Anda di halaman 1dari 14

1.

PENDAHULUAN
Peranan

media

massa

dan

komunikasi

dalam

membangunkan

negara

sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum


kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan
komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era
tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik
dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya
sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur.
Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media
massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian
masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan
2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan
arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media
massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia.
Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan
wujudnya Teknologi Maklumat. Internet digunakan dengan meluas dinihari ini
kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun
maklumat itu belum pasti kesahihannya.
Facebook merupakan salah satu hasil ciptaan dalam perkembangan dunia
teknologi hari ini yang digunakan dalam teknologi internet. Facebook adalah
salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal .Melalui Facebook
masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pengguna
Facebook boleh mempamerkan apa sahaja yang mereka ingin orang lain tahu
berkenaan diri mereka di laman Facebook seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat
masa hadapan dan banyak lagi.

Namun, perlulah diketahui bahawa, Facebook juga boleh membawa


keburukan kepada penggunanya sekiranya pengguna Facebook itu sendiri tidak
pandai menggunakan dan memanfaatkan laman sosial Facebook kearah yang
lebih baik. Justeru itu, kertas kerja ini cuba untuk mencari sejauh mana kebaikan
Facebook itu diperolehi dan bagaimana

keburukkan Facebook pada masa kini

boleh terjadi, dan perlukah ia terus digunakan untuk dimanfaatkan bagi


masyarakat atau diharamkan bagi mengelakkan salah guna oleh sebahagian
masyarakat khususnya masyarakat di Malaysia.

2. KELEBIHAN FACEBOOK
Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam
dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat
lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan
Facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat
dunia pada hari ini terutama golongan remaja.
Dalam kajian juga ada menyatakan bahawa, Facebook telah digunakan
untuk beberapa perkara dan terdapat lapan motif yang di kenal pasti oleh pelajar
dalam menggunakan Facebook iaitu mengekalkan hubungan, meluangkan masa,
menyertai komuniti maya, menghiburkan, merasa hebat, mencari teman,
pendedahan diri dan mencari maklumat (Mohd Zaidi Mahmud dan Bahiyah Omar
2013: 16).
Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu menganjurkan kebaikan
jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook
jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas.Penggunaan Facebook ini

digunakan setiap lapisan masyarakat termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh


yang terkenal di Malaysia. Contohnya, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said
dan Perdana Menteri Dato Seri Najib pun mempunyai Facebook khabarnya sudah
mempunyai hampir tiga puluh ribu orang rakan dan telah ramai rakyat di
Malaysia yang mempunyai Facebook.
Penggunaan Facebook juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang
telah lama hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru.
Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, universiti,
kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang
menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh, menambh kenalan dari serata
ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab peminat, berkomunikasi
dan berkongsi maklumat.
Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayar perniagaan
maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui Facebook pengguna boleh
memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan
kepada rakan-rakan dalam talian Facebook, kemudian rakan-rakan pula akan
memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan Facebook
apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris
juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga
dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.
Setiap kali kita masuk ke laman Facebook, bahagian halaman utama akan
memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi
rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan.
Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus.
Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama
Facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke Facebook menjadi

lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika
mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau
respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap
laman Facebook mereka.
Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi
dengan bertanya kepada rakan dalam Facebook. Atau ingin mencari hotel atau
kediaman di sesuati tempat yang menarik pasti ramai yang akan memberi
respondan

cadangan

yang

menarik.

Melalui

Facebook

juga

kita

boleh

mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang


masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling
yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan.
Banyak permainan yang terdapat di dalam Facebook yang boleh menghilangkan
rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain
game secara online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh
menghilangkan rasa bosan dan sunyi. Selain itu, Facebook dapat memperbaiki
hubungan persahabatan yang telah renggang. contonhya, Datuk Dr. Awang Adek
yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik kembali rakyat
Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan.
Berikut ialah perician yang lebih dalam terhadap kelebihan Facebook masa kini:
2.1 Alat Perantara untuk Perniagaan
Facebook

sebagai

alat

perantara

untuk

perniagaan.

Ia

mudah

untuk

mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang
barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini
kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada
ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook

akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi
kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru
kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita
mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook.
Selain itu, perniagaan di alam maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa di
tanggung oleh perniaga. Contohnya, kos pengiklanan, kos talian (telefon) dan
sebagainya. Dengan cara ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada para
peniaga. Langkah yang paling berkesan untuk mempromosikan jualan kita di
Facebook ialah, kita mesti terus menerus berkongsi sesuatu di Facebook
sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini bagi memastikan kita visible pada diri
rakan-rakan di Facebook. Kalau sekejap timbul sekejap tenggelam,orang tidak
akan ingat siapa kita. Utamakan kandungan berbanding mempromosi sematamata. Dengan banyak memasukkan info seperti di bahagian status, rakan-rakan
di Facebook akan sedar akan kewujudan kita. Daripada itu, Elakkan promosi
berlebih-lebihan di Facebook kerana ia tidak membantu bisnes untuk jangka
masa yang lama. Hal ini kerana, Facebook adalah tempat membina dan
mengembangkan jenama (bisnes). Kurang sesuai untuk menjual semata-mata.
2.2 Medium Menambahkan Ilmu Pengetahuan
Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, Facebook memang sangat
baik digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau
mencari pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah,
penulis, sasterawan, wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya
manfaatkanlah jaringan maya di internet dengan sebaik mungkin. Pengguna
Facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di samping menambah
ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui

Facebook ini melalui perbincangan, forum atau isi yang menarik yang boleh
dibicangkan bersama rakan-rakan.
Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diertikan bagaimana
mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara
konvensional, seperti yang kita fahami sering melalui ceramah-ceramah agama,
mahupun ceramah yang dilakukan juru agama di masjid-masjid. Seiring
perkembangan teknologi komunikasi yang tak terbendung lagi, maka aktiviti
syiar pun berkembang mengikut perkembangan zaman. Saat ini, melalui apa
yang disebut jejaring media, Facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur
2009).
Melalui Facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang
sama dan bertukar-tukar pandangan. Contohya kita berminat untuk berbincang
mengenai kegemaran bermain futsal. Jadi kita boleh membuka satu kumpulan
pemain futsal . Dari kumpulan itu, kita akan memperolehi pelbagai info yang
menarik tentang bermain futsal yang baik. Ini akan dapat menambahkan lagi
pengetahuan tentang bermain futsal ini.
Penggunaan Facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan
menambah ilmu pengetahuan kepada mahasiswa apabila ia dijadikan saluran
untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait dengan akademik atau
menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar negara.
Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia
dikongsi oleh rakan-rakan di Facebook. Mungkin berkaitan kejadian semasa,
berita, tip, panduan dan lain-lain lagi.Contohya untuk mengetahui tentang
sesuatu budaya atau cara hidup mereka. Sememangnya kita boleh mencari
maklumat tersebut di laman sesawang, seperti google namun apabila kita dapat
berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secara

terus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui


pengalaman mereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan ketahui.
2.3 Mewujudkan Hubungan Satu Malaysia
Apa yang kita sedia maklum, telah wujud Facebook untuk kumpulan satu
Malaysia. Selain politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai
kegemaran yang membara iaitu Facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh
dunia, Datuk Seri Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk
berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan
harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda. Datuk
Seri Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai Facebook walaupun beliau
jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu
pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini
mempunyai 80,000 peminat.
Datuk Seri Najib pernah memberitahu dengan New Delhi Television (NDTV),
semasa lawatannya ke Chennai, bahawa mahu menjemput kesemua mereka
minum teh dengannya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan
beberapa ratus orang pada satu-satu masa tertentu. Menurut Datuk Seri Najib
Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu
sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik
yang keletihan. Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi
celik IT (teknologi maklumat). Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib
berkongsi pendapatnya mengenai kempen Facebooknya, satu perubahan dalam
jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. Facebook, dengan 350 juta
pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh
dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu

kepada digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada


amnya.
Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai
hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan, beliau memberitahu
penembual NDTV dalam satu temubual ekslusif. Najib mengakhiri temubual itu
dengan berkata para pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang
ramai terutama kepada generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah
abad 21 yang penuh cabaran (The Malaysia insider, 2010).
Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia juga telah
mewujudkan Facebook Group 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat
terhadap gagasan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di
kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi
satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK
selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan.
Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk
berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan tanpa sebarang
kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri
diwajibkan mempunyai akaun Facebook bagi memudahkan interaksi dengan
semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Oleh itu,
sebagai rakyat Malaysia marilah kita menyahut seruan Malaysia dengan menjadi
rakan dalam Facebook 1 Malaysia.
2.4 Membina dan Berkongsi Nota
Selain daripada itu, Facebook juga digunakan untuk membina dan berkongsi nota
kuliah. Nota dalam Facebook adalah sama konsepnya dengan blog. Ia boleh

ditulis secara berkata seperti jurnal atas talian(blog)yang lain. Kita boleh setkan
aras privasi untuk menentukan siapakah yang boleh membacanya.(Iskandar &
Zaitun,2010).Malah, jika kita seorang pelajar, kita juga boleh berkongsi nota
dengan rakan-rakan dalam rangkaian ini. Cara ini lebih menjimatkan masa dan
kos.
Di Universiti Malaysia Sabah, juga ada sesetengah pensyarahnya menggunakan
kemudahan ini. Contohnya bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Dunia
(TITAS),pensyarah akan mengepostkan nota ringkas untuk lebih kefahaman
pelajarnya. Malah, pensyarahnya juga sudi berkongsi pengetahuan yang di miliki
dengan pelajarnya. Ini merupakan cara berkesan meningkatkan pengetahuan
para pelajar dan cara ini juga dapat menarik minat pelajar keatas subjek ini. Hal
ini kerana, boleh dikatakan para mahasiswa leboh suka membaca nota secara
online berbanding membuka buku.
Seterusnya,

penggunaan

Facebook

secara

berhemah

mampu

membantu

mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran dapat diterapkan dengan


mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat yang membina
bagi isu- isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. Dengan itu, secara
tidak langsung perbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku.
2. 5 Medium Menyebarkan Dakwah
Golongan belia sinonim dengan tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan
itu andai dipacu dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan
impak hebat dan bermanfaat untuk agama serta masyarakat.Usaha dakwah
memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda
yang sudah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang berada dalam
barisan mengembangkan syiar Islam. Untuk itu, golongan belia tidak perlu berasa

rendah diri dan hendaklah bijak mengaplikasikan kemahiran dimiliki untuk


menyumbang ke arah memperkasa usaha dakwah.(Ruzain,2010)
Penemuan bidang baru seperti teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan
penulisan seharusnya menjadi medan dakwah yang terus disuburkan oleh
golongan belia. Kewujudan Faceboook member peliang untuk golongan muda
untuk berdakwah walaupun hanya sekadar kecil-kecikan. Antara contoh yang
boleh di gunakan ialah memasukkan aplikasi dan perisian jawi, bahasa Arab
berbentuk permainan dan kuiz dalam talian boleh direka cipta bagi menambah
nilai pengajaran pendidikan Islam.
Selain itu, para remaja juga boleh menjalankan perniagaan seperti penjualan
buku dakwah melalui laman Facebook. Cara ini juga merupakan langkah awal
bagi proses pengembangan ilmu yang boleh berkembang dengan pantas dan
meluas. Peluang dakwah dalam bidang kesenian turut terbuka luas untuk belia.
Kemudahan muat turun video kedalam profil yang berunsur kesenian Islam perlu
diperluas bagi menyaingi kebanjiran video-vidoe dari barat terutamanya yang
semakin meluas dan di gilai oleh para belia.

2.6 Memanfaatkan Sebaran bagi Badan Bukan kerajaan Alam Sekitar


Kajian juga ada dibuat bagaimana jaringan sosial Facebook boleh digunakan
untuk menyampaikan mesej alam sekitar oleh Badan Bukan Kerajaan Alam
Sekitar (ENGO) di Malaysia kepada masyarakat umum. Dimana laman jaringan
sosial Facebook ini mampu menjadi perantara bagi ENGO dalam menyampaikan
mesej alam sekitar terhadap masyarakat. Ini kerana, dalam organisasi ENGO
yang

kebanyakannya

memperjuangkan

kepentingan

pemeliharaan

dan

pemuliharaan alam sekitar, penggunaan medium laman jaringan sosial Facebook

adalah amat efisyen bagi membantu mereka menyampaikan mesej dan


maklumat alam sekitar kepada masyarakat. Penggunaan Facebook sebagai
perantaraan bakal menggundang pelbagai maklumat seperti aktiviti dan kempen
kesedaran yang dapat disalurkan kepada masyarakat dengan lebih mudah
melalui aplikasinya yang disediakan dalam laman berkenaan (Jauhariatul Akmal
dan Jamilah Ahmad t.th: 163).
Secara keseluruhannya pendekatan yang digunakan oleh organisasi ENGO dalam
mengumpul dan menyebarkan maklumat adalah melalui dua kaedah iaitu
pendekatan secara tradisional dan pendekatan baru melalui penggunaan laman
jaringan sosial Facebook. ENGO sememangnya telah melakukan satu anjakan
paradigma apabila memilih untuk menggunakan media baru seperti laman
jaringan sosial Facebook ini dalam organisasi mereka. Namun ia masih perlu
dipertingkatkan kerana ada sebahagian ENGO yang masih mempraktikkan
medium tradisional seperti mengedarkan bahan bercetak seperti majalah
bulanan, brosur, risalah dan sebagainya dari menggunakan Facebook. Keadaan
ini menunjukkan bahawa penggunaan laman jaringan sosial Facebook masih
belum digunakan secara menyeluruh oleh organisasi ENGO terbabit(Jauhariatul
Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 175).

ENGO

mempunyai

tanggungjawab

menjalankan

peranan

mereka

dalam

mendedahkan publik terhadap isu alam sekitar dalam usaha menyampaikan


maklumat sekali gus memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna. Walaupun
usaha

untuk

memupuk

kesedaran

publik

terhadap

pemeliharaan

dan

pemuliharaan alam sekitar bukanlah sesuatu yang senang, namun ENGO yang
sememangnya memperjuangkan isu alam sekitar ini perlu tampil dengan
pelbagai langkah baru, kreatif dan menarik dalam merangka perancangan yang

rapi, pelaksanaan aktiviti penuh teliti dan bijaksana untuk merealisasikan hasrat
murni menjadikan alam sekitar kekal terpelihara itu tercapai(Jauhariatul Akmal
dan Jamilah Ahmad t.th: 177).

Oleh itu, kesediaan kebanyakan organisasi ENGO untuk meningkatkan tahap


penggunaan Facebook pada masa akan datang jelas menunjukkan ia bakal
memberikan maklumat bermanfaat kepada publik sekali gus memenuhi sebaran
maklumat dan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat. Namun, dapat
dikatakan bahawa dalam laman jaringan sosial Facebook, keupayaan organisasi
menyalurkan

sebanyak

mungkin

maklumat

bermanfaat

berkaitan

agenda

organisasi di samping misi dan visi organisasi adalah amat penting(Jauhariatul


Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 178).

6. PENUTUP
Kemunculan Facebook sebagai alat komunikasi masa kini telah menjanjikan satu wadah
penyebaran maklumat dalam memantapkan ilmu dan meningkatkan pengetahuan kepada
masyarakat. Di dalam perkembangan dan kepesatan serta taburan maklumat daripada
Facebook menyebabkan berjuta-juta pengguna Facebook memainkan peranan dalam
menyampaikan maklumat sehinggakan kepesatan dunia siber ini sukar untuk dikawal.

Pelbagai maklumat sama ada benar-benar sahih atau palsu, perkongsian idea, ideologi,
dan propaganda telah tersebar dan boleh dapat dengan mudah. Dalam sedar tidak sedar telah
menyebabkan berlaku banyak maklumat yang berunsur fitnah dan penipuan. Justeru, haruslah
diingat bahawa, jika sebaran itu adalah baik, maka ia bermanfaat untuk semua, sebaliknya,
sekiranya sebaran maklumat itu salah, maka tersebarlah ia menjadi fitnah dan penipuan dalam

maklumat. Justeru, perlulah ada saringan maklumat yang dilakukan oleh pengguna Facebook
sebelum mempercayainya dan menyebarkan kepada umum. Dengan itu, sebaran maklumat
yang salah dapat disekat dan dijelaskan akan kesalahan atau penipuan maklumat tersebut baik
kepada maklumat individu, masyarakat atau sesebuah negara.

Tambahan lagi, Perkembangan laman jaringan sosial menghasilkan fenomena sosial


baru yang mempengaruhi banyak bidang kehidupan individu. Kini Facebook telah
mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh pelusuk dunia. Berlakunya interaksi melalui
perhubungan dengan keluarga, teman atau kerabat dari serata pelosok dunia dapat dilakukan
dengan mudah dan pantas hanya melalui mesej bertulis dan komunikasi suara.

Secara tidak langsung, laman jaringan sosial ini juga, memudahkan urusan dan kerja
berkumpulan yang boleh dilakukan di mana sahaja. Jenis interaksi ini secara tidak langsung
dan langsung dibina menerusi komuniti siber. Malah penggunaan Facebook bukan lagi hanya
untuk berinteraksi secara peribadi, tetapi telah berkembang sebagai medium perantara dalam
menyampaikan maklumat, menjalankan perniagaan, pendidikan mahupun perkongsian
gambar dan video.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga penjenayah siber yang cuba
untuk mendapatkan maklumat dengan menceroboh Facebook individu terbabit. Namun, ini
dapat diatasi dengan tidak mendedahkan perkara - perkara penting dan menjaga diri serta
waspada daripada kenalan-kenalan yang tidak dikenali , sedikit sebanyak boleh membantu
mengelakkan diri daripada terjerumus menjadi mangsa jenayah siber.

Sebenarnya banyak kebaikan yang boleh diperolehi melalui Facebook. Ini kerana ,
ramai pengguna laman sosial memilih Facebook sebagai tempat mencari maklumat dan
kenalan. Sememangnya keburukan Facebook tidak akan berlaku sekiranya pengguna
Facebook itu sendiri pandai dan bijak dalam membahagikan masa dan waktu daripada ketagih
dengan Facebook kerana sebuk dengan kenalan baru atau lama atau bermain aplikasi di
Facebook.

Tambahan lagi, kemampuan akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia
untuk berfikir dalam memilih sama ada baik atau buruk dalam menggunakan Facebook ini
telah menjelaskan dan membuktikan lagi bahawa , sebenarnya manusia mampu untuk
memilih jalan kebenaran dan menolak kebatilan.

Justeru, dapatlah difahami disini bahawa, Facebook merupakan wadah terbaik dalam
penyebaran ilmu semasa dan terkini baik untuk individu, masyarakat dan negara. Kemampuan
penyebaran yang cepat dan penerimaan sambutan yang ramai merupakan perkara yang boleh
dimanfaatkan sekiranya sebaran maklumat itu adalah kebenaran. Oleh itu. tiada istilah
keburukan Facebook dalam minda seorang yang mempunyai akal yang dipandu dengan
syariat Islam dan niat kerana Allah sekiranya ia mampu untuk menolak kemungkaran dan
mengajak kepada kebaikan.