Anda di halaman 1dari 2

SK.

LEMBAH BERINGIN, KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR KERTAS KERJA


MEWUJUDKAN DAN MENCERIAKAN BILIK KHAS BAHASA MELAYU 2012
Pendahuluan Bilik Khas Bahasa Melayu perlu diwujudkan bertujuan untuk
memastikan pengurusan bahan, fail dan alat bantu mengajar diatur dengan baik
dan dengan ini akan memudahkan guru melakukan proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain berperanan menyimpan bahan bantu mengajar bagi
kegunaan guru SKLB, keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga
menjadi faktor penting untuk menarik murid-murid SKLB untuk datang ke bilik
Khas Bahasa Melayu dengan lebih kerap. Keadaan bilik yang cantik juga penting
untuk menjadikan bilik tersebut sebagai salah satu tempat santai yang berguna
dan berilmiah khususnya kepada murid-murid. Sejajar dengan misi Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu Membangunkan Potensi Individu melalui Pendidikan
Berkualiti, dan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris maka Panitia Bahasa Melayu SK Lembah Beringin mengambil
inisiatif untuk mewujudkan dan menceriakan Bilik Khas Bahasa Melayu. Maka
wajarlah ia dipertimbangkan dan mendapat perhatian untuk menjamin kualiti
pendidikan anak didik di SK. Lembah Beringin bagi menjamin kecemerlangan
pelajarnya pada masa akan datang yang semakin mencabar. 2.
Objektif
Penggunaan yang optimum Bilik Khas Bahasa Melayu dalam kalangan warga
SKLB dapat mendedahkan dan meminati Bahasa Melayu dalam penulisan atau
lisan.
Membentuk suasana Bilik Khas Bahasa Melayu yang lebih ceria dan
selesa untuk kemudakan warga SKLB.
Dapat melahirkan murid yang
cintakan ilmu yang dapat memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita dan
mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan.
Menempatkan bahan
bacaan yang diminati murid untuk menambah ilmu pengetahuan. 3.
Rasional & Matlamat
Memastikan Bilik Khas Bahasa Melayu sentiasa
berada dalam keadaan yang bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat
pembelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Melayu supaya guru dapat bahan
p&p dengan mudah dan murid dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.
Meningkatkan kualiti pengurusan fail dan
penyimpanan bahan bantu mengajar dengan lebih sistematik untuk menjadi
sekolah Berprestasi Tinggi. 4.
Lokasi Sasaran Bilik Khas Bahasa Melayu
( bersebelahan dengan makmal komputer) rujuk lampiran. 5.
Bahan-bahan
yang diperlukan (Anggaran Perbelanjaan) Bahan-bahan keperluan dan bahan
untuk keceriaan Bilik Khas Bahasa Melayu BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN
HARGA CATATAN 1. Polystrine colour 1
pack RM 92.00 2. Mesin pencetak 3
dalam 1 Printer 3 in 1 1 RM 350.00 3. Alat Pemotong Polystrine 1 RM 120.00 4.
Tikar Getah 1 Gulung RM 300.00 5. Laminating Film 1 pack RM 42.00 6. Kertas
A4 10 rim RM100.00 7. Stationary (double tape,double sided) RM 20.00 8. Cat
simen ( unggu muda) 5 liter RM 38.00 9. Kertas warna (warna biru tua) 30 x RM
1.20 RM 36.00 10. Kertas kajang (examination pad ) 5 rim x RM 16.00 RM 80.00
11. Langsir, rel dan cangkuk 5 panel RM 300.00 12. Rak buku 2 X RM 150 RM
300.00 13 Cutter papar trimmer 1 RM 90.00 14 Hole Punch 1 RM 15.00 15
Staples Gun 1 RM 20.00 16 Sahibba 5 X RM 55.00 RM 275.00 17 CD Bunner 50
keping RM 50.00 18 Kamus Dewan Terkini 2 buah X RM 60.00 RM 120.00 19
Kamus Pelajar 5 X RM 22.00 RM 110.00 20 Jam dinding 1 RM 40.00 Jumlah RM
2498.00 6.
Sumber Kewangan
PIBG SK Lembah Beringin 7. Organisasi

Panitia Bahasa Melayu Ketua


:
Nasation b. Mohamad Idris.
Ajk
:
Cik Norzaila bt. Amir
En. Maarof b. Saleh.
Pn. Norziah bt. Md. Ali
En. Shukri b. Sulong
8. Penutup
Pihak kami amat
mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang
cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah
disamping memberi semangat dan menarik minat murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan
mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan
lancar dan diberkati . Disediakan oleh,
Disemak oleh, .......................................
................................ (NASATION B. MOHAMAD IDRIS)
(PN.HJH. NORLIA BT. SUKRI)
Ketua Panitia Bahasa Melayu.
Guru Besar,
SK. Lembah Beringin.
SK. Lembah Beringin.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai