Anda di halaman 1dari 6

Jalan-jalan Turki - Tips dan Panduan

Semenjak saya mengepost video Jejak Turki, saban hari saya mendapat mesej
yang bertanyakan macam-macam soalan tentang percutian ke Turki ni.
Tambahan lagi, cuti easter pun dah menghampiri. Maka, daripada saya duk
menjawab mesej yang sama kepada orang yang berlainan, baik juga kiranya
kalau saya tulis di sini, harap2 boleh dijadikan panduan.

macam travel agensi gitu.

Perhatian : Segala yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri. tidak


semua tepat ya.
Perhatian : entri ini sangat panjang tau.

1. Apakah tempat-tempat menarik yang perlu dilawati ? Boleh cadangkan laluan


perjalanan yang cambest tak ?
Kami(saya guna kami sebab pergi 4 orang) pergi selama 10 hari 9 malam. maka
banyaklah tempat yang menarik sempat kami lawati.
Di Istanbul
Hagia Sophia
Masjib Biru
Istana Dolmabahce
Istana Topkapi
Selat Bhosporus, Golden Horn
Grand Bazaar, Spice Bazaar
Masjid2 yang banyak seperti Sultan Al-Fatih, Sultan Suleiman, Laila, dan masjid2
yang jarak antara satu sama lain macam sehasta je
University of Istanbul
Miniaturk - Menempatkan miniature2 binaan hebat di Turki seperti Hagia Sophia ,
Masjid Biru dan lain-lain.

Kebanyakan tempat di Istanbul dekat-dekat, walking distance. kalau macam


malas sangat jangan risau akan ada perkhidmatan Tram yang menghubungkan
satu tempat ke tempat yang lain.
4 hari di Istanbul. spare satu hari untuk shopping sebenarnya :P

Dari Istanbul kami memandu kereta ke Cappadocia, Nevsehir.


Cappadocia kebanyakannya merupakan kawasan penempatan purba zaman
dahulu kala.
Goreme Open Air Museum - Menempatkan rumah2 yang diperbuat daripada
batu, gereja2, dan gua2.
Open Museum - Batu berbentuk cendawan gergasi
Underground City - bandar bawah tanah yang sangat cool
Goreme National park - Ihlara Valley
Dervent Valley - batu berbentuk unta
Pigeon Valley - well lembah yang banyak burung merpati
Hot air Balloon - naik belon udara panas dan menikmati pemandangan
Cappadocia yang Subahanallah ! cantik gilewwww. harga sekali naik Euro 150
sejam.

Dan jangan lepaskan peluang untuk menyewa hotel dalam gua ! sangat cool !
kami spent 2 hari di Cappadocia.

Dari Cappadocia kami memandu kereta ke Konya


Masjid Sultan Selim
Muzeum Maulana

kami sekejap saja di Konya sebab akan memandu jauh ke Denizli.

Dari Konya ke Denizli


Pamukkale - Pamukkale bermaksud istana kapas dan tempat ini diisyhtiharkan
sebagai World Heritage Site oleh Unesco.
Dalam kota ini ada Traventine - Kolam air panas semula jadi yang bertingkattingkat. sangat cantik. Mungkin kalau pergi waktu easter boleh berendam kot.
Kota Lama Hirapolis

Dari Denizli ke Selcuk


Ephesus - ada Teater ephesus(binaan yang sangat hebat di lereng bukit) dan
Library of Celcus dan macam2 lagi.
Museum Ephesus
Gereja Maryam - perjalanan ke gereja maryam ni sedikit menakutkan sebab kena
memandu lereng bukit yang curam dan berkabus !
Masjid Isabey
The Cave of Seven Sleepers - gua ashabul kahf
***

Maka ini secara ringkasnya (ringkas ke?) laluan perjalanan kami. Kami sewa
kereta.

2. Nak pergi ke tempat2 yang kat atas ni kena sewa kereta ke ? Pengangkutan
awam takda ke ?

Ya. kami asalnya nak guna pengangkutan awam yakni bas tapi memandangkan
bila difkirkan keanjalan masa dan tempat2 yang kami nak lawati (banyak gila!)
kami memutuskan untuk sewa kereta.

Tapi jangan gundah gulana berwalang bicara, memang ada bas ekspres yang
pergi ke semua tempat yang kami lawati ini.

Cuma, yang menjadi kepayahannya untuk kami sebab, ambil contoh Cappadocia.
Semua tempat lawatan di Cappadocia jauh2. bukan walking distance. Unless
korang nak jalan 5 kilometer, boleh sajok.

3. Takda ke macam travel agensi yang menawarkan pakej yang best ?


Ada!
dan tempat2 yang travel agensi cover sebijik dengan tempat yang kami cover.
cuma..cuma..cuma bila ikut travel agent, masa tak anjallah. tak boleh lepak
lama2. haha. tapi itu bukan masalah.
Tentang harga yang ditawarkan oleh travel agensi pulak, boleh dikatan mahal
jugaklah sebenarnya.

Jadi kalian ada 3 pilihan :


1. Sewa kerete
2. Guna bas tapi tak guna travel agensi lah. pandai2 cari bas tambang semua2.
3. Guna travel agensi. Kami ada tawar2 harga dan dia bagi seorang
TL700(bersamaan GBP 300) untuk pakej perjalan 5 hari (ke 6 hari tak ingat)
termasuk makan dan tempat tinggal. tapi harga mungkin berubah since dah
masuk cuti easter.

4. Sewa kereta mahal tak ?

Harga kereta - TL 645 - untuk 5 hari termasuk insurans dan GPS. Kereta Diesel
dan auto,
Harga minyak sepanjang perjalanan - TL 400
jumlah - TL 1045 atau dalam pound GBP 435

Mungkin nampak macam mahal. SEBAB, kami kan mula2 plan nak naik bas je.
So, kami tak booked kereta awal2 masa tiba di airport. Kami cari kereta sewa bila
dah seharian di Istanbul. So, lepas tawar2, tanya sana-sini, minta murah buat
muka tak malu dapatlah harga yang paling murah.

5. Hotel korang book cemana ? on the spot ke? online ? ke tidur dalam kereta ?
Kami ada cari hotel on the spot dekat Istanbul sebab hotel yang kami sewa
mula2 sampai sangat menakutkan. Hotel yang bawah dia ada disko ! Nama hotel
ini ialah Universal Hostel !

Senang book onlinelah. saya percaya korang ada debit cardkan ? so senanglah
nak booking hotel. Bila online, boleh banding2 harga dan cari paling murah !
Harga semalaman untuk hotel paling murah kami pernah jumpa ialah GBP 7. dan
paling mahal GBP 10.

Ini link untuk kami booking hostel

HARGA MUNGKIN BERBEZA BILA CUTI EASTER !

dan ada 2 hari kami tidur dalam kereta :)

6. Makanan macam mana ? kena bawak bekal tak macam roti ke? sardin ke ?
biskut ke ? cereal ke ? beras ke ? ayam mentah ke ? :P
Kalian mungkin tak berapa tahu , Turki ini sebuah negara Islam, macam
Malaysia. Ya, Malaysia adalah negara Islam. Negara Islam contoh lagi sebab baru
diiktiraf oleh kerajaan Turki. Maka insyaAllah semua kedai makanan dia halal. so,
tak perlulah kot nak bawa ayam mentah ke, periuk elektrik ke, beras ke, okay ?

Kalau macam tak yakin, tanyalah. "Do you serve halal food? " insyaAllah akan
dapat respon "InsyaAllah brothers !"

Anda mungkin juga menyukai