Anda di halaman 1dari 8

SMART THROW MENINGKATKAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN DALAM

KETEPATAN BALINGAN MURID TAHUN 4


Noratiqah Hanim Binti Mohd Roslin
Mohamad Fadhil Bin Ibrahim
Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
atiqahhroslin@gmail.com

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan koordinasi mata dan tangan
dalam ketepatan balingan murid Tahun 4. Hasil pemerhatian awal menunjukkan murid
mengalami masalah dalam membaling bola secara tepat ke arah sasaran serta tidak dapat
menjaringkan gol dengan tepat. Sasaran dalam kajian melibatkan 4 orang murid lelaki Tahun
4 Intan di salah sebuah sekolah di daerah Jerteh, Terengganu. Murid telah didedahkan
dengan penggunaan Smart Throw sebanyak 5 kali percubaan dan kajian ini telah
diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Smart Throw berfungsi sebagai satu alat intervensi
untuk meningkatkan koordinasi mata dan tangan dalam ketepatan balingan murid. Selepas
menjalani latihan menggunakan alat intervensi Smart Throw, murid menunjukkan
peningkatan dalam ketepatan membaling bola. Dapatan dari kajian mendapati murid-murid
telah berjaya menguasai ketepatan membaling bola dari 0% sehingga mencapai 100%
balingan dengan tepat melalui keselarasan koordinasi mata dan tangan mengikut kriteriakriteria yang telah ditetapkan. Cadangan penambahbaikan kajian adalah guru boleh
menggunakan alatan intervensi ini secara lebih teratur dan sistematik.
Kata Kunci: Smart Throw, ketepatan, koordinasi mata dan tangan
ABSTRACT
This research is conducted to improve the coordination of eyes and hands in throwing
accuracy of Year 4's students. Based on the primary observation shows the students
experiencing problems in throwing a ball to exact targets and unable to score with accuracy.
In order to achieve the objectives of this project, four students from Year 4 Intan class in
Jerteh, Terengganu has been selected. Those students were exposed to the 'Smart Throw'
tools five times of training sessions where this research was completed in 4 weeks. The
'Smart Throw' is use as an intervention tool for eyes and hands accuracy of students in
throwing ball activities. The observation was made on those students that used the 'Smart
Throw' tools during training sessions whereas the result shows an improvement in throwing
accuracy. The result shows the students able to gain accuracy in throwing a ball from 0% to
100% by adjusting the eyes and hands coordination according to the given criteria. The
future recommendation of this project was made which is teacher/trainer should use this
intervention tools in more systematic ways.
Keywords: Smart Throw, accuracy, eye-hand coordination

PENGENALAN
Menurut Mohd Taip Harun (2006), koordinasi juga merupakan keberkesanan dan
keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang. Ianya
melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan menggunakan
pancaindera dan hubungannya dengan minda akan menghasilkan pergerakan yang
sempurna. Sekiranya seseorang individu mempunyai tahap koordinasi yang tinggi,
mereka boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti menangkap, menahan,
membaling dan menyangga bola.
Dalam konteks kajian ini, koordinasi mata dan tangan memainkan peranan
penting dalam menentukan ketepatan balingan. Ketepatan lakuan balingan di dalam
sukan adalah berasaskan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang terlibat dalam
menghasilkan kemahiran seperti melakukan balingan bola. Sebagai contoh, ketika
membuat balingan bola, otot halus di bahagian jari akan menentukan ketepatan arah
bola yang dihantar. Kemahiran ini amat memerlukan ketelitian terutama koordinasi
mata dan tangan dan pergerakan tangan serta jari semasa membuat balingan.
Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaraskan pergerakan dengan
kemas dan lancar.
Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang sistematik. Jika
seseorang individu mempunyai koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap
bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar atau melakukan balingan tepat
pada sasaran. Oleh yang demikian, pengkaji telah menjalankan kajian untuk
meningkatkan koordinasi mata dan tangan dalam ketepatan balingan sebagai usaha
untuk membantu murid dalam meningkatkankan lagi keberkesanan dalam
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pengkaji menggunakan pengumpulan data
dengan menggunakan ujian skor jaringan, pemerhatian berstruktur dan soal selidik.

FOKUS KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmanakah keberkesanan
penggunaan Smart Throw dalam meningkatkan koordinasi mata dan tangan dalam
ketepatan balingan. Fokus kajian ini dilakukan adalah kerana ia memberikan
kerelevenan kepada pihak sekolah. Murid-murid di sekolah tersebut mempunyai
masalah dalam membaling bola secara tepat berikutan koordinasi mata dan tangan
mereka sangat lemah. Terdapat pelbagai punca murid lemah dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Salah satunya ialah guru Pendidikan Jasmani
sebelum ini tidak menumpukan perhatian ke atas pengajaran kemahiran asas,
sebaliknya terus mendedahkan murid dengan kemahiran dalam sukan. Melalui alat
intervensi yang dibina, ia dapat membantu guru untuk meningkatkan tahap
koordinasi mata dan tangan dalam ketepatan balingan.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


OBJEKTIF UMUM
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan koordinasi mata dan tangan dalam
ketepatan balingan menggunakan Smart Throw bagi murid Tahun 4.
OBJEKTIF KHUSUS
a)

Membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid Tahun 4 Intan.

b)

Meningkatkan ketepatan balingan dengan menggunakan Smart Throw.

SOALAN KAJIAN
a)
Sejauhmanakah Smart Throw dapat meningkatkan koordinasi mata dan
tangan murid Tahun 4 Intan?
b)
Adakah Smart Throw dapat membantu meningkatkan ketepatan balingan
murid Tahun 4 Intan?

PESERTA KAJIAN
Seramai 4 orang peserta kajian dipilih untuk menjalankan ujian intervensi ini. Mereka
terdiri daripada 4 orang murid lelaki dari Tahun 4 Intan. Mereka merupakan murid
yang mempunyai tahap yang paling lemah dalam kemahiran membaling bola
dengan tepat.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


MINGGU

PENGISIAN INTERVENSI

Peserta kajian telah menjalani ujian latihan


membaling dimana beberapa botol diikat di
palang pintu gol dan dijadikan sasaran.
Peserta akan berdiri sejauh 3m daripada
pintu gol dan membaling bola ke arah botol.
Sebanyak 5 kali percubaan dilakukan bagi
setiap peserta. Keputusan peserta dicatatkan
di dalam Borang Skor Ujian Sebelum
Menggunakan Alat Smart Throw.

KAEDAH
PENGUMPULAN DATA
Ujian Membaling
(Borang Skor Ujian
Sebelum Menggunakan
Alat Smart Throw)

Semasa peserta kajian melakukan ujian


balingan ke arah botol, pengkaji melihat cara
perlakuan mereka dan mencatat setiap
perlakuan mereka berdasarkan item- item
yang terdapat dalam Borang Pemerhatian
Sebelum Menggunakan Alat Smart Throw.
Kriteria yang terdapat dalam pemerhatian
dirujuk di dalam buku permainan bola baling
(Lee Chin Choy, 2006) dan jurulatih pasukan
bola baling Sekolah Kebangsaan Kampung
Bharu Tok Dor.

Pemerhatian Berstruktur
(Borang Pemerhatian
Sebelum Menggunakan
Alat Smart Throw)

Selepas mendapatkan data mentah bagi


keputusan peserta kajian tanpa
menggunakan alat Smart Throw, pengkaji
mendapatkan pula data dengan
menggunakan alat Smart Throw. Sebanyak
5 kali percubaan diberikan kepada peserta
kajian. Peserta membaling bola kearah
sasaran iaitu melalui lubang yang terdapat
pada alat Smart Throw. Keputusan
dicatatkan di dalam Borang Skor Ujian
Selepas Menggunakan Alat Smart Throw.
Peserta dikehendaki berdiri dalam jarak 3m
dari pintu gol. Dalam masa yang sama
pengkaji mencatat pemerhatian cara
perlakuan mereka berdasarkan item-item di
dalam Borang Pemerhatian Selepas
Menggunakan Alat Smart Throw.

- Ujian Membaling Dengan


Menggunakan Alat
(Borang Skor Ujian
Selepas Menggunakan Alat
Smart Throw)

- Pemerhatian Berstuktur
(Borang Pemerhatian
Selepas Menggunakan Alat
Smart Throw)

Borang soal selidik diberikan kepada peserta - Borang Soal Selidik


kajian setelah selesai mengambil data
sebelum dan selepas menggunakan alat.
Peserta kajian telah menandakan jawapan
Ya atau Tidak di ruangan yang disediakan
di Borang Soal Selidik. Borang ini tidak
dibincangkan bersama peserta dan mereka
mengisinya secara individu.

DAPATAN KAJIAN
KEPUTUSAN KAJIAN
5
4
3
Jumlah Balingan
2
1
0

S1

S2

S3

Rajah 1: Rumusan Perbandingan Jumlah Jaringan Murid Sebelum dan Selepas


Menggunakan Alat Smart Throw
Rajah 1 menunjukkan graf perbandingan jumlah jaringan murid sebelum dan
selepas menggunakan alat Smart Throw. Peserta kajian diberikan 5 kali percubaan
bagi setiap sebelum dan selepas menggunakan Smart Throw. Melalui dapatan
kajian yang diperoleh, pencapaian terendah bagi jaringan sebelum menggunakan
Smart Throw ialah tiada jaringan dilakukan oleh peserta kajian manakala
pencapaian tertinggi selepas penggunaan Smart Throw adalah 5 jaringan. Peserta
kajian pertama mendapat hanya 1 jaringan sebelum penggunaan alat dan mendapat
4 jaringan selepas penggunaan alat. Peserta kajian kedua pula tidak mendapat
sebarang jaringan pada permulaan dan selepas penggunaan Smart Throw, beliau
mendapat 3 jaringan. Peserta kajian ketiga dan keempat hanya mendapat 2 jaringan
pada permulaan dan terus menaik kepada 5 jaringan selepas penggunaan Smart
Throw. Ini menunjukkan peningkatan yang baik berlaku selepas penggunaan alat
Smart Throw. Peserta kajian menunjukkan peningkatan kerana melalui penggunaan
alat Smart Throw, mereka boleh memberikan fokus kepada balingan mereka dengan
tepat. Tambahan pula, alat ini banyak membantu mereka dalam meningkatkan
koordinasi mata dan tangan mereka semasa melakukan balingan kerana mereka
mempunyai fokus yang tetap untuk membuat balingan.

S4

80
70
60
50
Peratus Kenaikan Selepas Intervensi

40
30
20
10
0

S1

S2

S3

Peserta Kajian

Rajah 2: Rumusan Peratus Kenaikan Selepas Penggunaan Alat Smart Throw


Rajah 2 menunjukkan peratus kenaikan selepas penggunaan alat Smart Throw.
Keempat-empat peserta kajian menunjukkan peningkatan yang sama sebanyak
75%. Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1, mereka tidak berjaya dalam membuat
jaringan seperti yang diinginkan oleh pengkaji namun demikian, setelah
menggunakan Smart Throw, mereka dapat menaikkan kadar jaringan mereka. Ini
menunjukkan bahawa penggunaan alat Smart Throw telah banyak membantu
mereka dalam meningkatkan koordinasi mata dan tangan dalam ketepatan balingan.

REFLEKSI
Perlaksanaan kajian ini bermula dengan tinjauan awal terhadap masalah yang timbul
dalam kalangan murid Tahun 4 Intan dalam kemahiran membaling bola dengan
tepat. Pada peringkat awal, pemilihan serta pemerhatian terhadap peserta kajian
yang lemah telah dilakukan semasa mengajar tajuk Bola Baling. Beberapa orang
peserta kajian telah dikenalpasti mempunyai tahap yang lemah dalam membuat
balingan dengan tepat berikutan mereka mempunyai koordinasi mata dan tangan
yang lemah.

S4

Perancangan telah dilakukan bagi memastikan tempoh perlaksanaan dapat


dijalankan dengan teliti. Bermula dengan mengumpul data berkaitan, merancang
tempoh perlaksanaan intervensi dan ujian sebelum dan selepas. Proses
pemerhatian juga dibuat untuk mengutip dan menganalisis dapatan kajian ini. Pada
mulanya peserta kajian tidak mahu turut serta kerana mereka merasakan bahawa
mereka mampu melakukan balingan, namun setelah beberapa kali ujian dilakukan
ternyata mereka lemha. Akhirnya mereka akur dan ingin turut serta dalam kajian ini
kerana ia memberikan kelebihan juga kepada mereka untuk meningkatkan
koordinasi mata dan tangan mereka dalam ketepatan balingan.
Berdasarkan kepada pemerhatian dan dapatan kajian yang dikumpul,
peningkatan dalam ketepatan balingan peserta kajian dilihat meningkat dari masa ke
semasa dengan bantuan alat intervensi Smart Throw. Melalui penggunaan Smart
Throw, peserta kajian semakin berminat dengan pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Tambahan pula, ia meningkatkan fokus serta koordinasi mata dan tangan
mereka semasa mereka melakukan balingan ke arah sasaran. Hampir kesemua
peserta kajian kelihatan gembira sepanjang melakukan ujian berikutan mereka dapat
melihat sendiri peningkatan balingan mereka yang semakin tepat. Pengkaji juga
sangat berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh peserta kajian.

CADANGAN DAN TINDAKAN SUSULAN


Sebagai penambahbaikan kepada kajian tindakan ini, alat intervensi ini sesuai untuk
digunakan dalam permainan Teaching Games For Understanding (TGFU). Guruguru khususnya boleh menggunakan Smart Throw semasa melakukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Jasmani. Mereka boleh
menggunakan kreativiti mereka untuk menggunakan alat ini dalam bentuk
permainan. Ia dapat menarik perhatian murid serta meningkatkan cara balingan
mereka secara peta kerana ada fokus untuk mereka melakukan balingan.
Bagi menjadikan alat ini lebih menarik, penggunaan bunyi atau lampu
sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian murid boleh dilakukan. Kanakkanak sememangnya tertarik kepada unsur cahaya dan bunyi. Melalui
pengubahsuaian ini, ia dapat menarik lebih lagi perhatian mereka.
Selain itu, melalui penggunaan bunyi atau penggunaan lampu, ia boleh
digunakan juga kepada murid- murid yang mempunyai masalah pembelajaran
seperti kurang pendengaran, buta dan sebagainya. Saiz Smart Throw juga boleh
diperbaiki dengan memperbesarkannya mengikut keluasan gol. Ia bertujuan agar
apabila keluasan alat diperbesarkan, semakin banyak lubang markah dapat dibuat.
Murid akan lebih fokus kerana mereka boleh menggunakan lebih banyak ruang dan
sudut.

RUJUKAN
Lee Chin Choy (2006). Bola Baling. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mohd. Taip Harun (2006). Kecergasan Fizikal. Selangor Darul Ehsan: Fakulti
Pendidikan, Sastera Dan Sains Sosial.
Teaching Games For Understanding (TGFU) in primary and secondary physical
education, Paul I. Webb et,al.(2006), Faculty of Education, University of
Wollongong, New Zealand.

Anda mungkin juga menyukai