Anda di halaman 1dari 17

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL


AEEA3331
PENGAJIAN ARKEOLOGI ISLAM DI MALAYSIA
SOALAN 2:
APAKAH KAJIAN NUMISMATIK MELAYU-ISLAM RELEVEN DENGAN
PERKEMBANGAN SEMASA?

NAMA: SITI NORUL AQILLAH BINTI JOHAR


NO MATRIK: AEE130059
PENSYARAH: DR MOHD SUPIAN BIN SABTU
TUTORIAL: SELASA 1 2 PETANG

PENGENALAN
Arkeologi secara umumnya bermaksud pengkajian mengenai masyarakat lampau
berdasarkan tinggalan artifak yang diperolehi melalui teknik-teknik gali cari yang sistematik dan
terkawal.1 Arkeologi sejarah pula ialah pembelajaran yang memerlukan pengkajian dan
penelitian terhadap tinggalan benda-benda setelah wujudnya sistem tulisan, termasuk arkeologi
Islam yang khusus mempelajari masyarakat Islam masa lampau melalui artifak, ekofak setelah
wujudnya sistem tulisan. Manakala arkeologi Islam adalah satu kajian yang mendalam terhadap
aspek-aspek mendasarkan ajaran Islam khususnya berkaitan dengan pertubuhan keislaman,
sejarah, kebudayaan dan sebagainya. Oleh itu, arkeologi islam bermaksud kajian terhadap masa
silam manusia yang dikaji melalui bahan-bahan peninggalan yang berkaitan dengan Islam dan
merupakan salah satu daripada disipln ilmu yang diperlukan dalam melengkapkan kajian-kajian
lain yang memerlukannya.
Selain itu, arkeologi Islam merupakan satu ilmu yang dapat membantu ilmu-ilmu yang
lain berkembang seperti ilmu sejarah. Selain itu, cabang ilmu yang tergolong dalam arkeologi
Islam ialah ilmu berkaitan kajian numismatik. Numismatik bermaksud kajian atau koleksi
tentang duit syiling, pingat dan sebagainya. 2 Numismatik juga dirujuk sebagai bentuk yang
mempunyai nilaian dan digunapakai dalam urusan perdagangan atau jual beli. Selain itu,
numismatik merupakan perkembangan mata wang yang mempunyai nilai sejarah dan secara
tidak langsung dapat mewakili perkembangan semasa, lingkungan dan kontekstual dengan data
sejarah. Manakala kajian numismatik melihat kepada perkembangan, bentuk, tulisan, saiz, dan
material penghasilan yang membantu dalam membuktikan sumber sejarah. Justeru itu, Peradaban
dan kekayaan budaya masyarakat melayu dapat ditonjolkan melalui kajian numismatik.

1
2

Uka Tjandrasasmita, Arkeologi Islam Nusantara, Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia, 2009, hlm. 3.
Kamus Dewan Edisi Keempat, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=numismatik dipetik pada 25 Oktober 2016.

Kajian numismatik Melayu-Islam merujuk kepada kajian mengenai mata wang yang
mempunyai unsur Melayu dan Islam. Kedatangan Islam dalam kepulauan Melayu yang akhirnya
menjadi teras agama utama yang secara tidak langung turut mempengaruhi kehidupan
masyarakat setempat. Islam bukan sahaja berfungsi menjadi pegangan agama kerana segala
aspek termasuk mata wang sesebuah kerajaan melayu turut memasukan unsur atau lambang
agama Islam. Melalui peninggalan syiling yang dikategorikan sebagai artifak dapat memberikan
tafsiran budaya berhubung dengan keadaan pemerintahan, keagamaan, dan hubungan sesama
kesultanan.3 Oleh itu, kajian numismatik Melayu-Islam relevan dengan perkembangannya.

Penggunaan gelaran Islam pada mata wang


Penemuan mata wang melalui kaedah arkeologi Islam yang dikenali sebagai kajian
numismatik di sekitar Tanah Melayu menunjukkan ciri-ciri yang berbeza termasuklah gelaran
yang terdapat pada mata wang. Kepelbagaian gelaran adalah disebabkan oleh penggunaan mata
wang yang tidak seragam kerana pemerintah yang berbeza dan tidak disatukan. 4 Namun begitu,
terdapat juga gelaran yang sama digunakan bagi negeri berbeza kerana mempunyai hubungan
yang rapat antara kedua-dua negeri. Penggunaan mata wang di Tanah Melayu pada peringkat
awal adalah berbeza mengikut negeri yang mana mempunyai ciri yang tersendiri walaupun
mempunyai sedikit persamaan. Mata wang yang diguna pakai adalah menggunakan bahan seperti
3

Mohd Supian Sabtu, Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu Abad ke-15 hingga ke-19 M: Kajian
daripada Perspektif Numismatik dan Arkeologi, Tesis Sarjana, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, 2010, hlm. 36-37.
4
Nur Shahida, Perkembangan Numismatik di Malaysia: Kajian Berdasarkan Mata Wang Kertas 1967 sehingga
1999, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2012/2013, hlm. 61.

emas, perak, tembaga, dan timah.5 Selain itu, mata wang yang digunakan menunjukkan
kedaulatan bagi negeri itu sendiri. Gelaran Islam yang diguna pakai oleh Kesultanan Melayu
adalah sebagai lambang tanggungjawab ketua negara dan melambangkan sebuah negara Islam.
Perkembangan mata wang Kesultanan melayu dalam tempoh 400 tahun menunjukkan
perubahan dan kebangkitan Islam yang dapat dilihat kepada penghayatan yang diterjemahkan
kepada gelaran yang diguna pakai oleh pemerintah. Peranan Sultan dalam negara bukan sahaja
sebagai pemimpin, malah sultan juga memainkan peranan untuk berlaku adil dan
bertanggungjawab bukan sahaja dengan Allah tetapi juga hubungan sesama Allah. Hal ini dapat
dibuktikan melalui gelaran yang terdapat pada mata wang seperti Nasir al Dunia
wal Din, al-Adil6 dan Khalifatul Mukminin.7
Penggunaan gelaran Islam pada mata wang dalam Kesultanan Melayu boleh dilihat pada
permukaan mata wang sama ada di bahagian depan dan belakang mata wang. Namun begitu,
gelaran yang terdapat pada duit syiling adalah berbeza mengikut negeri. Hal ini boleh dilihat
melalui kerajaan melayu Melaka, Johor, Terengganu, Kedah dan negeri-negeri lain. Gelaran
Islam yang digunakan dalam Kerajaan Melayu Melaka ialah Nasir al-Dunia waI Din, al-Sultan
al-Adil, dan Malik al-Adil. Kerajaan Melayu Johor dan Terengganu pula menggunakan gelaran
Khalifatul Mukminin dan Kerajaan Kedah menggunakan gelaran Adil Shah. Gelaran Islam yang
digunakan pada mata wang jelas menunjukkan bahawa unsur melayu-Islam mempengaruhi
perkembangan mata wang serta relevan dengan perkembangan semasa. Oleh itu, kajian
numismatik Melayu-Islam relevan dengan perkembangan semasa kerana penggunaan gelaran
Islam pada mata wang dilihat berunsurkan Melayu-Islam.
Nilaian dan ukuran
5

Mohd Supian Sabtu, Numismatik Terpilih Kesultanan di Semenanjung Tanah Melayu, dalam Dastar Pendeta:
Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah
Universiti Malaya, 2012,hlm. 327.
6
Ibid., hlm. 328.
7
Ibid., hlm. 330.

Nilaian dan ukuran mata wang dalam Kesultanan Kerajaan Melayu turut diambil kira
dalam kajian numismatik Melayu-Islam untuk melihat perkembangan mata wang relevan dengan
perkembangan semasa. Disamping itu, nilaian dan ukuran bagi mata wang adalah berbeza
mengikut negeri. Hal ini boleh dilihat melalui nilaian mata wang dalam kesultanan Melayu
Melaka iaitu zaman Sultan Muzaffar Shah (1445-1459) adalah dalam bentuk timah dengan
nilaian pitis dan casha.8 Nilaian mata wang dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah berbeza
mengikut pemerintah, malah ukuran mata wang turut berbeza. Selain itu, mata wang yang
berunsurkan Melayu-Islam dalam Kesultanan Melayu Melaka melibatkan pemerintahan empat
orang Sultan, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1445-1459), Sultan Mansur Shah (1459-1477), Sultan
Ahmad Shah (1510), dan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). 9 Ukuran bagi syiling Melaka
adalah sekitar 15mm hingga 21.5mm. 10 Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ukuran
bagi nilaian satu pitis ialah 19.5 mm hingga 21.5 mm, manakala ukuran nilaian bagi setengah
pitis ialah sekitar 15mm. Ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah pula nilaian mata wang
dibezakan melalui penggunaan nama Sultan Mansur Shah yang dilihat terdapat perbezaan pada
permukaan duit syiling. Pada nilaian satu pitis nama Sultan Mansur ditulis
yang bermaksud Mansur Shah berbapakan Muzaffar Shah, di bahagian belakang pula
menggunakan gelaran Nasir al Dunia wal Din. Penggunaan nama Sultan
Mansur bagi nilaian setengah pitis pula ditulis dan di bahagian
belakang mengekalkan gelaran yang sama. Oleh itu, nilaian mata wang ketika pemerintahan
8

Mohd Supian Sabtu, Numismatik Pengaruh Melayu-Islam di Tanah Melayu: Data Terkini Kesultanan Melayu
Melaka, Prosiding Persidangan Antarabangsa Islam dalam Masyarakat Malaysia (PAIMM): Sejarah dan
Perkembangan Masa Hadapan, Jilid 2, Kuala Lumpr: Jabtan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya, 2010, hlm. 61.
9

Mohd Supian Sabtu, Numismatik Terpilih Kesultanan di Semenanjung Tanah Melayu, dalam Dastar Pendeta:
Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah
Universiti Malaya, 2012,hlm. 327.
10
Saran Singh, The Encyclopedia of The Coins of Malaysia, Singapore and Brunei 1400-1967, Kuala Lumpur: A
Malaysia Numismatic Society Publication, 1996, hlm. 4-8.

Sultan Mansur Shah dapat ditentukan dengan penggunaan nama Sultan pada bahagian hadapan
duit syiling yang mana untuk setengah pitis ditambah Al-Adil. Seterusnya, nilaian bagi
pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1459-1477) dilihat pada saiz ukuran yang mana saiz duit
syiling pada nilaian satu pitis adalah lebih besar iaitu 21 mm hingga 22 mm dan saiz untuk
setengah pitis ialah 13 mm. Pemerintahan ketika zaman Sultan Ahmad pula nilaian utama iaitu
satu pitis dan setengah pitis masih dikekalkan. 11 Namun begitu, terdapat perbezaan pada
permukaan duit syiling.
Kajian numsmatik Melayu-Islam juga boleh dilihat pada kesultanan yang lain melalui
nilaian dan ukuran mata wang negeri. Hal ini boleh dilihat dalam Kesultanan Johor yang
merupakan kesinambungan daripada Kesultanan Melayu Melaka setelah sultan Melaka
membawa diri hingga ke Johor apabila Melaka kalah di tangan Portugis pada tahun 1511. 12
Nilaian bagi mata wang Johor ialah mas dan kupang. 13 Perkara yang menarik mengenai mata
wang negeri Johor ialah syiling yang dihasilkan adalah syiling yang diperbuat daripada material
emas dan syiling tersebut turut digunakan untuk kegunaan pertukaran antarabangsa. 14 Namun
begitu bentuk syiling negeri Johor masih mengekalkan ciri sama seperti Melaka iaitu bulat dan
menggunakan gelaran pemerintah. Nilaian syiling emas negeri Johor ialah berbeza mengikut
gelaran dalam membezakan nilaian mas dan kupang. Gelaran Khalifatul Mukminin
digunakan bagi nilaian mas, manakala Khalifatul Mukminin Shah untuk nilaian
kupang.15 Selain itu, nilaian satu mas adalah bersamaan dengan empat kupang. Di samping itu,
terdapat juga syilingyang dikeluarkan untuk kegunaan tempatan iaitu syiling emas, perak, dan
11

Mohd Supian Sabtu, Numismatik Terpilih Kesultanan di Semenanjung Tanah Melayu, dalam Dastar Pendeta:
Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah
Universiti Malaya, 2012,hlm. 330.
12
Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm. 5.
13
Mohd Supian Sabtu, Numismatik Terpilih Kesultanan di Semenanjung Tanah Melayu, dalam Dastar Pendeta:
Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah
Universiti Malaya, 2012,hlm. 331.
14
Ibid.
15
Ibid.

timah. Nilaian bagi syiling emas ialah kupang, nilaian syiling perak ialah penjuru, dan timah
adalah katun. Nilai penjuru turut dibahagikan kepada dua nilaian iaitu satu penjuru dan suku
penjuru yang nilaiannya adalah bergantung kepada kualiti syiling dan juga saiz syiling
berkenaan.16 Ukur lilit syiling juga berbeza di mana saiz ukuran syiling mas ialah sekitar 16
hingga 17 mm, kupang pula sekitar 11 hingga 12 mm.
Di negeri lain seperti Terenganu, nilaian mata wang ialah mas, kupang, keping dan pitis.
Mata wang di Terengganu mungkin digunakan secara menyeluruh sama ada dalam pasaran
tempatan dan juga pasaran antarabangsa. Di samping itu, material yang digunakan adalah
daripada emas dan timah sahaja kerana tiada lagi penemuan mata wang perak di Terengganu.
Mata wang di Terengganu turut dipengaruhi unsur Melayu-Islam dan releven dengan
perkembangan semasa pada ketika itu kerana penggunaannya yang luas dalam perdagangan.
Selain itu, mata wang Terengganu agak berbeza kerana bukan sahaja dalam bentuk syiling,
malah terdapat dalam bentuk duit pokok dan duit sinar matahari. Negeri Kedah pula,
mengeluarkan empat jenis material iaitu emas, perak, tembaga, dan timah yang mana nilaiannya
ialah kupang, real, tara dan tra. Setiap nilaian tersebut mempunyai kadar pertukaran piawai 96
tarra bersamaan dengan 1 kupang, 3 kupang bersamaan dengan 8 real atau 1 Dollar perak
Sepanyol dan 4 kupang bersamaan dengan 1 mas. 17 Ukuran lilit bagi syiling emas ialah sekitar 9
mm hingga 12 mm, syiling material perak pula berukuran 12 mm hingga 22 mm, tembaga pula
berukuran lilit sekitar 18 mm, manakala timah berukuran 18 mm hingga 23 mm. 18 negeri melayu
Kelantan pula mempunyai bentuk mata wang Kijang dan mata wang timah yang dikenali sebagai
pitis. Berdasarkan mata wang negeri melayu yang dihasilkan jelas bahawa unsur Melayu-Islam

16

Ibid., hlm. 337.


Mohd Supian Sabtu, Numismatik Terpilih Kesultanan di Semenanjung Tanah Melayu, dalam Dastar Pendeta:
Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah
Universiti Malaya, 2012,hlm. 338.
18
Ibid., hlm. 333.
17

itu wujud. Oleh itu, nilaian dan ukuran mata wang bagi Kesultanan Melayu mempunyai unsur
Melayu-Islam yang releven pada zamannya.
Hubungan antara kesultanan dan Penanda aras pemisahan pemerintahan kesultanan
Persamaan terhadap ciri fizikal syiling menunjukkan bahawa terdapat satu persamaan antara
kesultanan melayu di Tanah Melayu. Hal ini adalah kerana, kajian numismatic Melayu-Islam
menunjukkan bahawa hubungan antara kesultanan terjalin bukan sahaja melalui ekonomi dan
politik, malah dari segi sosiobudaya Islam itu sendiri. Hal ini boleh dilihat melalui kesultanan
Melayu Terengganu, di mana perkembangan syilingnya dipengaruhi oleh ciri-ciri yang terdapat
pada syiling di Johor. Hal ini adalah kerana, Terengganu pernah menjadi kawasan taklukan
Johor, malah terdapat juga pertalian saudara antara Sultan Zainal Abidin Shah I dengan Sultan
Abdul Jalil Riayat Shah IV, Johor.19 Selain itu, syiling Johor juga dilihat menggunakan gelaran
Sultan sama pada syiling yang dilihat diambil atau diteruskan daripada Kesultanan Melayu
Melaka iaitu gelaran seperti Khalifatul Mukminin.20
Selain itu, gaya tulisan dan penggunaan gelaran dalam susunan baris sama ada dua atau tiga
baris telah digunakan sebagai penanda aras untuk memisahkan antara dua pemerintahan sultan
yang pernah menggunakan gelaran yang sama. Misalnya, Kesultanan Melayu Johor apabila
syiling emas keluaran Sultan Alauddin Riayat Shah II dan Sultan Alauddin Riayat Shah III
menggunakan gelaran yang sama pada permukaan syiling iaitu Sultan Alauddin. Ketika zaman
Sultan Alauddin Riayat Shah II, gaya tulisan jawi kasar dimana ia mempunyai ciri yang
mendekati ciri pemerintahan Sultan Mahmud Kesultanan Melayu Melaka iaitu tidak mempunyai
perkataan Shah pada hujung nama dan menggunakan gelaran Khalifatul Mukminin dalam
dua baris sementara perkataan Shah ditulis pada bahagian tengah. Pada zaman
19

Sultan

Mohd Supian Sabtu, Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu Abad ke-15 hingga ke-19 M: Kajian
daripada Perspektif Numismatik dan Arkeologi, Tesis Sarjana, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, 2010, hlm. 91.
20
Ibid., hlm. 7.

Alauddin Riayat Shah III, tulisan jawi adalah lebih halus, mempunyai gelaran Shah pada
bahagian hujung nama dan gelaran Khalifatul Mukminin tidak mempunyai perkataan Shah.
Oleh itu, kajian numismatik Melayu-Islam relevan dengan perkembangan semasa.
Ikatan pemersatuan dan Hubungan Luar
Kajian numismatik Melayu-Islam turut melihat bahawa terdapat persamaan antara mata wang
di Melaka dan Pasai telah menunjukkan bahawa berlakunya ikatan pemersatuan antara keduadua negeri. Penggunaan gelaran dan pemotongan yang dilakukan pada syiling untuk berbentuk
bulat21 telah menunjukkan ciri yang hampir sama. Hal ini telah menunjukkan bahawa Melaka
dan Pasai menjalinkan hubungan dengan menjadikan kajian numismatik sebagai pendukung
kepada data sejarah. Selain itu, Kesultanan Melayu Acheh turut dilihat mempunyai persamaan
dalam syiling yang dihasilkan dan menunjukkan bahawa Kesultanan di Alam Melayu
mempunyai ikatan yang kuat.
Di samping itu, hubungan luar atau pengaruh luar turut diperolehi melalui kajian numismatik
Melayu-Islam dan relevan dengan perkembangan semasanya. Hal ini adalah kerana mata wang
dirham dan dinar merupakan mata wang yang dipengaruhi oleh Tanah Arab dan digunapakai oleh
Kesultanan Melayu Melaka.22 Selain itu, nilaian mata wang dinar dan dirham ini mengikut mata
wang yang digunakan oleh masyarakat Arab iaitu mata wang perak dan emas dalam menjalankan
urusan perdagangan di nusantara.23 Oleh itu, kajian numismatik Melayu-Islam relevan dengan
perkembangan semasa.

21

Mohd Supian Sabtu, Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu Abad ke-15 hingga ke-19 M: Kajian
daripada Perspektif Numismatik dan Arkeologi, Tesis Sarjana, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, 2010, hlm. 39.
22
Nur Shahida, Perkembangan Numismatik di Malaysia: Kajian Berdasarkan Mata Wang Kertas 1967 sehingga
1999, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2012/2013, hlm. 22.
23
Mohamad Syafiq Anuar, Perkembangan Numismatik Kesultanan Melayu: Kajian Perbandingan Kedah dan Johor
dari Abad Ke-16 Masihi Sehingga Abad Ke-18 Masihi, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, 2013/2014, hlm. 67.

Perdagangan Antarabangsa
Perkembangan mata wang adalah disebabkan penggunaannya yang semakin meluas dan
diperlukan dalam menjalankan kegiatan ekonomi dalam sesebuah kerajaan. Hal ini turut terjadi
kepada mata wang di Kesultanan Melayu. Pada awalnya, penggunaan mata wang bukanlah
bersifat komersial kerana mata wang hanya digunakan untuk menentukan nilai atau kadar
sesuatu barangan. Medium yang digunakan sebagai mata wang pada peringkat awal iaitu
sebelum bermulanya penghasilan mata wang menggunakan emas, timah dan sebagainya adalah
seperti cengkeram, tulang binatang, dan kulit kayu. Namun begitu, perubahan mula terjadi
apabila aktiviti perdagangan mula berkembang dengan meluas, maka keperluan terhadap
penghasilan mata wang diperlukan bagi memudahkan aktiviti perdagangan dijalankan. Oleh itu
daripada aktiviti perdagangan yang pada awalnya hanya melalui sistem barter telah bertukar
kepada perdagangan antarabangsa apabila negeri berkembang menjadi pusat perdagangan.
Mata wang merupakan satu medium ekonomi utama masyarakat Melayu terdahulu yang
boleh dibanggakan melalui nilaiannya. Bermula dengan perkembangan perdagangan di negeri
Melaka terus diikuti oleh kerajaan seterusnya iaitu Johor telah menunjukkan bahawa mata wang
memainkan peranan penting pada masa itu. Selain itu, perdagangan terus berkembang daripada
perdagangan tempatan sehingga perdagangan antarabangsa. Hal ini boleh dilihat dalam negeri
Johor di mana pedagang antarabangsa membantu dalam merancakkan lagi pedagangan di Johor
selepas penggunaan mata wang emas diguna pakai.
This cryptic passage point out two important aspect of Johore
coinage. It was an international currency in plentiful supply, which, to the
displeasure of European traders, was heavily adulterated. Nonetheless,
Johore gold continued to maintain its position in Asian commerce
throughout the century.24

24

Wicks, Robert Sigfrid, A Survey of Native Southeast Asian Coinage Circa 450-1850: Documentation and
Typology, United Kingdom: University Microfilms International, 1989, hlm. 308.

Hal ini menunjukkan bahawa mata wang emas negeri Johor mempunyai kualiti yang tinggi dan
menjadi perkara yang penting dalam melaksanakan kegiatam perdagangan. Selain itu,
penggunaan mata wang di sesebuah negeri tidak terhad kepada satu jenis mata wang sahaja
kerana terdapat juga syiling Patani, Real Sepanyol dan sebagainya di Johor. Hal ini adalah
kerana, pedagang yang datang pedagang akan dikenakan cukai dan mereka dibenarkan untuk
menggunakan mata wang negeri sendiri bagi membayar cukai tersebut. 25 Selain itu, abad ke-17
mata wang syiling Johor turut digunakan di negeri-negeri melayu yang lain. Oleh itu, kajian
numismatik Melayu-Islam relevan dengan pernkembangan semasanya.

Keseragaman dalam menghasilkan mata wang


Dalam mengkaji arkeologi, kaedah sains akan digunakan bagi membantu mengkaji
kandungan yang terdapat dalam mata wang dihasilkan. Hal ini adalah kerana, keseragaman mata
wang dapat dilihat dalam kajian numismatik Melayu-Islam. Oleh itu, kajian makmal dengan
menggunakan kaedah XRF/SEM, menunjukkan satu keseragaman material bahan yang diguna
untuk menghasilkan mata wang. Tujuan dilakukan analisis makmal adalah untuk mendapatkan
kadar peratusan keseluruhan mata wang Kesultanan Melayu yang pernah beredar di
Semenanjung Tanah Melayu sekitar abad ke 15 hingga 19 Masihi.
Mata wang yang berasaskan material emas terdiri daripada tiga unsur utama iaitu, Cu
(Copper), Ag (Aurum), dan Au (Ageutum). Mata wang yang dihasilkan dengan menggunakan
material tembaga terdiri daripada tiga unsur utama iaitu Cu (Copper), Sn (Stanum), dan Fe
(Ferum). Komposisi yang paling menarik adalah mata wang yang diperbuat daripada timah.
Material yang digunakan terdiri daripada tiga hingga lima unsur kimia yang dapat dibahagikan
kepada 4 kategori utama. Susunan yang terdiri daripada Fe, Sn, Pb (Plumbum). Terdiri daripada
25

Mohamad Syafiq Anuar, Perkembangan Numismatik Kesultanan Melayu: Kajian Perbandingan Kedah dan Johor
dari Abad Ke-16 Masihi Sehingga Abad Ke-18 Masihi, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, 2013/2014, hlm. 67.

10

Fe, Zn, Sn, dan Pb. Terdiri daripada Fe, Cu, Zn, Sn, dan Pb. Terdiri daripada Cl, Ca, Fe, Sn dan
Pb. Asas material yang hasilkan syiling Kesultanan Melayu Melaka dapat dibahagi kepada dua
iaitu campuran Sn, Fe, dan Pb. Kedua, campuran Sn, Fe, Pb dan Zn. Berdasarkan analisis
makmal, komposisi material emas mata wang Kesultanan Melayu Kedah yang dihasilkan oleh
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Maudzam Shah II (1710-1773) agak unik. Sepandang
kilas, syiling tersebut seperti diperbuat daripada timah tetapi berdasarkan kepada analisis
makmal ia sebenarnya diperbuat daripada kuprum. Mata wang ini diperbuat dengan
menggabungkan material kuprum (99.76%), material stanum (0.155%) dan ferum (0.083%).
Secara fizikal, dapat dilihat kesan warna permukaan syiling ini berwarna kelabu kecerahan.
Perkembangan gaya tulisan dan bahasa
Kajian numismatik berunsurkan Melayu-Islam memperlihatkan penggunaan tulisan jawi
manakala bahasanya pula campuran daripada bahasa melayu dan bahasa arab. Hal ini yang
menyebabkan kepelbagaian gaya tulisan pada permukaan syiling yang menunjukkan terdapat
perkembangan yang berlaku dalam sesuatu kesultanan sama ada di dalam kesultanan yang sama
atau di antara Kesultanan Melayu yang pernah berkembang sekitar abad ke 15 hingga 19 Masihi.
Perkembangan gaya tulisan tahap awal setiap kesultanan dapat dianggap kaku dan kemudiannya
berkembang lebih baik dan terdapat gaya yang tersendiri. Terdapat pelbagai gaya tulisan pada
syiling Kesultanan Melayu dan ia berkait rapat dengan acuan yang diguna.26
Kesultanan Kelantan umpamanya mempunyai tiga gaya tulisan yang dapat dikenal pasti
iaitu gaya tulisan yang berbentuk saluran bunga, persegi dan bulat. Pada tulisan Al-Adil,
terdapat bahagian ekor pada hujung huruf sementara huruf terdapat tandaan kekanan atau

26

Mohd Supian Sabtu, Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu Abad ke-15 hingga ke-19 M: Kajian
daripada Perspektif Numismatik dan Arkeologi, Tesis Sarjana, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, 2010, hlm. 38.

11

kekiri pada awalan bahagian atas. Berdasarkan pola hiasan ini, ia menunjukkan penyesuaian
dengan sebelum islam iaitu hiasan teratai yang dapat dilihat pada syiling kijang. Seterusnya,
gaya tulisan yang bersegi yang mana syiling mempunyai bentuk berkeluk teruatama pada huruf
dan untuk perkataan Al-Adil. Selain itu, gaya untuk huruf dapat dibahagikan kepada
dua iaitu bahagian atas yang mendatar dan bahagian atas yang tirus (seperti bumbung). Kategori
tulisan Al-Adil berbentuk bulat. Hiasan tulisan jika diperhatikan dibuat dengan tidak
menggunakan gaya tulisan sebelumnya. Gaya tulisan Malik yang berbentuk bulat dan
dibahagikan kepada tiga jenis gaya tulisan. Pertama, perkataan Malik bersambung terus, ().
Kedua, perkataan Malik yang terputus pada pangkal awalan huruf ( ) ,. Ketiga,
penggunaan huruf menggantikan huruf untuk perkataan Malik, () .

Tujuan Spiritual dan Azimat


Dalam kajian numismatik berunsurkan Melayu-Islam dalam kesultanan Melayu, perkara
berkaitan azimat dan spiritual turut terlibat dalam masyarakat melayu ketika itu. Hal ini adalah
kerana, pengaruh daripada Hindu Buddha yang sudah bertapak lama di Kepulauan Melayu.
Perkara ini seterusnya, dibuktikan dengan beberapa penemuan mata wang syiling yang
bentuknya berbeza dan dipercayai tujuannya adalah untuk perkara berkaitan spiritual dan juga
dijadikan sebagai azimat. Bentuk syiling yang dipercayai untuk tujuan spiritual atau azimat ialah
kebiasaannya dalam bentuk seperti kalung dan cincin. Oleh itu, kajian numismatik Melayu-Islam
relevan dengan perkembangan semasa kerana.
Penemuan syiling yang dipercayai bertujuan untuk azimat dan spiritual ini boleh dilihat
pada penemuan wang syiling yang berfungsi sebagai kalung di Sungai Duyung, Melaka. Ciri
fizikalnya sedikit berbeza iaitu mempunyai tandaan yang menonjol keluar daripada tepi mata
wang syiling yang pernah ditemui. Tandaan tersebut dipastikan sebagai hiasan saluran bunga
12

yang mengelilingi mata wang tepi mata wang. Manakala, dalam kesultanan Melayu Johor
terdapat juga penemuan syiling berbentuk persegi lapan dan digunakan sebagai cincin.
Penemuan di Johor ini menunjukkan bahawa tujuan syiling itu dibuat adalah untuk dijadikan
azimat kerana di bahagian permukaan belakangnya tidak mempunyai sebarang tulisan dan
sekaligus menjadikan maklumat ini sebagai bukti bahawa syiling yang berbtuk seperti cincin ini
dijadikan sebagai azimat bukan sebagai mata wang.27 Selain itu, di Sungai Terengganu juga
dijumpai syiling yang digunakan untuk spiritual dan sebagai azimat 28 kerana ciri fizikalnya
sedikit berbeza dengan syiling biasa yang mana bentuknya hamper sama tetapi dibahagian
belakang permukaan belakang syiling tersebut mendatar dan kosong. Oleh itu, syiling yang
ditemui dan kebiasaanya berbentuk sedikit berbeza daripada syiling biasa kebiasaaanya adalah
untuk tujuan spiritual.

Kewujudan mata wang palsu


Dalam kajian numismatic Melayu-Islam terdapat juga penemuan terhadap mata wang
yang tidak asli atau palsu. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakata melayu pada ketika itu
sudah mula pandai dalam melakuan wang palsu dan bukan pada masa kini sahaja. Dalam
mengkaji kepalsuan mata wang lama agak sukar. Hal ini adalah kerana, mata wang palsu dilihat
tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan syiling asli. Namun begitu, perkara ini dapat
dikesan berdasarkan pengamatan secara teliti. Ciri syiling hasil peniruan antaranya dapat dikesan
pada bentuk gaya tulisan dan pola susun atur pada bahagian permukaan sesuatu mata wang.

27

Mohd Supian Sabtu, Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu Abad ke-15 hingga ke-19 M: Kajian
daripada Perspektif Numismatik dan Arkeologi, Tesis Sarjana, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, 2010, hlm. 420-421.
28
Ibid., hlm. 421.

13

Dalam melihat duit palsu, syiling Kesultanan Melayu Terengganu yang palsu
menunjukkan kejanggalan pada gaya tulisan. Gaya tulisan adalah terbalik dan terdapat beberapa
ciri yang menunjukkan ciri berbeza dan tidak seperti yang asal. Pada syiling tersebut didapati
perkataan Kali Malik Al-Adil dengan huruf dan adalah tidak sama dengan ragam
tulisan yang sedia ada. Begitu juga dengan huruf dan untuk perkataan Al-Adil agak
bulat dan mendatar. Syiling Kesultanan Melayu Kelantan pula dapat dikesan pada susun atur
perletakan huruf. Misalnya, perkataan Sultan Shah dan Adil Shah memperlihatkan
kejanggalan. Walaupun perkataan Sultan Shah dengan dengan huruf dibahagian tengah
adalah lazim tetapi perkataan Al-Adil dengan huruf dan disusun secara tegak pada
bahagian hujung. Kebiasaannya, perkataan Adil Shah disusun dalam dua baris yang lengkap.
Oleh itu, kajian numismatik Melayu-Islam sejajar dengan perkembangan semasa.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian numismatik berunsurkan Melayu-Islam merupakan satu kajian
yang penting dalam menyingkap sejarah mata wang ketika zaman Kesultanan Melayu yang
bermula dengan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini adalah kerana, kajian numismatik MelayuIslam dapat mengkaji perkembangan sejarah mengenai budaya masyarakat Melayu pada ketika
itu dan dijadikan sebagai bukti dalam sejarah. Selain itu, aktiviti ekonomi turut diketahui melalui
penemuan-penemuan mata wang kesultanan Melayu. Hal ini secara tidak langsung turut
memperlihatkan interaksi masyarakat tempatan sesame mereka, malah interaksi mereka dengan

14

masyarakat luar melalui perdagangan turut diperolehi melalui penemuan mata wang yang
pelbagai.
Selain itu, kajian numismatik Melayu-Islam releven dengan perkembangan semasa dalam
membuktikan perubahan atau perkembangan yang berlaku terhadap sesebuah kesultanan. Hasil
kajian numismatik ini juga penting dalam membuktikan atau memperlihatkan kedaulatan serta
kehadiran Islam dan kemunculan budaya Melayu-Islam. Di samping itu, mata wang Kesultanan
di Tanah Melayu berunsurkan Melayu-Islam adalah kerana melibatkan percampuran atau
gabungan antara unsur Melayu dan Islam pada mata wang tersebut. Oleh itu, kajian numismatik
Melayu-Islam relevan dengan perkembangan semasa.

Senarai Rujukan
1. Mohd Supian Sabtu, Numismatik Terpilih Kesultanan di Semenanjung Tanah Melayu,
dalam Dastar Pendeta: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dr. Abdullah Zakaria
Ghazali, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 2012.
2. Mohd Supian Sabtu, Numismatik Pengaruh Melayu-Islam di Tanah Melayu: Data Terkini
Kesultanan Melayu Melaka, Prosiding Persidangan Antarabangsa Islam dalam Masyarakat
Malaysia (PAIMM): Sejarah dan Perkembangan Masa Hadapan, Jilid 2, Kuala Lumpr:
Jabtan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2010
15

3. Saran Singh, The Encyclopedia of The Coins of Malaysia, Singapore and Brunei 1400-1967,
Kuala Lumpur: A Malaysia Numismatic Society Publication, 1996.
4. Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.
5. Nur Shahida, Perkembangan Numismatik di Malaysia: Kajian Berdasarkan Mata Wang
Kertas 1967 sehingga 1999, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, 2012/2013.
6. Wicks, Robert Sigfrid, A Survey of Native Southeast Asian Coinage Circa 450-1850:
Documentation and Typology, United Kingdom: University Microfilms International, 1989.
7. Uka Tjandrasasmita, Arkeologi Islam Nusantara, Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia,
2009.
8. Mohd Supian Sabtu, Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu Abad ke-15 hingga
ke-19 M: Kajian daripada Perspektif Numismatik dan Arkeologi, Tesis Sarjana, Jabatan
Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2010.
9. Kamus Dewan Edisi Keempat, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=numismatik dipetik
pada 25 Oktober 2016.
10. Mohamad Syafiq Anuar, Perkembangan Numismatik Kesultanan Melayu: Kajian
Perbandingan Kedah dan Johor dari Abad Ke-16 Masihi Sehingga Abad Ke-18 Masihi,
Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
2013/2014.

16

Anda mungkin juga menyukai