Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan Sistem Ekonomi Malaysia


Seperti yang dijelaskan oleh Pawe Boyk (2006), ilmu ekonomi bermaksud satu bidang
ilmu pengetahuan

yang mana mengkaji cara cara untuk menggunakan sumber

sumber ekonomi yang terbaik untuk memenuhi kepuasan manusia yang tidak terhad.
Sumber sumber ekonomi yang dimaksudkan ialah tanah, buruh, modal dan usahawan.
Manakala, Heng Siew Ngu, M.d Zyady Md. Tahir. (2009) menafsirkan bahawa sistem
ekonomi merupakan suatu sistem pengurusan ke atas sumber sumber ekonomi sesebuah
negara.
Secara lazimnya, terdapat empat jenis sistem ekonomi di dunia ini iaitu sistem ekonomi
kapitalis (pasaran bebas), sistem ekonomi sosialis (perancangan pusat), sistem ekonomi
campuran dan sistem ekonomi Islam. Untuk negara Malaysia, kita telah mengamalkan
sistem

ekonomi

campuran.

Menurut

penerangan

yang

diberikan

oleh

Normala Ismail (2009), sistem ekonomi pasaran campuran merupakan suatu sistem
ekonomi yang aman melibatkan campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi
bersama sama sektor swasta. Sesungguhnya, beliau berpendapat bahawa sistem
ekonomi ini adalah diamalkan sebagai langkah untuk mengatasi masalah atau kelemahan
yang wujud dalam kedua dua sistem ekonomi pasaran bebas dan juga sistem ekonomi
perancangan pusat.
Di antara ciri ciri sesebuah sistem ekonomi pasaran campuran ialah proses pembuatan
keputusan seperti apa yang dikeluarkan, bagaimanakah ia dikeluarkan, berapa yang
hendak dikeluarkan dan untuk siapa dikeluarkan akan dilakukan bersama sama di
antara sektor swasta dengan sektor awam ini. Selain daripada itu, semua sumber ekonomi
akan dimiliki bersama di antara pihak swasta dan kerajaan. Walaubagaimanapun,
kerajaan akan mengambil alih sesuatu sumber ekonomi demi kepentingan masyarakat.
Akhirnya, firma firma dalam sistem ekonomi bercampur ini bebas untuk bersaing di
antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, kerajaan akan memainkan peranan sebagai
pemantau dan memastikan segala persaingan yang dilakukan dalam pasaran ini adalah
sihat.

2.0 Penilaian Sistem Ekonomi Malaysia


Sesungguh sistem ekonomi campuran yang mana diamalkan di Malaysia merupakan
suatu sistem ekonomi yang baik dan rasional diamalkan dalam negara ini. Ini adalah
kerana beberapa faktor yang menyebabkan sistem ekonomi campuran ini sesuai untuk
dijalankan di Malaysia.
Pertamanya, sistem ekonomi campuran ini dapat memastikan harga yang ditawarkan oleh
perniaga (pihak swasta) adalah berpatutan dan tidak terlalu tinggi. Ini adalah kerana
walaupun harga dalam pasaran adalah ditentukan melalui mekasnime harga, namun
kerajaan masih akan campur tangan untuk menentukan harga maksimum dan harga
minimum terutamanya untuk barang keperluan seperti beras, gula dan garam. Contohnya,
sekiranya kerajaan berpendapat bahawa harga pasaran yang sedia ada terlalu tinggi, maka
dasar harga maksimum akan diaplikasikan untuk menekankan harga tersebut. Sebaliknya,
kerajaan akan mengimplementasikan dasar harga minimum sekiranya harga pasaran
adalah terlalu rendah. Dengan itu, ia adalah berkesan untuk menstabilkan harga pasaran
di Malaysia.
Selain daripada itu, ciri ciri sistem ekonomi campuran di mana kerajaan dan sektor
swasta membuat keputusan bersama adalah sangat penting untuk memastikan kebajikan
rakyat tidak akan terabai. Sesugguhnya, keputusan ekonomi yang dilakukan oleh pihak
swasta adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan keputusan eknomi yang dilakukan
oleh kerajaan pula adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan rakyat. Maka,
sistem ekonomi campuran di Malaysia adalah cemerlang dari segi menjaga kebajikan
masyarakat tempatan.
Pada masa yang sama, sistem ekonomi campuran yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia
merupakan suatu sistem ekonomi yang baik dan berkesan untuk memastikan pengagihan
pendapatan negara lebih seimbang dan adil di kalangan rakyat dalam negara ini.
Sesungguhnya, kerajaan Malaysia akan bercampur tangan bagi menjaminkan pengagihan
pendapatan yang seimbang di kalangan ahli masyarakat dengan mengenakan cukai yang

lebih tinggi ke atas golongan penduduka yang berpendapatan tinggi dan juga memberikan
subsidi dan bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Dalam Malaysia,
kerajaan juga menggunakan alat pemantap automatik seperti cukai progresif untuk
memastikan pengagihan pendapatan yang lebih adil dan saksama. Oleh itu, sistem
ekonomi campuran di Malaysia adalah berprestasi cemerlang dalam usaha untuk
mempertingkatkan kesaksamaa dan keserataan pengagihan pendapatan negara.
Akhirnya, campur tangan kerajaan Malaysia di dalam sistem ekonomi juga termasuklah
mengawal eksternati negatif yang berlaku di dalam negara ini. Untuk polisi perdagangan
Malaysia, semua syarikat dalam Malaysia adalah di bawah pemantauan Kementerian
Persekitaran dan Alam Sekitar yang mana kementerian ini akan memastikan kilang
kilang pengeluran tidak lalai akan tanggungjawab mereka dalam proses pengeluaran
barangan dan perkhidmatan dalam negara ini. Mereka yang didapati tidak mematuhi
undang undang ini akan didenda dan mungkin akan dibatalkan lisen perniagaan mereka
serta menghalang mereka daripada beroperasi lagi. Semua ini adalah untuk memastikan
kebajikan masyarakat tempatan adalah terjamin dan tidak terjejas kerana aktiviti
pengeluaran dan perniagaan yang dilakukan oleh sektor swasta ini.

3.0 Rasional Campur Tangan Kerajaan dalam Sistem Ekonomi Malaysia


Menurut penjelasan daripada Heng Siew Ngu, M.d Zyady Md. Tahir. (2009), terdapat
beberapa sebab dan alasan yang mana menyebabkan kerajaan mestilah bercampur tangan
ke dalam sistem ekonomi Malaysia. Alasan alasan yang dimaksudkan akan dijelaskan
dengan terperinci dalam bahagian kertas ini.
(A) Menwujudkan Kestabilan Tingkat Harga Umum
Seperti yang disedia maklum kestabilan tingkat harga umum merupakan salah satu
matlamat makroeknomi untuk mana mana negara termasuklah Malaysia. Ini adalah
kerana kestabilan tingkat harga umum merupakan antara faktor yang penting dan kritikal
untuk mengalakkan lebih banyak pelabur asing untuk melakukan pelaburan di Malaysia.
Oleh itu, kerajaan Malaysia akan bercampur tangan seperti mengaplikasikan dasar harga
maksimum dan dasar harga minimum untuk mengawal tingkat harga sesuatu supaya tidak
terlalu rendah ataupun terlalu tinggi. Apabila harga untuk barang yang dikeluarkan dalam
pasaran dapat distabilan, maka tingkat harga umum seluruh negara juga dapat distabilkan
dengan baik. Ia akan secara langsung menyakinkan para pelabur asing untuk melakukan
pelaburan di Malaysia. Peningkatkan pelaburan yang pesat telah membawa pelbagai
kebaikan kepada ekonomi negara. Antaranya ialah dapat mempelbagai aktiviti ekonomi
negara, menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi yang pesat,
penawaran barangan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan juga mempertingkatkan
hasil kerajaan melalui kutipan cukai pendapatan syarikat dan cukai eksport. Semua ini
telah memberikan alasan yang cukup baik untuk kerajaan Malaysia bercampur tangan
dalam mengawal kestabilan harga barang dalam negara ini.

(B) Menghapuskan Eksternaliti Negatif


Sesungguhnya, masalah eksternaliti negatif merupakan salah satu masalah besar di
negara negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Seperti yang diterangkan
oleh Lai Mooi Chang (2005), eksternaliti negatif merupakan suatu kesan buruk yang
terpaksa dialami atau ditanggung oleh masyarakat setempat akibat daripada pengeluaran
yang dikeluarkan secara besar besaran oleh sektor swasta. Antara contoh eksternaliti
negatif yang dimaksudkan ialah pencemaran udara, air, bunyi dan kesesakan lalu lintas.
Semua ini akan menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat tempatan dan ia merupakan
suatu ancaman kepada kebajikan masyarakat di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Heng Siew Ngu, M.d Zyady Md. Tahir. (2009) telah menjelaskan
bahawa kerajaan Malaysia perlulah bercampur tangan dan memastikan semua firma
firma swasta adalah mematuhi arahan dan undang undang yang ditetapkan dalam
proses penawaran barangan dan perkhidmatan. Contohnya, semua kilang mestilah
mempunyai suatu pelan perawatan air yang dikeluarkan dalam pemprosesan barang
sebelum air tersebut disalur keluar ke sungai. Pada masa yang sama, semua kilang juga
mestilah melakukan penapisan asap sebelum asap daripada pengeluaran barang
dilepaskan ke udara. Kilang kilang yang gagal berbuat demikian akan diarahkan
menghentikan operasi pengeluaran dan lisen mereka akan digantung serta merta. Semua
ini adalah untuk memastikan kualiti hidup penduduk di persekitaran tidak akan terjejas
akibat pengeluaran yang dilakukan oleh kilang kilang ini.

(C) Pengagihan Pendapatan yang Adil


Menurut penjelasan daripada Ishak Shaari (1992), Salah satu agenda ekonomi yang
penting untuk sesebuah negara ialah pengagihan pendapatan yang adil di antara rakyat
rakyat dalam negara tersebut. Pengagihan pendapatan yang adil di kalangan rakyat
begitu penting sekali terutamanya dalam usaha untuk menwujudkan sebuah masyarakat
yang harmoni dan aman. Seperti yang disedia maklum, masyarakat Malaysia merupakan
sebuah masyarakat yang majmuk iaitu terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan bangsa
yang hidup bersama. Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang paling penting
untuk negara Malaysia. Sesungguhnya, jurang pendapatan yang wujud di antara pelbagai
jenis kaum dan bangsa di Malaysia merupakan faktor yang paling penting dalam
menjejaskan semangat perpaduan di antara rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu,
kerajaan Malaysia mestilah menghapuskan jurang pendapatan yang wujud di antara
pelbagai kaum melalui campur tangan ke dalam sistem ekonomi ini. Antara jenis campur
tangan yang dilakukan termasuklah mengenakan cukai pendapatan yang tinggi untuk
golongan pendapatan tinggi dan memberikan bantuan serta subsidi untuk golongan yang
miskin. Pada masa yang sama, kerajaan untuk memberikan perlindungan ekonomi di
bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada golongan bumiputra yang miskin dan
ketinggalan dalam sektor ekonomi negara ini. Semua ini adalah bertujuan untuk
merapatkan jurang pendapatan di antara setiap kaum di Malaysia.

(D) Mencapai Tahap Guna Tenaga Penuh


Seperti yang disedia maklum, mencapai tahap guna tenaga penuh merupakan salah satu
matlamat makroekonomi bagi semua negara di dunia ini. Menurut penjelasan daripada
Ishak Shaari (1992), tahap guna tenaga penuh bolehlah ditakrifkan sebagai suatu keadaan
atau tahap di mana semua sumber ekonomi seperti tanah, buruh, modal dan usahawan
telah digunakan dengan baik untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan yang
maksimum. Dalam perkataan lain, tiada pengangguran yang akan wujud dalam keadan
tahap guna penuh ini. Untuk mencapai matlamat ini, peruntukan sumber ekonomi adalah
sangat penting. Sesungguhnya, pihak swasta akan menggunakan sumber ekonomi untuk
mengeluarkan barangan yang lebih menguntungkan seperti barang mewah tetapi mereka
tidak akan mengeluarkan barang untuk tujuan kebajikan masyarakat seperti perkhidmatan
tandas awam percuma dan lain lain. Maka, kerajaan terpaksa bercampur tangan dan
mengeluarkan barang yang dapat mempertingkatkan kebajikan masyarakat ini.
Pada masa yang sama, Heng Siew Ngu, M.d Zyady Md. Tahir. (2009) juga berpendapat
bahawa pihak swasta juga akan menggunakan cara pengeluaran yang mana dapat
menjimatkan kos pengeluaran mereka. Oleh itu, kebanyakan masa mereka akan memilih
cara pengeluaran yang berorientasikan modal. Maka, ia akan mewujudkan pengangguran
di dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu, kerajaan akan menggunakan cara pengeluaran
yang berorientasikan buruh di mana memberikan banyak peluang pekerjaan kepada
rakyat di sektor awam supaya meminimumkan masalah pengangguran yang wujud di
negara Malaysia.

4.0

Rasional Peruntukan Sumber dalam Sistem Ekonomi Malaysia

Sesungguhnya, peruntukan sumber yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam sistem
ekonomi mempunyai pelbagai alasan dan sebabnya. Seperti yang disedia maklum, salah
satu tujuan dan matlamat kerajaan dalam sistem ekonomi ialah pengagihan pendapatan
secara adil dan serata. Oleh yang demikian, kerajaan akan bercampur tangan untuk
memastikan semu sumber ekonomi yang ada dalam negara Malaysia dapat dibahagikan
dengan sama rata di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum
yang berlainan. Ini adalah sangat penting kerana jurang pendapatan merupakan sesuatu
ancaman yang sangat kritikal terhadap perpaduan di antara rakyat daripada pelbagai
bangsa dan kaum. Contohnya, kerajaan akan melaksanakan dasar ekonomi baru (DEB)
untuk membantu dan memberikan bantuan untuk golongan bumiputra dan Melayu yang
miskin. Ini secara langsung akan merapatkan jurang pendapatan dan ekonomi mereka
dengan bangsa bangsa yang lain.
Pada masa yang sama, firma firma di sektor swasta akan memperuntukan sumber
ekonomi kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka.
Contohnya, barang mewah dan barang ekonomi. Mereka tidak sanggup untuk
menggunakan sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang untuk mempertingkatkan
kebajikan masyarakat. Contohnya barang awam. Oleh itu, kerajaan perlulah bercampur
tangan dalam pengagihan sumber ekonomi ini di mana kerajaan sendiri akan
mengeluarkan barang awam seperti sistem jalan raya dan sebagainya.Selain itu, kerajaan
juga akan mengetatkan undang undang di mana semua firma mestilah memperuntukkan
sumber ekonomi bukan hanya semata mata untuk mengeluarkan barang mewah sahaja.
Conothnya, semua syarikat pembinaan adalah diwajibkan sekurang kurangnya
menggunakan 20% daripada tanah yang ada untuk membina rumah kos rendah dan kos
sederhana dan bukannya semua digunakan untuk membina rumah dua tingkat yang
bernilai RM300,0000 ke atas. Ia adalah untuk memastikan golongan yang miskin masih
mempunyai peluang untuk membeli dan memiliki rumah sendiri.

Selain daripada itu, campuran tangan kerajaan ke atas peruntukan sumber ekonomi juga
bertujuan untuk memastikan sumber ekonomi ini tidak dimonopolikan oleh segelintir
orang atau pihak yang berkenaan. Ini adalah kerana kuasa monopoli mereka terhadap
sumber ekonomi ini akan menyebabkan harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan
sumber ekonomi ini menjadi semakin tinggi dan ia secara langsung akan meningkatkan
kos pengeluaran. Akhirnya, pihak pengeluar akan memindahkan beban kos ini kepada
pengguna dengan meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
mereka. Oleh itu, mangsa yang paling utama adalah orang umum atau masyarakat dalam
Malaysia. Maka, campuran tangan yang sesuai untuk mengagihkan sumber ekonomi
dengan serata adalah sangat penting untuk memastikan firma yang besar tidak
memonopolikan sumber ekonomi ini dan mengeksploitasikan pengguna.

Akhirnya, pihak kerajaan akan memonopolikan sumber sumber ekonomi yang mana
difikirkan penting untuk pembangunan sesebuah negara. Contohnya, sumber minyak dan
gas semulajadi yang dikeluarkan di negeri Terengganu dan juga Sarawak. Ini adalah
kerana sumber ekonomi ini adalah sangat penting kebajikan masyarakat seperti gas
semulajadi digunakan untuk diproses dan dijadikan sebagai gas dapur dan minyak
digunakan sebagai minyak kereta dan sebagainya. Sekiranya, ia dikuasai oleh pihak
swasta,

orang

ramai

terpaksa

menanggung

kos

yang

sangat

tinggi

untuk

menggunakannya. Maka, kebajikan masyarakat akan terancam secara langsung.


Sehubungan dengan itu, kerajaan mestilah bercampur tangan dan memonopolikan sumber
ekonomi tersebut untuk kesejahteraan masyarakat Malaysia.

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, sistem ekonomi campuran mempunyai pelbagai kebaikan yang
mana tidak dimilik oleh kedua dua sistem ekonomi yang lain iaitu sistem ekonomi
kapitalis dan sistem ekonomi perancangan pusat. Ini adalah kerana campur tangan
kerajaan dalam aktiviti ekonomi ini dapat memastikan kebajikan rakyat dan masyarakat
terjamin di samping tidak menganggu perkembangan dalam industri swasta.
Sesungguhnya, kerajaan akan memainkan peranan sebagai pemerhati dan pemantau
dalam sistem ekonomi campuran dalam memastikan firma firma swasta tidak
melakukan sesuatu yang mana akan menjejaskan kebajikan masyarakat tersebut. Antara
tujuan utama campuran tangan kerajaan dalam sistem ekonomi ini ialah menstabilkan
tingkat harga umum, mencapai tahap guna tenaga penuh, menghapuskan eksternaliti
negatif dan juga pengagihan pendapatan yang lebih adil dan serata. Pada masa yang
sama, campur tangan kerajaan dalam pengagihan sumber adalah sangat penting untuk
memastikan sumber ekonomi yang ada dalam sesebuah negara adalah digunakan dengan
sebaik yang mungkin di mana tidak dimonopolikan oleh mana mana pihak terutamanya
sumber ekonomi yang penting kepada pembangunan negara seperti minyak dan gas
semulajadi. Oleh itu, kerajaan telah memonopolikan sumber ekonomi yang dimaksudkan
ini dan menawarkan dengan bilangan yang banyak supaya semua rakyat di Malaysia
dapat menikmati barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan harga
yang murah. Dengan itu, kebajikan masyarakat Malaysia akan terjamin.

6.0 Rujukan
Pawe Boyk (2006). bab: Newly Industrialized Countries, Globalization and the
Transformation of Foreign Economic Policy, 164, Ashgate Publishing, Ltd. ISBN 0-75464638-6
Heng Siew Ngu, M.d Zyady Md. Tahir. (2009). Longman Teks Pra Universiti STPM
Matrikulasi: mikroekonomi . Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Ishak Shaari (1992).Ekonomi STPM : ekonomi Malaysia. Penerbit Fajar BaktiSdn Bhd,
Kuala Lumpur.3.
Just Faaland (2005).Dasar Ekonomi Baru : Pertumbuhan negara dan pencapaian ekonomi
orang Melayu. Utusan Publications & Distrubutors, Kuala Lumpur.
Lai Mooi Chang (2005). Pra-U Makroekonomi . Pearson Malaysia Sdn Bhd, Kuala
Lumpur.
Muhammad Shabri A. Majid. (2002). Krisis Ekonomi dari Perspektif Islam. Dewan
Ekonomi. Mac. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
State Muftis Office. (2000). The State Muftis Fatwa on Monetary Issues 19621999,
Negara Brunei Darussalam: Prime Minesters Office.
Hussin Salamon, A. Basit et. al. (2006). Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak
Sebagai Mekanisme Dalam Sistem Kewangan Malaysia. Hasil Penyelidikan. Pusat
Penyelidikan UTM. Skudai: UTM
Normala Ismail (2009). HBSS2203
Malaysia, Kuala Lumpur

Perkembangan Ekonomi Asas. Open

Universiti

Sukirno Sadono. (2002). Pengantar Teori Mikro Ekonomi Edisi Ke-3, Rajawali Press,
Jakarta, 2002 Dominick Salvatore, Micro Economic Theory
Vadillo, Umar Ibrahim. (1996). The Return of the Gold Dinar; The Study of Money in
Islamic Law. South Africa: Madinah Press.
Viability of the Islamic Dinar (2002). Proceedings of the 2002 International Conference
on Stable and Just Global Monetary System. Gombak: Research Center of The
International Islamic University Malaysia.

Zuhaimy Ismail. (2003). Kembalinya Dinar Emas dan Dirham Perak: Matawang Umat
Islam. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Press.