Anda di halaman 1dari 5

Soalan 8: bincangkan isu-isu semasa maritim di Nusantara masa kini yang

berkait dengan sejarah peradaban maritim masa lalu.

1.0 Isu keselamatan


1.1
konsep keselamatan: merujuk kepada ketiadaan ancaman terhadap
sesebuah entiti dalam konteks sesebuah negara.
1.2
Pencerobohan Sulu
insiden pencerobohan bersenjata di lahad datu Sabah oleh
sekumpulan penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai
tentera di raja kesultanan Sulu, pada februari 2013 di kampung
Tanduo, felda sahabat telah menggugat keselamatan dan
kesejahteraan rakyat Sabah.
Dalam insiden ini, telah mengorbankan banyak nyawa wira-wira
negara kita. Pencerobohan Sulu ini telah menjadi satu ancaman
pada rakyat Sabah, sehinggalah ke hari ini.
Perkaitan antara isu keselamatan di Sabah ini dengan sejarah
peradaban maritim pada masa lalu ialah, pada abad ke 17 dan ke

18, sebahagian besar wilayah di bahagian utara dan pantai timur


Sabah ditadbir oleh kesultanan Sulu setelah diserahkan oleh
kesultanan Brunei sebagai ganjaran ke atas pertolongan yang
diberikan Sulu dalam menyelesaikan perang saudara antara sultan
muhyiddin dengan sultan abdul hakkul mubin di pulau chermin,
brunei.
Pada abad ke 18 dan 19, kesultanan Sulu meluaskan empayar ke
Sabah dengan tujuan untuk menguasai pelbagai sumber daratan
dan Marin. Pada tahun 1878, dominasi kesultanan Sulu diwilayah
jajahannya berakhir apabila sultan Jamalul alam menyerahkan
sendiri wilayah-wilayah tersebut kepada British North Borneo
Company melalui perjanjian 1878 berikutan penjajahan sepanyol ke
atas filipina.
Bermula pada tahun 1962, tuntutan demi tuntutan yang dilakukan
oleh waris kesultanan Sulu yang diterajui oleh keluarga Kiram.
Namun, tuntutan-tuntutan tersebut tidak hiraukan mahupun
diterima. Oleh itu, pada februari 2013, sultan jamalul kiram III telah
bertimdak menyerang dan menceroboh Lahad datu. Tindakan yang
dilakukan
ini
jelas
bertentangan
dengan
undang-undang
antarabangsa dan mampu mengancam keselamatan negara.
Oleh itu, jelaslah melalui sejarah silam, yang mana kesultanan Sulu
pernah mentadbir sebahagian borneo pada masa lalu, telah
menuntut semula wilayah Sabah ini pada masa kini. Tuntutan demi
tuntutan tidak berjaya yang dilakukan oleh waris kesultanan Sulu
akhirnya menyebabkan Jamalul kiram III telah melakukan
pencerobohan di lahad datu Sabah yang akhirnya mengugat
keselamatan rakyat mahupun negara.

2.0 Pati
Setiap negara mempunyai perundangannya sendiri. Di Nusantara
misalnya, setiap negara mengalami masalah Pendatang Asing Tanpa Izin
(PATI) yang mana negara-negara tidak dapat menyelesaikan masalah ini
secara tuntasnya.
Sebagai contohnya, PATI dari Filipina dan indonesia yang berada di Sabah.
Pendatang asing tanpa dokumen diri yang berada di Sabah ini bukan
sesuatu yang baru. Hal ini disebabkan kerana, kebanyakkan mereka sudah
lama menetap di Sabah.
Faktor-faktor terjadinya isu PATI di Sabah ini ialah faktor tolakan di mana
keadaan ketidakstabilan politik di selatan filipina serta ketiadaan
pekerjaan di tempat asal mereka termasuk sulawesi. Keadaan ini
ditambah lagi oleh faktor penarik iaitu pertumbuhan ekonomi yang pesat

di Sabah dalam sektor pembinaan, pembalakan, perladangan yang


memerlukan penggunaan buruh yang ramai sekitar tahun-tahun 1980 an.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap penduduk tempatan sendiri
yang kelihatan tidak begitu berminat untuk mencaburi bidang pekerjaan 3
D iaitu Dirty, Dangerous, difficult. Hal ini telah membuka peluang
pekerjaan kepada PATI ini. Antara 500,000-700,00 orang PATI didapati
tinggal di Sabah. Jumlah yang besar ini menunjukkan bahawa isu PATI ini
sukar untuk dibendung tanpa adanya usaha dari kedua-dua belah pihak
iaitu, antara negara penerima dan negara asal PATI tersebut.
Hubung kait isu PATI ini dengan sejarah peradaban maritim pada masa lalu
ialah, jika kita tinjau sejarah maritim masa lalu, masyarakat dulu kala
berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mendapatkan
perlindungan mahupun untuk mendapatkan sumber makanan dan
pekerjaan. Walau bagaimana pun pada dulu kala, migrasi dari satu
kawasan ke kawasan yang lain tidak memerlukan dokumen. Apabila
Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke
15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang,sami
Buddha dan Hindu,tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk
memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Antara faktor
penolak yang membawa kepada penghijrahan mereka ialah hasrat
pemuka-pemuka agama mereka untuk meluaskan ajaran Buddha dan
Hindu ke seluruh dunia. Mencari pasaran baru untuk berniaga juga
merupakan faktor utama penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu
sebelum pendudukan British di Tanah Melayu. Melaka yang pada ketika itu
sangat terkenal telah menarik minat pedagang India untuk turut serta
berniaga di situ.

3.0 Pemerdagangan
pemerdagangan orang (Trafficking in people) ertinya segala perbuatan
yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau
perkhidmatan seseorang melalui paksaan.
Pemerdagangan manusia ini adalah salah satu jenayah rentas sempadan.
Selalunya, pemerdangangan manusia ini dilakukan melalui jalan laut
kerana kos yang murah untuk sampai ke sesuatu kawasan.
Sebagai contohnya, filipina merupakan seumber utama dari orang-orang
yang diperdagangkan ke negara-negara lain. Misalnya ke negara-negara
bersatu, singapura, canada, jepun, italy, united state, jordan, malaysia,
korea selatan dan arab saudi. Pihak berwajib filipina telah melaporkan
bahawa jumlah mangsa pemerdagangan manusia ini meningkat dari 220
pada tahun 2004 menjadi 359 pada tahun 2007 1.
Antara sebab berlakunya permerdagangan manusia ini ialah perkrutan,
dokumentasi, penghantaran dan tempat bekerja. Mengenai dokumentasi,
sewaktu penghantaran orang yang di dagangkan ke negara destinasi orang
berkenaan adalah pemegang pasport yang legal atas tujuan lawatan sosial.
1 Joshua H. Ho and Sam Bateman (ed.).2012. maritime challenges and priorities
in asia : implication for regional security. London and New York: Routledge. Hlm
109. (VA 620.M368 2012)

4.0

Dari segi perekrutan, orang yang diperdagangkan direkrut oleh agensiagensi pekerjaan asing di negara asal. Pada awalnya mereka telah
dijanjikan pekerjaan yang baik di negara destinasi dan tidak menyalahi
peraturan.
Setelah berada di negara destinasi, mereka menjadi imigran illegal atas
sebab pastport mereka dirampas oleh orang yang mengeksploitasi mereka.
Mereka ini dipaksa bekerja di permis-permis perniagaan tanpa permit kerja.
Sebagai contoh, wanita dan kanak-kanak dari Filipina diperdagangkan
untuk menjadi pekerja seks. Selain itu mereka juga menjadi subjek
kekerasan rumah tangga, buruh paksa yang melanggar hak asasi manusia.
Hubung kait antara isu pemerdagangan manusia ini dengan sejarah
martim masa lalu, dapat dilihat dari sistem perhambaan yang tercatat
dalam buku sejarah moden awal asia tenggara yang menyebut mengenai
sistem perhambaan. Dalam buku ini ada menyebut, hamba-hamba
merupakan modal dan kekayaan utama penduduk pribumi kepulaun ini,
kerana banyak manfaatnya dan sangat diperlukan untuk menggarap
ladang pertanian mereka. Maka hamba-hamba pun dijual, ditukar, dan
didagangkan sama seperti barang-barang dagang lainnya, dari kampung
ke kampung, dari provinsi-ke provinsi, dan tentu saja dari pulau ke pulau. 2
Sebagai contohnya, dalam sejarah Indonesia, perhambaan pernah menjadi
sistem pekerjaan yang sah. Amalan ini berlangsung pada kurun (14001700). Kala itu terdapat sejumlah orang yang menyerahkan dirinya secara
sukarela kepada penguasa untuk jadi hamba. Antara lain tersebab hutang,
ketidakmampuan membayar mas kawin.
Raja-raja menggunakan hamba ini sebagai pembuat bangunan, membersih
kawasan hutan, menggali batuan dan sebagainya. Di Banten pula,
pemerintah mengupah hamba untuk menjadi penghibur kepada tetamu
yang datang. Mereka diminta untuk menyanyi dan menari.
Hamba menjadi simbol kepada kekuasaan seseorang penguasa. Semakin
banyak tenaga kerja (hamba) semakin berkuasalah seseorang penguasa
tersebut.
Oleh itu, tidak hairanlah isu pemerdagangan manusia ini boleh dikaitkan
dengan sistem perhambaan yang pernah berlaku pada masa dahulu.
Hanya bezanya, hamba pada zaman dahulu adalah hamba yang sukarela
menjadikan dirinya sebagai hamba atas sebab tertentu seperti pembelaan
nasib. Manakala, pada masa sekarang, isu pemerdagangan manusia ini
adalah melalui paksaan yang melibatkan hak asasi manusia.
kesimpulan.
Kesimpulannya, isu-isu semasa yang berkaitan dengan perairan di
nusantara ini tidak terlepas daripada hubungkaitnya dengan sejarah
peradaban maritim pada masa lalu. Isu-isu semasa seperti perlanunan,
pengeboman ikan, persempadanan, pencerobohan, pendatang tanpa izin,

2 Anthony Reid. 2004. Sejarah modern awal asia tenggara. Terj. R.Z. Leirissa. Jakarta:
Pustaka LP3ES. Hlm 239.( DS 526.4.R35153 2004)

dan pemerdagangan manusia adalah antara isu-isu yang menjadi


kebimbangan di perairan nusantara. Isu-isu ini perlukan pemerhatian yang
lebih mendalam agar dapat di atasi bersama. Kerjasama antara negaranegara di nusantara juga perlu di eratkan untuk menghadapi sebarang
ancaman yang mendatang di perairan nusantara ini.