Anda di halaman 1dari 15

PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH S.A.W DAN


SAHABAT.
Pendidikan Islam adalah merupakan manifestasi wahyu yang diamanahkan oleh Allah
s.w.t kepada Nabi s.a.w dengan beberapa tujuan utama;
1- Menyeru serta membimbing manusia ke arah aqidah yang benar. Manusia perlu
mengenal penciptanya. (Mohamad Yusoff

1986). Permulaan dakwah Rasulullah

adalah dengan memperbetulkan aqidah dalam masyarakat Arab Jahiliah.


2-

supaya meninggalkan sebarang perbuatan keji dan melakukan amal kebajikan.

3- Manusia dilahirkan dengan keupayaan menerima berbagai tingkah laku. Hanya


dengan dengan ilmulah yang akan membentuk manusia bersifat dengan cirri-ciri
kemanusiaan , John McHale, The future of the future, New York, 19969, h. 60
Penulis berpendapat tugas utama rasuilullah adalah untuk memperbetulkan akidah umat
manusia. Kerana aqidah yang betullah akan membawa seseorang kearah jalan yang benar.
Segala perbuatan yang baik akan mendatangkan pahala dan akhirnya mendapat balasan
yang baik pula dari Allah. Ini bertepatan dengan firman allah dalam surah az-zariyat ayat 87
yang bermaksud Dan tidak kau jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat
kepadaku.
Menurut penulis perbuatan yang baik perlu disertakan dengan keikhlasan agar apa yang
dilakukan akanmendapat ganjaran yang setimpal dari allah, sebagai
4- Membentuk peradaban manusia
5- Melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang akan membantu Rasulullah menyebarkan ajaran
Islam (Philip K. Hitti 1970) . Rasulullah menggalakkan para pengikutnya ajar dan
mengajar antara satu sama lain dan menjanjikan akan pahala yang berlipat ganda
(Hassan Langgulung 1988)

PENDIDIKAN MASYARAKAT ARAB SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

Senario pendidikan masyarakat arab dizaman sebelum kedatangan Islam dan selepas
kedatangannya menyaksikan suatu perbezaan yang amat ketara.Masyarakat arab jahiliah
sebelum Islam sememangnya tidak terdedah kepada ilmu pengetahuan dan tidak mengambil
kepentingan terhadapnya.
Khairuddin bin Muhammad, ( 1978 ) menyatakan bahawa pada zaman sebelum Islam orang
arab tidak ada yang terpelajar kerana mereka belum mengenal apa yang dikatakan ilmu
pengetahuan menurut penentuan pada zaman itu.Mereka tidak mengambil berat supaya
anak mereka tahu menulis dan membaca walaupun ada segelintir diantara mereka yang
sudah menguasai kemahiran itu.
Ilmu yang diambil berat pada era tersebut adalah ilmu melihat bintang untuk mengetahui
turunnya hujan,ilmu pengesan jejak binatang dan musuh di padang pasir dan juga ilmu bagi
menyelidik keturunan kerana mengenal asal-usul keturunan sangat penting dalam kehidupan
orang arab yang selalu berselisihan faham dan bermusuh-musuhan ( Khairuddin bin
Muhammad, 1978 ) Ringkasnya belum ada satu kurikulum atau sistem pendidikan yang jelas
tentang apa yang perlu dipelajari oleh mereka.
Pendidikan dizaman Rasulullah s.a.w pula adalah sebaliknya di mana Rasulullah s.a.w
amat menekankan penguasaan ilmu pengetahuan.Peringkat pendidikan Islam dizaman
Rasulullah s.a.w dapat dikatigorikan kepada dua peringkat iaitu pendidikan Islam di Makkah
dan pendidikan Islam di Madinah.Perbincangan ini akan menyentuh tentang perkembangan
pendidikan di kedua-dua tempat bagi memperlihatkan perkembangan kurikulum pendidikan
Islam yang menjadi asas kepada pendidikan umumnya.
PERINGKAT PENDIDIKAN ISLAM DI MAKKAH
Zaman sebelum kedatangan Islam selalunya disebut sebagai zaman jahiliah.Walaupun
begitu perkataan jahiliah di sini bukanlah bermaksud bahawa masyarakat arab itu bodoh
atau tidak tahu mengatur cara hidup mereka dengan betul. Ini terbukti di Makkah di mana
pada waktu itu sastera dan syair berkembang dengan pesat di kalangan mereka. Setiap
tahun akan diadakan festival-festival pembacaan puisi dan syair, ini membuktikan bahwa
masyarakat Arab ketika itu secara berperingkat mula mengetahui cara membaca dan
menulis. Mereka kemudiannya mampu mengarang syair secara spontan mahupun bertulis.Di
sinilah wujudnya peranan besar institusi kuttab dalam melahirkan masyarakat arab yang
tahu membaca dan menulis.
Ibnu Khaldun meriwayatkan bahawa sebelum kedatangan Islam, penduduk Semenanjung
Tanah Arab khususnya di Makkah adalah buta huruf.Hanya sebilangan kecil sahaja di
kalangan mereka yang tahu membaca dan menulis.Menurutnya orang arab yang mula
belajar membaca dan menulis di Hirah adalah Sufyan bin Umayyah yang dipelajarinya

melalui Aslam bin Sidrah. Shalaby ( 1954 ) pula menambah hasil daripada pembacaannya
melalui beberapa buah buku menyatakan bahawa orang arab yang pertama belajar
membaca dan menulis ialah Sufyan bin Umayyah dan Abu Qais bin Abd Manaf.Gurunya pula
adalah Bishr bin Abd Malik yang merupakan seorang kristian.Sejak itu, masyarakat di
Makkah mula belajar menulis dan membaca di kuttab-kuttab yang merupakan tempat orang
arab belajar membaca dan menulis.
Di awal kedatangan Islam, terdapat hanya 17 orang Quraish yang boleh membaca dan
menulis.Mereka yang memeluk Islam diperingkat ini kemudiannya menjadi penulis wahyu
kepada Nabi Muhammad s.a.w. Diantara mereka yang terlibat dalam penulisan wahyu
adalah Zaid Bin Tsabit, Ubai bin Kaab, Muaz Bin Jabal dan Muawiyah bin Abi Suffian.Telah
menjadi amalan setiap kali turunnya wahyu, baginda s.a.w akan memanggil para sahabat
penulis wahyu tersebut untuk menulis ayat-ayat Al Quran yang baru diturunkan.Pada masa
itu, Al Quran ditulis di atas alat-alat yang mudah di dapati seperti di kulit-kulit kayu, pelepah
tamar, kulit binatang,batu-batu, tulang dan sebagainya ( Khairuddin bin Muhammad, 1979,
As Saboony, 1985 ).Konsep Pendidikan yang dibawa Nabi s.a.w pada ketika itu adalah
dalam bentuk bacaan, khutbah dan bacaan dalam sembahyang ( Rosmawati Ali, 1995 )
Dalam konteks pendidikan, Nabi s.a.w sendiri akan terus menghafaz ayat-ayat tersebut dan
kemudian membacakannya kepada ahli keluarga dan para sahabatnya serta memberi
kefahaman akan maksudnya.Para sahabat kemudiannya menghafaz ayat-ayat tersebut dan
cenderung untuk menghayati dan mengamalkan isi kandungannya terlebih dahulu sebelum
menghafaz dan mempelajari ayat yang baru( Shalaby, 1954 ).
Abdullah ( 1995 ) pula memberi nilai tambah terhadap pendapat tersebut dengan
menyatakan bahawa secara tradisinya, Rasulullah s.a.w akan menghafal setiap wahyu yang
diterimanya sehingga baginda benar-benar mengingati dan memahami wahyu yang di
sampaikan.Penerimaan wahyu dalam pelbagai situasi samaada menerusi ilham atau
mendengar suara Jibril a.s tanpa bentuk rupa mahupun dengan penjelmaan Jibril a.s
sebagai manusia atau sebagainya menggambarkan satu kaedah dalam P & P.Setelah itu,
Rasulullah s.a.w akan memberikan penerangan kepada para sahabat akan apa yang
disampaikan oleh Jibril a.s kepadanya.
Selain daripada ahli keluarga baginda yang menerima pengajaran terus daripada Rasulullah
s.a.w,Saidina Abu Bakar As Siddiq adalah di kalangan para sahabat baginda yang
memerima

pengajaran

terus

daripada

beliau.Melalui

perantaraannya,Islam

mula

berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam,
Saad bin Abi Waqqas, Abd Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah,Abu Ubaidah Al Jarrah,
Arqam bin Abi Al Arqam, Fatimah bt Al Khattab, Umar bin Al Khattab,Said bin Zaid Al Adawi
dan lain-lain.

Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan suatu bentuk pendidikan Islam yang mulai
tersusun.Lokasi pertama pengajaran Nabi s.a.w adalah bertempat di rumahnya sendiri
(Mohd Yusuf Ahmad, 2005). Destinasi seterusnya adalah di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam
di As Safa, Mekah pada tahun 610 Masihi.Strategi pendidikan ini telah diatur dan
dikendalikan sendiri oleh Rasulullah s.a.w secara sulit selama kira-kira tiga tahun ( Zawawi
Ahmad, 1984 ).Strategi tersebut merupakan langkah awal penyebaran dakwah dan
pendidikan Islam yang disebut sebagai penyebaran Islam secara sulit lantaran jumlah
penganut Islam pada ketika itu yang belum begitu ramai dan belum cukup kuat untuk
dilaksanakan secara terang-terangan.Ancaman serta kecaman dari kaum mushrikin Makkah
pada ketika itu adalah merupakan faktor utama penyebaran dan pendidikan Islam secara
sulit.
Proses pendidikan tersebut berlangsung sehinggalah turun ayat yang ke 94 dari surah Al Hijr
yang memerintahkan Rasululah s.a.w menyebarkan Islam secara terang-terangan.Firman
Allah s.w.t yang bermaksud :
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu ( wahai
Muhammad ) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir mushrik
itu( Al Hijr ayat 94 )
Perintah tersebut menyaksikan bermulanya proses penyampaian pendidikan Islam secara
umum kepada seluruh lapisan masyarakat.Melaluinya, pusat pendidikan Islam terbuka luas
meliputi lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan sekitar Kaabah.Kurikulum pendidikan
pada tahap ini adalah lebih tertumpu kepada aqidah tauhid.Pada tahap ini juga
perkembangan pendidikan Islam sudah mulai tersebar ke luar Makkah iaitu di Habsyah
dengan penglibatan Jaafar bin Abi Talib yang berperanan menerangkan kepada Raja
Habsyah iaitu An Najasyi berkaitan dengan Islam.
Sejak mula kedatangan Islam lagi,Rasulullah s.a.w sangat mengutamakan penguasaan ilmu
pengetahuan.Ini jelas melalui galakan nabi yang tiada hentinya menjelaskan betapa peri
pentingnya ilmu pengetahuan kepada umat Islam pada ketika itu.Menyedari hal ini,
Rasulullah s.a.w memerintahkan agar sahabat-sahabat beliau belajar membaca dan menulis
dan menyuruh setiap daripada mereka memberi pelajaran serta pendidikan Islam kepada
ahli keluarganya.Pada masa itu, umat Islam hanyalah mengambil berat berkenaan hukumhakam agama dari Al Quran dan tafsirnya,hadith dan hal-hal mengenai periwayatan hadith
serta bagaimana menentukan sesuatu hukum mengenai sesuatu perkara dan masalahmasalah yang berlaku dari satu masa ke semasa( Khairuddin Muhammad, 1979 )
Galakan Rasulullah s.a.w terhadap memiliki ilmu pengetahuan tidak terhad kepada kaum
lelaki sahaja bahkan juga kaum perempuan.Sebagai contoh Rasulullah s.a.w pernah

meminta Shafah Al Adawiah mengajarkan isterinya Sayyidah Hafsah belajar membaca dan
menulis.Kegiatan Rasulullah s.a.w itu kemudiannya menghasilkan bilangan umat Islam yang
ramai dari kaum lelaki dan perempuan yang mampu membaca dan menulis.Dalam erti kata
lain Rasulullah s.a.w sesekali tidak akan mengizinkan individu dan masyarakat Islam berada
dalam kejahilan dan buta huruf ( Abdullah Ishak, 1989 ). Hasilnya baginda telah berjaya
membasmi gejala buta huruf dan sentiasa menggalakkan umatnya agar tidak jemu menuntut
ilmu Allah s.w.t dan menyampaikannya kepada orang lain( Abdul Fattah Abu Ghuddah, 2001)

PERINGKAT PENDIDIKAN ISLAM DI MADINAH


Penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah pada tahun 622 Masihi membawa
perubahan dan pengertian yang besar terhadap pendidikan Islam.Sejajar dengan
perkembangan dan penurunan wahyu, kegiatan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
dalam bentuk yang lebih meluas,bersistematik dan formal.Pelbagai aspek kehidupan
dipelajari dan diajarkan kepada mereka.
Diawal perpindahan nabi,beliau menjadikan rumahnya sendiri sebagai tempat mengajar Al
Quran.Hal ini kemudiannya didapati tidak begitu sesuai kerana terdapat gangguan seperti
kanak-kanak yang berjalan ke sana ke mari, bising dan sebagainya.Justeru, Nabi s.a.w
memilih masjid sebagai tempat menyampaikan ilmu.Maka setelah perpindahan Rasulullah
s.a.w dan orang Islam ke Yathrib,baginda s.a.w telah membina dua buah masjid iaitu Masjid
Qubadan Masjid Nabawi.Ia berperanan sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan
masyarakat yang berhubung dengan ibadah dan pendidikan Islam. Melaluinya juga sistem
halaqah telah diperkenalkan di mana setiap kali selepas solat, kaum muslimin khususnya
bagi lelaki akan mengelilingi baginda untuk mempelajari segala apa yang diperlukan
( Kinnany, 1980 ) manakala bagi wanita, Nabi s.a.w akan mengajar mereka setiap seminggu
sekali. Pendidikan ini adalah lebih terkhusus untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang
sudah mumaiyiz, manakala bagi kanak-kanak yang berada di bawah umur mumaiyiz,mereka
akan belajar di kuttab ( Al Abrashi,1976). Institusi kuttab ini terus hidup malah ditambah satu
jenis kuttab lagi iaitu kuttab untuk mempelajari Al Quran.
Menurut Al Ahwani ( 1983 )Setiap kanak-kanak yang belajar di dalam kuttab ini memiliki
sebuah papan batu yang dipanggil lauh atau luh di mana mereka belajar menulis ayat-ayat
Al

Quran

di

atas

luh

itu

dan

kemudian

membacanya

sehingga

lancar

dan

menghafaznya.Mereka kemudiannya akan membaca di hadapan gurunya dan diperbetulkan


bacaan tersebut.Setelah guru berpuas hati dengan bacaan tersebut, maka ayat-ayat Al
Quran itu akan dipadam dan ditulis dengan ayat ayat yang lain pula.Senario ini
diperkukuhkan lagi dengan bilangan kuttab-kuttab yang semakin bertambah dari masa

kesemasa khususnya pada zaman para sahabat di mana mereka bukan sahaja mempelajari
Al Quran tetapi juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w, kisah para nabi,bahasa arab dan
sebagainya.Dalam kurun pertama hijrah,di Sicily sahaja dikatakan sudah terdapat 300 orang
guru kuttab. ( Shalaby,1954 )
Apabila Islam semakin berkembang di Madinah, masjid sudah tidak lagi mampu menampung
jumlah mereka yang datang untuk belajar.Ini kerana jumlah mereka yang terlalu ramai
menyebabkan Rasulullah s.a.w telah membina sebuah surau yang bersambung dengan
masjid yang dikenali dengan As Suffah demi melanjutkan pembinaan institusi pendidikan

Tamadun Islam 1997, editor Ahmad Fauzai Morad et.al ).


Rasulullah s.a.w juga berusaha memperkembangkan lagi rancangan pendidikan Islam
dengan menghantar 40 orang sahabat r.a untuk menjadi guru kepada masyarakat di luar
Madinah.Dengan pelbagai rancangan yang diperkenalkan, masjid dan As Suffah masih lagi
menjadi pusat pengajian utama ketika itu. ( Tamadun Islam 1997, editor Ahmad Fauzai
Morad et.al )
Menurut Ghazali Darussalam ( 2001 ),beliau menambah bahawa memandangkan kepada
kepesatan perkembangan Islam di Madinah pada masa itu, Nabi s.a.w juga telah mendirikan
sembilan buah sekolah dan antara yang terpenting adalah sekolah Kaabah.Rasulullah s.a.w
sering kali melawat ke sekolah-sekolah itu dan berjumpa para pelajarnya.
Setelah melihat semakin ramai memeluk Agama Islam, Baginda s.aw mengambil
pendekatan untuk menstruktur semula disamping memperkasakan lagi sistem pendidikan
Islam.Baginda telah menyusunnya dengan menampilkan tiga bentuk pendidikan ( Zawawi,
1984 ): Struktur pendidikan Islam yang disusun oleh Rasulullah boleh ditunjukkan dalam
rajah berikut :

Rajah 1 : Struktur Pendidikan Islam di Madinah

1.Bentuk Pendidikan Umum


Pendekatan dalam bentuk ini dilaksanakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w atau baginda
melantik wakil-wakil baginda untuk pergi di luar dari kawasan Madinah.Pengajaran ini
disampaikan melalui khutbah Jumaat atau selepas solat.Pengajaran dalam bentuk ini
biasanya menyentuh berkenaan aqidah,syariat dan juga hubungan kemasyarakatan secara
umum.Baginda juga menyampaikan ajarannya melalui tingkahlaku dan amalan serta

pergaulannya dengan masyarakat setempat.Sudah tentu baginda merupakan sumber


tauladan terbaik samaada dari segi budi pekerti dan perbuatan.Ia merupakan cara terbaik
untuk difahami dan lebih terdorong untuk diikuti berbanding dengan pengajaran mengikut
teori dan penerangan semata-mata.

2.Bentuk Pendidikan Khusus


Pendidikan dalam bentuk khusus ialah pengajaran yang disampaikan oleh baginda kepada
orang-orang tertentu secara langsung dari semua lapisan tanpa mengira tempat dan
masa.Diantara mereka yang menerima pengajaran baginda secara khusus ialah para
sahabat sendiri,kanak-kanak dan para pendatang.

3. Bentuk Pendidikan Institusi


Peringkat pengajaran ini merupakan intisari Pendidikan Islam di Madinah.Peringkat ini
terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap pertama melibatkan penguasaan membaca dan
menulis.Rasulullah s.a.w meminta para sahabat yang berkebolehan sebagai guru.Baginda
juga memberi pilihan kepada 70 tawanan perang Badar yang berkebolehan membaca dan
menulis untuk menebus diri mereka dengan cara mengajar kanak-kanak Islam di
Madinah.Setiap seorang daripada mereka yang berkebolehan perlu mengajar sepuluh orang
kanak-kanak Islam tersebut .( Abd Rahman Nawas, Nawawi Mohamad,Omardin Ashari,arip
Saaya, 1995 )
Tahap kedua pula adalah penglibatan golongan Ahlus Suffah atau ikhwanus Suffah. Menurut
a.Naqib ( 1984 ) golongan yang digelar Ahlus Suffah atau Ikhwanus Suffah ini sentiasa
berusaha mendalami ilmu-ilmu Islam berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah, mengajar serta
membuat kajian dan penyelidikan.Jumlah mereka adalah kira-kira 20 orang.Ada yang
berpendapat jumlah mereka 40 orang.Pendidikan melalui bentuk ini kemudiannya banyak
melahirkan para cendikiawan Islam pada era semasa dan seterusnya.
Kesimpulannya pendidikan Islam berpaksikan wahyu yang telah diamalkan oleh Rasulullah
di Makkah dan juga di Madinah adalah sebenarnya merupakan garapan dan gubalan dari
Allah s.w.t.Oleh itu, keunggulannya adalah tidak perlu dipertikaikan lagi.Penulis bersetuju
bahawa pendidikan bersepadu kelolaan Rasulullah s.a.w yang berlandaskan Al Quran dan Al
Sunnah serta berkonsepkan tauhid telah dapat dilaksanakan dengan jelas dari segi
matlamat dan konsep yang mendasarinya ( Syed Ali Ashraf 1994 )

Pendidikan adalah cara bagaimana kita untuk mendidik jiwa,dengan pendidikanlah umat
manusia dapat melangsungkan kehidupan sejagat dengan harmoni dan jitu,so disini kita
dapat melihat betapa pentingnya bidang pendidikan, dengan sebab itulah penulis membuat
satu lagi kategori dalam penulisannya didalam blog ini,sesungguhnya tanpa kita sedari
semenjak dari kecil lagi kita telah mengalami proses pendidikan tanpa kita sedari
sehinggalah kehari ini, tanpa berlingah lagi, mari kita telusuri permulaan perjalanan
pendidikan Islam di zaman Rasulullah saw:
1. PENDAHULUAN
Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah,
dan ruhaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan al-Quran dan
sunnah Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada
Allah semata-mata. Pendidikan bermula ketika nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu
pertama. Menunjukkan wajibnya umat islam menuntut ilmu. Terdapat 1404 atau 25 peratus
ayat al-Quran tentang pendidikan.
2. PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW
2.1 sejarah.
2.2 Peringkat makiyyah.
2.3 Peringkat madinah.
2.3.1 Struktur pendidikan
2.3.2 Implikasi pendidikan islam peringkat madinah.
2.2 PERINGKAT MAKIYYAH
2.2.1 Tahap rahsia.
Tahap rahsia berlaku pada peringkat awal Rasulullah SAW mengajar Al-Quran kepada kaum
keluarganya. Hasil daripada usahanya ini, khadijah bt khuwailid, Ali b Abi Talib dan Zaid b
Harithah telah memeluk agama islam. Seterusnya ramai kerabat Rasulullah dan para
sahabat Rasulullah memeluk islam. Pertambahan penganut islam telah mewujudkan satu
bentuk pendidikan yang mula tesusun.
Pada zaman permulaan islam, pelajaran agama disampaikan di rumah-rumah. Rasulullah
SAW menjadikan rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam sebagai tempat belajar dan tempat
pertemuan baginda dengan para sahabat dan pengikutnya. Di rumah tersebut baginda
menyampaikan dasar-dasar agama dan pengajian Al-Quran. Selain rumah Al-Arqam,

baginda menyampaikan pelajaran agama di rumahnya sendiri di Makkah, sebagai tempat


kaum muslimin berkumpul mempelajari akidah dan syariat islam. Rumah al-arqam dianggap
sebagai pusat pendidikan islam yang pertama dalam sejarah pendidikan islam. Nabi
Muhammad s.a.w berhijrah pada tahun 622M. Setelah berhijrah ,Masjid Quba dan Nabawi
didirikan dan berlaku perubahan dalam sistem pendidikan. Masjid menjadi sekolah pertama
didalam sejarah pendidikan islam.
2.2.2 Tahap terbuka.
Pendidikan islam dalam tahap terbuka bermula apabila Rasulullah SAW menerima perintah
seperti yang tercatat dalam Firman Allah SWT:
Terjemahannya:
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu (Wahai
Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik
itu.
Ayat ini memerintahkan Rasulullah SAW menyebarkan islam secara terang-terangan dan
meninggalkan tahap rahsia. Dengan perintah tersebut, pendidikan islam dilakukan secara
umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pendidikan islam bukan hanya tertumpu di
rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam, tetapi meliputi ceruk rantau kota Makkah, lorong-lorong,
pasar, kawasan perumahan dan di sekitar Kaabah.
Oleh sebab kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan akidah
tauhid, maka isi pelajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih menumpu kepada
menolak kepada adat istiadat, kepercayaan, dan cara beribadat kaum jahiliyyah yang
mensyirikkan Allah SWT.
Institusi pendidikan Rasulullah menjadi perhatian umum bukan sahaja di kalangan
masyarakat arab tetapi luar Makkah iaitu golongan yang ingin menunaikan haji. Pangaruh
Rasulullah pada tersebut telah menggugat institusi pendidikan arab jahiliyyah yang
berteraskan syirik. Akibatnya, Rasulullah dan kaum kerabatnya telah diusir dari Kota Makkah
dan dipulaukan. Seterusnya perkembangan pendidikan Rasulullah terbantut selama 3 tahun.
2.3 PERINGKAT MADINAH
Setelah berhijrah ke Madinah struktur pengajian masih lagi berbentuk tidak formal. Amalan
baginda yang berkesan didalam bidang pendidikan ialah mukmin yang tahu membaca dan

menulis mengajar orang tidak mengetahuinya. Hanya pendakwah yang pandai membaca
dan menulis sahaja dihantar ke daerah yang baru memeluk islam. Contohnya, setelah
Rasulullah menawan kembali kota Makkah, baginda menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman.
Khalifah umar menhantar abdullah bin masud ke Kufah dan abu musa assyaari ke Basrah.
Pendidikan pertama Rasulullah di madinah adalah memperkuatkan umat dan mengikis sisasisa permusuhan. Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada ibadat dan syariat
tanpa melupakan soal-soal lain. Semasa di Madinah hal berkaitan ibadat ditingkatkan. Solat
jumaat mula diwajibkan. Solat sunat hari raya aidilfitri dan aidil adha didirikan. Diberi
peringatan supaya menjaga waktu solat fardu. Pendidikan berpuasa bermula pada tahun 2
hijrah. Begitu juga ibadat Haji pada 6 hijrah. Orang yang tahu menulis dan membaca disuruh
menulis wahyu. Orang pandai diminta mengajar orang tidak tahu.cth; tawanan perang badar.
Umat

islam

digalakkan

belajar

bahasa

asing.

Pendidikan

wanita

tidak

juga

diabaikan.pendidikan yang disampaikan bukan sahaja tentang agama malahan keduniaan.


Bentuk pendidikan yang disampaikan ialah melalui usrah dan halaqah yang berlangsung
sehingga selepas Perang Badar. Kepesatan perkembangan islam pada masa itu
menyebabkan lebih banyak sekolah didirikan. Dikatakan terdapat Sembilan buah sekolah
yang telah dibina pada zaman Rasulullah. Antara yang terpenting ialah Sekolah Kaabah.
Setelah berlangsung Perang Badar pada 6 hijrah, masyarakat di Semenanjung Tanah Arab
memberi perhatian besar kepada pendidikan islam. Lebih ramai umat arab sama ada yang
ada di bandar atau Arab Badwi datang ke Madinah untuk berniaga dan mengenali agama
islam. Sebahagian besar pendatang baru ini memeluk islam dan berhajat menerima
pendidikan islam terus daripada Rasulullah SAW.
2.3.1 struktur pendidikan.Semasa zaman Rasulullah struktur pendidikannya telah disusun
oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk seperti:a) pendidikan umum
b) pendidikan khusus
c) pendidikan institusi(peringkat awal dan peringkat kedua)
a) pendidikan umum dijalankan oleh Rasulullah dan para sahabatnya yang terpilih
antaranya Abu Bakar as-Siddiq dan Ali b Abi Talib. Perlaksanaannya dilakukan dengan
menyampaikan pidato selepas solat fardhu atau selepas solat jumaat. Selain itu , kurikulum
pendidikan pada masa tersebut ialah bidang akidah, syariat, muamalat dan lain-lain seperti
menunggang kuda, berenang,bergusti dsb. Rasulullah juga melaksanakan qiamullail
sehingga kaki baginda bengkak. Perkembangan pendidikan umum pada zaman tersebut

telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Contohnya Raja Yaman mahukan tenaga
pengajar dihantar ke Yaman dan Rasulullah telah menghantar Muaz b Jabal sebagai guru
agama.
b) Pendidikan khusus pengajaran yang tertentu yang diberikan oleh baginda kepada orang
yang tertentu tanpa mengira masa dan tempat seperti berbentuk teguran atau tunjuk ajar
secara langsung.
c) Terdapat dua struktur iaitu peringkat awal(menulis dan membaca). Pada peringkat ini ia
lebih menumpukan kepada kanak-kanak. Antara tenaga pengajar pada zaman tersebut ialah
Saad b Al-As dan juga kalangan ahli orang tawanan perang Badar bagi menebus diri mereka
dengan wang. Manakala peringkat kedua ialah pendidikan keatas ahli suffah. Yang mana
kebanyakan daripada mereka datang dari tempat yang jauh dan tiada tempat tinggal kecuali
di serambi masjid. Selain belajar ahli suffah tersbut juga membantu Rasulullah dan para
sahabat seperti mengangkat kayu api, barang-barang, air dan sebagainya dan mereka ini
ditanggung oleh Baitul mal dan para sahabat Rasulullah SAW.
2.3.2 Implikasi pendidikan peringkat madinah.Pendidikan pada peringkat madinah
merupakan titik tolak kepada kesinambungan pendidikan di zaman Khulafa Al-Rasyidin.
Pengajian Al-Quran adalah pendidikan yang terpenting dalam cirri-ciri penting yang terdapat
dalam kandungan pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat ini juga gelah melahirkan
para penghufaz Al-Quran yang tidak berdalahan dengan bacaan Rasulullah antaranya Abu
Bakar, Umar, Uthman, Ali B Abi Talib, Talhah Dan Abi Ubaidah dan ramai lagi. Manakala
penghufaz wanita ialah Aisyah Bt Abu Bakar, Hafzah Bt Umar, Maslamah Dan Fatimah Bt
Muhammad SAW
KESIMPULAN
Pendidikan di zaman Rasulullah adalah pendidikan yang paling cemerlang. Dalam banyak
perkara Rasulullah menggunakan Al-Quran sebagai sumber pendidikan yang utama dan
hadis sebagai sumber pendidikan kedua. Selain itu, Rasulullah telah memanfaatkan banyak
perkara antaranya menggunakan khidmat tenaga pengajar dalam kalangan tawanan perang
Badar. Ini menunjukkan Rasullullah dalah contoh teladan yang dikagumi sepanjang zaman
tidak kira oleh pangkat, bangsa dan agama.

PENUTUP

Sistem pendidikan dizaman Rasulullah adalah yang paling sempurna. System pendidikannya
menjadi model dan ikutan sepanjang zaman. Hal ini kerana system tersebut masih diguna
pakai sehingga ke hari ini dan bukti menunjukkan tiada siapa yang dapat menandingi cara
kepimpinan dan pengajaran Rasulullah. Pendidikan tersebut yang bersumberkan wahyu (alQuran) dan Hadis dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi dunia akhirat. Baginda
Rasulullah adalah pendidik terulung sepanjang zaman. Ianya terbukti dengan lahirnya insan
insan hebat pada zaman baginda.

PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT


Sejarah kehidupan masyarakat arab seblum rasulullah
Bangsa arab mapa umumnya memuja berhala-berhala. Jumlah berhala disekeliling kabah
sebanyak 360 buah. Setiap kabilah mempunyai berhala masing-masing.Manakala kaum
perempuan pula tiada nilai disisi kaum lelaki. (Abdul Halim 1989)
Pendidikan pada orang-orang Arab Badwi adalah diarahkan untuk melati anak mereka bagi
menghadapi hidup dan mempertahankan hidup pusat pendidikan mereka adalah ; Usrah
(keluarga), Asyirah (family) dan Kabilah. Anak-anak suku Badwi mencontohi apa yan
gmereka lihat, dengar dan perhatikan dalam keluarga dan kabilah. ( Abdul Halim : 1989)
Orang-orang arab hadhar telah mempunyai pusat pendidikan iaitu sekolah yang terdiri dari
sekolah ibtidaiyyah dan sekolah Aliyah yang mana pendidikannya berbentuk pertukangan,
senibina, ilmu falak dan ketuhanan ( Abdul Halim : 1989)

Rasulullah mula mengembangkan ajaran Islam setelah turunnya ayat 1-6 surah al-Muddathir
Yang bermaksud Wahai orang yang berselimut, bangunlah dan berilah peringatan. Dan
Tuhan kamu hendaklah kamu agongkan. Dan pakaianmu hendaklah kamu bersihkan. Dan
perbuatan dosa hendaklah kamu tinggalkan.dan janganlah kamu memberi (dengan maksud)
memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu
hendaklah kamu bersabar (tafsir ar-Rahman)

Menurut Abdul Halim dalam M.Nathir bahawa perincian tentang ajaran Islam yang
disampaiakn oleh Nabi Muhammad asasnya kepada;

1- Menyempurnakan hubungan manusia dengan penciptanya


2- Menyempurnakan hubungan manusia sesamam manusia
3- Mengadakan keseimbangan antara keduanya (hubungan dengab manusia dan Allah)
4Dalam melaksanakan pendidikan terhadap para sahabat, selain keutuhan peribadi Baginda
sendiri, terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh Baginda sehingga pendidikannya
benar-benar berjaya yang menjadikan para sahabat sebagai anak didiknya yang dapat
dilihat daripada beberapa sudut;.
1. Sukatan pelajaran

2. Langkah pengajaran
Sedang maksud mengajar itu menghendaki lebih dari itu. Seseorang perlu korbankan
masa, tenaga dan wangnya untuk anak didiknya. Sanggup makan sedulang, tidur
sebantal, selain mencontohi sikap dan akhlak yang baik kepada murid-muridnya. (

Kaedah
Perdebatan
Kaedah dan teknik ini adalah pendekatan penting dalam proses pendidikan yang
dianjurkan oleh ibnu khaldun(1957) pendekatan ini sebagai alat berkesan untuk
pelbagai maklumat dan membentuk malakah pelajar. Menurut penulis kaedah ini
adalah satu pendekatan terbaik dalam membentuk kemampuan individu untuk
mencerakinkan ilmu dan mengemukakannya kepada orang lain. Kaedah ini di
gambarkan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 258
Hafalan
Menurut Ahmad(1997), kaedah hafalan adalah suatu kaedah yang diaplikasikan oleh
Rasulullah dalam menghafal wahyu yang diturunksn oleh Allah. Baginda bersungguhsungguh menghafaznya wahyu sebaik sahaja

menerimanya supaya tidak lupa

sehinggalah turun jaminan Allah yang menetapkan ingatan baginda terhadap wahyu
melalui firmanNya dalam surah al-Qiyamah: 16-19
Dengan kata lain hafalan adalah satu kaedah yang ditunjukkan rasulullah melatih
seseorang untuk menambah kecerdasan otak, kepintaran, kekuatan ingatan dan
keyakinan (Abdullah 1995) dari orientasi demikian maka wujudlah pada waktu itu
jamaah al-Huffaz(golongan hafiz) antaranya Zaid b Thabit, Muaz b Jabal, Abdullah b
Masud (al-Jambalati 1973; al-Abrasyi 1970; Ghazali2001)
Perbincangan

Rasulullah

menggunakan

kaedah

perbincangan

dalam

enyampaikan

ilmu

pengetahuan, kefahaman, dan pendidikan. Allah mengajar rasullullah supaya erring


bermesyuarah dan berbincang, dengan pengikut-pengikut baginda babi memutuskan
sesuatuperkara kerana mengambil keputusan brdasarkan kaedah tersebut adalah
lebih sempurna dan dan kukuh.

Perbincangan rasulullah dengan para sahabat

berlaku dengan tawanan badar. Abubakar mencadangkan supaya taanan tersebut


dikenakan tebusan, manakala s umar mencadangkan supaya tawanan tersebut
dibunuh. Rasulullah lebih cenderung kepada pendapat abu bakar. Sehubungan itu,
turunlah wahyu bagi menjelaskan keada an yang sebenar dan menguatkan pendapat
saidina Umar. (Abdullah 1995)
Sehubung dengan itu Glasser (1986) mengesyorkan tiga jenis perbincangan ;
1- Perbincangan menyelesaikn masalah sosial secara bebas
2- Perbincangan secara terbuka tanpa berselindung
3- Perbincangan pendidikan bermatlamat.
Pendapat- kesemua perbincangan ini perlu mencungkil buah fikiran pelajar dari aspek soaial.
Aspek pengajaran yang paling penting ialah kebolehan mematuhi pembentukan tingkah laku
dan hasil pembelajaran adalah dalam bentuk nilai diri, rasa dihargai dan identity. Dengan ini
pengajaran bertujuan menetapkan penglibatan dan pembentukan tingkah laku positif,
seterusnya akan menyuburkan perkembangan individu dari pelbagai aspek termasuk
perkembangan akademik seseorang pelajar. Matlamat pendidikan Islam ialah melahirkan
insane yang berjiwa taqwa dan melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sebagai
khalifah Allah ( )
a-firman Allah dalam surah Az-Zariat : 56 yang bermaksud tidak aku jadikan jin dan
manusia melainkan untuk menyembah Aku.
Sesungguhnya aku akan jadikan dimuka bumi seorang khalifah (al-Baqarah : 30)

RUJUKAN
Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Al-Jumbalati & Abu Futuh al-Tunisi. 1973. Dirasat Muqaranahfil al-Tarbiyyah al-Islamiah.
Mesir
Ghazali Darusalam. 2001. Pedagogi Pendidkan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd
Glasser, W. 1986. Schools Without Failure. New York; Harper & Row.
Abdul Halim Mat Diah Dr Islam dan Demokrasi Pendidikan, 1989, Percetakan Watan Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.
Philip K. Hitti, The Arabs A Short History, (Dunia Arab, Sejarah Ringkas) Terjemahan oleh ;
Usuluddin Hutagalung dan O.D.P. Sihombing. Pen. Sumur, Bandung, 1970. Hal. 29
Mohamad Yusoff Mahmud 1986, Negara Islam Pendidikan Cabaran dan Pembentukan,
Shah Alam, Penerbit NASA
Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri.2008.Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran.Skudai : Unversiti TeknologiMalaysia.