Anda di halaman 1dari 2

SMK SETIA ALAM

KERTAS KERJA
PERMOHONAN PEMBELIAN 'LCD PROJEKTOR'
UNTUK PANITIA SEJARAH
________________________________________________________________
Objektif
1. Tujuan kertas ini adalah untuk memohon pembelian sekolah LCD
Projector bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran sejarah.
2. Projektor LCD merupakan medium penyampaian yang sangat efektif dan sangat
meluas digunakan pada masa kini.
Tujuan
1. Sejajar dengan perkembangan ICT dan penggunaan teknologi yang
meluas dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini, Panitia
Sejarah turut bersama-sama ingin merealisasikan hasrat tersebut.
Oleh itu, penggunaan LCD Projector dan dapat membantu
memudahkan pengajaran dan pembelajaran dan dapat menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan bercorak ICT. Hal ini dapat menarik
minat pelajar untuk lebih meminati mata pelajaran Sejarah. Selain
itu, Panitia Sejarah mensasarkan jumlah pelajar mendapat gred A+
dalam SPM dan PT3 adalah sebanyak 100% dengan gred purata 1.00
bagi kedua-dua pilihan.
2. Pembelian LCD Projector ini dapat:
(a) Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran dan ini
dapat

menjadikan

PDP

guru

lebih

menarik

serta

dapat

menghilangkan rasa mengantuk pelajar dengan menggunakan


tulisan dan bunyi-bunyi yang menarik.
(b)Meningkatkan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Contohnya
penggunaan

perisian

Microsoft

Power

Point.

Ini

dapat

membuatkan pelajar lebih fokus kepada tajuk pembelajaran


Sejarah.

Kesimpulan
Diharapkan hasrat Panitia Sejarah ini tercapai bagi meningkatkan mutu
pencapaian Gred A pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Ini amat penting
bagi mempertahankan kecemerlangan dan seterusnya melonjakkan lagi
pencapaian pelajar.
Peruntukan Kewangan
1. Peruntukan kewangan untuk pembelian 'LCD Projektor' ini diambil
dari PCG sebanyak RM 1600.00
2. Di sini dilampirkan 3 sebut harga bagi pembelian 'LCD Projektor'.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan

oleh:
.................................
.........................
(Musjahida Mustafa)
KP Sejarah

...............................

.....