Anda di halaman 1dari 26

HBHE3203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2014

HBHE3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NAMA

ZULIANA BTE MOHAMED KARIM

NO. MATRIKULASI

790817065546001

NO. KAD PENGNEALAN

790817-06-5546

NO. TELEFON

0137080068

E-MEL

zuliana268@yahoo.com

TUTOR

EN. SHAIPOL BAHARY B. SULAIMAN

PUSAT PEMBELAJARAN

BATU PAHAT LEARNING CENTRE

HBHE3203

ISI KANDUNGAN
Perkara

Muka surat

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

2-4

2.0

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

5-8

3.0

LANGKAH-LANGKAH DAN TINDAKAN KERAJAAN

9 - 11

4.0

PENUTUP

12 - 13

5.0

EMPAT JENIS PENYAKIT AKIBAT PENCEMARAN AIR

14 - 23

6.0

RUJUKAN

24

1.0

PENGENALAN
1

HBHE3203

Terdapat pelbagai-bagai jenis pencemaran yang berlaku di muka bumi


ini. Pencemaran ialah keadaan di mana terdapat pembuangan bendabenda

atau

persekitaran

bahan-bahan

hasil

menyebabkan

dari

aktiviti

terganggunya

manusia

ke

keselesaan

alam
atau

kemandirian kehidupan di muka bumi ini. Antara salah satu jenis


pencemaran ialah pencemaran air. Pencemaran air terjadi apabila
terdapat perubahan yang berlaku pada kandungan air dari segi
kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan
memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini
berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran
boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal.
Oleh itu, pencemaran air boleh berlaku di tempat seperti tasik, sungai,
laut dan sebagainya.
Tidak dinafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan sumber air
dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan
mereka menjalankan aktiviti harian. Bagaimanapun, proses globali sasi
yang membaw a kepada kemajuan negara menyebabkan masalah pencemaran alam
sekitar kian berleluasa. Masalah itu juga mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem
sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak
pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin
berkurangan.

Gambar 1 : Contoh sungai yang tercemar


2

HBHE3203

Pencemaran air mengakibatkan terjadinya krisis air bersih. Di samping


kekurangan dan kesedaran sivik di antara masyarakat serta sektor perindustrian,
kelemahan dalam pemantauan oleh pihak berkenaan serta kekurangan dalam pemantapan
sistem pelaksanaan undang-undang yang termaktub menyebabkan masalah pencemaran
air menjadi masalah kronik yang makin lama makin parah.
Di Sabah, menurut Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2004
menunjukkan bahawa Sungai Likas adalah antara sungai yang sangat tercemar di Sabah.
Terdapat juga dua sungai yang turut mengalami masalah pencemaran yang agak teruk
iaitu Sungai Menggaris di Kota Kinabalu dan Sungai Pang Burong 1 dan 2 di Tawau.
(Jabatan Penerangan Malaysia, 2006).
Pada tahun 2010 pula, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mendapati
bahawa sebanyak 40 batang sungai di dalam Malaysia ini dikategorikan sebagai tercemar
dan hampir mati. Antara sungai yang didapati mengalami keadaan tersebut ialah sungai
yang berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor. (Utusan
Malaysia, 19 Julai 2010).

HBHE3203

Manakala pada 8 Disember 2010, terdapat beberapa keratan akhbar tempatan


yang telah melaporkan tentang keadaan air di Tasik Kenyir yang telah tercemar akibat
bakteria E-coli. Ia dikatakan sebagai suatu tahap yang membimbangkan. Ini adalah
kerana terdapatnya pembuangan sisa kumbahan dan air buangan oleh pengusaha bot di
kawasan tasik itu. Sampel air di sekitar kawasan tasik itu telah di ambil dan di dapati
tahap pencemaran E-coli adalah di antara 2 hingga 920 MPN/100ml. Tahap kebersihan
air ini membuktikan bahawa ianya jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sumber air
mentah berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu
5,000MPN/100ml. Kajian ini mendapati bahawa keadaan air di Tasik Kenyir ini masih
berada pada tahap air mentah lagi. (Hj. Mohd. Ismail, 2010).
Sekarang ini, perkara yang paling membimbangkan adalah didapati kebanyakkan
sungai yang terdapat di Selangor telah tercemar. Menurut Ketua Unit Permodelan
Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) Universiti
Putra Malaysia, Dr Hafizan Juahir menyatakan bahwa bahagian air bersih sungai semakin
pendek akibat daripada aktiviti guna tanah yang tinggi terutamanya di kawasan
perumahan. ( Berita Harian, 2012)

Gambar 2 : Sungai-sungai yang terdapat di Malaysia


4

HBHE3203

2.0

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

2.1

Pembuangan Sampah Sarap


Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari
kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan
tidak

bertanggungjawab

penduduk terutama

penghuni perumahan

setinggan yang membuang sampah sarap telah menyebabkan pencemaran


air yang serius. Sampah sarap dan bahan kumbahan dari kawasan
perbandaran telah menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini
menyebabkan air tercemar dan tidak selamat digunakan.

Gambar 3 : Pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal


5

HBHE3203

2.2

Pembuangan Sisa Toksid Dan Sisa Kilang


Antara punca utama pencemaran air sungai ialah pembuangan sisa toksid
dari kilang. Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang
memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada
pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan
dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam
sungai. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai menyumbang ke arah
pencemaran air. Sikap yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan
keuntungan telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam
sekitar. Pengusaha kilang berusaha untuk menjimatkan kos dengan
mengambil jalan mudah iaitu membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai.
Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.
Bahan-bahan kimia yang dibuang itu akan membunuh hidupan akuatik
seperti ikan dan tumbuhan laut. Secara tidak langsung, sumber-sumber
protein semakin berkurangan.

Gambar 4 : Pembuangan sisa toksid dari kilang

HBHE3203

2.3

Pembuangan Sisa Domestik


Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan
setinggan sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan
tandas tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan
najis

juga

menyumbang

kepada

pencemaran

air

sungai.

Gambar 5 : Pembuangan Sisa Domestik ke sungai


2.4

Tumpahan Minyak
Pembersihan kapal perikanan yang membuang minyak diesel ke sungai
juga telah menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk
dibuang ke dalam sungai. Ini juga menyebabkan pencemaran air.
Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan kawasan pelantar minyak
di perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga menyebabkan
pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga turut terancam.

Gambar 6 : Tumpahan minyak diesel ke sungai


7

HBHE3203

2.5

Aktiviti Pembinaan / Penebangan Pokok


Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga
menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki
sungai terutamanya ketika hujan lebat. Ini telah menyebabkan sungai
tercemar dengan lumpur dan menjadi cetek.
Penebangan pokok-pokok di hutan untuk tujuan komersial juga
menyumbangkan pencemaran air. Pokok-pokok ditebang untuk membuka
penempatan baru untuk kediaman manusia dan mendirikan kilang.
Akibatnya, penerokaan tersebut menyebabkan hakisan tanah dan
seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi
mendapan. Mendapan ini boleh mencetakkan lagi paras air sungai dan
seterusnya menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Gambar 7 : Aktiviti penebangan pokok untuk pembinaan dan perindustrian

HBHE3203

Jadual 1 : Sumber dari DR MOHD HASNI HJ JAAFAR


UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN JKM, PPUKM
MALAYSIA

3.0

LANGKAH-LANGKAH DAN TINDAKAN KERAJAAN


Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih

teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat
dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak
dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki
takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan
usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air
(Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang
supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan
9

HBHE3203

perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas
supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke
dalam sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan
sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang
menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu
diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat
pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
c) Pemasangan perangkap sampah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu
supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit
utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan
penyelenggaraan.
d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan
tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau
2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan
sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa'
perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap
individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.

10

HBHE3203

Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak
mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang
terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi
harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali
siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.

11

HBHE3203

4.0

PENUTUP
Sungai menjadi tempat yang sesuai untuk di bina empangan hidroelektrik yang
membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk di Malaysia. Tenaga elektrik yang
dihasilkan oleh stesen jana kuasa ini merupakan antara penyumbang utama tenaga
elektrik di Malaysia. Tanpa sungai yang menjadi tempat untuk pembinaan stesen
jana kuasa elektrik ini, berkemungkinan ada kebanyakan tempat di negara kita
tidak mendapat bekalan elektrik.
Oleh itu, kita haruslah menjaga kebersihan sungai untuk kepentingan
bersama. selain itu sungai juga menjadi jalan perhubungan utama suntuk
menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Contohnya
kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak masih menggunakan sungai sebagai
salah satu cara untuk keluar dari pedalaman ke bandar-bandar utama. Di Pahang
juga contohnya di Ulu Tembeling memerlukan penduduk di sana menaiki bot
selama beberapa jam sebelum sampai ke jeti di Jerantut. selain itu sungai juga
memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai dengan
melakukan aktiviti menangkap hasil sungai seperti ikan dan udang.

Gambar 8 : Aktiviti memancing di sungai

12

HBHE3203

Kita mengakui pencemaran sebegini akan terus menjejaskan kualiti


kehidupan penduduk. Kesedaran rakyat mengenai alam sekitar dan mengambil
langkah memeliharanya sangat rendah iaitu hanya kira-kira 30%. Masalah kurang
prihatin di kalangan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar sering menjadi
punca berlakunya pencemaran air.
Kajian JPS mengenai keberkesanan kempen Cintailah Sungai Kita yang
dilancarkan pada tahun 1993 menunjukkan taraf kesedaran sivik masyarakat
masih rendah terhadap kepentingan menjaga sungai. Ini terbukti apabila kajian
menunjukkan 4.6% penduduk bandar dan 4% penduduk luar bandar (daripada
8,700 yang disoaljawab) memberitahu bahawa sungai adalah tempat yang sesuai
bagi membuang sisa dan kumbahan. Sebagai contoh, hampir setiap tahun
sejumlah 27,300 tan metrik sampah sarap dikutip di perangkap sampah Sungai
Klang dan jumlah ini bersamaan dengan beban sejumlah 5,000 buah lori sampah.
Pembangunan terlalu pesat yang tidak diimbangi dengan keperihatinan
pemuliharaan alam sekitar, akhirnya akan mengorbankan masa depan generasi
kita sendiri.

13

HBHE3203

5.0

EMPAT JENIS PENYAKIT AKIBAT PENCEMARAN AIR

Beberapa penyakit yang berkaitan dengan air yang tercemar oleh mikroorganisma parasit
telah dikenal pasti sejak lama. Pencemaran air oleh air limbah ataupun kotoran (tinja)
manusia yang mengandung mikroorganisme yang dapat menimbulkan penyakit, seperti
virus, bakteria patogen dan sebagainya dapat menyebabkan wabak atau ledakan jumlah
penghidap penyakit tersebut di suatu kawasan dalam waktu yang sangat singkat.
Beberapa ciri khusus penyebaran penyakit-penyakit tersebut antara lain yakni
proses penyebaran pada umumnya melalui mulut, terjadi di kawasan yang airnya
tercemar, penyakit pada umumnya tertumpu pada suatu kawasan secara sementara,
penghidapnya tidak terbatas pada usia, ataupun jenis kelamin tertentu. Meskipun sulit
untuk mengenal pasti bakteria patogen di dalam air, tetapi dapat diterjemahkan melalui
pemeriksaan bakteria E.coli yang disebabkan oleh pencemaran tinja, dan waktu
jangkitannya biasanya lebih panjang daripada keracunan makanan. Penyakit yang
biasanya berhubungan dengan pencemaran air akibat mikroorganisme parasit antara lain
adalah :

5.1

DISENTRI

Disentri berasal dari bahasa Yunani, iaitu dys (=gangguan) dan enteron (=usus),
yang bererti radang usus yang menimbulkan gejala meluas, tinja lendir bercampur
darah. Disentri adalah peradangan usus besar yang ditandai dengan sakit perut dan buang
air besar. Buang air besar ini berulang-ulang yang menyebabkan penderita kehilangan
14

HBHE3203

banyak cairan dan darah. Penyebab umumnya adalah infeksi parasit Entamoeba
histolytica yang menyebabkan disentri amuba dan infeksi golongan Shigella yang
menjadi penyebab disentri basiler. Penderita perlu segera mendapatkan perawatan medis,
jika tidak dapat mengancam jiwa
6.1.1

Simptom

1. Disentri Basiler

Diarea mendadak yang disertai darah dan lendir dalam tinja. Pada shigellosis,
pada permulaan sakit, bisa terdapat diarea tanpa darah dalam 6-24 jam pertama,
dan setelah 12-72 jam sesudah permulaan sakit, didapatkan darah dan lendir
dalam tinja.

Panas tinggi (39,5 40,0 C), kelihatan toksik.

Muntah-muntah.

Anoreksia.

Sakit atau kejang di perut.

Kadang-kadang disertai dengan gejala menyerupai ensefalitis dan sepsis (kejang,


sakit kepala, letargi, kaku kuduk, halusinasi).

2. Disentri Amoeba

Diarea disertai darah dan lendir dalam tinja.

Frekuensi BAB umumnya lebih sedikit daripada disentri basiler (10x/hari)

Sakit perut hebat (kolik)

Gejala konstitusional biasanya tidak ada (panas hanya ditemukan pada 1/3 kasus).
6.1.2

Rawatan

Rawatan dengan antibiotik yang tepat akan mengurangi masa sakit dan
menurunkan risiko komplikasi dan kematian. Pilihan utama untuk Shigelosis (menurut
anjuran WHO) : Kotrimoksazol (trimetoprim 10mg/kbBB/hari dan sulfametoksazol
50mg/kgBB/hari) dibagi dalam 2 dos, selama 5 hari.
15

HBHE3203

Alternatif yang dapat diberikan : Ampisilin 100mg/kgBB/hari dibagi dalam 4


dos . Cefixime 8mg/kgBB/hari dibagi dalam 2 dosis . Ceftriaxone 50mg/kgBB/hari, dos
tunggal IV atau IM . Proses pemulihan seharusnya dilihat dalam 2 hari, misalnya panas
turun, sakit dan darah dalam tinja berkurang, frekuensi BAB berkurang, dan lain-lain.
Bila dalam 2 hari tidak terjadi perbaikan, antibiotik harus dihentikan dan diganti dengan
alternatif lain.
6.1.3

Cara Mencegah

Langkah pencegahan yang dapat dilakukan untuk menghindari penyakit disentri


adalah dengan memperhatikan pola hidup sihat dan bersih, menjaga kebersihan makanan
dan minuman dari agen kotoran dan serangga pembawa bakteria dan amalkan untuk
selalu mencuci tangan sebelum makan.

6.2

DEMAM THIPOID (TYPHUS)

Penyakit Demam Tifoid (bahasa Inggeris: Typhoid fever) yang biasa juga disebut
typhus atau types. Demam ini terutama muncul di musim kemarau dan biasanya terjadi
bagi kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.. Sumber jangkitan yang utama adalah
penderita itu sendiri atau pembawa, dan jangkitan boleh terjadi kerana infeksi yang
disebabkan oleh bakteria yang ada di dalam tinja penderita yang akan memanipulasikan
air, air minum, makanan, ataupun sentuhan langsung.

16

HBHE3203

6.2.1

Simptom

Secara keseluruhan, gejala yang ditimbulkan antara ialah :


1. Demam lebih dari seminggu. Siang hari biasanya kelihatan segar namun
menjelang malamnya demam tinggi.
2. Lidah kotor. Bahagian tengah berwarna putih dan ditepinya merah. Biasanya anak
akan merasa lidahnya pahit dan cenderung ingin makan yang masam atau pedas.
3. Mual sehingga muntah. Bakteria Salmonella typhi berkembang dan membiak di
hati dan limpa, akibatnya terjadi pembengkakan dan akhirnya menekan lambung
sehingga terjadi rasa mual. Akibat daripada mual yang berlebihan, akhirnya
makanan tidak boleh masuk secara sempurna dan biasanya keluar melalui mulut.
4. Diarea atau cirit-birit. Sifat bakteria yang menyerang saluran pencernaan
menyebabkan gangguan penyerapan cairan yang akhirnya terjadi diarea, namun
dalam beberapa ketika terjadi sembelit (sukar buang air besar).
5. Lemas, pusing, dan sakit perut. Demam yang tinggi menimbulkan rasa lemas,
pusing. Terjadinya pembengkakan hati dan limpa menimbulkan rasa sakit di
perut.
6. Pengsan, tidak sedarkan diri. Penghidap umumnya lebih merasakan nyaman
dengan berbaring tanpa banyak pergerakan, namun dengan kondisi yang parah
seringkali terjadi gangguan dalam sedar..
6.1.2

Rawatan

Rawatan terhadap penghidap penyakit demam Tifoid atau types bertujuan


menghentikan invasi kuman, mengurangkan perjalanan penyakit, mencegah terjadinya
komplikasi, serta mencegah agar tak kembali. Rawatan penyakit tifus dilakukan dengan
mengasingkan penghidap dan melakukan desinfeksi pakaian, ujian urine untuk mencegah
penyebaran. Penghidap harus baring di tempat tidur selama tiga hari hingga panas turun,.
Selain ubat-ubatan yang diberikan untuk mengurangi gejala yang timbul seperti demam
dan rasa pusing (Paracetamol), maka pilihan antibiotik yang utama adalah kloramfenikol
selama 10 hari dan diharapkan terjadi pemberantasan/eradikasi kuman serta waktu
17

HBHE3203

perawatan disingkatkan.. Demam berlebihan menyebabkan penghidap harus dirawat dan


diberikan cairan Infus.
6.1.3

Cara Mencegah

Pencegahan penyakit demam Tifoid bisa dilakukan dengan cara mempertingkatkan


kebersihan dan sanitasi keseluruhan serta penjagaan kesihatan. Imunisasi dengan
menggunakan vaksin oral dan vaksin suntikan (antigen Vi Polysaccharida capular) telah
banyak digunakan. Saat ini pencegahan terhadap kuman Salmonella sudah boleh
dilakukan dengan vaksinasi bernama chotipa (cholera-tifoid-paratifoid) atau tipa (tifoidparatifoid).

6.3

KOLERA

Kolera merupakan penyakit yang sudah sinonim di negara-negara perindustrian


dalam seratus tahun kebelakangan ini, tetapi penyakit ini masih sering terdapat di
beberapa bahagian dunia termasuk sub-benua India dan bagian benua Afrika di sebelah
selatan gurun Sahara (sub-Sahara). Kolera adalah penyakit diarea akut, yang disebabkan
oleh infeksi usus akibat terkena bakteria Vibrio cholerae. Infeksi biasanya ringan atau
tanpa gejala, tapi agak parah. Kurang lebih 1 dari setiap 20 penghidap mengalami sakit
yang berat dengan gejala diarea yang sangat kerap, muntah-muntah, dan kejang di kaki.
Bagi mereka ini, kehilangan cairan tubuh secara cepat ini dapat mengakibatkan dehidrasi
18

HBHE3203

dan kejutan atau reaksi fisiologi hebat terhadap trauma tubuh. Jika tidak diatasi, kematian
dapat terjadi dalam beberapa jam. Sumber utama penyebaran penyakit ini adalah air
minum atau makanan yang tercemar oleh kotoran atau muntahan penghidap yang
mengandung bakteria kholera ataupun tercemar oleh pembawa bakteria kholera.
6.3.1

Simptom

Penghidap penyakit kolera biasanya menunjukkan gejala umum, antara lain ialah :
1. Diarea yang kerap dan banyak tanpa didahului rasa memulas.
2. Najis (tinja) yang semula berwarna dan berbau berubah menjadi cairan putih keruh
(seperti air cucian beras) tanpa bau busuk ataupun hamis, tetapi seperti manis yang
menusuk.
3. Najis yang menyerupai air cucian beras tersebut bila dimendapkan akan mengeluarkan
gumpalan putih.
4. Diarea terjadi berkali-kali dan dalam jumlah yang cukup banyak.
5. Terjadinya muntah setelah didahului dengan diarea yang terjadi, penghidap tidaklah
merasakan mual sebelumnya.
6. Kejang otot perut juga dirasakan dengan disertai nyilu yang hebat.
7. Banyaknya cairan yang keluar akan menyebabkan terjadinya dehidrasi dengan tandatanda seperti : degup jantung laju, mulut kering, lemah anggota badan, mata cekung,
hipotensi, dan lain-lain dan apabila tidak segera mendapatkan pengganti cairan tubuh
yang hilang maka dapat menyebabkan kematian.
6.3.2

Rawatan

Penghidap yang mengalami penyakit kolera harus segera mendapatkan rawatan


segera, iaitu dengan memberikan pengganti cairan tubuh yang hilang sebagai langkah
awal. Pemberian cairan dengan cara Infus/Drip adalah yang paling tepat bagi penderita
19

HBHE3203

yang banyak kehilangan cairan baik melalui diarea atau muntah. Seterusnya adalah
rawatan terhadap infeksi yang terjadi, iaitu dengan pemberian antibiotik/antimikrobial
seperti Tetrasiklin, Doxycycline atau golongan Vibramicyn. Rawatan antibiotik ini dalam
waktu 48 jam dapat menghentikan diarea yang terjadi.
6.3.3

Cara Mencegah

Cara pencegahan dan menghentikan penyebaran penyakit kolera adalah dengan


prinsip kebersihan keseluruhan, terutama kebersihan air dan pembuangan kotoran
(feaces) pada tempatnya yang memenuhi standard. Selain itu ialah meminum air yang
sudah dimasak terlebih dahulu, cuci tangan dengan bersih sebelum makan memakai
sabun/antiseptik, cuci sayuran dengan air bersih terutama sayuran yang dimakan mentah,
hindari

memakan

ikan

dan

kerang

yang

dimasak

setengah

matang.

Bila dalam anggota keluarga ada yang terkena kolera, sebaiknya diasingkan dan
secepatnya mendapatkan rawatan. Bahan yang tercemar kepada muntahan atau tinja
penghidap harus di sterilisasi, serangga lalat (vektor) merupakan penyebar lainnya yang
perlu segera dihapuskan. Pemberian vaksinasi kolera dapat melindungi orang yang
menyentuh secara tidak langsung dengan penghidap.

20

HBHE3203

6.4

DIAREA

Diarea (atau dalam bahasa kasar disebut cirit-birit) (BM = diarea; Inggeris =
diarrhea) adalah sebuah penyakit di mana penderita mengalami rangsangan buang air
besar yang

terus-menerus

dan tinja atau

najis

yang

masih

memiliki

kandungan air berlebihan. Di Dunia ke-3, diarea adalah penyebab kematian paling umum
kematian, dan juga membunuh lebih dari 1,5 juta orang per tahun. Golongan yang paling
banyak diserang penyakit ini umumnya adalah anak-anak, dan bila keadaannya parah
seringkali mengakibatkan dehidrasi, jika tidak segera ditangani akan menyebabkan
kematian. Bakteria patogen yang menyebabkan penyakit ini berasal dari tinja dan masuk
ke tubuh manusia melalui mulut, makanan, minuman atau melalui sentuhan. Seringkali
organisme penyebab infeksi tersebut diakibatkan oleh keadaan kawasan rumah yang
kotor dan tidak sihat. Hal tersebut juga disebabkan oleh kaedah cucian tangan yang
kurang bersih pada waktu buang kotoran, ataupun melalui lalat. Banyak juga kes yang
terjadi akibat penggunaan air yang telah tercemar oleh bakteria patogen penyebab diarea
tersebut.
6.4.1

Simptom

Gejala umum diarea antara lain ialah :


a. Buang air besar lebih dari 3 kali dalam 24 jam.
b. Najis berbentuk lembik atau cair.
c. Badan lemah dan lesu dan diselang-seli dengan muntah.
21

HBHE3203

d. Rasa haus dan nafsu makan menurun


6.4.2

Rawatan

Penghidap yang dehidrasi ringan dan sedang diberikan peroral berupa cairan yang
bersifat NaCl dan NaHCO3 dan glukosa. Formula lengkap disebut oralit, sedangkan
larutan gula garam dan tajin disebut formula yang tidak lengkap kerana banyak
mengandung NaCl dan sukrosa.
Cara membuat larutan gula garam

Gula satu senduk teh penuh

Garam senduk teh

Air masak satu gelas

Campur dan kacau sampai larut

Cara membuat oralit

Sediakan satu gelas (200 ml) air yang telah dimasak

Masukkan satu bungkus oralit ke dalam gelas

Kacau sampai larut

Cara pemberian oralit untuk penderita Diarea

Di bawah 1 tahun : 3 jam pertama 1.5 gelas selanjutnya 0.5 gelas setiap kali ciritbirit.

Di bawah 5 tahun : 3 jam pertama 3 gelas, selanjutnya 1 gelas setiap kali cirit-birit

Anak 5 tahun ke atas : 3 jam pertama 6 gelas, selanjutnya 1,5 gelas setiap kali
cirit-birit

Anak 12 tahun ke atas dan dewasa : 3 jam pertama 12 gelas, selanjutnya 2 gelas
setiap kali cirit-birit

22

HBHE3203

6.4.3

Cara Mencegah

Pencegahan diarea merupakan salah satu upaya yang baik dilakukan untuk
menghindari gejala diarea secara efektif. Cuci tangan terutamanya sebelum makan atau
aktiviti

lain

merupakan

upaya

pencegahan diarea agar

virus

tidak

tersebar.

Untuk pencegahan diarea yang disebabkan oleh makanan yang tercemar dapat dilakukan
beberapa cara, antaranya ialah :

Sajikan makanan dimasak atau dipanaskan. Jika belum mahu digunakan,


masukkan makanan ke dalam peti sejuk. Membiarkan makanan pada suhu kamar
dapat mendorong pertumbuhan bakteria sehingga dapat dilakukan pencegahan
diarea.

Cuci permukaan alat atau perkakas untuk menghindari penyebaran kuman dari
satu tempat ke tempat yang lain.

Selalu memberikan ASI eksklusif kepada bayi yang berusia di bawah enam bulan.

Buang air besar pada tempatnya (WC, toilet) dan menyediakan tempat sampah
yang bersesuaian.

Membanteras lalat agar tidak menghinggapi makanan yang ada di rumah.

Berusaha menjadikan isi rumah agar mengamalkan gaya hidup sihat.

23

HBHE3203

6.0

RUJUKAN

Jabatan Penerangan Negeri Sabah. (2006). Bahan Maklumat: Pencemaran Air Di Sabah.
Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia

Mohd Noorazam Ab Razak, Che Ishak Ismail. Kebersihan dan Keselamatan


Persekitaran, HBHE3203 (2013). Open University Malaysia (OUM). Meteor
Doc. Sdn. Bhd, Selangor D.E

Tan Sri Dato Seri Dr. Hj Mohd. Ismail Bin Merican. (2010). Keratan Akhbar : Isu
Pencemaran E-Coli Di Tasik Kenyir. Kementerian Kesihatan Malaysia . 17
Disember 2010.
http://cikgushakinah.blogspot.com/p/langkah-langkah-mengatasi-masalah.html
http://www.scribd.com/doc/4856078/Pencemaran-Sungai
http://bmpk12.blogspot.com/2010/08/langkah-langkah-untuk-mengatasi.html
http://www.slideshare.net/Riska_21/pencemaran-dan-penyakit-penyakit-yang-mungkintimbul

24

HBHE3203

25

Anda mungkin juga menyukai