Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM BIJAK SIFIR

RASIONAL

Dalam negara kita menuju era WAWASAN 2020 dan penguasaan TEKNOLOGI
MAKLUMAT , kepentingan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran amatlah
dititikberatkan.

MATEMATIK merupakan satu daripada mata pelajaran yang amat penting dalam
kehidupan seharian. Penggunaan nombor dan pelbagai operasi ( tambah, tolak,
darab, dan bahagi ) sama ada disedari atau tidak merupakan sebahagian
daripada kehidupan kita.

Oleh itu amatlah wajar pelajar-pelajar menguasai secara OPTIMUM kemahirankemahiran dalam mata pelajaran ini. Dengan ini adalah diharapkan agar aktivitiaktiviti yang berkandung dalam program ini dapat melahirkan warga SKBH yang
PINTAR SIFIR.

MATLAMAT

Adalah diharapkan program ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang pintar


dalam fakta asas dan sifir, meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran
Matematik seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

OBJEKTIF

1. Mempunyai kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah matematik dengan


cepat dan tepat

2. Mempraktikkan kemahiran-kemahiran melalui latihan-latihan yang disediakan

3. Menjadikan amalan membaca fakta asas sebagai sebahagian daripada hidup

4. Zero defect murid menguasai sepenuhnya fakta asas matematik

SASARAN

Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2

JANGKA MASA

Sepanjang tahun dan berterusan

STRATEGI DAN CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Projek 7.30

1.1 Latihan congak atau fakta asas secara lisan diadakan setiap hari kecuali
Jumaat bermula 7.30 hingga 7.45 pagi

1.2 Murid disusun secara berpasangan ( seorang murid telah menguasai dan
seorang murid kurang menguasai fakta asas matematik ) . Guru bertugas
tentukan fakta asas Matematik yang perlu dibaca.

1.3 Murid yang telah menguasai fakta asas Matematik membaca di hadapan

rakan dan kemudian membantu rakan membaca fakta asas matematik

2. Menguji kecekapan dan kemahiran Fakta Asas Matematik

2.1 Setiap murid dimestikan mempunyai sebuah buku log untuk kegunaan
latihan congak

2.2 Guru Matematik menggunakan 5 hingga 10 minit waktu pengajaran untuk


menguji kecekapan secara lisan atau kemahiran bertulis

2.3 Guru dan murid menyemak bersama-sama. Guru catatkan skor yang
diperolehi oleh murid

2.4 Guru mengumpulkan skor murid, buat analisis dan hantar laporan kepada
Ketua Panitia sebulan sekali,

3. Menghafal Fakta Asas Matematik secara cepat

3.1 Setelah menguasai fakta asas terutama sifir, guru boleh memperkenalkan
cara menguasai sifir secara lebih cepat.
Contoh : SISTEM SENSOR

4.

Membina Kad Sifir dan Carta Sifir

4.1 Guru membina carta sifir di dalam kelas tanpa jawapan dan boleh
menggunakannya sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran

4.2 Membina carta sifir tanpa jawapan di kawasan rehat Tahap 1 oleh
guru-guru Matematik Tahap I dan di wakaf PIBG oleh guru-guru
Tahap II

HALANGAN

1. Sukar menjadikan congak sebagai satu kebiasaan

2. Pertindihan waktu dengan aktiviti lain

3. Murid sampai lewat ke sekolah

4. Murid kerap tidak hadir

PENYELESAIAN

1. Pengurusan masa

2. Adakan ganjaran

3. Pengagihan tugas kepada guru-guru

JADUAL PERLAKSANAAN

1. Membaca fakta Asas


Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bermula 7.30 7.45, murid
membaca sifir dan fakta asas di tempat yang telah ditentukan.

2. Latihan congak secara lisan dan bertulis guru-guru Matematik mengambil


masa 5 10 minit untuk menguji kecekapan secara lisan dan kemahiran
secara bertulis setiap hari.

3. Membina kad sifir dan carta sifir bulan Januari dan Februari semasa mata
pelajaran Matematik 1 kali seminggu

4. Minggu Matematik 1 minggu dalam setahun ikut taqwim sekolah

5. Semakan semasa buku log murid oleh guru-guru Matematik setiap hari

6. Semakan Berkala buku log guru Matematik sebulan sekali oleh Ketua Panitia

SUMBER KEWANGAN

1. Peruntukan sekolah

2. Sumbangan perseorangan

ALATAN

1. Buku log
1.1 murid
1.2 guru
2. Alat tulis
3. Papan `Plywood
4. Cat
5. Berus Cat
6. Manila Kad

PENILAIAN

1. Semakan semasa guru Matematik

2. Semakan Berkala Ketua Panitia

3. Pertandingan Kira Cepat

4. Kuiz Matematik

Anda mungkin juga menyukai