Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN

Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan di SJK(C) Tong Yuh telah
diadakan pada 24 September 2014 (Rabu), jam 10.00 pagi.
Majlis tersebut bertujuan untuk menyambut Hari Susu Sekolah Sedunia yang disambut serentak di seluruh
dunia pada 24 September setiap tahun. Pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama syarikat pembekal susu bakal melakar sejarah di dalam Malaysia
Books of Records sebagai acara minum susu secara serentak yang akan melibatkan lebih 1.2 juta murid sekolah.
Pada hari itu, semua murid berkumpul di gelanggang bola keranjang sekolah pada pukul 10.00 pagi. Majlis
itu dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Tham Yet Hwa. Mula-mula, lagu Negaraku dinyanyikan. Seterusnya, Puan
Lim Pei Yeong memberi ucapan tentang cara-cara dan kebaikan minum susu. Setibanya jam 10.30 pagi, murid-murid
pun minum susu secara serentak.
Majlis ini dijalankan dengan lancar dan berjaya atas kerjasama semua pihak. Majlis tersebut ditamatkan
setelah murid-murid menghabiskan susu mereka. Selepas itu, majlis pun bersurai.
Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan merupakan satu pengalaman
yang baik dan dapat menyihatkan badan serta mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru dan murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai