Anda di halaman 1dari 2

Aku

selalu cemburu, apabila membandingkan hidupku dengan orang lain. Kisah ku ini
mungkin 7dak seberapa. Tidak banyak yang dapat aku kongsikan. Hanya kisah pendek ini
tentang perjalanan aku sebagai seorang anak. Seikhlas ha7 aku cuba menulis. Kisah hidupku
dengan seorang bapak.

Aku bukanlah nak dikatakan seorang anak bapak. Aku jarang cakap dengan bapak. Tak tahu
kalau orang lain pon macam tu juga. Tapi bila berdua sahaja dengan bapak, masing masing
hanya cakap bila perlu sahaja. Jarang aku bercerita pasal bapak. Sebab hakikatnya aku tak
rapat pon dengan bapak. Dulu di asrama kalau telefon rumah lepastu bapak angkat, aku
mintak dia pass ke mak. Kejam kan? Bukan semua adik - beradik aku tak rapat, aku rasa aku
seorang sahaja. Kami panggil bapak, Ata.

Ata garang. Buat silap sikit, dia teros marah. Kerja pon guru besar. Semua budak cakap ke aku
bapak aku garang. Aku diamkan saja. Pelik budak budak ni, takkan la aku tak tahu. Aku ingat
lagi dulu kalau tertumpahkan air dekat meja makan, dia akan cakap 'Astaghrullah' dengan
nada suara rendah sambil pandang buat muka garang. Tapi kalau dia tumpahkan air, dia akan
senyap je sambil cakap 'Allah, tertumpah..' Aku rasa semua parents macam ni kot. Macam
semua anak yang tak suka dimarahi bila bukan silap dia, aku pon macamtu jugak bila kena
tegur benda yang bukan aku buat. Atau benda yang tak sengaja. Tapi nak buat macam mana.
Kita anak.

Kadang - kadang rimas duduk rumah. Sebab selalu kena marah. Semua benda buat tak kena.
Tak boleh duduk bilik sahaja, kena keluar tunjuk muka. Sebab sangkaannya duduk dalam bilik
sebab tak bangun lagi. Padehal dah je bangun, cuma malas keluar bilik. Macam macam
lagilah kena marah. Dipendekkan cerita, selalu rasa macam aku ni tak pernah cukup untuk
mereka. Lelagi ata.

Satu hari aku geledah laci yang simpan dokumen pen7ng. Terjumpa surat. Surat rayuan.
Sebelum masok MRSM, pernah cuba memohon masuk sekolah yang dikira top dekat
Seremban. Tapi sebab masa sekolah rendah loser sangat tak pernah join apa - apa
kokurikulum, kena rijek dengan semua sekolah top. Tapi ata buat rayuan. Baru tahu dia buat
rayuan bila terjumpa surat - surat tu - iaitu selepas beberapa tahun, aku dah habis sekolah.
Tapi s7ll kena rijek, nampak tak loser gila dulu haha. Yang sedih ha7nya bila baca surat tu.
Saya berharap pihak tuan dapat menerima anak saya untuk belajar di sekolah tuan.
Tatau kenapa, sampai sekarang ha7 aku sedih, ata kena buat rayuan sebab nak aku masuk
sekolah tu. Dan ha7 tambah sedih, bila ata sanggup buat rayuan semata mata untuk aku.
Seorang yang dipandang 7nggi, sanggup merayu untuk anaknya yang loser. Aku harap bapak
bangga, bila dia tak perlu merayu lagi untuk aku, sekarang aku di perantauan.

Ada satu lagi kisah yang selalu ingatkan aku pada bapak. Masa darjah satu, aku pernah kena
buli dengan budak lelaki darjah enam. Bukan buli pon, cuma dorang tackle kaki sepanjang
corridor sampai aku jatuh, berulang kali. Ingat lagi air mata aku jatuh ke lantai bila bangun,
luls. Tapi sebab masih mentah dan tak re7 nak defend diri sendiri, aku biar je dorang tackle
kaki sampai ke hujung corridor. Sampailah masuk kereta air mata aku masih lagi deras. Ata
tanya kenapa, lepastu terus dia keluar kereta, masuk kawasan sekolah. Dia pergi cari
bebudak setan tadi. Bila dia masuk balik kereta dia kata bebudak tu lari masuk tandas.
Lepas insiden tu takde dah budak laki tackle kaki aku.

Dulu takde rasa pape, sekarang bila ingat balik baru rasa bapak seorang hero, haha.

Sekarang pon masih seorang hero. Aku dekat perantauan, milo sini mahal. Bapak selalu
kirimkan. Hihu.

Susah aku nak buka cerita pasal family, pasal ata. Sejujurnya, aku tak pernah ungkap
perkataan sayang dengan mereka. Aku cuma harap, kalau aku tak mampu untuk menjadi
cukup bagi mereka di dunia, aku harap doa aku cukup untuk tarik mereka ke syurga. Aku juga
berharap, dosa aku sebagai anak, bukan punca bapak ditarik ke neraka. Sebab hakikatnya
aku anak perempuan yang setan di belakang mereka. Aku anak yang jahil. *menangis terok.

Tuhan masih lagi pinjamkan mereka kepada aku. Kalau orang lain ingin hidup dengan moNo
'live life to the fullest', aku cuma mahu perjalanan hidup aku terpelihara, untuk ibu bapaku.
Merekalah yang membawa aku ke dunia ini. Dan hidup aku adalah tak lain dan tak bukan
lagi, untuk bawa mereka ke syurga.

Maka perkenankanlah.

Anda mungkin juga menyukai