Anda di halaman 1dari 13

Transformasi Pendidikan Negara

Menganjak Kualiti Generasi Baharu


Oleh:

Tan Sri Datuk Dr. Madinah Mohamad

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Puan Sri Datuk Rohani binti Abdullah


Yang DiPertua PUSPANITA Kebangsaan
Puan Sri, Dato, Datin, Puan, Hadirin Hadirat sekalian
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada PUSPANITA
Kebangsaan atas jemputan yang diberikan bagi membentangkan kertas kerja dan
berkongsi pengalaman pada hari ini dan menjayakan Persidangan Tahunan Puspanita
Kali
Ke-2.
Tajuk yang diberi kepada saya adalah Transformasi Pendidikan Negara : Menganjak
Kualiti Generasi Baru. Sekali lagi terima kasih kepada pihak penganjur kerana begitu
perihatin yang mana isu pendidikan sememangnya dekat di hati saya. Ini bukan kerana
kini saya merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. tapi lebih
kerana saya, sepertimana kebanyakan daripada kita yang berada di dalam dewan ini
adalah
ibu
yang
mempunyai
anak-anak
yang
bersekolah.
Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh stake holders untuk memikul amanah
selaku KSU di KPM yang merupakan kementerian yang paling besar dengan jumlah
perjawatan menghampiri 500,000 orang dan bertanggungjawab terhadap 5.1 juta pelajar
berdasarkan enrolmen dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat menengah. Angka
yang dinyatakan ini, tidak termasuk bilangan pelajar-pelajar di peringkat pra universiti
dan IPTA.

Dalam mengemudi bahtera KPM yang amat besar ini, saya juga dilihat seolah-olah
seperti seorang guru iaitu guru besar atau pengetua dalam aspek pengurusan dan
pentadbiran kementerian.

Oleh itu, bayangkan cabaran di mana KPM telah, sedang dan akan hadapi bagi
menjayakan transformasi pendidikan negara demi menganjak kualiti generasi baru.

MEMAHAMI PERBEZAAN GENERASI

Puan
Sri,
Dato,
Datin,
Hadirin
Sekalian,
Pembentangan saya pada hari ini akan menjurus kepada basic education iaitu
transformasi sistem pendidikan di peringkat sekolah.
1. Saya minta semua hadirin melihat kepada individu-individu yang berada di dalam
dewan persidangan ini. Pastinya terdapat perbezaan generasi ahli-ahli PUSPANITA dari
golongan baby boomers, Gen X dan Gen Y. Dengan melihat kepada perbezaan
generasi ini, sudah pastinya kita dapat rasai bahawa sistem, kaedah, malahan
pendekatan
pendidikan pada zaman baby boomers di Malaysia dan tidak keterlaluan sekiranya
dikatakan di serata pelusuk dunia, sistem pendidikan sentiasa berbeza kerana sifatnya
adalah dinamik dan perlu berubah mengikut peredaran zaman bagi memastikan kualiti
dan sistem pendidikan yang dibentuk adalah relevan dengan persekitaran semasa.
Satu contoh mudah yang mana boleh kita imbau semula kaedah pengajaran dan
pembelajaran zaman persekolahan, di mana dahulunya, para guru mengajar
menggunakan papan batu (terma yang digunakan sebelum kemerdekaan).
Kemudiannya menggunakan papan hitam/black board, adakalanya hijau. Seterusnya
papan putih/white board dan peralatan ICT lain seperti projektor dan note book/lap top
dan lain-lain. Jelas, betapa dinamiknya persekitaran, proses yang berlaku dalam
menjayakan matlamat pendidikan.

2. Ingin saya kongsikan di sini iaitu pada hari Ahad 19 Oktober 2014 yang lepas, saya
diberi amanah untuk membentangkan mengenai kertas plenari pertama bertajuk Gensetting The Public Service; Shifting Paradigms and Paradoxes bagi Commonwealth
Association for Public Administration and Management (CAPAM) 2014 Biennial
Conference bertemakan Public Service Transformation : A New Conversation. Dalam
pembentangan kertas berkenaan, bagi hadirin hadirat yang tidak berpeluang menghadiri
persidangan berkenaan, saya telah memberi gambaran mengenai transisi dan
transformasi yang telah dilalui oleh negara kita semenjak kemerdekaan dalam pelbagai
aspek sehingga ke hari ini, dan pastinya tidak terkecuali mengenai bidang pendidikan.

3. Aset paling penting untuk mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi adalah
melalui modal insan berkualiti. Pendidikan memainkan peranan penting dalam
membentuk generasi baharu yang dapat memenuhi aspirasi dan keperluan negara pada
masa hadapan. Oleh sedemikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mengorak langkah membentuk generasi baharu yang berkualiti bagi tempoh 13 tahun
akan datang melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi).

4. Penggubalan PPPM mengambilkira aspirasi dan dasar dalam laporan pendidikan


terdahulu seperti Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979, Akta Pendidikan
1996 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Perlu ditekankan di
sini, dalam proses untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara, PPPM
menggariskan lima (5) aspirasi sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan dan menggariskan 11 anjakan yang merupakan tunjang kepada transformasi
sistem pendidikan negara.

BAJET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

5. Elok kiranya juga, saya berkongsi dengan hadirin semua mengenai bajet 2015, bagi
memberi gambaran mengenai penekanan yang diberikan oleh Kerajaan dalam bidang
pendidikan. Semasa pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 yang lalu,
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 56 bilion ringgit untuk membiayai program
pengajaran dan pembelajaran bagi menjayakan PPPM 2013-2025. Peruntukan
sebanyak 250 juta ringgit juga disediakan untuk menjayakan Program Pembimbing
Pakar Peningkatan Sekolah dan Program Rakan Peningkatan Sekolah di samping
memperluaskan program Sekolah Amanah ke 20 buah sekolah lagi di negeri Johor,
Sarawak, Selangor , Perak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dengan peruntukan sejumlah 10 juta ringgit.

6. Di samping itu, dalam usaha kementerian untuk mengarus perdanakan pendidikan


teknikal dan vokasional, Kerajaan mengiktiraf hasrat kementerian melalui Program
Transformasi Vokasional dan Teknik serta menaik taraf kolej bagi meningkatkan
pengambilan pelajar di kolej-kolej vokasional dan teknik dan memperuntukkan sebanyak
1.2 bilion ringgit. Ini jelas menunjukkan bahawa proses transformasi pendidikan negara
bagi melahirkan generasi baru sentiasa merupakan antara agenda utama Kerajaan yang
berterusan.

Para
hadirin
sekalian,
7. Pembentangan saya akan menyentuh mengenai perancangan dan pelaksanaan KPM
berasaskan kedua-dua pelan pembangunan tersebut. Tumpuan khusus akan diberikan
kepada pelaksanaan PPPM (2013-2025) dalam Gelombang 1, iaitu usaha menyediakan
sistem sokongan kepada guru dan kemahiran asas melalui kaedah penyampaian
berkesan serta pelibatan komuniti, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
bagi
mencapai
matlamat
transformasi
pendidikan.
TRANSFORMASI ALAF BARU

8. Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma
kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada
masyarakat berinformasi, penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi,
pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa dan sebagainya. Abad ke-21 sering
dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat yang mempercepatkan dan mendekatkan
faktor jarak dan masa. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21,
memerlukan negara ini meningkatkan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia bagi
membangunkan generasi baharu yang berkualiti dan berinovasi.

9. Pendidikan adalah teras kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.


Melalui pendidikan, generasi baharu yang berasaskan kepada pengetahuan, kemahiran,
berdaya saing dan setia kepada negara dapat dilahirkan. Atas kesedaran ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab menyediakan sistem
pendidikan yang terbaik untuk semua murid tanpa mengira latar belakang keluarga dan
status sosio-ekonomi mereka.

10. Cabaran negara adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan


atau k-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Justeru,
membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai
bidang dan berdaya saing, merupakan satu keperluan. Oleh itu, pendidikan abad ke-21
telah memberi perubahan yang menarik terhadap sekolah, guru, pelajar dan kurikulum.

GENERASI
BAHARU
BERKUALITI
11. Tokoh Maal Hijrah 2009, Profesor Doktor Yusuf al-Qardhawi pernah mengatakan,
"Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi
mudanya pada hari ini. Kata-kata tokoh ini secara tidak langsung, membayangkan
kepentingan peranan pendidikan masa kini dalam mencorakkan rupa generasi akan
datang. Oleh itu, melalui pendidikan, baik dari segi kurikulum, sistem dan
penyampaiannya, perlu disesuaikan dengan kehendak dan aspirasi masa hadapan
negara.

12. Semua sedia maklum bahawa, Kerajaan kini sedang giat berusaha merealisasikan
hasrat untuk mencapai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Justeru,
Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat
yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta
menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi. Warga negara yang
berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti bersemangat ingin tahu
dan ingin mencuba, celik sains, bersikap terbuka, membuat keputusan berdasarkan
fakta yang nyata dan tepat serta menghargai sumbangan sains dan teknologi.

13. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai
kemahiran abad ke-21, kementerian menekankan akan keperluan seseorang guru yang
komited dalam menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan
perubahan yang berlaku. Dasar-dasar seperti sains dan teknologi perlu diteliti dan
difahami dan dapat dilaksanakan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan
berkemahiran.

14. Sejajar dengan Wawasan 2020, dan dalam usaha mempercepatkan Program
Transformasi Negara, ciri-ciri serta perwatakan generasi akan datang, perlu dibentuk
selari dengan kemahiran abad ke-21 iaitu masyarakatnya bersatu, yakin, bermoral
tinggi, beretika, liberal, bertolak ansur, penyayang, adil, progresif, makmur, dinamik,
cergas dan kental serta menguasai sepenuhnya ekonomi yang berdaya saing. Atas
dasar itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah
dilancarkan pada September 2013 dengan menetapkan secara jelas enam aspirasi
murid untuk dicapai iaitu, murid yang berpengetahuan, berkemahiran berfikir,
berkemahiran dwibahasa, berkemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta
beridentiti nasional.

15. Ciri-ciri ini kemudiannya akan diperkukuh melalui penghasilan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dengan hasrat untuk melahirkan graduan
berbakat dengan nilai dan mentaliti kelas pertama.

16. Pada masa kini, negara di seluruh dunia sedang melaksanakan pembaharuan yang
meluas terhadap pendidikan untuk menghasilkan generasi yang celik teknologi
maklumat dan mampu bersaing secara sihat. Mengikut laporan UNESCO (Report of the
International Commission on Education for the Twenty First Century), pendidikan yang
berterusan sepanjang hayat harus berasaskan empat tonggak utama, iaitu: Learning to
know (belajar untuk tahu); Learning to do (belajar untuk buat); Learning to live
together (belajar untuk hidup bersama) dan Learning to be (belajar untuk menjadi).

17. Pendidikan abad ke-21 adalah pendidikan yang melahirkan generasi yang berilmu
untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop
yang global dan teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa kini. Ia juga mengupayakan seseorang dengan
sikap, kemahiran dan ilmu (ASK- Attitude, Skill and Knowledge) untuk melakukan
perkara-perkara yang perlu dan patut dilakukan dalam konteks persekitaran yang
sentiasa berubah.

TRANSFORMASI
PENDIDIKAN
MEMBENTUK
GENERASI
BERWIBAWA
18. Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan generasi masa hadapan yang boleh

memainkan peranan dalam mencorakkan wajah Malaysia dan mampu mengangkat


nama
negara
di
mata
dunia.
YAB
Perdana
Menteri,
mengatakan,
....untuk mencapai kedudukan negara bertaraf dunia atau world class nation kita mesti
terlebih dahulu perlu mempunyai sistem pendidikan yang bertaraf dunia, kerana sistem
pendidikan yang bertaraf dunialah yang akan melahirkan negara yang bertaraf dunia.
19. Transformasi terhadap sistem pendidikan adalah suatu keperluan yang mendesak.
Sebagai langkah awal, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Penilaian
Sistem Pendidikan Negara (PSPN) bagi menilai pencapaian dalam pendidikan sejak
negara mencapai kemerdekaan. Dapatan daripada PSPN telah memberi gambaran
akan kehendak masyarakat tentang generasi akan datang yang diingini. Masyarakat
menyuarakan pendapat agar kerajaan menyediakan sistem pendidikan bertaraf dunia
bagi melahirkan generasi dengan kemahiran abad ke-21, memahami kepelbagaian dan
menyokong mereka yang terpinggir. Justeru Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 telah dihasilkan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Para hadirin yang dihormati,

20. Sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan sewajarnya saya
berkongsi pengalaman KPM dalam menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Semasa negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, anggaran sebanyak 7% dari
populasi negara mendapat pendidikan sehingga ke peringkat menengah. Kini, sekitar
76% penduduk Malaysia menamatkan pengajian sehingga ke peringkat menengah.
Peratusan pelajar yang meninggalkan persekolahan di peringkat rendah telah berjaya
dikurangkan secara signifikan iaitu dari 3% pada tahun 1989 kepada 0.2% pada tahun
2011.
Pendidikan di peringkat pra sekolah juga telah berkembang pesat di mana enrolmen
pelajar adalah sebanyak 77% di pra sekolah awam dan swasta.Kadar enrolmen di
peringkat sekolah rendah adalah 96% dan (1% bagi sekolah menengah yang hampir
mencapai kadar enrolmen sejagat (universal enrolment).

Kadar literasi di kalangan remaja telah meningkat dari 88% menghampiri kadar literasi
sejagat (universal) iaitu 99%. Manakala kadar literasi golongan dewasa menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan iaitu dari kurang daripada 52% meningkat
kepada melebihi 93% di mana kadar ini adalah tinggi berbanding kebanyakan negara
sedang membangun.

21. PPPM dihasilkan berikutan; (a) peningkatan tahap dan kualiti (standard) pendidikan
di peringkat antarabangsa, (b) aspirasi Kerajaan bagi menyediakan generasi muda
negara untuk menghadapi keperluan dan cabaran alaf baru; dan (c) meningkatnya
ekspektasi di kalangan ibu bapa dan masyarakat umum. PPPM telah melalui tiga (3)
peringkat refleksi dan saringan bagi memastikan ianya memenuhi keperluan semasa
iaitu di peringkat antarabangsa, nasional dan personal. Ia adalah hasil atau outcome
daripada engagement luar biasa melibatkan lebih daripada 55,000 individu terdiri
daripada stakeholders, ibu bapa, para guru, ahli perniagaan, NGOs dan dalam erti kata
lain pelbagai pihak dan lapisan masyarakat.

22. Penghasilan pelan pembangunan pendidikan ini mempunyai impak yang besar
kepada pembangunan modal insan negara dalam usaha kementerian untuk sama-sama
menjayakan
Program
Transformasi Kerajaan. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil
pendekatan yang strategik dalam memacu pelaksanaan PPPM dengan memberi
keutamaan kepada keberhasilan murid.

MENINGKATKAN KUALITI KURIKULUM

23. Dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025, murid adalah potensi besar yang dimiliki oleh
negara dan perlu diberi perhatian. Berpegang kepada prinsip itulah, kerajaan
memandang serius tentang peningkatan kualiti kurikulum dan pelaksanaannya dengan
melihat semula pendidikan dari sudut meaningful learning dan pembinaan insan yang
dapat menyahut cabaran abad ke-21. Penilaian semula kurikulum sekolah merupakan
satu keperluan dalam melihat sejauh mana kualiti kurikulum mencapai standard
antarabangsa. Di bawah inisiatif ini, beberapa perubahan sedang dilaksanakan.
Antaranya
adalah:
i) Menanda aras pembelajaran bahasa, matematik dan sains dengan standard
antarabangsa;
ii) Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah untuk
meningkatkan pecahan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi secara
berperingkat;
dan
iii) Meningkatkan kualiti Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik
(STEM).

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

24. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah elemen penting yang diterapkan dalam

kurikulum sekolah kini. Pakar pendidikan di kebanyakan negara menerima hakikat


bahawa kurikulum perlu merangkumi kemahiran dan kompetensi yang terarah kepada
keperluan abad ke-21. Kementerian Pendidikan Singapura misalnya, mengatakan
seseorang yang dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21, adalah individu yang
mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan
aktif, dan merupakan warganegara yang perihatin.

25. Perubahan persekitaran pengajaran dan pembelajaran KBAT di bilik darjah berubah
wajah dengan berfokus kepada tiga aspek iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran.
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) diperkemas dengan memasukkan lebih banyak elemen kemahiran
berfikir. Dari aspek pedagogi pula, pendekatan serta strategi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan dengan menerapkan soalan berfikir aras tinggi, inkuri dan
penggunaan alat berfikir. Manakala soalan berbentuk aras tinggi disediakan dalam
peperiksaan berpusat yang mengandungi 40 peratus di peringkat Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 peratus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
pada
tahun
tahun
2016.
SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM)

26. Dalam melaksanakan transformasi pendidikan, STEM turut diberikan perhatian


serius oleh Kementerian. Keupayaan dan kemahiran murid dengan pendekatan
pembelajaran yang baharu ini amat penting dalam usaha negara mendepani cabaran
dan permintaan ekonomi menjelang 2020. Kementerian juga sedang berusaha untuk
mengukuhkan dasar 60:40 Sains/Teknikal: Sastera yang telah dilaksanakan sejak 1967.
Beberapa cabaran dalam memperkukuh STEM seperti kemahiran guru, pencapaian
murid dalam Sains dan Matematik serta persepsi ibu bapa dan murid terhadap STEM
akan diatasi bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang berkemahiran dalam
bidang sains dan teknologi.

27. Strategi meningkatkan minat terhadap STEM bermula dari peringkat prasekolah
hinggalah ke pusat pengajian tinggi. Di peringkat rendah pula, murid didedahkan dalam
persekitaran pengajaran dan pembelajaran berasaskan aktiviti yang menyeronokkan.
Manakala pada peringkat pengajian tinggi, pelajar didedahkan dengan pembelajaran
bermakna dan penyelidikan berasaskan pendekatan STEM.

ETIKA, KEROHANIAN DAN BERIDENTITI NASIONAL

28. Agenda transformasi pendidikan negara juga akan mempersiapkan generasi baharu
supaya berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara
aman, membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai
keberanian melakukan apa yang betul. Perwatakan ini dapat diterapkan melalui

penambahbaikan kurikulum Pendidikan Islam dan Moral yang menekankan kepada


aspek kerohanian, integriti dan mempunyai tanggungjawab sivik yang tinggi.

29. Selari dengan cabaran kelima Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang
bebas mengamalkan adat dan budaya tetapi pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada negara, satu daripada aspirasi murid dalam
PPPM 2013-2025 iaitu beridentiti nasional. Setiap murid seharusnya memiliki semangat
patriotisme, keterangkuman yang tinggi, belajar memahami perbezaan dan bertolak
ansur, menerima dan menghormati orang lain, serta hidup bersama dalam kepelbagaian
masyarakat.

MEMACU PELAKSANAAN TRANSFROMASI PENDIDIKAN

30. Sistem pendidikan Malaysia perlu ditransformasikan secara menyeluruh bagi


memenuhi hasrat dan aspirasi membangunkan generasi akan datang yang berkualiti
sebagai persediaan menghadapi cabaran abad ke-21. Transformasi ini merupakan satu
proses yang sangat rumit, meluas, dan mendalam cakupannya, yang hanya dapat
dicapai melalui tindakan dan pendekatan yang berbeza daripada amalan kebiasaan.

31. Kejayaan transformasi pendidikan bergantung kepada pengurusan dasar pendidikan


yang mantap bagi membolehkan pelaksanaannya mengikut perencanaan yang telah
ditetapkan. Bagi memastikan kejayaan transformasi pendidikan, beberapa strategi telah
dilaksanakan.

Hadirin sekalian,

32. Pertama, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan beberapa inisiatif


utama khususnya usaha menyokong para guru dan meningkatkan kualiti kepimpinan
sekolah untuk dilaksanakan dalam Gelombang 1 (2013-2015), diikuti dengan perubahan
struktur bagi mempercepatkan transformasi dalam Gelombang 2 (2016-2020). Manakala
dalam Gelombang 3 (2021-2025), Kementerian akan menumpukan perhatian kepada
peningkatan keluwesan operasi untuk menyemai budaya teladan rakan setugas ke arah
kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menggerakkan kebanyakan
sekolah, ke arah model pengurusan berasaskan sekolah, dan memperluas model
inovasi pengajaran yang berjaya.

MENGUPAYA KOMPETENSI GURU DAN KEPIMPINAN

33. Strategi Kedua ialah mengupaya guru dan pemimpin. Gelombang 1 pelaksanaan
PPPM, bermula 2013 hingga 2015 merupakan tempoh yang kritikal. Kejayaan awal
beberapa inisiatif PPPM yang boleh dilihat dalam tempoh ini mampu menyuntik
semangat warga pendidik dan meningkatkan keyakinan masyarakat bahawa
transformasi ini boleh mencapai kejayaan. Justeru itu, tumpuan pelaksanaan dalam
Gelombang 1 adalah memberi sokongan kepada guru dan meningkatkan kemahiran
mereka. Ini adalah kerana para guru merupakan kumpulan pelaksana yang mampu
mencungkil potensi murid dari segala aspek. Dapatan daripada Penilaian Semula
Pendidikan Negara (PSPN) turut menunjukkan dua faktor utama yang boleh memacu
kualiti
sistem
pendidikan
ialah
guru
dan
pemimpin
sekolah.
PENYAMPAIAN BERKESAN

34. Ketiga ialah penyampaian yang berkesan. Kementerian Pendidikan mempunyai


lebih 420,000 orang guru dan kira-kira 5.16 juta orang murid. Dengan jumlah kakitangan
sebesar ini, sistem penyampaian berkesan telah dibangunkan bagi memastikan semua
dasar atau inisiatif PPPM 2013-2025 difahami dan seterusnya dapat dilaksanakan
dengan baik. Satu daripada transformasi yang dilakukan ialah memindahkan
sebahagian tanggungjawab Kementerian kepada pegawai di peringkat negeri dan
daerah khususnya berkaitan dengan usaha meningkatkan prestasi sekolah. Tindakan ini
membolehkan Kementerian memainkan peranan yang lebih strategik dalam aspek
penyediaan dasar-dasar pendidikan, dan menyediakan perkhidmatan berpusat seperti
pengumpulan data serta pembangunan kurikulum dan penilaian.

35. Kementerian Pendidikan turut memberi penekanan kepada meningkatkan


kepimpinan dalam pelaksanaan transformasi. Pemimpin barisan hadapan seperti
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar mempunyai
tanggungjawab terhadap peningkatan prestasi sekolah dan murid. Sebagai pegawai
tinggi kerajaan, mereka bukan sahaja perlu mengamalkan nilai dan etika perkhidmatan
awam tetapi perlu mempunyai kebolehan dan kecekapan yang spesifik bagi pengurusan
pendidikan. Pengetua dan guru besar misalnya perlu memiliki kepimpinan instruksional
supaya semua sumber di sekolah seperti guru, kurikulum, bahan pengajaran, kaedah
pengajaran dan persekitaran dapat digembleng bagi meningkatkan keseluruhan prestasi
pembelajaran.
36. Dalam melaksanakan transformasi pendidikan ke arah penyampaian yang berkesan,
Kementerian telah mengambil beberapa langkah. Antaranya ialah mewujudkan Rakan
Peningkatan Sekolah (School Improvement Partner SIPartner+) iaitu suatu program
sokongan bagi meningkatkan prestasi sekolah. Pengetua dan guru besar yang
cemerlang telah dipilih untuk memberi bimbingan serta mencari jalan penyelesaian
untuk meningkatkan prestasi sekolah. Selain daripada langkah ini, Kementerian juga
akan mengkaji dasar agar pengetua dan guru besar cemerlang ditempatkan di sekolah

berprestasi rendah,
berasaskan sekolah.

dan

memberi

autonomi

untuk

melaksanakan

pengurusan

PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI, SEKTOR SWASTA DAN NGO

37. Keempat ialah pelibatan ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan NGO. Dapatan kajian
antarabangsa PISA 2009+ menunjukkan bahawa selain daripada minat ibu bapa dalam
pendidikan anak mereka, faktor utama yang mendorong kepada pencapaian murid
adalah cara ibu bapa menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah. Kajian juga
menunjukkan hanya 14 peratus sahaja anak-anak berada di sekolah. Manakala
selebihnya berada di rumah dan dalam komuniti. Oleh itu adalah penting diwujudkan
sistem pembelajaran yang lebih luas mencakupi pembelajaran di rumah dan komuniti.
Anjakan ke-9 PPPM 2013-2025 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta secara meluas, merupakan satu daripada aspek penting dalam menjayakan
transformasi
pendidikan.
38. Pelibatan ibu bapa dalam pendidikan bukanlah suatu perkara yang baharu. Namun,
melalui transformasi pendidikan ini, kesedaran ibu bapa dan komuniti terhadap peranan
mereka dalam pendidikan telah dipergiatkan. Antara yang telah dilaksanakan oleh
Kementerian ialah mengadakan kempen mendidik ibu bapa dan komuniti tentang
sumbangan mereka dalam pendidikan dan mengedarkan lebih 10,000 sarana pelibatan
ibu bapa iaitu garis panduan dan pemantauan keterlibatan ibu bapa dalam proses
pembelajaran anak-anak mereka. Kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
dengan sekolah dipertingkatkan bagi memberi maklum balas tentang pelaksanaan
kurikulum setempat dan juga kualiti guru di sekolah anak-anak mereka. Jaringan yang
utuh antara PIBG, ibu bapa dan sekolah ini akan menjulang prestasi pelajaran anakanak ke peringkat yang lebih tinggi.

39. Sektor swasta pula boleh bertindak sebagai penyumbang yang bermakna bagi
meningkatkan inisiatif awam dan menggerakkan penyampaian perkhidmatan yang lebih
cekap, menambah pembiayaan sektor pendidikan, serta memperluas kesamarataan
akses dan meningkatkan keberhasilan pembelajaran. Satu contoh terbaik yang sedang
diusahakan oleh Kementerian ialah merintis model baharu yang memperkenalkan
inovasi dalam kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta keseluruhan pengurusan
sekolah yang diterajui oleh sektor swasta. Model baharu ini dinamakan Sekolah
Amanah, dengan Yayasan AMIR sebagai rakan swasta. Dalam hal ini pihak NGO boleh
membantu terlibat secara aktif dalam persatuan alumni dan sebagai rakan penaja
swasta kerana dijangkakan pada tahun 2025, bilangan sekolah amanah akan
bertambah
kepada
500
buah.
40. Kerajaan akan terus menggunakan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman
sektor swasta untuk memperkukuh mekanisme penyampaian perkhidmatan sektor
awam. Maklum balas sektor swasta berhubung halangan terhadap penyampaian

perkhidmatan akan terus digunakan untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan


sedia ada dan menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati,

PENUTUP

41. Dalam konteks pendidikan Malaysia yang berasaskan kepada prinsip Pendidikan
Untuk Semua, transformasi pendidikan tidak meminggirkan mana-mana murid. Setiap
murid tanpa mengira status sosioekonomi, etnik atau latar belakang berhak mendapat
akses yang sama rata kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan mereka
mencapai potensi masing-masing.

42. Transformasi pendidikan melalui PPPM 2013-2025 dan PPPM (Pengajian Tinggi)
bermatlamat untuk melahirkan murid dan graduan yang berjaya, berdaya saing di
peringkat global serta bertunjangkan kepada nilai dan semangat jati diri yang kukuh.
Dari aspek pelaksanaan transformasi pendidikan, Kementerian memberi keutamaan
kepada keberhasilan murid dengan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
serta mengupayakan kepimpinan pendidikan. Transformasi pendidikan adalah
tanggungjawab semua. Kejayaan transformasi pendidikan ini tidak boleh dicapai secara
individu tetapi memerlukan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi
daripada pihak ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan NGO.

43. Kefahaman warga pendidikan mengenai hasrat menjulang nama Malaysia agar
tergolong di antara yang terbaik di persada dunia dalam bidang pendidikan merupakan
langkah pertama yang perlu diberi perhatian. Penerimaan warga pendidikan atau sikap
keterbukaan mereka menerima perubahan serta tekad untuk melaksanakan perubahan
di luar amalan kebiasaan merupakan asas untuk melakukan perubahan.

44. Tidak dinafikan bahawa transformasi sistem pendidikan merupakan suatu perjalanan
jangka panjang yang penuh dengan cabaran. Bermula dengan perjalanan bertatih pada
tahun 2013, terdapat pengajaran penting yang diperoleh daripada kejayaan dan cabaran
pelaksanaan inisiatif PPPM antaranya;
- Wujud sekolah yang cemerlang dan amalan yang baik dalam sistem pendidikan
Malaysia;
- Penyelarasan yang mantap dan perancangan terperinci adalah penting untuk
mengatasi cabaran pelaksanaan; dan
- Komunikasi yang aktif dan pelibatan pihak berkepentingan adalah kritikal.

45. Pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikan dilaksanakan kerajaan bertujuan


memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Matlamat akhirnya
sudah tentu untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada
agama, bangsa dannegara. Tanggungjawab kementerian dan guru untuk melakukan
transformasi atau perubahan dalam pendidikan negara sangat besar. Aplikasi kepada
Dasar Pendidikan Negara secara berkesan dan memahami agenda transformasi oleh
semua warga kementerian adalah amat penting dalam proses ini.

46. Perkara asas yang perlu difahami dan dihayati oleh semua adalah, kejayaan
transformasi pendidikan bagi menganjak kualiti generasi baharu hanya dapat dicapai
melalui kerjasama semua pihak di setiap peringkat iaitu persekutuan, negeri, daerah,
sekolah, guru serta ibu bapa dan komuniti. Proses transformasi pendidikan merupakan
usaha berterusan.

47. Saya bukan merupakan seorang guru, namun saya selaku KSU KPM dan pegawaipegawai di kementerian bertekad untuk menjayakan PPPM dengan harapan generasi
yang lahir dari sistem pendidikan negara melalui PPPM merupakan generasi yang
terbilang. Akhir kata, melalui sinergi dan kesepakatan yang mantap dan jitu di antara
Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, insyaAllah kita akan berjaya
melaksanakannya.

Sekian, wabillah hi taufiq, walhidayah assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih.