Anda di halaman 1dari 3

UJIAN 1 - KETINGGIAN BERDIRI

(STANDING HEIGHT)

UJIAN 2 - KETINGGIAN DUDUK (SITTING


HEIGHT)

BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN
(TID)

TUJUAN : Untuk mendapat ukuran ketinggian


murid semasa posisi berdiri.

APAKAH TID?
# PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG UNTUK
MEMILIH BAKAL-BAKAL ATLIT YANG BERBAKAT
UNTUK DISERAPKAN KE SEKOLAH-SEKOLAH
SUKAN.

PROSEDUR
- Pita ukur dilekatkan secara menegak di
permukaan dinding yang rata setinggi dua (2)
meter.
- Murid berdiri membelakangkan dinding dengan
kepala, bahu, punggung dan tumit berada dalam
keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di
tengah-tengah belakang badan tanpa memakai
alas kaki.
- Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat
sementara kedua-dua tapak tangan mesti rapat
di sisi peha.
- Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas,
tahan nafas, dan memandang kehadapan.
- Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan
lantai hingga ke bahagian paling atas kepala.
Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan
papan klip A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat
pada dinding (90 darjah) secara menegak
(bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala.
(Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa
ukuran diambil).
- Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.
- Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada
0.1cm.

MATLAMAT
# MENGENALPASTI ATLIT YANG BENAR-BENAR
BERKEBOLEHAN DARI PERINGKAT AWAL.

UJIAN-UJIAN TID PERINGKAT SEKOLAH


UJIAN ANTHROPOMETRIK
1. KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)
2. KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)
3. PANJANG DEPA ( ARMSPAN)
4. BERAT BADAN
UJIAN KECERGASAN
5. LARI PECUT 40 METER.
6. JANGKAUAN MELUNJUR
7. LARI ULANG ALIK (1O METER)
8. LOMPAT JAUH BERDIRI

TUJUAN : Untuk mendapat nisbah (panjang kaki)


ukuran bahagian atas dan bawah badan semasa
posisi duduk melunjur.
PROSEDUR
- Pita ukur dilekatkan secara menegak
dipermukaan dinding yang rata setinggi dua (2)
meter.
- Murid duduk membelakangkan dinding dengan
posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam
keadaan rapat ke dinding dan pita ukur berada di
tengah-tengah belakang badan.
- Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat
dan melunjur dengan lurus.
- Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas,
tahan nafas dan memandang ke hadapan.
- Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan
lantai hingga ke bahagian paling atas kepala.
Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan
clipboard A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat
pada dinding (90 darjah) secara menegak
(bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala
(Pastikan punggung murid tidak terangkat
semasa ukuran dibuat).
- Bacaan dicatat pada paras mata penguji.
- Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada
0.1cm

UJIAN 3 - PANJANG DEPA ( ARMSPAN)

UJIAN 4 - BERAT BADAN

TUJUAN : Untuk mendapat ukuran panjang,


lengan semasa mendepa.
PROSEDUR
- Pita ukur dilekatkan secara melintang di
permukaan dinding yang rata sepanjang tiga (3)
meter. Bacaan sifar (0)
pada pita ukur
hendaklah dilekatkan berada pada (1) penjuru
dinding.
- Murid berdiri membelakangkan dinding dengan
posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam
keadaan rapat ke dinding. Ke dua belah kaki
berada dalam posisi rapat.
- Murid mendepakan kedua tangan pada paras
bahu dan ianya selari dengan pita ukur yang
dilekatkan secara melintang di permukaan
dinding. Posisi tapak tangan mesti menghadap ke
hadapan.
- Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki
menarik nafas dan tahan nafas serta memandang
ke hadapan.
- Ukuran diambil dari bahagian dari hujung jari
tangan kiri hingga ke bahagian paling hujung jari
tangan kanan (Jika ada kecacatan anggota
tangan, ukur pada bahagian paling hujung
anggota tanagan). Untuk mendapatkan bacaan
yang tepat, pastikan papan klip A4 diletakkan
rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak
di bahagian hujung jari yang bertentangan
dengan jari di hujung penjuru dinding.
- Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

TUJUAN : Untuk mendapat bacaan berat badan.


PROSEDUR
- Alat penimbang diletakkan di atas permukaan
lantai yang rata.
- Pastikan jarum alat penimbang berat bermula
pada skala sifar (0).
- Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri
dalam posisi menegak di tengah-tengah alat
penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke
hadapan. ( Pastikan murid memakai pakaian
yang ringan).
- Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada
0.5kg.
- Berasa tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan
penanda kedua
- Tumit terangkat

TUJUAN : Untuk mendapat catatan masa bagi


mengukur kepantasan.
PROSEDUR
- Tandakan garisan permulaan dan penamat
dengan jelas untuk jarak 40 meter. Letakkan
dua (2) kon di setiap hujung garisan permulaan
dan garisan penamat.
- Murid memulakan larian dengan posisi berdiri
standing start dalam keadaan sebelah kaki
dominan berada di belakang garisan permulaan.
(Dibantu oleh seorang pembantu pelepas).
- Pelepas berdiri 5 meter di hadapan garisan
permulaan. Pelepas akan memberi isyarat sedia
dengan mengangkat tangan lurus dengan
bendera pada paras bahu.
- Catatan masa mula diambil (oleh penjaga masa)
sebaik sahaja pelepas menjatuhkan bendera ke
bawah.
- Murid hendaklah memakai kasut (wajib) sukan
semasa ujian dijalankan dan kasut spike tidak
dibenarkan.
- Setiap murid diberi dua (2) percubaan.
- Pemarkahan : Catatan masa terpantas diambil
hampir kepada 0.01 saat.
**(Pastikan pelajar dilepaskan hanya seorang
setiap kali sahaja)
UJIAN 6 - JANGKAUAN MELUNJUR

UJIAN 5 - LARI PECUT 40 METER.

TUJUAN : Untuk mengukur tahap kelenturan dan


kelembutan sendi pinggul, trunk, otot belakang
dan belakang paha (hamstring).

PROSEDUR
- Murid duduk melunjur tanpa kasut.
- Tumit kaki di letak di belakang penanda 25cm.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang
tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama.
- Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat
tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.
Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
- Murid yang membantu memegang lutut pelaku
tidak menganggu pelaku.
UJIAN 7 - LARI ULANG ALIK (1O METER)

- Murid berdiri di belakang garisan yang


bertentangan dengan garisan yang diletakkan
dua (2) bongkah kayu tersebut.
- Apabila isyarat mula diberikan, peserta akan
berlari menuju ke garisan yang telah diletakkan
bongkah kayu, ambil satu daripada dua (2)
bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke
garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu yang
pertama di kawasan yang telah ditandakan 30cm
di luar garisan permulaan. Lari semula ke garisan
yang bertentangan, ambil satu lagi bongkah kayu
dan berlari semula ke garisan permulaan untuk
menamatkan lari ulang alik 10 meter.
- Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan
semasa mengambil dan meletakkan bongkah
kayu.
- Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai
memberi isyarat mula sehingga torso murid
melepasi garisan setelah selesai mengambil
bongkah kayu yang kedua seperti prosedur di
atas. (Jumlah ulang alik sebanyak 4 kali)
- Larian hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali
mengikut giliran.
- Pemarkahan: Catatan masa terpantas diambil
hampir kepada 0.1 saat
**Nota :Jika bongkah kayu terlepas dari tangan /
terjatuh,semasa berlari, larian perlu dihentikan
dan ujian perlu dibuat semula.
UJIAN 8 - LOMPAT JAUH BERDIRI

TUJUAN : Untuk mengukur tahap ketangkasan


dalam catatan masa yang paling singkat.
PROSEDUR
- Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10
meter.
- Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan 10
meter. Jarak selepas garisan 30 cm. Jarak antara
dua (2) bongkah kayu 30 cm. (Tandakan)

TUJUAN : Untuk mengetahui tahap kekuatan


kuasa eksplosif otot kaki posisi lompat berdiri.
PROSEDUR
- Tandakan garisan permulaan dan lekatkan pita
ukur pada lantai yang rata dengan tanda sifar (0)
tepat berada di garisan permulaan.
- Murid berdiri dua belah kaki rapat ke garisan dan
buka kaki seluas bahu. (tidak memijak / berdiri
terlalu jauh dari gaisan).
- Murid berdiri di hujung bebola kaki.
- Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh
mungkin dengan bantuan hayunan tangan.
- Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana
bahagian tumit yang paling belakang semasa
mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak
lompatan yang terbaik.
- Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali
berturut-turut.
- Murid diwajibkan memakai kasut sukan.
- Pemarkahan:Bacaan diambil hampir kepada
0.1sm.

Anda mungkin juga menyukai