Anda di halaman 1dari 5

BIDANG TUGAS UNTUK JAWATANKUASA KECIL DALAM PENGURUSAN HEM

SEKOLAH SMKTPB 2014


1. Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas
a) Jawatankuasa Lembaga Pengawas

Melantik Pengawas

Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar

Menasihatkan dan membimbing pengawas

Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan
pengawas
b) Jawatankuasa Disiplin Murid

mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar

bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah

Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah

Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan kesalahan.

Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar

Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah

Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar

Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan ceramah,
lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah

2. Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keharmonian Sekolah


a) Bangunan dan kelas

Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga

Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan

Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah dan kelas
sentiasa kemas, bersih dan teratur

Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang
mencukupi untuk setiap penggal

Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan

Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan pelajaran
di papan kenyataan di dalam kelas.

Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan belajar terancam


b) kawasan sekolah

Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah

Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah

Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah

Menghubungi DBKL atau pihak lain untuk mendapatkan bantuan bahan menanam

Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah
c) Kantin Sekolah

Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga,
perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan

Menapiskan sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar

Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah

Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa

Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat-Membantu guru
bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan selepas rehat
d) Jawatankuasa Keselamatan dan Latihan Kebakaran

Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi

Mengadakan kawad kebakaran dua kali setahun

Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar terancam

Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah

Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut

Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal

f) Jawatankuasa Tandas

Mengawalselia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan

Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas sebanyak 3


kali sehari

Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul

Mengadakan ?Pemeriksaan Kejut? dari masa ke semasa untuk mengekalkan keselesaan dan
kebersihan dalam tandas.

Mengadakan ceramah / takimat kepada murid tentang penjagaan dan penggunaan tandas di
sekolah

Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian masalah-masalah yang timbul

Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan tandas
sentiasa dijaga

3. Jawatankuasa Pinjaman Buku Teks

Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahun-Memproses semua borang
SPBT

Mengedar buku-buku teks kepada pelajar yang layak dan mengutip baik buku teks pada akhir
penggal

Menerima buku teks dari Kementerian Pelajaran dan merekodkan ke dalam buku stok

Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang berkaitan dengan
SPBT

Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan kepada semua guru
dan pelajar

Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan menggantikan buku yang
rosak

4. Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid / Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah

Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan

Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa yang diberikan

Berhubung dengan kerani sekoah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang biasiswa dari
Jabatan Pelajaran

Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa

Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk dan
keluar sekolah

Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian

Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG


5. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling

Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru bimbingan
dan kaunseling

Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan laporan
yang diperlukan

Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar

Merancang dan menyelaras program PRS

Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka

Menjalankan program motivasi untuk pelajar

Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan

Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin yang
dirujuk kepadanya

Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerukannya

Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu sekolah
membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid
6. Jawatankuasa Kesihatan dan Pergigian Murid

Menguruskan dan menyelaras program kesihatan yang dianjurkan oeh DBKL

Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah

Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan-Menguruskan bilik kesihatan supaya selalu


bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit bila perlu

Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang kepentingan
menjaga kesihatan dari semua aspek
8. Jawatankuasa Buku Kedatangan Pelajar dan Data Ponteng

Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar

Mengingatkan guru kelas supaya mengirim surat kepada penjaga jika didapati pelajar selalu tidak
hadir dan ponteng

Menentukan buku kedatangan pelajar diisi dengan betu dan ditutup tiap-tiap akhir bulan

Membimbing guru untuk mengisi segala butir-butir dengan betu sebagaimana yang dikehendaki

Memastikan buku jadual kedatangan pelajar disimpan dalam tempat yang

Mengingatkan guru-guru bahawa buku jadual kedatangan pelajar tidak boleh dibawa pulang

Mengisi borang kenyataan ponteng tiap-tiap bulan bila buku kedatangan murid ditutup

Menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas

Menguruskan kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan

Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN SEKOLAH

Mengingatkan guru tingkatan dan memastikan rekod enrolmen terkini setiap tingkatan dicatat
pada papan kenyataan dalam pejabat
10. Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)

Memastikan semu butiran SMM dimasukkan ke dalam komputer oleh guru tingkatan

Menghantar maklumat SMM/SSDM yang lengkap ke Jabatan Pelajaran mengikut jadual yang
ditetapkan

Menyemak dan mengemaskini rekod SMM/SSDM dari masa ke masa dengan bantuan guru
tingkatan

Anda mungkin juga menyukai