Anda di halaman 1dari 3

Bacaan Al-Fatihah.

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik
Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah
Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami
Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu
Yang Besar.
Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin
Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah
Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan
Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.
Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat
Kepada Kedua Mempelai Ini, (NAMA PENGANTIN LELAKI) Dan (NAMA PENGANTIN
PEREMPUAN).
Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka
Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat
Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami
Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga,
Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat
Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua Mempelai Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam
Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad
Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkah Kepadamu Dan Atasmu
Serta Mengumpulkan Kamu Berdua, Pengantin Laki-Laki Dan Perempuan, Dalam
Kebaikan.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, ampunkanlah dosa-dosa kami.


Berikanlah taufik dan hidayah kepada jiwa-jiwa kami dan orang-orang yang kami
sayangi.
Janganlah Engkau memalingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada
kami
dan berikanlah kami rahmat-Mu yang besar.
Ya Allah ya Tuhan kami,
sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu dan ingin mencari
keredhaan-Mu.
Kayakanlah kami dengan ilmu, muliakanlah kami dengan takwa
dan elokkanlah kami dengan akhlak yang baik.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berkatilah majlis perkahwinan ini.
Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada (nama) dan (nama).
Kurniakanlah mereka kelak zuriat yang soleh dan solehah.

Kekalkanlah jodoh mereka hingga ke jannah,


juga sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada pasangan pengantin ini agar kekal
abadi.
Aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga,
sihat wal afiat, dimurahkan rezeki dan diberkatkan usia
serta mendapat syafaat daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
satukanlah hati (nama) dan (nama) seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha, juga seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti
Khadijah.
Jadikanlah ya Allah, maksud hidup Nabi Muhammad SAW sekeluarga sebagai maksud
hidup kami dan umat ini hingga hari kiamat.