Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Sejarah Eropah memperlihatkan suatu rentetan cerita yang sangat panjang dari satu
peristiwa kepada satu peristiwa. Masyarakat di negara-negara Eropah sebelum kemunculan suatu
gerakan yang mengubah negara ini ke arah yang lebih cemerlang, penduduknya masih terikat
dengan kekuatan golongan raja, golongan konservatif,gereja, dan elit bangsawan. Sememangnya,
realiti yang terpaksa dihadapi ini telah membawa kepada ketidakadilan dan ketidaksamaan dalam
masyarakat. Hal ini membawa munculnya suatu perasaan tidak puas hati oleh golongan bawahan
yang akhirnya mendorong mereka untuk menuntut hak-hak mereka yang dihimpit ketidakadilan
dan kekerasan, maka tercetusnya revolusi. Menurut Funk & Wagnalls New Encyclopedia,
revolusi adalah sebuah perubahan sosial atau politik dengan menggunakan kekerasan dan secara
paksa, serta dipengaruhi oleh kekejaman dan persenjataan.
Revolusi juga bermaksud suatu perubahan sistem politik, namun secara cepat dan
menyeluruh, melalui cara-cara di luar kebiasaan dan atas pengingakaran terhadap golongan
pemerintah. Karl Marx berpendapat bahawa,revolusi ialah lokomotif atau kereta api
sejarah.Menurutnya lagi, suatu revolusi yang muncul dalam sesebuah pemerintahanatau negara
mampu untuk mempercepatkan perubahan ke arah lebih baik atau sebaliknya. Eropah yang
melalui pelbagai zaman untuk mencapai kejayaan turut tidak terkecuali menerima pelbagai
bentuk revolusi-revolusi. Pada penghujung abad ke-18 perancis telah mengalami zaman
perubahan dan sekaligus telah membawa kepada kebangkitan revolusi. Kebangkitan revolusi
atau lebih tepat dikenali sebagai revolusi perancis 1789( yang berlaku telah membawa perubahan
bukan sahaja kepada negara perancis itu sendiri, malah perubahan ini juga turut dirasai di seluruh
dunia )barat. rentetan daripada itu, adalah wajar dikatakan bahawa revolusi perancis adalah
merupakan permulaan kepada sebuah kelahiran suatu unsur pemodenan kepada Eropah. Pevolusi

ini menjadi titik peralihan dari masyarakat feudal kepada masyarakat perancis moden dan
peristiwa ini menjadi panduan kepada negara-negara lain.
walaupun revolusi perancis telah melalui fasa yang ganas, namun ia meletakkan asas
untuk sebuah masyarakat baru yang lebih adil dan bebas berbanding dengan yang lama. dalam
menuntut hak-hak dan menggulingkan kerajaan yang menindas, perkara ini telah melambangkan
revolusi dihalalkan dan sekaligus menjadikannya suatu model yang diikuti oleh generasi akan
datang. dalam konteks lain, revolusi adalah merupakan salah satu cara di mana satu masyarakat
di sesuatu daerah menyuarakan harapan serta idea-idea mereka dan ianya berlaku pada awalnya
dalam bentuk perhimpunan, perarakan dan pelbagai lagi. Berbekalkan falsafah sekular
Enlighment atau "kesedaran dan prinsip ekonomi bebas, golongan borjoius perancis telah
menentang golongan bangsawan semasa. kejayaan revolusi perancis ini sememangnya sudah
jelas menggambarkan suatu yang postif terhadap pelaksanaan revolusi ini sendiri sehingga ianya
dilihat sebagai suatu landasan yang harus dilakukan oleh pihak-pihak yang sedia
memperjuangkan idea dan peranan mereka bagi menuntut perkara yang dirasakan perlu. revolusi
perancis meninggalkan warisan berharga bukan sahaja untuk perancis tetapi untuk seluruh dunia
barat. gerakan penyerlahan berjaya mengesahkan bahawa manusia melalui kuasa akal dan
tindakan mampu untuk menemui jalan untuk masyarakat yang lebih baik.
Namun, revolusi menjadi semakin tegang apabila terdapat bantahan, sekatandan pelbagai
perkara lagi yang dilihat mengganggu gugat hak dan kebebasan kumpulan revolusioner. 0leh itu,
kejayaan sesuatu revolusi ini seharusnya dipandang tinggi dan kerajaan yang memerintah atau
golongan konservatif pastinya tidak akan berdiam diri dan seterusnya akan melihat setiap
revolusi yang berlaku dengan penuh kembimbangan. /amun, sejauhmana revolusi ini dianggap
berjaya membawa sesebuah negara ke arah kejayaan, hal ini masih menjadi persoalan. Hal ini

kerana,setiap revolusi yang dilakukan sudah pasti tidak dapat lari dengan kegagalan yang bakal
dihadapi dan begitu juga hal kejayaanya. Hal ini juga akan turut diperjelaskanlagi dalam
penulisan ini dalam bab seterusnya yang membawa lanjutan revolusi perancis itu sendiri, iaitu
revolusi 1848, sama ada melihat revolusi 1848 ini sebagai suatu kejayaan mahupun kegagalan
KEGAGALAN REVOLUSI 1848.
5.1 kekuatan penggerak yang tidak mencukupi
Revolusi 1848, walaupun telah melalui fasa kejayaan dari pelbagai aspek, namun revolusi
ini juga memperlihatkan unsur kejatuhan dan kegagalan daripadanya. Konteks kegagalan yang
diperolehi sememangnya telah memberikan suatu gambaran kepada negara-negara yang terlibat
bahawa revolusi pada tahun 1848 bukan hanya dilihat sebagai sebuah kejayaan, tetapi turut
dilihat sebagai sebuah kegagalan. Namun, beberapa sarjana melihat perkara yang berbeza-beza
terhadap Revolusi 1848 ini terutamanya soal kejayaan dan kegagalannya. Persoalannya yang
timbul disini adalah sejauhmanakah kegagalan Revolusi 1848 ini dan mengapa revolusi ini
dianggap gagal oleh sesetengah sarjana. Soal kegagalan sudah pasti berkait dengan kepincangan
di sana sini serta punca kegagalan itu sendiri yang perlu diberi perhatian. Oleh itu, Revolusi
1848, yang berlaku serentak dan secara tiba-tiba, sudah pastinya mempunyai banyak kekurangan
dan kepincangan dalam gerakan atau perjalan revolusi itu sendiri.
Ketiadaan kekuatan penggerak yang mencukupi adalah merupakan kegagalan bagi
Revolusi 1848 kerana hal ini telah menyebabkan revolusi yang telah dicetuskan tidak
memperoleh matlamat terakhir seperti yang diinginkan oleh golongan revolusioner yang radikal
ini. Selain itu, golongan revolusioner yang terdiri daripada golongan bawahan juga menerima
nasib yang sama akibat daripada kekalahan revolusi ini sekaligus menyebabkan penuntutan hak-

hak tidak diendahkan sama sekali. Sememangnya kekuatan penggerak sesuatu revolusi ini
dianggap penting dalam menentukan hala tuju revolusi ini sama ada ianya mencapai kemenangan
ataupun sebaliknya. Jika kita menyingkap zaman sewaktu berlakunya Revolusi Perancis 1789,
sudah pastinya dapat kita lihat revolusi ini telah mencapai kejayaan meruntuhkan kerajaan
monarki disebabkan kekuatan penggeraknya yang terdiri daripada golongan borjoius, golongan
profesional dan petani yang bersatu. Oleh itu, hal ini amat bertetapan sekali dengan perbincangan
mengenai Revolusi 1848 yang dilihat gagal kerana ketiadaan kekuatan penggerak yang dapat
meletakkan revolusi ini pada tahap yang berjaya.
Revolusi 1848, dikatakan gagal kerana tidak mempunyai kekuatan penggerak yang
mencukupi dan kegagalan ini akan dibuktikan pada revolusi yang pertama tercetus di Perancis
dalam daerah Paris. Penentangan di Paris yang hanya melibatkan golongan sosialis dan republik
dan bermatlamat menentang pemerintahan Louise Philippe sememangnya menggambarkan
bahawa revolusi yang berlaku pada waktu ini hanya melibatkan beberapa golongan yang
mempunyai matlamat akhir yang sama dan adalah mustahil bagi mereka yang tidak sehaluan
untuk turut sama menggerakkan revolusi ini. Walaupun revolusi Perancis ini turut digerakkan
oleh kaum pekerja dan pelajar yang ramai melalui perhimpunan di jalan-jalan raya, sekatan, serta
laungan slogan di sepanjang jalan, namun hal ini masih belum cukup untuk mencapai kejayaan
dalam pemberontakan. Hal yang sama juga dilihat dalam revolusi di Austria yang berlaku di
Hungary yang melibatkan suatu gerakan revolusi yang bersifat nasionalisme oleh bangsa Magyar
dan revolusi ini memperlihatkan suatu perjuangan yang hanya melibatkan kepentingan bangsa
sendiri dan matlamat akhir bangsa Magyar ini berbalik kepada kepentingan kepadanya dan
bukan demi membela nasib-nasib petani atau golongan bawahan secara keseluruhan. Tanpa

kekuatan yang cukup oleh golongan Magyar ini akhirnya mereka ditumpaskan pada Ogos 1949
dan ini merupakan kegagalan buat mereka dan kegagalan dalam revolusi.
Revolusi di Jerman dan Itali turut dilihat mempunyai kekangan dalam perjuangan
gerakan revolusinya kerana tiada kekuatan penggerak yang mampu membuatkan mereka bersatu
secara menyeluruh bagi mencapai satu matlamat yang sama. Di Jerman, walaupun kelas
menengah dan bekerja bersatu pada masa pemberontakan di Berlin, di bawah satu matlamat yang
sama menghapuskan elit konservatif, tetapi setiap kelas mempunyai sebab-sebab yang sangat
berbeza untuk mencapai matlamat tersebut.

Pemberontakan yang bersifat nasionalisme

sememangnya suatu perjuangan yang mampu menggegarkan negara-negara Eropah, tetapi hal ini
tidak dilihat sebagai suatu yang realiti di kedua-dua buah negara ini. Hal ini kerana,
pemberontakan yang dilakukan menjurus kepada pemberontakan tiga penjuru atau lebih.
Pertarungan sesama sendiri ini sememangnya melemahkan kekuatan nasionalisme, menjadikan
matlamat revolusi sukar dicapai dan seterusnya menguatkan lagi golongan konservatif. Oleh itu,
kegagalan ini akhirnya telah menimbulkan kesan yang mendalam kepada negara-negara Eropah,
seperti Itali yang terpaksa mengorbankan nasionalisme demi mahu menjaga kepentingan
golongan sendiri dan akhirnya telah menyebabkan kegagalan pemupukan serta pengekalan
perpaduan dalam gerakan nasionalis di negara Itali. Kegagalan ini telah memberikan kesan
psikologi kepada para revolusioner yang akhirnya mempengaruhi setiap aspek di Eropah pada
pemikiran dan aktiviti selepas 1850.
Oleh itu, jelaslah bahawa kegagalan Revolusi 1848 adalah kerana kekurangan kekuatan
penggerak yang dianggap suatu yang paling penting dalam perjalanan revolusi. Penggerak yang
dibincangkan disini adalah merujuk kepada kekuatan tenaga para revolusioner dan ideologi serta
idea yang menggerakkannya. Penggerak juga dapat memperlihatkan seorang ketua yang

mengepalai setiap revolusi. Ketiadaan kekuatan penggerak berlaku apabila pekerja terpaksa
berlawan tanpa ketua kerana ketua ditangkap, bersembunyi dan menjadi tawanan, dan hal yang
sama terjadi kepada Blanqui yang ditangkap sekaligus melemahkan golongan revolusioner yang
lainnya.

Walaupun revolusi 1848 telah menggegarkan dunia dengan kemunculannya yang

mengejut dan tiba-tiba, namun perancangan yang rapi masih tidak terlihat dalam setiap gerakan
revolusi yang dilakukan. Kenyataan ini telah disokong oleh Stearn yang kemudiannya dilihat
memberikan petua bagi menjayakan revolusi,
Revolusi yang berjaya selalunya diarahkan oleh kumpulan yang bermula tanpa para
pengikut yang ramai tetapi menampung kekurangan ini dengan perancangan dan pengendalian
yang teliti, tidak ada kumpulan yang sedemikian itu muncul pada tahun 1848.
Oleh kerana, setiap golongan terlalu terpesona dengan jangkitan revolusi di negara-negara
Eropah, hal ini telah menyebabkan setiap golongan bangkit memberontak demi kepentingan
golongan mereka sahaja kerana matlamat akhir yang berbeza. Nasionalisme dalam konteks ini,
jika diperhatikan juga turut mampu menjadi penyebab yang menggagalkan liberalisme dan
radikalisme.
5.2 kekurangan kekuatan ketenteraan
Dapat kita saksikan bahwa rata-rata yang turut serta dalam pemberontakan pada tahun
1848 adalah terdiri daripada golongan pekerja, pelajar dan golongan profesional yang membawa
idea mereka bersama-sama dalam gerakan ini. Tidak dinafikan setiap siri pemberontakan yang
berlaku sudah pastinya melibatkan tenaga penggerak yang sangat ramai. Namun, tanpa kekuatan
ketenteraan, golongan ini dengan mudahnya ditumpaskan di setiap negara-negara yang dilanda
revolusi. Hal ini dapat dibuktikan dalam revolusi di Perancis yang berlaku di Paris, di mana

pemberontakan yang berlaku pada bulan Jun dianggap sebagai kemuncak kerana terdapatnya
pertumpahan berdarah yang berlaku selama empat hari. Pemberontakan ini akhirnya
ditumpaskan oleh Tentera Kebangsaan atau Tentera Kerajaan yang diketuai oleh Jeneral Louis
Cavaignac dalam gerakan pembersihan telah menewaskan golongan revolusioner, yang hampir
3000 orang telah dibunuh dan 12 000 orang ditangkap.
Hal yang sama juga turut disaksikan apabila golongan-golongan pemberontak ini
dibersihkan oleh Tentera Kerajaan di pemberontakan yang berlaku di Jerman dan Itali. Di
Jerman, pemberontakan atas idea nasionalisme yang semakin kukuh telah menyebabkan
berlakunya perhimpunan awam yang menuntut pembaharuan kepada pemerintahan kerajaan.
Perhimpunan ini telah memberi pelbagai reaksi kepada masyarakat dan golongan konservatif
pada ketika ini, dan telah berlaku pertempuran antara rakyat biasa dengan pihak bersenjata.
Disebabkan kekurangan kekuatan yang bersifat ketenteraan dalam revolusi pada kali ini,
kegagalan sudah pastinya berpihak kepada golongan yang lemah dan yang hanya menurut dan
tahu menuntut ini. Pertempuran antara rakyat biasa dengan pihak bersenjata sememangnya
memperlihatkan suatu pertempuran yang bersifat berat sebelah dan akhirnya mengundang
kekalahan kepada pihak yang lemah. Nyawa yang tekorban dalam pertempuran ini adalah
sebanyak 300 orang dan kebanyakkan antara mereka yang tekorban adalah terdiri daripada para
pekerja mahir seperti tukang kayu, tukang kasut dan tukang jahit. Kejayaan pihak tentera dalam
menumpaskan para pemberontak ini telah memberi gambaran bahawa revolusi melalui
pemikiran dan ideologi dan kerakusan menuntut pembaharuan adalah tidak kemana tanpa
mempunyai satu unsur kekuatan yang setanding dengan pihak lawan.
Kegagalan yang sama dilihat berlaku di Itali, Bohemia dan Hungary yang akhirnya telah
tumpaskan oleh kekuasaan Tentera Kebangsaan. Sememangnya Revolusi 1848 yang tidak

berlaku tidak menjalani perancangan secara rapi dan meletus secara tiba-tiba. Hal ini adalah
suatu pemangkin kepada gerakan yang hebat pada awalnya, namun tidak memberikan
kemenangan yang mutlak kepada golongan ini yang akhirnya hanya terbunuh, dihukum bunuh,
dan di buang negara adalah menjadi penamatnya. Negara Itali dengan Kebangkitan Lima Hari
dan peperangan Itali-Austria, Bohemia dengan pemberontakan golongan Czech dan Hungary
dengan pemberontakan bangsa Magyar masing-masing telah ditumpaskan oleh Tentera
Kebangsaan dan sekaligus memberikata kata putus iaitu kekalahan golongan revolusioner ini.
Sokongan rakyat yang terhad serta ketiadaan kekuasaan serta kekuatan ketenteraan telah
menyebabkan revolusi-revolusi yang berlaku di negara-negara Eropah menerima kegagalan. Hal
ini sememangnya dipersetujui oleh sarjana Stearns yang turut melihat bahawa faktor kekurangan
ketenteraan adalah merupakan penyebab mengapa Revolusi 1848 dikatakan gagal dan tidak
berjaya. Oleh itu, Revolusi 1848 tidak hanya dilihat gagal dari sudut ketiadaan penggeraknya,
namun kegagalannya juga dilihat dari aspek kekuatan ketenteraannya.
5.3 tiada sokongan daripada setiap lapisan masyarakat
Revolusi 1848 yang tercetus telah disifatkan sebagai suatu kegagalan oleh para sarjana.
Ramai sarjana melihat bahawa Revolusi ini adalah merupakan satu kegagalan yang mutlak.
Kegagalannya Revolusi 1848 adalah kerana ketiadaan sokongan daripada setiap lapisan
masyarakat. Setiap golongan sama ada golongan borjouis, golongan menengah, golongan agama,
golongan bawahan serta golongan pekerja masing-masing mempunyai matlamat akhir yang tidak
sama terhadap bibit-bibit revolusi yang cuba dicetuskan. Sebagai contoh, walaupun revolusi
1848 di Perancis lebih tertumpu kepada golongan pekerja, namun kerjasama antara golongan
pelajar juga turut membantu dalam perjalanan revolusi. Namun, penyatuan dua golongan sahaja
tidak akan mendatangkan impak yang besar kepada negara. Keadaan ini dapat dilihat dalam

revolusi Perancis yang walaupun mengusir Louis Philippe dalam tampuk pemerintahan Perancis
melalui Revolusi Paris 1848 , namun ianya bukan dilihat sebagai suatu kejayaan yang mutlak
kerana tiada sokongan daripada setiap lapisan masyarakat sepenuhnya.
Oleh itu, kejayaan penubuhan Kerajaan Sementera dan Bengkel Kebangsaan hasil
daripada idea-idea Blanc dalam memulihkan kebajikan ekonomi kepada rakyat dilihat tergantung
dan tidak berhasil. Lebih parah lagi apabila keretakan telah berlaku dalam pentadbiran apabila
terdapat konflik antara golongan sosialis dan bukan sosialis. Konflik yang berpanjangan telah
menyebabkan suatu keputusan untuk mengadakan pilihan raya umum untuk menentukan corak
politik negara. Kekalahan teruk oleh golongan sosialis kemudiannya telah menyebabkan Bengkel
Kebangsaan dihapuskan, dan ini telah menimbulkan kemarahan golongan pekerja yang radikal.
Pertempuran yang hebat telah berlaku pada bulan Jun atau disebut sebagai Pertempuran
Berdarah. Sememangnya, suatu kejayaan yang diharap mampu membela nasib pekerja-pekerja
dan golongan yang berkepentingan yang lain telah gagal disebabkan ketiadaan penyatuan dan
kerjasama yang baik daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti revolusi-revolusi sebelumnya
iaitu seperti Revolusi Perancis 1789. Hal ini kerana, setiap lapisan masyarakat sama ada
golongan pekerja, menengah, borjouis dan golongan agama, masing-masing telah meletakkan
kepentingan individu adalah lebih penting berbanding kepentingan bersama. Oleh itu, usaha
untuk menuntut suatu perubahan ke atas kuasa pemerintah adalah lebih terbatas.
Di Jerman, kejayaan penubuhan Parlimen Frankfurt yang digembar-gemburkan
bermatlamat dalam memberi perubahan kepada golongan petani, memperjuangkan nasionalisme
serta memperjuangkan penyatuan Jerman sememangnya melalui jalan buntu. Jerman pada tahun
1848 menghadapi kegagalan untuk menyelesaikan penyatuan yang bersifat liberal. Liberal
nasionalisme juga gagal. Kegagalan ini juga adalah kerana tiada kesepakatan daripada pelbagai

pihak yang sememangnya telah meletakkan suatu penyelesaian itu di jalan buntu. Di wilayah
Austria juga menerima nasib yang sama, apabila dikatakan pergerakan revolusi yang dilancarkan
tidak mampu untuk bertahan dalam satu tempoh yang lama. Pemberontakan yang dilakukan atas
nama bangsa, sememangnya tidak melibatkan mana-mana golongan yang tidak setaraf dengan
ketamadunan mereka. Pergerakan revolusi bangsa telah berlaku dalam wilayah Austria itu sendiri
seperti Hungary dan Bohemia yang dikatakan telah berjaya melakukan suatu pemberontakan
berasaskan bangsa bagi menuntut kebebasan, dan penyatuan ini dianggap suatu permulaan yang
baik buat mereka. Namun begitu, tanpa penyatuan yang utuh dengan melibatkan pelbagai lapisan
masyarakat, telah menyebabkan kedudukan mereka goyah dan akhirnya mereka ditumpaskan
oleh Tentera Kebangsaan.
PERBANDINGAN REVOLUSI 1848 DENGAN REVOLUSI PERANCIS
Revolusi perancis merupakan suatu gerakan radikal, yang cepat, yang berusaha
menumbangkan sistem monarki absolut yang selama ini membelenggu kebebasan setiap rakyat.
Terjadinya revolusi perancis dilatarbelakangi beberapa faktor yakni. Kekuasaan pemerintahan
Perancis yang bersifat monarki absolut,Munculnya tokoh-tokoh pemikir penentang kekuasaan
absolut,Lemahnya kewibawaan Raja Louis XVI DAN Masalah keuangan pemerintah Perancis
Untuk mengatasi krisis keuangan, Raja Louis XVI berusaha mengenakan pajak kepada golongan
kaya. Usaha ini gagal karena mendapat tantangan dari golongan bangsawan.Louis XVI mengusir
semua anggota golongan ketiga dari tempat sidang pertemuan. Golongan ketiga akhirnya
memilih tempat bersidang di lapangan tenis tertutup. Mereka membentuk Dewan Nasional atau
National Assembly pada Mei 1789.
Peristiwa pembentukan Dewan Nasional ini dianggap sebagai awal dimulainya Revolusi
Prancis. Melalui Dewan Nasional, golongan menengah, buruh, petani serta golongan gereja yang

miskin dan bangsawan yang berpandangan maju bersumpah tidak akan membubarkan diri
sampai terbentuknya Konstitusi Prancis yang baru. Mereka tidak bermaksud menumbangkan
kekuasaan Louis XVI, kecuali menunut adanya peran politik yang besar dalam pemerintahan
serta diakuinya hak-hak mereka. Dukungan yang luas dari petani dan pekerja perkotaan yang
menderita akibat depresi ekonomi.
Raja Louis XVI mulai kehilangan kontrol. Pada 1789, dia mengerahkan 20.000
pasukannya untuk membubarkan Dewan Nasional di Paris. Rakyat yang marah mencari senjata
dan mempertahankan Dewan Nasional. Segera di Paris terjadi tindakan kekerasan antara pasukan
raja dan penduduk yang bersimpati dengan Dewan Nasional. Tindakan kekerasan itu mencapai
puncaknya di Bastille. Pada 14 Juli 1789, rakyat yang marah menyerbu penjara Bastille. Mereka
membebaskan semua tahanan politik yang seluruhnya berjumlah 7 orang, membunuh penjaga
penjara dan para pejabatnya serta merebut semua amunisi yang tersimpan di penjara tersebut.
Peristiwa yang paling dramatis dalam sejarah Revolusi Prancis terjadi pada 4 Agustus 1789.
Sebagian besar golongan gereja dan bangsawan bergabung dengan Dewan Nasional,
menghapuskan kewajiban-kewajiban feodal dan melepaskan hak-hak istimewanya di bidang
politik dan perpajakan. Peristiwa tersebut merupakan perubahan yang paling revolusioner, sebab
sistem feodalisme Prancis dapat dihancurkan dalam satu hari saja.
Deklarasi mengenai hak-hak asasi manusia dan warga negara dikeluarkan pada 26
Agustus 1789. Deklarasi tersebut didasarkan pemikiran-pemikiran zaman pencerahan mengenai
hukum-hukum alam. Melalui deklarasi tersebut warga negara Prancis memiliki hak merdeka
(liberty), hak milik (proverty), hak keamanan (security),dan hak perlindungan dari tindakan
kekerasan (resistance to oppresion). Dewan Nasional juga menyatakan bahwa semua orang

memiliki persamaan (equality) di depan hukum, memiliki kebebasan berbicara, memilih agama
dan dijaminnya kebebasan pers.
Dewan Legislatif membubarkan pemerintahan monarki pada Agustus 1792 dan
menangkap seluruh anggota keluarga raja. Revolusi semakin radikal sehingga berakibat
dieksekusinya sejumlah 2000 orang golongan royalis, yaitu golongan yang setia pada Raja Louis
XVI, pada September 1792.
Pemerintahan Direktory dipimpin oleh warga negara terbaik berjumlah lima orang
yang disebut direktur. Mereka dipilih oleh parlemen. Pemerintahan baru tidak bersifat
demokratis sebab hak pilih suara bagi semua pria dewasa yang ditetapkan pada tahun 1793
dihapuskan. Hak pilih hanya diberikan pada pria dewasa yang membayar pajak. Akhirnya rakyat
Prancis mempercayakan kepemimpinannya pada seorang tokoh patrotik penyelamat Prancis
yang bernama Napoleon Bonaparte pada 1799, sekaligus mengakhiri pemerintahan Direktory
Perubahan Politik yang Terjadi pada Masa Revolusi Perancis
Kondisi Politik Perancis Sebelum Terjadi Revolusi Perancis.Salah satu ajaran yang
berpengaruh di Eropa sebelum Revolusi Perancis adalah ajaran Niccolo Machiavelli. Ajarannya
mendukung kekuasaan raja secara mutlak. Ia menulis dalam bukunya yang berjudul Il Principe
(atau The Prince artinya Sang Raja). Dalam bukunya digambarkan tentang kekuasaan seorang
raja yang absolut dengan kekuasaan tak terbatas terhadap suatu negara, termasuk harta dan
rakyat yang berada di dalam wilayah kekuasaannya. Ajaran Machiavelli berkembang di Eropa
sekitar abad ke-17 dan dianut oleh raja-raja dari Eropa seperti Raja Frederick II, Tsar Peter
Agung, Kaisar Joseph II, Raja Charles I dan juga raja-raja Louis dari Prancis. Jadi sebelum
terjadinya revolusi sistem politik di Perancis berlandaskan pada Absolutisme.

Absolutisme itu sendiri adalah suatu sistem atau bentuk pemerintahan tanpa undangundang dasar bentuk pemerintahan dan dimana semua kekuasaan terletak di tangan penguasa.
Absolutisme di Eropa berkisar antara 1610 - 1789). Di Eropa absolutisme menggambarkan suatu
bentuk kekuasaan monarki yang tak terkendali oleh semua lembaga-lembaga lain, seperti gerejagereja, legislatif, atau elit sosial. Raja-raja di Eropa secara menyeluruh memerintah secara
absolut selama masa transisi dari feodalisme ke kapitalisme. Absolutisme ditandai dengan
berakhirnya feodal partisi, konsolidasi kekuasaan dengan raja, kebangkitan kekuasaan negara,
penyatuan undang-undang negara, dan penurunan pengaruh Gereja dan kaum bangsawan.
Munculnya ideologi yang membenarkan raja bertindak absolut juga dikarenakan adanya
landasan filosofi yang membenarkan atau pun yang menganggap bahwa raja memiliki hak dari
Tuhan untuk memerintah secara absolut.
Monarki absolut menghabiskan banyak uang dan kas kerajaan dalam membangun rumahrumah mewah untuk raja dan para bangsawan.. Dalam sebuah Kerajaan yang absolut, raja selalu
diharuskan untuk tinggal di istana kerajaan, sementara para pejabat dan bangsawan kerajaan
menguasai tanah. Ini dirancang untuk mengurangi kekuatan kaum bangsawan dengan
menyebabkan para bangsawan menjadi tergantung pada kebijakan dari raja untuk mata
pencaharian mereka.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, setelah meneliti perbincangan mengenai Revolusi 1848 ini, dapat
disimpulkan bahawa sememangnya revolusi yang berlaku adalah merupakan suatu rentetan
daripada revolusi yang sebelumnya. Revolusi 1848 dikatakan menggegarkan dunia kerana telah
merebak ke negara-negara Eropah yang lainnya seperti Austria, Itali dan Jerman. Revolusi yang
berlaku secara tiba-tiba ini dikatakan kurang perancangan yang rapi dan telah mengundang
kepada kekalahan. Oleh itu, untuk merumuskan perbincangan berkenaan Revolusi 1848 ini
adalah penting untuk melihat kepada kegagalan dan kejayaannya. Para sarjana telah
mengemukakan beberapa pandangannya berkenaan kegagalan dan kejayaan Revolusi ini, dan
rata-ratanya telah bersetuju dengan mengatakan bahawa Revolusi 1848 ini adalah merupakan
suatu kegagalan mutlak disebabkan tiada perancangan, kegopohan, matlamat yang tidak sama
dan lain-lain. Namun, aspek kejayaan Revolusi 1848 ini pula tidak seharusnya di ketepikan. Hal
ini kerana, walaupun kejayaannya yang tidak menonjol seperti Revolusi Perancis, namun ianya
masih memberikan beberapa perubahan dari segi aspek politik, pemerintahan dan social
Sementara itu, kesan Revolusi Perancis keatas Eropah tidak kurang hebatnya dari apa
yang berlaku di Perancis sendiri. Di Jerman terutamanya, adab dan sopan santun, kesusasteraan
Perancis dan pemikiran Perancis telah menjadi ikut umum lama sebelum tahun 1789. Gerakan
kesedaran yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh seperti Gotthold Lessing telah menyebarkan
fahaman percaya kepada sebab musabab dan mencabar segala institusi dan kepercayaan. Situasi
yang sama juga berlaku di Britain, Itali malahan di Belgium

RUJUKAN
A.J Grant, Harold Temperley, Lillian M. Person. 1956. Europe in The Nineteenth and Twentieth
Centuries (1789-1950). London: Longman Green and Co.
A.J.P Taylor. 1954. The Struggle For Mastery In Europe 1848-1918. Oxford: At The Claredon
Press.
Anthony Wood. 1964. Europe 1815-1960. Paris: Longman Group Limited.
Carlton J.H Hayes. 1971. Eropah Moden Hingga 1870. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Charles Breunig. 1970. The Age of Revolution and Reaction 1789-1850. London: George
Weidenfeld & Nicolson.
Furet Francois. 1989. Revolusi Prancis. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
Gordon A. Craig. 1971. Europe Since 1815. New York: Holt, Rinehart And Winston.
Jacques Droz. 1971. Europe Between Revolution 1815-1848. London: Collin Clear Type Press.
Jonathan Richard Hill. 2005. The Revolutions of 1848 in Germany, Italy, and France. Eastern
Michigan University, Senior Honors Thesis.
Jonathan Sperber. 2005. The European Revolutions 1848-1851. United Kingdom: Cambridge
University Press.
Keith Robbins. 2005. Britain And Europe 1789-2005. London: Hodder Education.
Margaret Lamb. 1974. Nationalism. London: Heinemann Educational Books.
McDougal Little. 2010. Nationalist Revolutions Sweep The West, 17891900. Mcdougal Littell
Inc.
Qasim Ahmad. 2003. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai