Anda di halaman 1dari 11

INVENTORI PERSONALITI SIDEK

Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti


ciri-ciri atau tret-tret personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah
ujian yang mempunyai format jawapan Ya atau Tidak. Respons
individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan
dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti
Sidek atau singkatannya IPS misalnya mempunyai 15 skala yang
mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu.
Inventori

Personaliti

Sidek

adalah

satu

alat

ukuran

yang

bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri


personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar,
Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri,
Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran
ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran
responden dalam menjawab item ujian.
Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek
Walaupun jangka masa untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan
secara khusus, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan
dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan
dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahankemudahan asas seperti kerusi dan meja. Pentadbir ujian mestilah
mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi
segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.
Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil IPS

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara


manual atau mengutamakan program komputer yang khusus.
Sekiranya

pengiraan

skor

dan

pembentukan

profil

ujian

personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya


dibuat dengan teliti dan hati-hati. Umumnya, borang jawapan IPS
mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan
bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala
penipuan. Sementara, 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret atau
skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan pengiraan skor mentah, fokus
hanya diberikan kepada jawapan Ya yang perlu dibuat baris demi
baris. Oleh kerana setiap tret diwakili oleh 10 item, maka kadar skor
maksimum yang boleh diperolehi individu ialah 10. kadar skor mentah
ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus dengan didarabkannya
dengan 10. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kaedah pengiraan skor
seperti yang terkandung dalam Manual IPS.
Pentafsiran Profil IPS
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan
satu persatu. Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan traittrait berkenaan adalah seperti berikut;

Agresif
Skor Tinggi (70 99 %)

Menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda suka


mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan
orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah
hajat dan matlamat anda tercapai.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai
ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut
hak anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan orang lain
anda jaga.
Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam kebanyakan
hal, anda membenarkan orang lain memanipulasi diri dan perasaan
anda.
Analitikal
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan

anda

adalah

seorang

yang

sensitif

kepada

persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun


situasi.

Anda

suka

membuat

pemerhatian,

penyelidikan

dan

analisis.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah sederhana. Minat anda
untuk menganalisis adalah di tahap sederhana.
Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak berminat
dengan perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis.

Anda adalah individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan


orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.
Autonomi
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala
tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti
seharian.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap sederhana.

Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang lain dan
struktur sosial yang memerlukan keakuran.
Bersandar
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain. Dalam
membuat

sesuatu

keputusan,

anda

selalunya

mengharapkan

pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama yang individu


mempunyai autoriti. Anda selalu meminta orang lain menunjukkan
arah yang harus anda tuju.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap sederhana.
Skor Rendah (1 40 %)

Menunjukkan yang anda adalah individu yang suka berdikari. Dalam


membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, anda
selalunya tidak bergantung kepada orang lain.
Ekstrovert
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan

anda

adalah

individu

yang

sosial.

Anda

suka

berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa


tidak selesa duduk bersendirian.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak
sosial. Umumnya, tahap sosial anda adalah sederhana.
Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang kurang atau tidak sosial.
Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar
dan lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa
kepada situasi kerja bersendirian atau satu sama satu.

Intelektual
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi
intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan
tetapi tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.
Skor Sederhana (40 70 %)

Menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada di tahap sederhana.


Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda tidak merasa selesa denga perkara-perkara yang
bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan kerjakerja yang berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih
selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran.
Introvert
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial dan suka
mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda
lebih selesa dengan setting kerja bersendirian atau satu sama satu.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap sederhana iaitu
tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam
perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang
ramai. Anda adalah seorang yang sosial.
Kepelbagaian
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat
memberikan peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru.
Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu
yang baru. Anda adalah seorang yang adventures.

Skor Sederhana (40 70 %)


Menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah di tahap sederhana.
Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda lebih sukakan situasi-situasi pekerjaan yang
stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi-situasi dan
pengalaman-pengalaman baru.
Ketahanan
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan dari
segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua
tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh
jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah di tahap sederhana.
Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari fizikal, mental
dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak
bernilai, cepat bosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja
kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai.
Kritik Diri
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini
selalunya dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri,

bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan atau


tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya.
Individu yang mendapat skor antara 60% hingga 70% dikatakan
mendapat faedah daripada kaunseling individu. Sementara, individu
yang

mendapat

skor

lebih

daripada

70%

dikatakan

sangat

memerlukan kaunseling individu.


Skor Sederhana (40 60 %)
Dikaitkan

dengan individu

yang stabil

dari

segi

emosi

dan

psikologinya.

Skor Rendah (1 30 %)
Biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah
adalah orang lain.
Mengawal
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan
memimpin orang
dipimpin.

lain.

Selalunya

Anda lebih

memilih

kerjaya

suka

memimpin

yang

berkaitan

daripada
dengan

kepemimpinan seperti Pengurus, Pentadbir awam, Peguam, Pegawai


tentera, Ahli politik dan lain-lain.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan anda adalah di
tahap sederhana.
Skor Rendah (1 40 %)

Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin.


Kerjaya

utama

yang

berkaitan ialah setiausaha, pragmugari,

akauntan, ahli biologi dan lain-lain.


Menolong
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan
untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan, dan
membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana.
Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang
lain. Individu lebih memfokuskan kepada diri sendiri.
Sokongan
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan
untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan
skor rendah untuk trait personaliti menolong menunjukkan anda
adalah individu yang sangat mementingkan diri.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap sederhana.
Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada
orang lain.

Struktur
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkaraperkara berstruktur, rutin, dan terperinci. Lebih gemarkan kepada
kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian
dan berulang-ulang.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda beradadi tahap
sederhana.
Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak
berstruktur dan tidak berulang-ulang.
Pencapaian
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang sangat bermotivasi dan
suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.
Skor Sederhana (40 70 %)
Menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana.
Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu
kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.
Pencapaian

Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran


responden

dalam

menunjukkan

menjawab

responden

item

cenderung

ujian.
untuk

Skor

melebihi

tidak

jujur

50%
dalam

memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang diperolehi adalah


tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah
dimasukkan ke dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998.

Anda mungkin juga menyukai