Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PENAMPANG

JALAN PENAMPANG LAMA


LORONG SAHABAT,
89500 PENAMPANG KOTA KINABALU
SABAH
TEL:088-701164/FAX:088-701175

KERTAS KERJA
B.KADAZANDUSUN

PENDAHULUAN
Pihak sekolah hendak mewujudkan sekolah yang berteraskan kepada konsip
tradisional, bagi memberi kesedaran kepada murid-murid pada peringkat awal
tentang kepentingan meliharaan dan menanam perasaan menghargai budaya
warisan nenek moyang.. Ini sejajar dengan kempin kerajaan cintailah budaya kita,
maka Panitia Bahasa Kadazandusun bersama guru-guru dengan sokongan pihak
pentadbir sekolah berhasrat hendak mengadakan Keamatan Peringkat Sekolah
2013. Hasrat ini sukar hendak dicapai tanpa sokongan moral terutama dalam
bentuk kewangan,dari pihak Yang Berharmat. Oleh itu Panitia Bahasa
Kadazandusun

bersama pentadbir sekolah sangat menghargai derma dan

sumbangan ikhlas dari pihak Yang Berhormat.

OBJEKTIF
1. Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid diluar kelas
2. Memupuk perasaan cintakan budaya sendiri
3. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar terhadap budaya tradisional.
4. Memupuk semangat berkerjasama dalam satu pasukan,
5. Membimbing murid mengenali budaya itu melalui perayaan,

HASIL
1.

Murid- murid dapat mengenali sesuatu budaya melalui


perayaan.

2.

Murid dapat memperkukuhkan ilmu pengetahuan


terhadap budaya tradisional melalui aktiviti diluar kelas.

3.

Guru dan murid dengan sokongan mantap pihak


pentadbir sekolah dapat memperkembangkan semangat sayangkan budaya
ibunda melalui perayaan keamatan yang akan diadakan di sekolah.

4.

Murid dapat mewujud semangat berpasukan tanpa


mengira bangsa semasa menjayakan Keamatan ini.

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kami ialah semua warga sekolah. Mereka perlu didedahkan
dengan lebih awal berkaitan dengan budaya tradisional . Nilai-nilai cintakan budaya
kita perlu disemai dalam sanubari murid sejak dari kecil.

PENUTUP
Menerapkan cinta kepada budaya tradisional dan memupuk perasaan kekitaan
tanpa mengira bangsa dikalangan pelajar sekolah adalah hasrat murni setiap guru,
kerana pelajar ini adalah penyambung warisan budaya kita. Melalui perayaan ini kita
dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar agar menghargai dan sesuatu
budaya itu. Disamping sebagai aktiviti murid di luar kelas, ia juga sebagai tempat
permulaan murid mengenali sesuatu budaya melalui perayaan. Oleh itu sokongan
Yang Berhormat sangat kami perlukan menjadikan hasrat ini menjadi kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai