Anda di halaman 1dari 3

EDUCATION of ELAKSAMANA

2.4 TEKS BERITA

Definisi
Bermaksud perkhabaran, laporan dan pemberitahuan tentang khabar, acara dan kejadian yang diterima
atau disalurkan dari sesuatu sumber sebagai maklumat terkini

Concourse English Dictionary (1992:989)


Khabar atau kejadian terkini atau khabar berita yang juga melibatkan siaran radio dan televisyen dalam
menyampaikan maklumat terkini tentang berita dan peristiwa semasa,atau dirujuk juga sebagai sebuah
surat khabar.

A Dictionary of Education (1981:191)


Sebagai sesi atau pelajaran yang biasanya dilaksanakan di sekolah rendah, iaitu guru meminta murid
untuk membincangkan mengenai perkara yang melibatkan berita semasa yang menarik minat, dan
kemudiannya memberitahu seisi kelas mengenai benda-benda menarik yang selalu dilakukan oleh
mereka bersama rakan atau keluarga.

1. Berita boleh berbentuk lisan atau tulisan yang melibatkan pengkhabaran dan pelaporan mengenai
perkara yang telah dan sedang berlaku atau mengenai sesuatu isu yang tersebar.
2. Berita yang cepat dilaporkan dan sampai tepat pada waktunya mempunyai nilai yang tinggi daripada
berita yang lewat diterima.
3. Berita yang baik merupakan berita yang mudah difahami, lengkap sumbernya, tepat maklumatnya
dan pantas diterima.
4. Kandungan berita yang menceritakan mengenai sesuatu yang dekat dengan masyarakat lebih hangat
dan bernilai.
5. Berita-berita yang menyentuh perasaan lebih menarik minat pembaca berbanding berita yang tidak
menyentuh perasaan.
6. Kandungan berita mengenai sukan, politik, ekonomi, sains dan teknologi kurang menarik minat
pembaca kerana memerlukan pemikiran yang teliti untuk mengikuti perkembangan tersebut.

2.4.1 Ciri-ciri Berita

Berita yang mempunyai nilai intrinsik yang dinamakan nilai berita iaitu dapat menarik minat pembaca
mengetahui kisah sebenar sesuatu perkata tersebut. Antaranya ialah :

1. Sumber berita
Mestilah sesuatu yang benar-benar terjadi dan tidak direka-reka kerana inilah yang membezakan
cerita dan fiksyen. Sumber berita juga bukanlah sesuatu yang diperolehi hanya melalui pembacaan,
sebaliknya sesuatu yang dilihat dengan mata sendiri. Hasil dari kehadiran pemberita itu sendiri yang
menyebabkan berita itu dapat ditulis atau dilaporkan.
2. Ketepatan berita
Bermaksud sesuatu berita hendaklah memperlihat keadaan sebenar dan betul sebagaimana ianya
berlaku. Berita ini tidak boleh sengaja direka dan dibuat dan ketidaktepatan fakta boleh berlaku
sekiranya penulisnya tidak berhati-hati dan tidak mendapat maklumat tepat dari sumber utama.
Pemberita harus bertanggungjawab diatas tulisannya dan mempunyai sifat jujur yang tinggi.

3. Gaya penulisan
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2010
EDUCATION of ELAKSAMANA

Gaya penulisan bergantung kepada kewibawaan, pengalaman dan keupayaan penulis. Harus
menggunakan pilihan kata yang tepat dan mudah difahami oleh pembaca. Bahasa yang digunakan
hendaklah ringkas dan struktur ayat tidak berbelit-belit dan berbunga-bunga. Penggunaan ayat
pendek dan tidak kompleks dapat memudahkan pemahaman.
4. Fakta langsung
Berita hendaklah bebas dari prasangka, cetusan hati dan perasaan penulis dan berita hendaklah terus
kepada isi yang hendak diutarakan. Ini kerana memasukkan hal-hal yang tidak berkaitan akan
menimbulkan kebosanan kepada pembaca.
5. Cepat disebarkan
Mesti cepat disampaikan dan disebarkan untuk memudahkan pihak berkenaan bertindak
berdasarkan berita tersebut. Berita cepat disampaikan kepada masyarakat melalui surat khabar dan
media elektronik dan dapat disebarkan kepada umum pada hari sama peristiwa tersebut berlaku.
6. Maklumat sahih
Bermaksud berita itu disampaikan berdasarkan kejadian sebenar dan bebas dari pendapat penulis.
Penulis harus bersifat objektif iaitu melaporkan berita sebenar dan tidak sewenang-wenangnya
menokok-tambah dan berita mesti dalam struktur tersusun dan tidak dipengaruhi emosi penulis.
Kesilapan melaporkan berita boleh menyebabkan pembaca merasa diperbodohkan.
7. Maklumat lengkap
Berita yang lengkap boleh menjawab soalan inti yang utama seperti apa, siapa, bila, dimana,
bagaimana dan mengapa. Soalan ini dapat mengelakkan pembaca keliru.
 Apa merujuk kepada jenis berita.
 Siapa merujuk kepada individu yang terlibat.
 Bila merujuk kepada waktu berlakunya peristiwa.
 Di mana merujuk nama tempat kejadian.
 Bagaimana merujuk cara peristiwa itu berlaku.
 Mengapa merujuk sebab peristiwa itu berlaku.
8. Pemerengganan berstruktur
Perenggan berita hendaklah pendek dan biasa mengandungi 4 ayat sahaja. Setiap perenggan
mengandungi 1 maklumat. Perenggan pendek bertujuan untuk memudahkan pembaca memahami isi
berita. Setiap perenggan hendaklah mengikut struktur logik dan berkesinambungan dari perenggan
sebelumnya.

2.4.2 Format Berita

Berita merupakan teks yang berformat namun formatnya tidaklah begitu rumit.
Kebiasaannya berita yang baik akan mempunyai 3 bahagian seperti berikut :

1. Tajuk berita
 Berita harus mempunyai tajuk dan terletak di bahagian atas teks dan disebut juga kepala berita.
 Ditulis huruf kecil keseluruhannya kecuali pada pangkal frasa.
 Frasa yang menjadi tajuk berita hendaklah diboldkan dan menggunakan saiz huruf lebih besar
daripada kandungan teks.
 Terdiri dari 3 atau 4 patah kata yang merangkumi keseluruhan isi berita.
 Biasanya tajuk ditulis dengan cara yang sensasi untuk menarik minat pembaca.

2. Pembukaan berita

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2010
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Biasanya terdiri dari 2 perkara iaitu nama tempat dan tarikh.


 Nama tempat menunjukkan tempat spesifik berlakunya peristiwa itu seperti nama bandar, mukim
yang ditulis huruf besar kesemuanya.
 Tempat sebenar akan dilaporkan dalam isi kandung berita itu.
 Tarikh pula boleh bermaksud tarikh berita itu dilaporkan atau tarikh berlakunya peristiwa itu.
 Tarikh penting bagi menerangkan bilakan peristiawa berlaku.
 Selepas tarikh diletakkan tanda sempang bagi memisahkannya dengan isi berita.
3. Isi kandungan
 Bermula selepas tanda sempang dan isi berita bervariasi bergantung kepada berita.
 Dimulakan dengan perenggan pengenalan iaitu 1 ayat sahaja yang jelas dan mudah difahami.
 Diikuti perenggan isi yang melaporkan berita dengan jelas dan padat.
 Setiap perenggan harus diolah dengan baik dan berwacana.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2010

Anda mungkin juga menyukai