Anda di halaman 1dari 7

The simplified way to create

a stock portfolio

ETFs

Exchange Traded Funds

Listed on Bursa Malaysia

APAKAH DANA
DAGANGAN
BURSA (ETF)?

ETF melabur di dalam sekumpulan saham atau bon atau lain-lain instrumen
yang menjejaki prestasi sesuatu indeks. ETF adalah disenaraikan dan
didagangkan di bursa saham.

MENGAPA MELABUR
DI DALAM ETF?

DIVERSIFIKASI
Dapatkan pendedahan kepada kelompok sekuriti dalam satu transaksi.
Ianya cara yang efisien untuk memperolehi diversifikasi serantau dan
antarabangsa.
KOS RENDAH
ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang
lebih rendah (<1% berbanding dana yang diuruskan).
DINIAGAKAN SEPERTI SAHAM
Sama seperti saham, anda boleh membeli dan menjual ETF pada bila-bila
masa sepanjang hari dagangan.
CUKUP TELUS
Harga ETF boleh diperolehi pada masa sebenar sepanjang hari dagangan.
Malah portfolio pelaburan adalah cukup telus dalam pengamatan indeks ETF.

SEGALANYA MENGENAI
PELABURAN
DI DALAM ETF

1. Apakah yang perlu saya bayar apabila membeli dan menjual ETF?

Sama seperti membeli dan menjual saham, pelabur perlu membayar
komisyen broker, duti setem dan yuran penjelasan.
2. Apakah yang menentukan harga ETF?

Harga pasaran ETF biasanya hampir sama dengan Nilai Aset Bersih
(NAV) dana, iaitu nilai pasaran asas saham dan sebarang pendapatan
bersih tidak diagih. Bagaimanapun, harga ETF boleh dipengaruhi oleh
permintaan dan penawaran di dalam pasaran.
3. Apakah jangkaan untuk pulangan?

Pulangan pelaburan secara amnya sejajar dengan harga dan prestasi
kadar hasil indeks asas ETF tersebut.
4. Berapakah unit pelaburan minima?

ETF didagangkan di dalam lot dagangan minima (lot dagangan) 100 unit.

5. Adakah ETF membayar sebarang dividen?



Kebanyakan ETF membayar dividen kepada pemegangnya secara
tahunan atau separuh tahun. Anda dinasihatkan agar membaca dan
memahami polisi agihan di dalam prospektus atau dokumen
tawaran ETF.
6. Bagaimanakah urusniaga ETF diselesaikan?

Sama seperti urusniaga saham, iaitu tidak lewat daripada 3 hari
dagangan selepas tarikh urusniaga (T+3).
7. Adakah ianya mempunyai sebarang risiko?

Ya, sepertimana melabur di dalam saham, pelaburan di dalam ETF juga
tertakluk kepada risiko turun dan naik pasaran. Prestasi ETF mungkin
dipengaruhi secara langsung oleh prestasi komponen asasnya.
8. Apakah yang perlu saya lakukan sebelum melabur di dalam ETF?

Anda adalah dinasihatkan agar mengetahui perkara-perkara berikut
sebelum melabur:

Objektif dan strategi pelaburan ETF

Maklumat mengenai indeks yang dijejaki oleh ETF

Polisi dividen

Yuran dan caj yang perlu anda tanggungi sebagai pelabur

Sumber maklumat dagangan ETF

Maklumat mengenai syarikat pengurusan

PERBANDINGAN PRODUK

ETF

SAHAM AMANAH SAHAM

Diversifikasi

Penyebaran harga
masa sebenar

Dagangan melalui

Broker

Broker

Agen

T+3

T+3*

Segera

Pembelian ETF /
Saham / Amanah Saham

*T+3 bermakna hari ketiga pasaran/perniagaan selepas tarikh dagangan.

KOS DAGANGAN

Caj Jualan
Komisyen
Broker / Yuran
Penjelasan /
Duti Setem

ETF

SAHAM AMANAH SAHAM

<1%

<1%

YURAN PENGURUSAN

ETF

Yuran Pengurusan*

<1%

SAHAM AMANAH SAHAM


-

1-2%

*Yuran pengurusan adalah ciri lazim ETF dan amanah saham. Yuran pengurusan dinyatakan di dalam Nilai Aset
Bersih (NAV) dan harga seunit ETF atau amanah saham.

MEMULAKAN
PELABURAN

ETF diniagakan sama seperti saham, tertakluk kepada peraturan dagangan,


pembayaran dan penyelesaian yang serupa (T+3).
Anda perlu membuka akaun CDS dan akaun dagangan dengan organisasi
yang menyertai iaitu syarikat broker saham yang berdaftar di Malaysia,
sekiranya anda belum mempunyai akaun tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bursamalaysia.com dan laman


web ETF yang berkenaan.

10

Anda mungkin juga menyukai