Anda di halaman 1dari 11

DEFINISI BONEKA

Boneka

adalah

merupakan

sebagai

sebarang

benda

objek

yang

digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu
pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang
dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpasebarang sebarang dialog.
Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang
menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang
permainan.

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka

adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau
dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.
Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada
perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk
macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.

JENIS JENIS BONEKA


Terdapat beberapa jenis boneka seperti berikut.
1. Boneka Sarung Tangan / Jari.
Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari
dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan
anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya:
ulat, serangga dll.

Contoh gambar boneka sarung tangan/jari.


2. Boneka Lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian
lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota
tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka
dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini
juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

3. BONEKA WAYANG KULIT


Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan
pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan
boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu
dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi
digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya
dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.

Contoh boneka wayang kulit.


4. Boneka Tongkat
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh
dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk
menyokongnya.

Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh

rama-rama dan bunga.

Contoh boneka tongkat.

5. Boneka Bertali
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache
plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagianbahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditariktarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak. Contohnya robot dan
orang.
Contoh boneka bertali.

6. Boneka Beg Kertas.


Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg
kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas.
Contoh: beruang dan rambutan.

Contoh boneka beg kertas


3

7. Boneka pinggan kertas.


Boneka ini diperbuat daripa pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai
mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.
Contoh boneka kertas.

8. Boneka penuh.
Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan
sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

Contoh boneka penuh.


9. Boneka tangan.
Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah
memasukkan tangan kedalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam
dan kucing.

Contoh boneka tangan.

TUGASAN BONEKA.
Pada kali ini, kumpulan kami telah memilih satu boneka untuk dijadikan sebagai
tugasan iaitu kami telah memilih untuk membuat boneka bertongkat. Ia sangat
bersesuaikan dengan skrip yang telah kami reka. Kami telah mereka kisah kehidupan
haiwan yang berada di hutan.
4

SKRIP

KISAH ARNAB DAN KURA-KURA ( VERSI BARU )

Episod 1
Suatu masa dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu
sama lain tentang siapa yang terpantas.Suatu hari mereka bersetuju untuk
mengadakan perlumbaan untuk menentukan siapa yang lebih pantas yakni siapa yang
sampai ke garisan penamat dulu dikira sebagai pemenang. Binatang-binatang lain
seperti monyet,burung dan Sang Kancil menjadi saksi perlumbaan itu.
Sang Arnab : Baiklah kura-kura aku dah sedia .( kata Sang Arnab sambil
tersengih, mengejek)
Sang kura-kura tersenyum sambil mengangguk-angguk.

Semua binatang lain

Ke garisan .., sedia..,lari!!!!!!

Sang Arnab berlari sekuat hati sedangkan Sang Kura-kura berlari dengan kelajuan yang
konsisten.Sang Arnab berlari sambil menoleh Sang Kura-kura yang masih tertinggal
jauh di belakang.
Sang Arnab : Hah..Sang Kura-kura masih jauh.Baik aku berehat sekejap (kata
Sang Arnab sambil termengah-mengah kepenatan.

Sang Kura-kura

: Tak pa.lari ja.Biar lambat asal selamat.heh.(kura-kura


tersengih sendiri)

Sang Arnab : Zzzzzz..er! ( Sang Arnab terlelap sambil berdengkur ,keletihan).


Sang Kura-kura terus berlari sehingga melewati Sang Arnab yang terlelap di
bawah

sepohon pokok. Binatang-binatang lain bersorak-sorak kerana kura-kura

semakin menghampiri garisan penamat. Suasana riuh rendah itu mengejutkan Sang
Arnab.

Sang Kura-kura

: Sikit lagi! Sikit lagi ! kata Sang Kura-kura .

Sang Arnab : Yah .(Sang Arnab berlari sekuat hati mengejar Sang Kura-kura)
Binatang-binatang lain
Sang Kura-kura

: Hoorey!!!!Kura-kura menang!!!!

; Yesssss..aku menang! ( Kata kura-kura sambil melompatlompat keriangan) Sang Arnab berasa malu dan terus berlalu.
Sang Arnab sangat kecewa.

Episod 2.
Sang Arnab membuat kajian sebab-sebab kekalahannya kepada kura-kura.
Sang Arnab menyedari kesilapannya yang terlalu yakin ,tidak berhati-hati dan sambil
lewa. Oleh Itu Sang Arnab mengajak kura-kura berlumba sekali lagi.Sang Kura-kura
bersetuju.Semua binatang rimba berhimpun sekali lagi menyaksikan perlumbaan Sang

kura-kura dengan Sang Arnab.


Sang Arnab : Hai kawan mari kita mulakan kali ini aku pasti menang. ( Wussssss
Sang Arnab memecut dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat. Kali ini Sang
Arnab memenangi perlumbaan itu.
Sang kura-kura

: Huhhhhh! Lajunya Sang Arnab pakai enjin turbokah? Kena


tamatkan perlumbaan ini. ( Walaupun Sang Kura-kura ketinggalan
jauh dia masih berusaha menamatkan perlumbaan itu.

Episod 3.

Cerita ini bersambung lagi.Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk
menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan sedia ada ada
dikekalkan, adalah mustahil baginya untuk menang.Strategi terbaik adalah mengubah
format perlumbaan. Setelah berfikir panjang Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab
untuk perlumbaan ketiga.
Sang kura-kura

: Sang Arnab apa kata kita berlumba lagi tetapi kali ini kita
menggunakan laluan lain.Bagaimanasetuju ?

Sang Arnab

: Setuju! Aku tak ada masalah. Redah je!!! ( Kata Sang Arnab
dengan penuh keyakinan).

Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan keyakinan yang ada Sang Arnab memecut pantas
tetapi tiba-tiba berhenti..

Sang Arnab : Aiiiik......sungaia..lamak..! Macam mana ni..( Sementara itu,


Sang kura-kura pula berjalan perlahan-lahan. Setibanya di sungai Sang Kura-kura
berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan
penamat.Sang Arnab menongkat dagu ,memerhatikan Sang Kura-kura melompaat
keriangan meraihkan kemenangannya.

Episod 4 (akhir)

Kisah ini belum berakhir


Setelah 3 kali perlumbaan,Sang Arnab dan Sang Kura-kura akhirnya menjadi rakan
karib. Mereka berbincang bagaimana meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Perlumbaan keempat bermula.( perlumbaan ini dijalankan bukan untuk bersaing
tetapi sebagai satu pasukan)
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakannya dan memecut pantas sehingga
ke sungai besar. Setibanya di sungai.
Sang Kura-kura

: Sekarang giliran aku pula mendukung kamu ( kata Sang kura-kura

sambil tersenyum)
Sang Arnab : Baiklah.Apabila sampai di seberang nanti kita berganti lagi!

Akhirnya Sang Arnab dan Sang Kura-kura tiba di garisan penamat dengan jayanya
sebagai satu pasukan. Mereka berasa lebih puas dan berjaya berbanding dengan apa
yang mereka telah lalui sebelum ini.

TAMAT.

Pengajaran :
Walau sehebat mana pun seseorang individu,pasti terdapat bidang yang individu
itu lemah dan orang lain pasti lebih baik berbandingnya. Oleh itu, adalah lebih
baik kita bekerja sebagai satu pasukan ,menggunakan kelebihan yang ada pada
setiap orang.

RUJUKAN.
1. Boneka :
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boneka
2. Sosial Riadah dan Kreativiti:
http://epkhas.ses.usm.my/category/bidang/sosial-riadah-dankreativiti/pendidikan-seni?page=3
3. Seni Boneka Presekolah:
http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah
4. Kamus Dewan Edisi Keempat.
5. Nota Literasi Bahasa:
http://notapismp.blogspot.com/seacrh//label/notaliterasibahasa
6. Panggung Boneka:
Http://www.panggungboneka.net/panggung-boneka
7. Panggung Boneka:
Http://www.cumilcumil.com/2011/12/panggung-boneka-cumil.html

10

Lampiran
Tugasan

Literasi Bahasa
-Boneka -

11

Anda mungkin juga menyukai