Anda di halaman 1dari 3

Soalan 1

Gaya hidup yang kita amalkan memberi kesan langsung kepada tahap kesihatan kita.
Untuk memperolehi tahap kesihatan yang baik, kita perlulah mengamalkan gaya hidup yang
sihat. Menurut Abdul Latif (2015), gaya hidup sihat merujuk kepada melaksanakan amalan yang
mampu meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan perkara yang memudaratkan.
Terdapat lima ciri-ciri utama dalam gaya hidup yang sihat. Pertama adalah Pemakanan
yang seimbang. Pemakanan yang seimbang membawa maksud makanan yang diambil dalam diet
harian adalah pada kadar yang betul mengikut jenis atau kumpulan makanan. Ini kerana, setiap
kumpulan makanan mempunyai kepentingan tersendiri dengan kadar yang berbeza. Rajah di
bawah menunjukkan piramid makanan yang menggambarkan jenis-jenis kumpulan makanan.

Rajah 1.1 Piramid makanan


Ciri kedua adalah kebersihan diri. Kebersihan diri memberi kesan langsung kepada
kesihatan serta keterampilan seseorang dari segi fizikal dan rohani. Antara aspek kebersihan diri
yang perlu dititik beratkan adalah penjagaan kebersihan kulit, mata, rambut, telinga dan tangan.
Dengan menitik beratkan kebersihan diri, kita mampu untuk :

1. Mengelak penyakit berjangkit seperti penyakit kulit.


2. Mengekalkan kesihatan serta kecergasan badan.
3. Memberi keselesaan untuk orang lain mendampingi kita.
Seterusnya adalah rehat yang mencukupi. Rehat di sini membawa maksud berhenti dari
melakukan aktiviti fizikal dan mental yang berat. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk kita
merehatkan fizikal dan mental kita. Antaranya adalah dengan bermain catur, mendengar muzik
dan bersiar-siar. Aktiviti ringan seperti ini mampu melepaskan tekanan yang kita alami. Kita juga
boleh memilih untuk tidur sebagai cara untuk berehat. Ini kerana tidur mampu untuk
menurunkan tekanan darah dan degupan jantung. Sebab itu kita merasa lebih tenang dan segar
apabila bangun dari tidur.

Rajah 1.2 Tidur sebagai cara untuk merehatkan fizikal dan mental
Gaya hidup yang sihat adalah dengan mengekalkan kesihatan diri. Antara asas kepada
kesihatan adalah senaman. Senaman yang ingin dilakukan adlah bergantung kepada kemampuan
seseorang individu itu. Ini kerana senaman secara berlebihan boleh menyebabkan kecederaan.
Faedah yang boleh diperolehi daripada melakukan senaman adalah:

1. Senaman mampu menguatkan jantung dan daya tahan otot.


2. Meningkatkan penghantaran oksigen ke seluruh badan.
3. Membakar lemak dan dan menguatkan tulang.
Mengelakkan penyalahgunaan bahan juga merupakan ciri gaya hidup sihat.
Penyalahgunaan bahan boleh didefinisikan sebagai pengambilan secara berlebihan bahan yang
mampu memberi kesan mudarat kerana ketagihan atau untuk tujuan selain tujuan sebenar. Antara
bahan tersebut adalah heroin, morfin, ganja dan dadah. Biasanya penyalahgunaan bahan ini
berlaku kerana:
1. Pengaruh iklan, internet dan rakan.
2. Keinginan untuk mencuba
(390 patah perkataan)
Rujukan
Abdul Latif Bin Ahmad. (2015). Seminar Gaya Hidup Sihat. IPG Kampus Tun Hussein Onn.
Batu Pahat
Ellen Morrey (1999). Kolesterol dan Trigliserida. Synergy Books International. Penerbit
Synergy Bookd International
Idris Mohamad, Shharudin Abd Aziz dan Zamry Ahmad (2007).KBSR Pendidikan
Jasmani dan pendidikan kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Majalah Kesihatan Rapi ( 2012). Penerbit Majalah Karangkraf.

Anda mungkin juga menyukai