Anda di halaman 1dari 5

E-WATER

MATLAMAT
Melalui pembelajaran ini, pelajar akan :
1. Menganalisis ciri fizikal air
2. Menganalisis komposisi air
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat :
1. Menyatakan komposisi air
2. Memerihalkan ciri fizikal air
3. Menyatakan kesan kepekatan elektrolit terhadap kadar elektrolisis
4. Bekerjasama dalam kumpulan
5. Membuat pemerhatian dengan tepat
LATAR BELAKANG
Air adalah sebatian yang boleh diuraikan secara kimia iaitu melalui kaedah elektrolisis.
Proses ini akan menguraikan air kepada unsur-unsurnya iaitu oksigen dan hidrogen.
H2O > H + O
Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik
mengalir melaluinya.Arus elektrik boleh dialirkan melalui elektrolit dengan menggunakan
dua elektrod. Elektrod yang disambungakan kepada terminal positif yang dinamakan anod,
manakala elektrod yang disambungkan kepada terminal negatif dinamakan katod.
Semasa elektrolisis berlaku, ion negatif akan bergerak ke anod.
Oleh itu ion ini dikenali sebagai kation.Ion positif pula akan bergerak ke katod yang mana ion
ini dikenali sebagai anion.
BAHAN-BAHAN
2 bekas plastik
2 batang pensel
2 batang paku besi
2 Sel kering 9V
4 tabung uji
4 wayar penyambung dan klip buaya
Plastisin
Jam randik
Spatula
Serbuk soda
Air suling
Pembaris
Polisterin

PROSEDUR

Aktiviti 1
1. Sediakan 2 radas (P dan Q) seperti dalam Rajah 1
2. Untuk radas P, gunakan pensel sebagai elektrod dan untuk radas Q, gunakan paku
sebagai elektrod
3. Larutkan 1 spatula soda ke dalam kedua-dua bekas plastik lutsinar menggunakan air
suling.
4. Hidupkan suis dan alirkan arus eletrik selama 15 minit.
5. Kumpulkan gas yang terhasil menggunakan tabung uji dan ukur isipadu gas tersebut
dengan menggunakan pembaris
6. Rekodkan pemerhatian dan keputusan dalam jadual
Aktiviti 2
1. Sediakan 1radas seperti dalam Rajah 1 (P) tetapi gantikan larutan soda dengan air suling
2. Ulang langkah 2-6 dalam Aktiviti 1
Aktiviti 3
1. Sediakan radas seperti dalam Rajah 1(P)
2. Larutkan 1 spatula soda soda bikarbonat ke dalam plastik lutsinar menggunakan air
suling
3. Hidupkan suis dan alirkan arus eletrik selama 15 minit.
4. Kumpulkan gas yang terhasil menggunakan tabung uji dan ukur isipadu gas tersebut
dengan menggunakan pembaris
5. Rekodkan pemerhatian dan keputusan dalam jadual
6. Ulang langkah2-5 di atas dengan menggunakan 2 spatula soda bikarbonat

HASIL DAN JADUAL DATA

Jadual 1
Jenis
elektrod

Gas yang
dihasilkan
dalam tabung
uji

Kadar perubahan air dalan tabung


uji

A
Pensel

B
A

Paku
B

Aktiviti 2
Pemerhatian :

Aktiviti 3
Kepekatan
larutan
soda

Gas yang
dihasilkan
dalam tabung
uji

Kuantiti gas yang


dihasilkan dalam masa 15
minit

A
1 spatula

B
A

2 spatula
B

PENTAKSIRAN
1. Tenaga apakah yang terlibat dalam proses elektrolisis?
_____________________________________________________________________

2. Apakah gas yang terhasil pada anod dan pada katod?

Anod:_____________________

Katod: ____________________

3. Nyatakan ujian yang sesuai bagi mengesan kehadiran gas oksigen dan gas hidrogen?
_____________________________________________________________________

4. Nyatakan kegunaan soda bikarbonat dalam aktiviti ini?


_____________________________________________________________________

5. Berikan satu aplikasi elektrolisis dalam kehidupan seharian.


_____________________________________________________________________

6. Nyatakan pembolehubah dimanipulasikan dalam aktiviti ini.


_____________________________________________________________________

7. Nyatakan bahan lain yang boleh digunakan bagi menggantikan soda bikarbonat dalam
aktiviti ini.
_____________________________________________________________________

8. Terapi ion elektrik digunakan dalam bidang perubatan alternatif. Terapi ini melibatkan
rendaman kaki dalam air bergaram. Adakah kaedah ini merupakan satu aktiviti
elektrolisis?
_____________________________________________________________________

AKTIVITI TAMBAHAN
Sediakan satu peta I-think berkaitan dengan kegunaan proses elektrolisis
dalam industri.

Bawa beberapa larutan yang berbeza untuk diuji menggunakan kaedah


elektrolisis.

SUMBER-SUMBER TAMBAHAN
https://orbitingfrog.com
Spesifikasi Kurikulum Sains tingkatan 2, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
Buku Teks Sains Tingkatan 2

SKEMA JAWAPAN
1. Tenaga elektrik
2. Anod : oksigen
Katod : hidrogen
3. Ujian gas oksigen : Menyalakan kayu uji berbara
Ujian gas hidrogen : Bunyi pop terhasil apabila diuji dengan kayu uji menyala
4. Sebagai elektrolit
5. Penyaduran
6. Aktiviti 1 : jenis elektrolit
Aktiviti 3 : kepekatan larutan soda
7. Air limau, cuka
8. Tidak (kaki bukan elektrod)

Anda mungkin juga menyukai