakan sistem bekalan voltan tinggi.
1.

Juruteknik mesti menjalani latihan khas sebelum melakukan pemeriksaan dan


servis sistem voltan tinggi.

2.

Tanggalkan semua perhiasan yang dipakai seperti cincin, gelang dan jam tangan.
Objek yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan terjadinya litar pintas ke
bumi apabila berada berhampiran dengan kabel bekalan voltan tinggi. Keadaan ini
akan menghasilkan percikan arka elektrik. Bekalan voltan tinggi akan
menyebabkan objek besi menjadi merah membara dan menyebabkan kerosakkan
pada kulit manusia. Di dalam keadaan yang lebih ekstrem besi boleh cair dan
melekat pada penyambung atau komponen voltan tinggi.

3.

Alat pelindung mata atau gogal hendaklah digunakan semasa bekerja dengan
komponen voltan tinggi. Jika kabel voltan tinggi mengalami litar pintas ke bumi,

percikan arka yang kuat akan terhasil. Hujung kabel yang mengalami litar pintas
mungkin akan cair dan menghasilkan percikan besi cair. Jika percikan ini terkena
mata ia akan menyebabkan kecacatan kekal pada mata.
4.

Gunakan sarung tangan getah yang direka untuk kegunaan semasa sistem voltan
tinggi seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 15 semasa mengendalikan
komponen atau kabel voltan tinggi. Klasifikasi sarung tangan adalah seperti di
dalam Rajah 16. Percikan arka boleh menembusi sarung tangan getah atau kain
yang tidak dikhususkan untuk kegunaan sistem bekalan voltan tinggi.

5.

Periksa keadaan sarung tangan perlindungan voltan tinggi sebelum digunakan


dengan cara berikut:
Periksa sarung tangan jika terdapat sebarang kebocoran atau kerosakan yang jelas.
Periksa kebocoran dengan cara berikut, rujuk Rajah 17:
a) Bentang sarung tangan diatas tempat yang rata.
b) Gulung bahagian atas sebanyak dua atau tiga kali. Biarkan udara
terperangkap.
c) Lipat bahagian atas kepada dua bahagian.
d) Periksa kebocoran.
Atau gunakan kaedah yang ditunjukkan di dalam Rajah 18.

Rajah 15: Sarung tangan perlindungan voltan tinggi

Rajah 16: Klasifikasi sarung tangan perlindungan voltan tinggi

Rajah 17: Kaedah memeriksa kebocoran sarung tangan keselamatan voltan tinggi (1)

Rajah 18: Kaedah memeriksa kebocoran sarung tangan keselamatan voltan tinggi (2)
6. Untuk keselamatan semua personel yang hendak bekerja dengan sistem voltan tinggi
hendaklah menggunakan kasut bertapak getah. Kasut bertapak getah seperti di dalam
Rajah 19 akan memutuskan persambungan badan manusia ke bumi, ini akan
menghalangkan penghasilan arka apabila arus voltan tinggi mengalir melalui tubuh
manusia.

Rajah 19: Kasut dengan tapak getah


7. Letakkan alat pemadam api dari kelas A, B dan C di kawasan yang berhampiran. Alat
pemadam api yang sesuai ialah dari jenis debu kering seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 20.

Rajah 20: Klasifikasi alat pemadam api


8. Semua kabel voltan tinggi disalut dengan penebat yang berwarna oren. Bateri voltan
tinggi dan lain lain komponen tinggi mempunyai label voltan tinggi. Jangan sesekali
menyentuh kabel atau komponen ini dengan tanpa sebarang tujuan.
9. Wujudkan zon penampan voltan tinggi (high voltage buffer zone) pada jarak tiga kaki
atau satu meter dari perimeter disekeliling kenderaan. Zon ini mesti bebas dari sebarang
objek yang diperbuat daripada besi, peralatan atau orang yang tidak berkaitan. Letakkan
kon yang berwarna oren atau pita keselamatan di sekeliling zon penampan.

Rajah 21: Zon penampan voltan tinggi


10. Matikan suis penyalaan dan simpan kunci (smart key) di luar julat di mana kenderaan
boleh dihidupkan semula.
11. Tanggalkan terminal negatif bateri tambahan (12V).
12. Tanggalkan service plug untuk mengelakkan risiko renjatan elektrik. Simpan service plug
di dalam poket seluar anda. Ini bertujuan untuk mengelakkan orang lain memasang
semula service plug tersebut sebelum kerja kerja pembaikan selesai.
13. Selepas menanggalkan service plug tunggu selama 5 10 minit sebelum menyentuh
mana mana kabel atau komponen voltan tinggi.
14. Periksa dan pastikan semua bekalan pada bateri voltan tinggi telah diputuskan. Gunakan
multimeter dari jenis yang betul (CAT III or IV (min. 1000V breakdown voltage)).

Rajah 22: Peralatan yang diperlukan untuk menguji peralatan voltan tinggi
15. Balut kabel voltan tinggi dengan penebat yang sesuai setelah ia ditanggalkan.

Rajah 23: Balut kabel voltan tinggi


16. Letakkan tanda amaran di atas bumbung kenderaan.

Rajah 24: Label amaran ini perlu diletakkan di atas bumbung kenderaan
17. Pasang semula service plug sebelum menghidupkan kenderaan hibrid. Menghidupkan
kenderaan hibrid tanpa memasang service plug akan menyebabkan kerosakan pada
kenderaan.
18. Sebelum memasang semula service plug setelah selesai menjalankan kerja kerja

pembaikan, pastikan tiada peralatan yang tertinggal, semua skru telah diikat mengikut
tork yang ditetapkan dan semua penyambung telah dipasang dengan betul.

19. Gunakan sarung tangan perlindungan voltan tinggi dan body rescue hook seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 25 untuk mengeluarkan mangsa yang terkena renjatan elektrik
voltan tinggi.

Rajah 25: Electrical rescue kit