Anda di halaman 1dari 10

Kertas Kerja

Kem Kejuruteraan & Kelestarian Alam Sekitar


2016
Tarikh:
10 12 November 2016
Tempat:
Pulau Mawar, Mersing, Johor
Anjuran:
College of Engineering, Universiti Tenaga
Nasional
Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

1.0

TUJUAN

Tujuan utama kertas kerja ini dilanjutkan kepada pihak College of Engineering
(COE) ialah untuk mendapatkan kelulusan dan sokongan untuk menjayakan
program ini. Program Kem Kejuruteraan & Kelestarian Alam Sekitar ini
diketengahkan sebagai satu strategi dalam meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman serta kesedaran berkaitan ilmu-ilmu yang telah dipelajari di dalam
bidang kejuruteraan dengan menghubungkaitkan ilmu-ilmu tersebut untuk
pengurusan ekosistem alam sekitar dan bahan semulajadi yang lebih bersifat
lestari.
Program yang akan dijalankan dirancang untuk memberi manfaat kepada
peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar UNITEN sendiri dan pelajar UTHM,
Johor. Antara motif utamanya menjelaskan peranan pengurusan sumber
semulajadi untuk kesinambungan kehidupan masa akan datang. Disamping itu
juga,

program

ini

dilaksanakan

bagi

menambah

pemahaman

dalam

mengaplikasi semua ilmu kejuruteraan yang telah dipelajari untuk menjaga dan
membaik pulih atau memulihara keadaan ekosistem dan alam sekeliling dengan
lebih berkesan.
Program ini dilaksanakan melalui penerangan berkenaan peranan yang perlu
dilakukan oleh ahli-ahli kejuruteraan dalam menggunakan kepakaran sedia ada
dan mengaplikasi bidang akademik serta penyelidikan untuk pengurusan alam
sekitar. Peserta akan diselia oleh fasilitator yang mempunyai beberapa modul,
yang akan meliputi bidang berkaitan pengurusan sumber alam secara bersepadu
dan diantaranya adalah ilmu dan kajian berkaitan geofizik, ilmu dan kajian
geologi, ilmu berkaitan kecerunan dan kegagalan cerun, kajian dan penggunaan
alatan berkaitan gempa bumi,

tanah dan lain-lain ilmu yang berkaitan.

Beberapa modul juga telah dirancang untuk disampaikan dengan menekankan


hubungan ekosistem dan alam sekitar di dalam aktiviti berkumpulan. UNITEN
juga

tidak

akan

melepaskan

peluang

untuk

menyampaikan

ilmu

dan

pengetahuan kepada para peserta didalam salah satu slot modul yang telah
dirangka dan berhubung kait dengan keparakan yang sedia ada selain
mendapatkan kepakaran ilmu, pengalaman, dan alatan daripada pihak UTHM.

2.0

NAMA PROGRAM

Kem Kejuruteraan & Kelestarian Alam Sekitar 2016

3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM


Program ini akan dilaksanakan selama 3 hari dan dua malam. Program ini akan dilaksanakan
di Pulau Mawar, Mersing, Johor. Ia merupakan program bersama:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
4.0 OBJEKTIF PROGRAM
Mendapatkan sokongan dari segi kewangan bagi penampung kos perbelanjaan yang
diperlukan untuk menganjurkan program Kem Kejuruteraan & Kelestarian Alam Sekitar
2016.

Membantu mempromosi dan mengetengahkan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)


sebagai sebuah universiti yang sentiasa kekal aktif bukan sahaja di dalam memacu
pembangunan negara, malah menjadikan kelestarian pengurusan sumber alam sekitar
sebagai sesuatu yang penting dan perlu dijaga serta dipelihara sepanjang masa untuk
generasi masa hadapan. Pelaburan untuk menjayakan program ini akan dapat
memberikan impak yang besar kepada UNITEN pada masa hadapan dengan dapat
menarik lebih perhatian orang awam terutamanya di peringkat kebangsaan untuk
mengenal UNITEN sekali gus berminat untuk menyambung pengajian bersama
UNITEN.

Program ini juga dapat mempromosikan Universiti Tenaga Nasional sebagai salah
sebuah institusi pengajian tinggi yang mementingkan pembangunan modal insan yang
menitik beratkan sikap dan sifat yang murni bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga
kepada anggota kerjanya. Selain itu, projek ini juga memperlihatkan bahawa UNITEN
sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar sebagai aset penting negara dan sekali gus dapat menonjolkan nama UNITEN
sebagai universiti yang disegani daripada pelbagai aspek.

5.0 ANJURAN
College of Engineering, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia

6.0 TARIKH DAN MASA


10hb 12hb November 2016 (Khamis hingga Sabtu)
7.0 TEMPAT
Pulau Mawar, Mersing Johor
8.0 SASARAN PESERTA
15 orang pelajar UNITEN (termasuk 2 pensyarah pengiring UNITEN)
60 orang pelajar UTHM (dibawah tanggungan pihak UTHM)
9.0 SENARAI PAKAR DARI PIHAK UTHM
Dr Faizal Tajul Geofizik
Prof Madya Dr Aziman Madun Geologi
En Hazreek Zainal Abidin - Geoteknik

10.0 TENTATIF PROGRAM


KEM KEJURUTERAAN & KELESTARIAN ALAM SEKITAR 2015

HARI 1 KHAMIS, 10 NOVEMBER 2016


MASA

AKTIVITI

07:30 8:00 Berkumpul di College Of Engineering, UNITEN


8:00 - 14:30

Bertolak ke Pulau Mawar, Mersing Johor

- Minuman dan sarapan disediakan di dalam bas.


14:30
15:30

Tiba di Pulau Mawar, Mersing


- Pendaftaran & check-in/solat zohor/makan tengahari

15:30 16:20

Rehat/urusan diri

16:20 17:30

Solat asar/minum petang

17:30 18:00

Taklimat program
Taklimat dari pihak penginapan

18:00
18:50

Aktiviti beriadah

19:15
19:45

Solat maghrib berjemaah

19:45
20:30

Makan malam
Ice breaking dan pembahagian Kumpulan
Aktiviti berkumpulan 1
- Jurutera & alam semulajadi

20.30
23:00

Perlaksanaan Modul 1
- Introduction to Geophysical Method
- Introduction to resistivity imaging
- Introduction to Seismic Refraction Survey method

23:00

Minum Malam dan Refleksi Diri

HARI 2 JUMAAT, 11 NOVEMBER 2016


MASA
06:00 -

AKTIVITI
Solat subuh berjemaah

06:30
07:00
08:30

Sarapan pagi dan refleksi diri


Perlaksanaan Modul 2
- Demonstration of Electrical Resistivity Imaging and Seismic
Refraction Survey Method
Perlaksanaan Modul 3

08:30
12:30

- Discontinuity Survey (Joint Survey)


- Rock Slope Engineering (Failure & Safety Factor: Wedge
Failure)
- Rock Identification (Sedimentary & Igneous Rock)
- Weathering (Classification And Profiling)
- Geological Structure (Discontinuity)

12:30 15:00

Solat Jumaat/solat zohor/makan tengahari


Aktiviti berkumpulan 2 & Modul 3
- Melawat tempat berbukit di sekitar Pulau Mawar bagi:
- Discontinuity Survey (Joint Survey)

15:30
18:30

- Rock Slope Engineering (Failure & Safety Factor: Wedge


Failure)
- Rock Identification (Sedimentary Rock)
- Weathering (Classification And Profiling)
- Geological Structure (Discontinuity)

18:30
19:15

Pulang ke Chalet/persiapan diri/makan malam

19:20 20:00

Solat maghrib berjemaah

20:00
23:30

Aktiviti berkumpulan 3
- Membuat persiapan laporan berkumpulan

- Pembentangan dari setiap kumpulan


- Kuiz
23:30

Minum Malam dan Refleksi Diri

HARI 3 SABTU, 12 NOVEMBER 2016


MASA

AKTIVITI

06:00 06:30

Solat subuh berjemaah

06:30
07:30

Persiapan diri

07:30
08:15

Sarapan pagi
Aktiviti berkumpulan 4

08:15
12:30

- Mind Game for Engineers


- Penyediaan bahan laporan kumpulan

12:30
14:30

Bergerak pulang ke Chalet/makan tengahari/bersiap diri


untuk pulang

14:30

Bertolak pulang ke UNITEN

11.0

RANCANGAN KEMUDAHAN YANG DIPOHON


Sebuah bas bagi tujuan pengangkutan pelajar daripada UNITEN ke lokasi
penginapan dan bagi tujuan aktiviti

12.0

PERANCANGAN BELANJAWAN

BIL

PERKARA

1.0

Pengangkutan
Mini
bas
UNITEN)

2.0

KUANTITI

(Pelajar

4.0

hari,

2
-

15 orang (RM
180/pelajar) & 2
pensyarah pengiring

3060

Makanan & minuman


1 kali minuman dan
sarapan
(semasa
perjalanan dari UNITEN
ke Mersing)

15 orang (RM
10/pelajar)

150

Air mineral untuk 3 hari

15 orang untuk 3 hari

150

15 orang pelajar

150

Barang-barang
keperluan bagi
aktiviti berkumpulan
Alatan tulis bagi 3 hari
JUMLAH

13.0

(3

Penginapan
Chalet Pulau Mawar,
Mersing Johor &
makanan/minuman

3.0

1 Unit
malam)

RM

RM 6510

JUMLAH BANTUAN YANG DIPOHON DARI PIHAK COE


RM 6, 510.00 (RINGGIT MALAYSIA : ENAM RIBU LIMA RATUS DAN
SEPULUH SAHAJA)

14.0

STRUKTUR ORGANISASI
PENAUNG
(Prof Madya Dr. Izham Zainal Abidin)

PENASIHAT
(Ir.Zakaria Che Muda)

PENGARAH PROGRAM
(Dr Mohd Hafiz Zawawi)

TIMBALAN PENGARAH PROGRAM


(Mr. Mohd Zakwan Ramli)

BIRO MAKANAN/MINUMAN
Nur Fareha binti Abdul Ghafar
[Pelajar]

BIRO AKTIVITI
Azyan Afiqah binti Abdul Ghafar
[Pelajar]

BIRO IT & TEKNIKAL


Hana Alisa binti Zulkifli
[Pelajar]

BIRO PENGANGKUTAN/PENGINAPAN
Putri Nur Iman binti Khairuddin
[Pelajar]

15.0

PENUTUP
Diharapkan agar program ini mendapat sokongan daripada semua pihak,
terutamanya daripada pihak Universiti sendiri kerana program ini banyak
memberikan manfaat dan kelebihan kepada semua pihak. Aktiviti ini juga secara
lansungnya dapat mempromosikan Universiti Tenaga Nasional terutamanya
College of Engineering kepada umum dan menyediakan hubungan yang erat
berkaitan akademik dan penyelidikan bersama UTHM.
Selain daripada itu, dengan sokongan, dorongan dan sumbangan yang diberikan
dari pihak Universiti sendiri, diharap dapat menjayakan program ini dan dapat
mencapai objektif program ini.

Disediakan oleh:

MOHD ZAKWAN BIN RAMLI

Disokong oleh:

Timbalan Pengarah Program


(Kem Kejuruteraan & Kelestarian
Alam Sekitar 2016)
Universiti Tenaga Nasional

DR. MOHD HAFIZ ZAWAWI


Pengarah Program
(Kem Kejuruteraan &
Kelestarian Alam Sekitar
2016)
Universiti Tenaga Nasional

Anda mungkin juga menyukai