Anda di halaman 1dari 6

UNIVERSITI KUALA LUMPUR KAMPUS KOTA

MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY

TUGASAN 1
PENGANUTAN AGAMA ISLAM DAN KRISTIAN DI KALANGAN
MASYARAKAT KADAZANDUSUN DI SABAH
PUTERI ATIQAH BINTI WAHID
52213215013

DISEDIAKAN UNTUK :
SITI SHARIYAH SHAARI

Pendahuluan
Jurnal ini adalah berkenaan penganutan agama Islam dan Kristian dikalangan masyarakat
kadazandusun di Sabah. Penyelidikan dari hasil kajian menunjukan faktor perubaha agama
dalam masyarakat kadazandusun. Selain itu, penulis juga menerangkan kepercayaan agama
terdahulu yang diamalkan oleh masyarakat kadazandusun. Maklumat yang diterangkan memberi
pemahaman yang meluas tentang masyarakat kadazandusun. Disamping itu, jurnal ini dapat
membuka minda pembaca tentang senario yang berlaku pada masa wujudnya masyarakat
kadazandusun. Para pembaca juga dapat mengetahui istilah dan penyebaran agama dari kaca
mata penulis jurnal

Latar Belakang
Jurnal ini merupakan hasil kajian oleh Suraya Sintang, Pensyarah Pusat Penataran Ilmu Dan
Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu,Sabah.
Perbincangan dalam jurnal ini adalah menceritakan lebih lanjut dan gambaran jelas tentang
penganutan agama islam dan kristian di kalangan Masyarakat Kadazandusun di sabah.
Masyarakat Sabah yang terdiri dari pelbagai etnik, pengunaan dialek yang berbeza serta adat
resam tersendiri.Dalam pernulisan ini, penulis juga menngumakan tentang istilah Kadazandusun
serta memberi pendapat dalam kajian kedatanganagama dalam masyarakat tersebut.
Berdasarkan kepada tajuk focus kajian dan kertas jurnal ini ditujukan kepada golongan pelajarpelajar yang membuat kajian terhadap sejarah, guru dan persyarah dalam memberi maklumat
kepada murid, masyarakat umum yang berminat terdapat perkembangan penyebaran agama di
sabah serta penulis blog mahupun rencana dalam mendapatkan maklumat yang tempat
masyarakat di Sabah.
Penulis juga membuat kajian dalam mengenal pasti bilangan masyarakat Kadazandusun yang
menganut agama Islam dan Kristian. Para pendawah Islam serta mubaligh Kristian berusaha
menyebarkan ajaran mereka kepada masyarakat yang tidak mempunyai agama. Sikap terbukaan
kedua-dua agama ini memperlihatkan bahawa masyarakat Kadazandusun yang tidak terikat
dengan kepercayaan mana-mana agama.
1

Spesifikasi
Jurnal ini membincangkan tentang isitlah kadazandusun yang wujud disesabkan oleh
beberapa factor,antaranya berdasarkan oleh teori sejarah yang berasal perkataan Dusun yang
dianggap sebagai lagenda yang merujuk kepada masyarakat yang tinggal di persisiran pantai dan
pedalaman. Mengikut ulasan penulis, Kadazan dikaitkan dengan tamu yang dikenali sebagai
peniagaan yang mengjual hasil pertanian dan sumber hutan seterusnya berkembang menjadi
kedai. Kaum Kadazan dipengaruhi oleh misionari Kristian yang dilihat dari segi sebutan
mahupun ejaan.
Penulis juga menjelaskan tentang kepercayaan trasional sebelum kedatangan agama Islam
dan Kristian. Kehidupan Kadazandusun mulai dengan kepercayaan animism yang percaya
terhadap tuhan yang bernama Kinorohingan yang berkuasa mencipta manusia. Kepercayaan ini
banyak dipengaruhi kuasa alam seperti penunggu dan kewujudan semangat. Tetapi banyak
diubah suai dan ditinggalkan selepas terpengaruh dengan agama Islam dan Kristian. Kini
masyarakat KadazanDusun dikenali dengan masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai
pegangan agama yang membentuk kemajuan masyarakat Kadazandusun di Sabah.
Penulis juga membuat kajian dalam mengenal pasti bilangan masyarakat Kadazandusun yang
menganut agama Islam dan Kristian. Para pendawah Islam serta mubaligh Kristian berusaha
menyebarkan ajaran mereka kepada masyarakat yang tidak mempunyai agama. Sikap terbukaan
kedua-dua agama ini memperlihatkan bahawa masyarakat Kadazandusun yang tidak terikat
dengan kepercayaan mana-mana agama.
Terdapat beberapa faktor penyumbang penganutan agama islam dan Kristian yang dijelaskan
oleh penulis. Sejarah penyebaran agama Islam dan Kristian,kedatangan Islam telah bermula pada
abad ke 10 berdasarkan kapal Arab dari Mendoro ke Canton, China, orang islam telah membina
penempatan sejurus mempengaruhi masyarakat sekitar untuk memeluk agama Islam. Seterusnya
dikembangkan oleh ulama Sharif Awliya al-Makdum dari daerah kecil sehingga ke persisiran
pantai timur Sabah. Penyebaran Islam berlaku di Dusun dengan dua dengan dua gelombang,
yang pertama pada tahun 1940 dan yang kedua 1969. Pertubuhan badan dakwah USIA dan
MUIS memberi peranan menyebarkan Islam pada waktu itu. Mereka telah berjaya mengislamkan
2

lebih 50 000 penduduk sekitar bagi orang dewasa. Cara yang berbeza memeluk islam telah
timbul pengunaan istilah Islam asal dan Islam Mualaf. Islam asal bermaksud kaum yang telah
mengamalkan Islam secara turun-temurun manakal Islam Mualaf bermaksud saudara baru.
Pekembangan agama Kristian pula disebabkan oleh gereja Katolik semasa penjajah Portugis.
Kedatangan Inggeris pula, mereka telah mengubah keteraman negeri Sabah yang beragama
Islam. Mereka telah menghalang perkembangan Islam melalui pelajaran serta pentadbiran.
Perubahan iklim politik memberi pengaruh kepada perkembangan Islam dan Kristian. Islam
mencapai kegemilangan pada pemerintahan USNO dan menurun semasa pemerintahan
BERJAYA. Ini ternyata terdapat persaingan dengan agama Kristian pada masa itu. Kristian
mencapai kejayaan melalui jaminan hak rakyat kerana waktu agama Islam bukanlah agama rasmi
dan mereka bebas mengembangkan agama Kristian tanpa ganguan.
Antara faktor lain ialah metode penyebaran agama yang diperkenalkan oleh misionari Kristian
yang bersifat perpaduan berbanding perdakwah Islamiah. Ia selari dengan kehendak masyarakat
Kadazandusun melalui pendekatan contextualization dan syncritism dalam aktiviti penyebaran
Kristian.
Disamping itu, budaya kahwin campur menjadi faktor penyumbang penganutan agama Islam
dan Kristian. Mereka berkhawin dan memilih agama yang dianuti oleh pasangan mereka, ia
menjadi satu fenomena dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Sifat mereka yang terbuka
dan fleksibel dalam memilih agama.

Kaedah Kajian
Dalam membincangkan kajian tentang penyebaran agama islam dan Kristian dalam
masyarakat kadazandusun, penulis telah mengunakan teknik kaji selidik untuk mengetahui
bilangan penduduk yang menganut agama Kristian dan Islam. Hasil dariapada kaji selidik
tersebut, penulis telah meganalisis data bahawa sebanyak 34% masyarakat kadazandususn
tinggal di Sabah. Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak 17.84% menganut agama islam
manakala empat kali ganda adalah agama Kristian.
3

Disamping itu,penulis juga mengunakan teknik permahatian dalam kajian ini. Perubahan
budaya kaum kadazandusun yang menjadi semakin komplek mengikut peredaran masa kesan
daripada kemasukan budaya luar. Ini telah memberi perubahan kepada budaya masyarakat
kadazandusun. Masyarakat ini bersifat terbuka dengan pengaruh luar dan mereka tidak terikat
dengan agama tertentu. Mereka bebas beragama dengan menjadikan agama Islam dan Kristian
sebagai agama utama dalam masyarakat kadazandusun. Namun begitu terdapat juga segelintir
masyarakat ini tidak mempunyai agama.
Teknik termubual juga digunakan oleh penulis untuk mengetahui asal usul keluarga kaum
kadazandusun. Ini adalah untuk mengenal pasti generasi sebelumnya mengamalkan agama
tertentu dan punca berlakunya pertukaran agama dalam kalangan kaum mereka. Ini disebabkan
oleh menyebaran agama Kristian oleh para misionari Kristian tempatan. Mereka menonjolkan
kebaikan agama tersebut dalam penglibatan perkhimatan dan kebajikan social. Dalam masa yang
sama pada waktu itu ciri tersebut amat diperlukan oleh golongan kadazandusun. Pendekatan
yang menepati kehendakan kaum telah menarik ramai masyarakat menerima ajaran agama
Kristian dalam kehidupan mereka. Hasil temubual juga mendapati budaya kahwin campur
menjadi punca menyumbang penganutan agama Islam dan Kristian. Ini telah menjadi satu
budaya dalam kalangan masyarakat kadazandusun, ada juga didapati keluarga masih
mengamalkan agama tradisi manakala anak-anak mengamal agama lain khususnya agama Islam
dan Kristian.

Kelebihan
Jurnal ini mempunyai beberapa kelebihan. Penulis menerangkan dengan jelas tentang faktorfaktor kedatangan agama Islam dan Kristian dalam masyarakat Kadazandusun. Melalui
pembacaan jurnal ini, para pembaca dapat mengetahui pelbagai maklumat tentang asal usul
masyarakat Kadazandusun di Sabah.
Kelebihan seterusnya, sumber rujukan dari jurnal berdasarkan fakta yang tepat dan mudah
dipahami oleh pembaca. Penulis menghuraikan beberapa faktor menyebaran agama Islam dan
Kristian berdasarkan fakta sejarah seperti pada abad Ke 10 Islam mula tersebar di Sabah.

Selain huraian dalam peratusan golongan yang menganut agama Islam dan Kristian memberi
gambaran yang jelas dalam menjelaskan perbezaan bilangan masyarakat. Pembaca dapat
maklumat yang dalam mengetahui purata masyarakat Kadazandusun.

Kelemahan
Kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini ialah penulis tidak mengunakan sebarang bentuk
grafik. Jurnal ini hanya mengandungi tulisan fakta. Para pembaca akan lebih tertarik sekiranya
terdapat rajah mahupun carta yang mudah dipahami bagi menerangan intipati jurnal ini. Pembaca
juga dapat menganalis dapatan jurnal dengan lebih cepat.
Di samping itu, susunan fakta dan maklumat juga mempunya beberapa kelemahan. Penulis
tidak menyusun data dengan baik serta subtopic yang mengelirukan menyebabkan pembaca
kurang bahan pada bahagian yang tertentu.
Penggunaan ayat yang jarang digunakan menyebabkan pembaca tidak paham tentang maksud
perkataan tersebut kerana hanya diterangkan dibawah text perengan. Pembaca perlu membaca
beberapa kali bagi memudahkan mereka secara keseluruhan jurnal ini.

Anda mungkin juga menyukai