Anda di halaman 1dari 24

ISI KANDUNGAN

1.0

Abstrak...............................................................................................2

2.0

Pengenalan.........................................................................................2

3.0

Sorotan Literatur.................................................................................3

3.1

Faktor-Faktor Pemilihan Kerjaya.......................................................5

3.2

Teori Pemilihan Kerjaya....................................................................7

3.2.1

Teori Tret Dan Faktor..................................................................7

3.2.2

Teori Kerjaya Islam.....................................................................8

3.2.3

Teori Holland............................................................................10

3.2.4

Teori Super...............................................................................12

3.2.5

Teori Krumboltz, Mitchell Dan Gelatt........................................14

3.2.6

Teori Anne Roe.........................................................................14

3.3

Konsep Pemilihan Kerjaya..............................................................17

3.4

Masalah Pemilihan Kerjaya............................................................17

3.5

Strategi Pemilihan Kerjaya.............................................................17

4.0

Cadangan.........................................................................................18

5.0

Rujukan.............................................................................................20

1.0

ABSTRAK

Pekerja adalah antara penentu yang penting dan merupakan faktor utama
yang

menentukan

kejayaan

organisasi

dalam

persekitaran

yang

kompetitif. Jika diuruskan dengan baik, komitmen pekerja boleh membawa


kepada impat yang berfaedah seperti meningkatkan keberkesanan serta
kecekapan organisasi

dan

seterusnya

meningkatkan prestasi

serta

produktiviti bagi sesebuah organisasi. Kertas konsep ini bertujuan untuk


membincangkan pekerja dan pemilihan kerjaya mereka daripada faktor
pemilihan kerjaya serta teori-teori yang berkaitan pemilihan kerjaya.

2.0

PENGENALAN

Kerja bermaksud melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan
mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam atau 12
jam. Kerja mengikut istilah umum bermakna membuat atau melakukan sesuatu bagi
mendapatkan hasil, upah, ganjaran dan berpendapatan tetap. Manakala pekerja pula
bermaksud orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan
atau perantisan samada kontrak perkhidmatan atau perantisan itu secara bertulis atau secara
lisan, nyata atau tersirat.

Kerjaya bermaksud kerja yang disukai, diminati dan dibuat sepenuh hati tanpa paksaan. Ia
amat sesuai bagi individu yang berpandangan jauh dan bervisi. Kerjaya juga bermakna
mempunyai peluang luas dalam aspek peningkatan diri ke arah lebih profesional, berdaya
maju dan mampu memberi hasil pulangan yang lumayan. Dari segi masa pula, waktu
kerjanya 24 jam sehari namun bebas, santai dan tidak mengekang dan tidak meminggirkan
2

disiplin diri bagi tujuan mengemudi hala tuju yang teratur dan lancar. Kerjaya adalah kerja
yang berterusan dan kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku
dalam kehidupan individu. Juhairy Haji Ali (2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh
didefinisikan sebagai persepsi seseorang individu, satu sikap dan tingkahlaku individu yang
berkaitan dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan individu. Mohd Fadzil
Che Din (2001) menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk
memenuhi keperluan-keperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini
direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya.

Kerjaya adalah sebagai satu perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan
kehidupan dimana kerjaya dijadikan bidang profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai
satu cara untuk mencari nafkah (Sidek Mohd Noah, 2002). Perkembangan kerjaya adalah
amat penting bagi untuk setiap pelajar di mana mereka ini di dalam proses persiapan diri
sendiri bagi memasuki alam pekerjaan. Ianya penting kerana mengandungi proses dan aktiviti
yang dapat membentuk kerjaya seseorang pada masa depan. Menurut Herr, Cramer & Niles
(2004), perkembangan kerjaya adalah proses dimana seseorang individu membangunkan
karakter seperti identiti diri dan identiti kerjaya, perancangan kerjaya dan kesediaan kerjaya.

3.0

SOROTAN LITERATUR

Fiorita, Bozeman, Young dan Meurs (2007) menyatakan bahawa pekerja


adalah antara penentu yang paling penting dan adalah faktor utama yang
menentukan kejayaan organisasi dalam persekitaran yang kompetitif.
Selain itu, jika diuruskan dengan baik, komitmen pekerja boleh membawa
kepada

impak

yang

positif

seperti

peningkatan

keberkesanan,

peningkatan prestasi, produktiviti dan kehadiran pekerja bagi sesebuah


3

organisasi. Secara amnya, tujuan individu yang memerlukan kerja adalah


untuk mengumpul wang bagi meneruskan kelansungan hidup untuk
memenuhi keperluan dan kehendak yang mana, wang adalah faktor
penting yang perlu ada. Bak kata pepatah yang selalu di ketengahkan
oleh masyarakat masa kini iaitu duit bukan segala-segalanya tetapi
segala-segalanya memerlukan duit. Selain untuk mendapatkan wang
daripada pekerjaan yang dimiliki oleh individu, pekerjaan juga dapat
memberikan kepuasan dari sudut emosi dan intelektual di mana dengan
bekerja, individu dapat membantu membuat keputusan yang bijaksana,
menentukan matlamat yang hendak dicapai, mengetahui tanggang jawap
yang digalas dengan jelas seterusnya dapat menentukan penambah
baikkan yang hendak ditetapkan. Selari dengan pandangan Noran Fauziah
dan Wan Rafaei (1993), apabila pekerja memasuki alam pekerjaan,
mereka dijangka melalui perkembangan di dalam kerjaya. Oleh yang
demikian, pekerja boleh merancang kerjaya mereka untuk dikembangkan
dan dibangunkan melalui perancangan mereka sendiri dan pengurusan
kerjaya oleh organisasi.

Perkembangan kerjaya adalah satu proses yang formal, tersusun serta


suatu usaha yang dirancang untuk mencapai keseimbangan antara
keperluan kerjaya dan kehendak tenaga kerja. Ia juga merupakan satu
mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam suatu
organisasi untuk masa kini dan masa datang. Dalam pemilihan kerjaya,
Ginsberg

Axelbas

(1951)

menyatakan

tentang

teori

yang

menggerakkan seseorang ke arah kerjaya yang menjadi pilihan sama ada


4

kekal atau sementara dalam hidupnya. Tiga teori yang di maksudkan


adalah:

a) Accidential theory di mana individu secara tidak sengaja atau sengaja


menceburi kerjaya tersebut akibat dari sesuatu peristiwa, desakan,
pengaruh atau kebetulan.

b) Impulse theory atas rasa hati atau emosi terhadap kerjaya yang
dilihat, dibaca, diselidik atau dialami oleh individu lain yang signifikan
dengannya.

c) Bimbingan vokasional hasil dari maklumat-maklumat kerjaya dari


bahan-bahan sebaran, baucer, handouts dan lain-lain atau kaunselor
kaunseling kerjaya.

Setiap orang ingin bekerja mengikut tujuan masing-masing seperti minat,


mencari kepuasan diri, memperoleh sumber kewangan, memupuk sumber
sokongan sosial, membina identiti serta harga diri dan seterusnya
memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara (Siti Noraziah,
2007 dalam faizah, 2010). Hal ini menunjukkan bahawa kerjaya seseorang
memainkan peranan penting dalam kehidupan dan memberikan impak
kepada keadaan persekitaran.

3.1

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA

Menurut Ahmad (1999) antara faktor menyebabkan individu kurang


5

berjaya kerana silap memilih kerjaya dalam hidupnya. Oleh itu teori-teori
kerjaya

dibangunkan

bagi

memastikan

individu

dapat

membuat

keputusan yang betul dalam pemilihan kerjaya mereka. Berdasarkan teoriteori kerjaya yang telah dibangunkan, ia digunakan bagi menentukan
beberapa faktor yang akan digunakan dalam beberapa kajian mengenai
kerja dan pemilihan kerjaya di kalangan pekerja. Faktor- faktor tersebut
digunakan bagi mengetahui adakah faktor tersebut boleh mempengaruhi
pemilihan kerjaya sama ada ke arah profession atau bidang kerjaya yang
dipilih. Di sini faktor-faktor yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya
dalama kalangan individu adalah:
3.1.1 Faktor Dalaman
i.

Jantina

ii.

Latar belakang kaum dan budaya

iii.

Faktor fizikal

3.1.2 Faktor yang disebabkan oleh ciri-ciri peribadi individu


i.

bakat
Kapasiti dan kebolehan khusus yang diperlukan bagi individu
untuk belajar secukupnya melaksanakan sesuatu tugas atau
kerja tugas yang merangkumi empat domain utama iaitu
kognitif, psikomotor, fizikal dan deria

ii.

Minat
Minat merupakan sesuatu yang mempengaruhi individu untuk
mencaburi sesuatu.

iii.

Personaliti.
Satu set tersendiri ciri-ciri yang cenderung untuk tetap sama
6

seluruh situasi yang sama dan agak stabil dari masa ke masa.

3.1.3 Ciri-ciri peribadi-sosiologi


i.

Status sosioekonomi keluarga

ii.

Akses kepada pendidikan

iii.

Gaya Hidup

3.1.4 Faktor-faktor luaran


i.

Keadaan kerja

ii.

Jangka masa latihan

iii.

Tuntutan fizikal

iii.

Keadaan persekitaran

3.1.5 Pengaruh sosiologi


i.

Prestij Pekerjaan

ii.

Mobiliti Pekerjaan

ii.

Pusat yang mengawal selia kemasukan ke pekerjaan

3.1.6 Aspek ekonomi

3.2

i.

Bekalan dan permintaan

ii.

Guna tenaga dan pengangguran

TEORI PEMILIHAN KERJAYA

Terdapat pelbagai teori kerjaya yang telah dibangunkan yang menjadi

asas pengkaji dalam kajian mereka terhadap bidang kerjaya. Antara teori
pemilihan

kerjaya

yang

menggunakan

pendekatan

struktur

yang

memberikan penekanan kepada proses yang terlibat dalam pemilihan


kerjaya yang mempunyai struktur yang amat jelas seperti teori Tret dan
Faktor, teori Kerjaya Islam, teori Holland, teori Krumboltz, Mitchell dan
Gelatt teori Anne Roe dan sebagainya (Sidek Mohd Noah, 2002). Manakala
teori Super yang diasaskan oleh Donald E.Super pula lebih dikenali
menggunakan pendekatan proses.

3.2.1 TEORI TRET DAN FAKTOR

Diasaskan oleh Frank Parsons iaitu bapa pergerakan kaunseling kerjaya.


Teori ini adalah teori terawal yang cuba menerangkan proses pemilihan
kerjaya berasaskan kepada teori perbezaan peribadi individu. Teori ini
mengandaikan

bahawa

setiap

individu

mempunyai

corak

dan

kemampuannya yang unik dan tret-tret tertentu yang dapat diukur


dengan tepat dan selaras. Individu mempunyai kebolehan dan tret-tret
yang unik. Tret-tret ini pula mempunyai hubungan dengan keperluankeperluan dalam pelbagai jenis pekerjaan. Ujian iaitu pengukuran tret
yang objektif dan standard adalah kaedah yang terbaik untuk meramal
kejayaan pekerjaan masa depan seseorang. Sesuatu ujian dianggap
berkesan bergantung kepada:
Cara interprestasi ujian dipersembahkan
Cara interaksi kaunselor & klien
Oleh itu, kaunselor perlu manfaatkan maklumat daripada ujian kerana :

Bantu klien menilai minat dan kebolehan


Buat pilihan bidang yang betul.
Di samping itu, Kaunselor perlu berhati hati dan peka kerana klien yg
datang mempunyai perbezaan dari segi sikap, minat, nilai, pencapaian
dan personality. Teori ini berguna apabila individu akan berusaha untuk
mengenalpasti tret-tretnya dan mencari jalan untuk hidup dan bekerja
yang membolehkan ianya menggunakan segala kebolehan-kebolehan
yang dimilikinya secara berkesan. Ini adalah kerana,
sebuah

teori

bercorak

kognitif

yang

mana

Teori t-f adalah

penggunaannya

dan

mempermudahkan proses pemilihan kerjaya terutama jika maklumat yang


tepat mengenai diri individu diperoleh.
Parsons mencadangkan pemilihan kerjaya yang baik melibatkan tiga
perkara iaitu :
Kefahaman yang jelas mengenai diri,
Pengetahuan mengenai pekerjaan
Taakulan tepat mengenai hubungan antara kedua-dua
fakta tersebut
Manusia

sebahagian

besarnya

adalah

individu

yang

rasional

dan

berkebolehan membuat pemilihan yang terbaik asalkan keterangan dan


maklumat untuk mengasaskan pilihan itu mencukupi.

3.2.2 TEORI KERJAYA ISLAM

Teori Kerjaya Islam ini telah cuba dibangunkan oleh Sidek Mohd Noah
(Sidek Mohd Noah, 2002). Teori ini melihat kerjaya sebagai satu

kepentingan material dalam aktiviti kehidupan manusia di muka bumi.


Tanpa asas kerjaya yang mantap dan kukuh, mungkin keseimbangan
antara fitrah semulajadi manusia sama ada dari segi jasmani dan rohani
atau antara mental dan emosi akan terganggu. Allah disamping menyuruh
manusia beribadah kepada-Nya dengan tekun dalam masa yang sama
menyeru manusia berusaha mencari rezeki yang halal.
Bekerjaya adalah sunnah para Rasul terdahulu tanpa mengira taraf
pekerjaan tetapi yang penting ianya adalah pekerjaan yang halal.
Bekerjaya dalam Islam adalah salah satu ibadah dan merupakan amal
soleh dengan syarat pekerjaan itu tidak melibatkan perkara yang haram
atau maksiat, ia dilakukan dengan niat yang suci mengandungi matlamat
dan objektif yang diredai Allah, dilakukan dengan tekun dan cekap,
dilakukan dengan mematuhi piawian syariah Islam dan tidak mengabaikan
kewajiban ibadah khusus seperti solat dan lain-lain.

Dua elemen asas dalam kerjaya Islam yang tidak dipunyai oleh teori-teori
kerjaya Barat ialah kemantapan rohani dan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman. Kemantapan rohani dibentuk melalui cara niat yang baik,
keazaman yang kuat, kesabaran yang tinggi, bertawakal kepada Allah dan
istiqamah dalam pekerjaan. Elemen pengetahuan pula menuntut setiap
individu yang bekerja mencari ilmu pengetahuan yang berkaitan kerana
ilmu pengetahuan dikaitkan dengan darjat dan kualiti kerja seseorang.
Islam

menuntut

supaya

seseorang

itu

mengambil

berat

tentang

kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengurusan agar kerja yang


dilakukan itu dapat dilakukan dengan baik dan sistematik. Setelah
10

memiliki pengetahuan, kemahiran dan pengalaman individu perlulah tahu


tentang cara dan kaedah untuk melaksanakan pekerjaan itu. Dalam hal ini
individu yang terlibat mestilah mempunyai strategi tertentu di samping
kemahiran dalam bidang teknologi agar kerja yang dihasilkan itu
berkualiti.

Mengenai faktor-faktor pemilihan kerjaya, pengkaji berpendapat Islam


tidak menolak faktor-faktor yang telah dikemukakan oleh para pengkaji
Barat. Faktor yang boleh diterima Islam ialah seperti faktor genetik,
pendidikan, pembelajaran dan persekitaran. Apa yang tidak menjadi
pertimbangan para pengkaji Barat ialah faktor agama. Jesteru itu,
pemilihan kerjaya Islam meletakkan faktor agama sebagai penentu akhir
perkembangan dan pemilihan kerjaya individu. Faktor agama menentukan
sama ada sesuatu pekerjaan itu halal, haram dan syubhah. Disamping itu,
teori kerjaya Islam memberi penekanan yang seimbang antara kejayaan
dan kepuasan duniawi dan akhirat, bukan semata-mata kejayaan di dunia
sahaja seperti mana yang ditekankan oleh teori kerjaya Barat.

3.2.3 TEORI HOLLAND

Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap


personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh
Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat
vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian
deskripsi

tentang

minat

individu

11

juga

menggambarkan

personaliti

seseorang.

Tret-tret

personaliti

biasanya

dikenal

pasti

melalui

kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi,


hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai
ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002)

Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada


enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya
terhadap budaya masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah
Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan
Conventional (C). Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada
interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah
rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan
persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor
ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada
aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan
minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.

Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker,


1994, Osipow, 1973, Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam
personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu,
iaitu:
i. Realistik atau agresif- sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan
kemahiran dan masculinity. Individu realistic biasanya akan memilih
kerjaya yang akan membenarkan mereka mengekspresi segala ciri yang
dimiliki oleh mereka. Kerjaya yang mereka pilih adalah seperti mekanik,
12

juruteknik, tukang kayu dan lain-lain. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah
tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistic, keras hati, tidak
menyendiri dan lain-lain.
ii. Investigatif atau intelektual - sesuai dengan pekerjaan yang lebih
memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lainlain. Individu investigative mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati,
kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih diri, pendiam dan lainlain.
iii. Artistik atau imaginative - artis, sama ada dalam bidang muzik atau
seni. Individu artistic menyukai aktiviti-aktiviti yang kabur, bebas dan
tidak sistematik yang memerlukan mereka memanipulasi bahan-bahan
dan perkataan, disamping menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit,
sistematik dan berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit,
tunggang tebalik, emosional, ekspresif, idealistic, imaginative, bebas,
intuitif dan lain-lain.
iv. Sosial - individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik,
memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti
eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan
mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama,
sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistic, empati, baik hati
dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi,
pegawai kebajikan dan kaunselor.
v. Enterprising atau extrovert - individu enterprising menyukai aktivitiaktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan
13

memimpin untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi


disamping

menghindari

aktiviti-aktiviti

pemerhatian,

simbolik

dan

sistematik. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti sukakan pencapaian, suka


mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh, bertenaga,
suka menunjuk, menggembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-lain.
Kerjaya yang mereka pilih ialah seperti ahli politik, pengurus, eksekutif
dan perniaga.
vi. Conventional atau praktikal - individu conventional memiliki minat,
kecekapan, persepsi diri dan mempunyai ciri-ciri seperti berhati-hati, akur,
teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam rasa, tabah hati,
praktikal, cermat dan lain-lain. Mereka memilih kerjaya seperti kerani,
setiausaha atau operator.
Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan
meluas dalam pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan
kerjaya, penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan
perindustrian. Alat-alat ukuran untuk mengukur jenis personaliti serta
aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan seperti Vocational
Preference

Inventory

(VPI),

Self-Directed

Search

(SDS),

Vocational

Exploration and Insight Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory


(MVS) (Sidek Mohd Noah, 2002).

3.2.4 TEORI SUPER

Teori ini lebih mementingkan konsep kendiri dalam menentukan arah tuju
individu dalam bidang pekerjaan. Menurut Super (Isaacson & Brown,

14

1993), konsep kendiri ini berkembang melalui pertumbuhan fizikal dan


mental, pemerhatian terhadap pekerjaan, hubungan dengan orang
dewasa yang bekerja, persekitaran dan pengalaman. Dimensi-dimensi ini
mewujudkan perbezaan dan persamaan antara individu dan dapat
membantu seseorang memilih kerjaya yang sesuai. Selain itu, Super turut
menjelaskan bahawa dalam perkembangan kerjaya, individu mengambil
kira faktor-faktor seperti keperluannya, kebijaksanaan, minat, nilai, sikap,
keluarga, rakan sebaya, masyarakat, ekonomi negara, pasaran buruh dan
sekolah.
Dalam pemilihan kerjaya ini, Super (dlm. Ishamudin Hj. Ismail, 1997) telah
menekankan wujudnya beberapa peringkat perkembangan kerjaya seperti
peringkat

perkembangan,

penerokaan,

pemantapan,

persaraan

dan

peringkat menurun. Peringkat perkembangan menjelaskan mengenai


pembentukan konsep kendiri oleh seseorang individu dengan mengenal
pasti orang-orang yang signifikan dalam keluarga dan sekolah. Mereka
pada peringkat ini akan menonjolkan minat dan kebolehan dengan
menceburi dirinya dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah atau di rumah.
Super telah membahagikan peringkat ini kepada tiga bahagian, iaitu:
a. Bahagian fantasi - 4 hingga 10 tahun
b. Bahagian minat - 11 hingga 12 tahun
c. Bahagian kebolehan - 13 hingga 14 tahun
Peringkat penerokaan pula adalah peringkat di mana individu itu berada
dalam lingkungan 15 hingga 24 tahun. Dalam peringkat ini, Super
membahagikannya kepada tiga bahagian:
Bahagian tidak tetap - 15 hingga 17 tahun
15

Bahagian peralihan - 18 hingga 21 tahun


Bahagian percubaan - 22 hingga 24 tahun
Dalam peringkat ini, peranan yang dimainkan oleh pihak keluarga dan
sekolah adalah amat penting. Di peringkat ini, individu akan cuba-cuba
untuk bekerja secara sambilan untuk menerokai dunia pekerjaan yang
sebenar. Ketika ini jugalah individu mencari kerjaya yang sesuai dan yang
mereka minati.

3.2.5 TEORI KRUMBOLTZ, MITCHELL DAN GELATT

Teori ini lebih cenderung kepada pengaruh kehidupan terhadap pemilihan


kerjaya. Teori ini dikemukan oleh Krumboltz, Mitchell dan Gelatt pada
tahun 1975 dan diperbaharu pada tahun 1995 oleh Krumboltz dan Mitchell
sahaja (Zunker, 1986). Teori ini menjelaskan terdapat empat faktor dalam
proses pemilihan kerjaya iaitu:
a. pengaruh baka dan kebolehan individu
b. persekitaran
c. pengalaman belajar
d. kemahiran menjalankan tugas.

Pengaruh baka dan kebolehan individu merupakan sifat yang diwarisi


yang mungkin membataskan peluang pekerjaan individu. Pengaruh
persekitaran dan peristiwa dilihat sebagai faktor yang selalunya di luar
kawalan individu. Seperti banjir dan bencana alam memberi kesan kepada
kondisi ekonomi yang memberi kesan kepada kerjaya. Pengalaman belajar

16

meliputi alat-alat pengalaman dalam belajar dan yang mempunyai


hubungan dengan pengalaman berlajar. Kemahiran dalam menjalankan
tugas meliputi satu bentuk kemahiran individu yang telah dibangunkan
seperti kemahiran menyelesaikan masalah, tabiat kerja, set minda, respon
emosi

dan

kognatif.

Faktor-faktor

ini

mampu

membantu

individu

mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, mengenalpasti kemahiran


sendiri dan menetapkan kebolehan individu dalam carrer-entry, contohnya
dalam memilih pekerjaan dan memilih pusat pengajian atau latihan yang
bersesuaian.

3.2.6 TEORI ANNE ROE

Teori ini telah diperkenalkan oleh Anne Roe yang merupakan seorang yang
terlatih sebagai ahli psikologi klinikal. Beliau kemudiannya menceburi
bidang pembangunan kerjaya melalui penyelidikan yang dilakukannya
(Osipow, 1973). Teori Roe mengintergrasikan teori personaliti dengan
klasifikasi pekerjaan. Teori ini menumpukan kepada dua bahagian iaitu
personaliti dan klasifikasi pekerjaan bertujuan untuk melihat hubungan
semua bidang pekerjaan dengan latar belakang keluarga dan pengalaman
layanan ibu bapa semasa kanak-kanak.

Menurut Roe (Zunker, 1986), pengalaman awal kanak-kanak di rumah


bersama ibu bapa merupakan asas kepada pembentukan personaliti dan
sikap individu terhadap pemilihan termasuklah pemilihan kerjaya. Kanakkanak menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa sebagai model

17

peranan dan tauladan. Teori pemilihan kerjaya Roe menyenaraikan tiga


faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya individu. Faktor-faktor
tersebut ialah latarbelakang genetik, pengaruh tenaga psikik serta
pengaruh genetik dan hieraki keperluan individu (Sidek Mohd Noah,
2002).

Menurut Roe (dlm. Sidek Mohd Noah, 2002, Osipow, 1973), faktor latar
belakang genetik mempengaruhi minat, kecerdasan, sikap dan personaliti
individu yang akhirnya akan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang.
Selain itu, ia turut mempengaruhi sifat fizikal individu seperti ketinggian,
kecantikan dan kecacatan individu. Individu yang rabun warna sudah
tentu tidak sesuai untuk menjadi ahli kimia.

Manakala faktor pengaruh tenaga psikik pula merupakan perkembangan


keupayaan khas seseorang individu ditentukan oleh ke arah mana tenaga
psikik

diperkembangkan

di

luar

kawalan

atau

tanpa

sedar.

Arah

perkembangan ini pula terlebih dahulu ditentukan oleh bentuk kepuasan


dan kekecewaan yang dialami oleh individu pada zaman kanak-kanak.
Pada peringkat kanak-kanak, keperluan yang paling asas ialah keperluan
untuk rasa dimiliki dan ini akan kekal sebagai elemen-elemen tidak
disedari oleh individu tersebut. Keperluan tidak sedar ini akan membentuk
tenaga psikik dan seterusnya akan mempengaruhi bidang kerjaya
individu.
Pengaruh

faktor

genetik

dan

perkembangan

hieraraki

keperluan

mempengaruhi pemilihan kerjaya individu. Antara keperluan utama yang


18

dikenal pasti oleh Maslow ialah keperluan fasiologikal, keselamatan, kasih


sayang,

penghargaan

kendiri

dan

kesempurnaan

kendiri.

Apabila

keperluan asas telah dipenuhi, keperluan yang lebih tinggi terbentuk dan
keperluan ini akan terus meningkat sehingga mencapai keperluan yang
paling tinggi iaitu kesempurnaan kendiri. Keperluan yang kuat untuk
memenuhi sesuatu keperluan merupakan sumber motivasi yang sangat
kuat yang akan menggerakkan individu.

Roe (Zunker, 1986) telah mengklasifikasikan kerja kepada dua kategori


utama iaitu person oriented dan non-person oriented. Pekerjaan yang
bersifat

person

perniagaan,

oriented

pengurusan

adalah

seperti

(pengurusan

perkhidmatan,

dalam

kerajaan,

hubungan
industri,

perniagaan), budaya secara umum (mengajar, menteri, wartawan),


keseniaan dan persembahan. Manakala pekerjaan yang bersifat nonperson oriented pula ialah pekerjaan yang berkaitan teknologi, kerja-kerja
luar (pertanian, perhutanan, perlombongan) dan sains. Pemilihan kerjaya
tersebut mengikut Roe ditentukan oleh tahap keupayaan individu dan
laterbelakang sosio-ekonomi. Kemuncak kepada hubungan antara anak
dan ibubapanya merupakan faktor pengerak utama keinginan minat dan
sikap yang kemudiannya mengrefleksikan pemilihan kerjaya seseorang.

3.3

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA

Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang
akan membenarkan ekspresi diri. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada

19

sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada
pada dirinya. Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluankeperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk
berjaya dalam bidang berkenaan. Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah
bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan
persekitaran kerja.

3.4

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA

Masalah dalam pemilihan kerjaya yang dapat dikenalpasti adalah individu kurang atau tiada
kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjaya kerana mempunyai minat yang
pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat. Individu tidak dapat menjangka
dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan
yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. Individu kekurangan atau tiada
pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.

3.5

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA

Strategi pemilihan kerjaya melibatkan tiga strategi utama iaitu:


i) Individu perlu mengenal potensi diri yang bermaksud mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri
individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian.
ii) Mengenali dunia pekerjaan iaitu dengan mengenalpasti dan menganalisis keperluankeperluan pekerjaan.
iii) Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya
yang sesuai.
20

4.0

CADANGAN

Pemilihan kerjaya di kalangan pelajar adalah perlu diberi perhatian yang


khusus agar pemilihan mereka adalah bertepatan dengan minat dan
kecenderungan. Oleh yang demikian, beberapa cadangan untuk pihak
yang berkepentingan iaitu perlulah menyediakan atau mewujudkan pusat
perkhidmatan kerjaya (career services centre) yang beroperasi sepanjang
tempoh pembelajaran dan terbuka kepada semua pelajar. Pusat ini
berfungsi

sebagai

tempat

rujukan

bagi

persiapan

kerjaya

pelajar.

Perkhidmatan yang dicadangkan bagi pusat ini adalah seperti kaunseling


kerjaya,

penerokaan

kerjaya,

strategi

mencari

pekerjaan,

panduan

membuat resume, bengkel temuduga dan menyediakan bahan bahan


rujukan berkenaan kerjaya. Pusat ini juga bertanggungjawab untuk
mencari dan mengenalpasti industri atau syarikat yang berpotensi untuk
dijadikan rakan industri dimana dapat membantu pelajar lebih memahami
keperluan

dan

cabaran

dunia

pekerjaan.

Selain

itu,

program

pembangunan kerjaya perlu diwujudkan di pusat pengajian bermula


daripada semester pertama hingga semester akhir bagi semua pelajar
yang mengikuti pengajian di sesebuah pusat pengajian, membina satu
pangkalan data pelajar di pusat perkhidmatan kerjaya yang mengandungi
data lengkap pelajar dan juga senarai aktiviti pembangunan kerjaya yang
perlu dan telah diikuti oleh pelajar sepanjang tempoh pengajian. Selain
itu, pihak yang bertanggang jawap juga perlu mengkaji semula pengisian
program kerjaya yang dijalankan agar program tersebut dapat memberi
kesan kepada pelajar yang menyertainya. Pengisian program perlu dirujuk

21

kepada pakar bidang pembangunan kerjaya dan juga institusi pengajian


lain yang berpengalaman menjalankan program berkenaan. Penilaian
semula program latihan industri perlu dilaksanakan jika program tersebut
kurang memberi kesan kepada tahap kesediaan kerjaya pelajar.
Manakala cadangan kepada individu yang boleh diamalkan oleh individu
ialah

pembangunan

kerjaya

diperlukan

dalam

kerjaya

bertanggungjawab untuk membentuk kerjaya sendiri.


matlamat

dan

perancangan

kerjaya

serta

melibatkan

dan

menetapkan
diri

dalam

perancangan kerjaya sendiri, melihat perancangan kerjaya adalah penting


dan sentiasa melibatkan diri dalam peluang kerjaya secara sukarela,
sentiasa berbincang dengan pegawai atasan berkenaan dengan kerjaya
untuk mendapat maklumat yang berkaitan dengan peluang kerjaya,
mempunyai keinginan untuk meningkatkan kerjaya ke tahap yang lebih
tinggi, mempunyai keinginan untuk meningkatkan tahap kemahiran ke
tahap yang lebih tinggi, mempunyai keinginan untuk meningkatkan tahap
pengetahuan ke tahap yang lebih tinggi.

22

5.0

RUJUKAN

Ahmad Mahzan Ayob. (1991). Kaedah penyelidikan sosioekonomi. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Herr, E.L., & Cramer, S. H. (1996). Career guidance and counseling
through the lifespan. Systematic approaches. New York: HarperCollins
Isaacson, L.E. & Brown, D. (1993). Career information, career counseling &
care development. (5th Ed). Massachusetts: Allyn and Bacon.
Ishammudin Hj .Ismail. (1997). Tinjauan terhadap faktor-faktor yang
berkaitan

dengan

pemilihan

kerjaya

pelajar-pelajar

di

Pusat

Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tesis yang tidk


diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Juhary Hj. Ali (2000). Mengurus sumber manusia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. 75-85.
Mohd. Fadzil Che Din (2001). Kemudahan pendidikan dan latihan
kaunselor.

Kertas

kerja

dibentangkan

di

Seminar

Kepiawaian

Pendidikan dan Latihan Kaunselor di Malaysia di Quality Hotel, Kuala


Lumpur, 2-3 April.
Noran Fauziah Yaakub dan Wan Rafaie Abd Rahman .(1993). Siri Psikologi
Organisasi:

Sumber Manusia dalam Organisasi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. 95-122.


Osipow, S. H. (1973). Theories of career development. (2nd ed). New
Jersey: Prentice -Hall, Inc.
Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan kerjaya teori & praktis. Penerbit
Universiti Putra Malaysia. Serdang.

23

Zunker, Vernon G. (1986). Career counseling: applied concepts of life


planning. (2nd ed). California: Wadsworth, Inc.

24

Anda mungkin juga menyukai