Anda di halaman 1dari 2

GLUP1113 Undang-Undang Perlembagaan II

TAKE HOME TEST


SOALAN SATU/QUESTION ONE
Jeffrey adalah seorang ahli perniagaan berasal dari Amerika Syarikat dan berminat untuk
melabur di Malaysia di dalam sektor pengeluaran. Beliau sedang dalam rangka lawatan ke
Malaysia untuk mencari peluang-peluang pelaburan dan juga tapak lokasi yang sesuai untuk
projek perniagaannya. Setelah beberapa bulan berlalu Jeffrey mulai berkenan dengan sebuah
lokasi di negeri Kedah Darulaman dan sangat berminat untuk memulakan langkah pelaburannya
di negeri tersebut. Walaubagaimanapun Jeffrey juga amat mengambil berat tentang kedudukan
perniagaannya dan sama ada undang-undang di Malaysia dapat menjamin pelaburannya akan
mendatangkan pulangan yang menguntungkan. Seorang peguam rakyat Malaysia Jin Teck telah
memberikan pendapatnya kepada Jeffrey bahawa sistem undang-undang di Malaysia tidak sama
dengan Amerika Syarikat dan juga badan kehakimannya sudah tidak boleh diyakini lagi
terutamanya selepas peristiwa Krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1988 melibatkan
badan kehakiman negara ini. Pemecatan seorang Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas telah
banyak memberikan kesan kepada institusi kehakiman di negara ini. Kini Jeffrey merasa keliru
dengan perancangannya untuk melabur di Malaysia dan ingin mendapatkan pendapat kedua
mengenai isu tersebut dan beliau telah datang kepada anda untuk mendapatkan nasihat.
Nasihatkan Jeffrey dengan menerangkan kedudukan badan kehakiman kini selepas Krisis
Perlembagaan 1988.
Jeffrey is an American businessman and has a keen interest to invest in Malaysia in the
manufacturing sector. He is on a business trip to Malaysia to seek business and investment
opportunities and to locate a suitable location for his business project. After some months of
searching, Jeffrey found a location in Kedah Darulaman that has now triggered him to start his
business investment soonest. However Jeffrey is also concerned with the position of his
business and whether the laws in Malaysia would be able to secure his investments so that
he could confidently maximized his profits. Jin Teck a Malaysian lawyer has advised him that
the Malaysian legal system is different from the United States of America and that there are no
public confidence in the judiciary especially after the Constitutional Crisis of 1988
involving the judiciary. The dismissal of the Chief Justice Tun Salleh Abbas has affected the
judicial institution of this country. Now becoming even more confused than before about
his business ventures in Malaysia Jeffrey wants to get a second opinion on the issue and he
comes to you for advice. Advice Jeffrey by explaining the position of the judicial body now
after the 1988 Constitutional Crisis.
(10 markah/marks)
SOALAN DUA/QUESTION TWO
Perdana Menteri telah kehilangan keyakinan majoriti di Parlimen. Apakah langkah selanjutnya
yang berkemungkinan akan berlaku? Jelaskan dengan menggunakan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan dan kes-kes yang berkaitan.
The Prime Minister has lost majority confidence of the Parlimen. What would be the next
possible occurrence? Elaborate by applying the provisions of the Federal Constitution and
relevant cases.
(10 markah/marks)

GLUP1113 Undang-Undang Perlembagaan II

Anda mungkin juga menyukai