Anda di halaman 1dari 5

1,3

Pengenalan
Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses pengajaran
dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancer dan dapat
mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan
ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat
beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap perkara
memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan.
Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk mengembangkan
potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul,
mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami perubahan seiring dengan
gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.
Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju
menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan
Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan
mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri (self well-being) serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari sekolah
rendah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah
merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai
murni. Walaupun tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di Malaysia
sering berunbah mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan aspek ekonomi,
sosial dan politik.

Konsep Falsafah
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan falsafah berasal daripada
beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani
dan sophos (hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa
maksud cinta kepada kebijaksaan ataulove of wisdom dalam bahasa Inggeris.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu,
falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan
sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.
Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pemandangan yang
benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini merupakan hasil
pengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian mereka menggunakan kaedah yang
sistematik dan berinsurkan logic akal.
Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan berfikir. berfikir sahaja
tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu mempunyai
beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara demikian ialah

falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal, berfikir secara
universal dan berfikir secara integral.
Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi
sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik,
perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan
menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan
mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakan
falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan bergantung kepada
tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.
Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti
pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia
untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara
membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke
peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat . Berikut
merupakan hasrat dalam FPK :
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."
Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan secara
ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang baik,
seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-cita
Negara .
FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar
Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secara
jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab serta menjadiwarganegara yang baik.
Memperkembang potensi individu
Rakyat yang berilmu
Kepercayaan kepada Tuhan
Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat yang berakhlak mulia
Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Sumbangan rekyat menerusi FPK
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga,
masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping
bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan
tidak kira daripada sebarang aspek pun.
FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961,
Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan,
secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insane yang berilmu, berakhlak

mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik. Secara keseluruhannya,
terdapat 7 konsep utama FPK iaitu :

Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan mampu
bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah
dan Sarawak. Dengan adanya perpaduan, negara akan aman,sentosa dan bahagia dan
seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara.
Analisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Memperkembang Potensi Individu
Perkara yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan seseorang
individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek dan juga sosial. Tujuan
membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk melahirkan insan yang sempurna
tetapi untuk menyediakan tenaga manusia yang serba boleh.
2. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Pendidikan merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Sejurus itu,
menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama dalam mendidik masyarakat
kerana ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu kelak.
3. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan
Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan kepada
Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi bagi setiap manusia. Di
Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti
oleh penganut-penganut agama lain.
4. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan
tugas serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya. Hal ini adalah untuk memastikan
individu tersebut dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna. Perkara ini secara
tidak lansung akan mematangkan individu tersebut dan menjadikannya seorang yang
berketrampilan.
5. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
FPK juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak mulia
akan memastikan individu tersebut menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan
kewarganegaraan. Dengan berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan nilainilai murni yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan sehariannya.
6. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Konsep ini penting kerana rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan
memiliki jiwa yang tenang, akal yang waras, perhubungan yang baik serta kuat dalam
menghadapi cabaran mendatang. Dengan ini, potensi seseorang itu dapat dikembangkan lagi
untuk keperluan diri sendiri, masyarakat, agama dan Negara.
7. Rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan Negara.
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga,
masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping
bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan
tidak kira daripada sebarang aspek pun.

DEFINISI PENDIDIKAN "


Pendidikan ialah "usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu
masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada
ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku
dalam diri manusia ".
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
" KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Istilah falsafah berasal
daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai
manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat
daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal
mencintai kebijaksanaan.
Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau
pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah
menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti. E.D Miller pula
mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional
dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai
satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting
mengenai pendidikan. Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya
falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian
mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah
memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah
cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau
sisitem-sistem pemikiran. Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau
pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini
dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan
logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah
tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Konsep
pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan
sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Matlamat Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang


sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
1.Percaya dan patuh kepada Tuhan
2.Berilmu pengetahuanberakhlak mulia
3.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
4.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
5.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum Selain daripada
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah
diharapkan juga melalui proses pendidikan,
Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu : 1.Melahirkan rakyat yang
bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
2.Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan
sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. 3.Melahirkan rakyat yang boleh
memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi
mengikut perlembagaan 4.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta
kepada Negara 5.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsipprinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat
berbilang kaum 6.Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan
membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang
kurang berada.

Anda mungkin juga menyukai