Anda di halaman 1dari 5

BAB 3

Perkembangan Semasa Pranatal

PROSES PERSENYAWAAN
Secara umumnya, proses persenyawaan merupakan asas bagaimana terbentuknya jasad
manusia. Proses ini berlaku apabila dua sel gamet iaitu satu daripada lelaki (sperma) dan satu
lagi daripada perempuan (ovum) bersatu untuk membentuk satu sel yang dipanggil zigot yang
akan membesar sebagai bayi.
Sperma iaitu antara sel terkecil yang terdapat dalam badan manusia dihasilkan oleh testis
seorang lelaki matang. Terdapat berjuta-juta sperma dihasilkan daripada proses ejakulasi.
Sperma-sperma ini akan masuk ke saluran fallopian melalui servik dan akan berenang
mendapatkan ovum. Persenyawaan berlaku apabila sperma Berjaya menembusi ovum dan
proses ini berlaku pada hari ovulasi atau lima hari sebelum ovulasi.

FASA PERKEMBANGAN SEMASA PERINGKAT PRANATAL


Antara peringkat yang amat penting dalam kehidupan manusia ialah sewaktu dalam kandungan
ibu. Pada tahap ini proses pembahagian sel pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal
berlaku dengan amat aktif. Kelakuan ataupun amalan ibu sewaktu mengandungkan bayi akan
mempengaruhi pembentukan bayi tersebut samada dari segi emosi, fizikal dan juga
psikologikal. Selepas proses persenyawaan, zigot yang akan terbentuk hasil daripada
gabungan sel ovum dan sperma akan membahagi dan berganda menjadi dua, empat, lapan
dan seterusnya. Pada masa bayi bersedia untuk dilahirkan, ia telah mempunyai berjuta-juta sel.
Perkembangan bayi sewaktu prenatal terdiri daripada tiga fasa:
1- Fasa germinal ( Lebih kurang dua minggu)
2- Fasa embrionik (dalam temppoh dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan)
3- Fasa fatal
Sewaktu di fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga, bayi dipanggil fetus.

Fasa Geminal
Fasa ini juga dikenali sebagai peringkat pembentukan zigot dan proses ini berlaku dalam masa
dua minggu. Pada fasa ini zigot membahagi berulang-ulang kali sewaktu dalam perjalanan (3-4
hari) ke uterus. Zigot yang terbentuk bola kecil ini berlegar-legar di sekitar uterus selama lebih
kurang 3-4 hari sehingga blastosis melekat (implanted) dengan kuatnya di dinding rahim.
Lapisan dalam blastosis ini akan membentuk embrio dan lapisan luar adalah amnion, korion,
plasenta, kord umbilikus akan memelihara lembaga yang telah terbentuk. Proses perlekatan ini
mengambil masa lebih kurang seminggu atau lebih. Selama beberapa hari di fasa ini sel-sel
dibahagikan mengikut fungsi masing-masing.
Fasa Embrio
Ianya bermula pada minggu ketiga dan berakhir pada minggu kelapan dalam kandungan. Fasa
ini mengambil masa dari mula zigot melekat di dinding rahim sehingga lebih kurang dua bulan
bayi dalam kandungan. Pada waktu ini pelbagai organ utama dalam badan mula terbentuk
seperti jantung dan paru-paru mula membentuk dengan aktif. Pembentukan awal system otak
dan organ utama ini penting untuk penyerapan zat-zat makanan dan juga perkembangan
embrio. Pada usia kandungan mencecah 4 minggu, system jantung telah mula berfungsi dan
mengepam darah.
Pada akhir minggu ke-8, panjang embrio adalah lebih kurang satu inci. Kepala telah mula
membulat dan ciri-ciri pada muka telah mula membentuk. Pada usia ini juga, system saraf mula
menyampaikan maklumat ke bahagian-bahagian utama. Hanya pada minggu ke-7 kod genetik
yang menentukan jantina bayi mula berfungsi menyebabkan organ seks mula membahagi.
Sekiranya sel kromosom Y hadir, testis akan mula membentuk dan mula menghasilkan
hormone androgen. Hormon androgen ini akan mengarahkan kod genetik membentuk ciri-ciri
kelakian pada organ seks bayi.
Sewaktu dalam fasa embrio, struktur yolka akan terbentuk dimana bayi dikelilingi oleh cecair
amniotik yang terkandung dalam sarung amniotik. Sarung ini berfungsi untuk membolehkan
embrio bergerak dengan bebas tanpa tercedera. Selain itu, ia juga mengawal suhu persekitaran
tempat tinggal embrio. Makanan dan bahan sisa diambil dan dikeluarkan melalui plasenta.
Plasenta ini digabungkan oleh kord umbilikus. Salur darah disekeliling rahim ibu pula bertindak
sebagai penyambung plasenta kepada bayi. Pada tahap ini pemakanan ibu banyak

mempengaruhi tumbesaran bayi seperti alkohol, dadah serta aspirin yang diambil akan
menyebabkan beberapa kecacatan kepada bayi dalam kandungan.
Fasa Fetus
Fasa ini bermula apabila kandungan berusia 3 bulan sehingga lahir. Organ utama seperti jejari
tangan serta kaki sudah terbentuk pada peringkat ini. Apabila usia janin dalam kandungan
masuk ke bulan yang ke-4, maka janin ini akan mula bergerak dan pada akhir bulan ke-6 janin
yang normal akan bergerak dengan aktif. Janin pada ketika ini menghisap jari, berpusing,
sensetif terhadap cahaya dan juga boleh menggerak-gerakkan kelopak matanya. Pada ketika
ini, sekiranya janin tersebut telah melalui perkemabangan organ-organ dalaman yang matang
maka ia mampu meneruskan kehidupan dan bersedia untuk dilahirkan.

TRIMESTER 1
Pada awal minggu ke-9, ukuran kepala janin adalah separuh panjang badannya. Selepas itu,
pertumbuhan badan janin pesat berlaku sehingga akhir minggu ke-12, panjangya meningkat 2
kali ganda. Pada peringkat ini juga organ utama tubuh telah terbentuk, jantung berdenyut cepat,
darah beredar melalui saluran darah, perut janin mula aktif dan ginjal mula berfungsi.
Perubahan yang berlaku seterusnya adalah pertambahan dari segi saiz dan fungsinya. Semasa
trimester ini organ seks juga telah terbentuk dan mungkin boleh dapat dikenal pasti melalui ultra
bunyi. Kebanyakkan wanita yang hamil pada peringkat ini mengalami rasa loya dan munkin
muntah apabila terbau sesuatu yang wangi atau bsuuk.
TRIMESTER 2
Pada masa ini lapisan luar kandungan diselubungi oelh abhan yang dipanggil vemiz. Vemiz
berupa seperti keju dan membantu melindungi kulit dari pecah dan merekah, memandangkan
janin mengahbiskan banyak masa berada dalam cecair amniotik. Pada peringkat ini lanugo atau
bulu halus yang tumbuh dikeseluruhan badan bayi ini membantu vemiz melekat pada kulit.
Perkemabangan yang paling ketara pada peringkat ini adalah perkembangan otak dimana
semua neuron sudah mengambil tempatnya. Neuron tidak akan dihasilkan lagi sepanjang
ahayat individu tersebut. Glial cells yang membantu menyokong pertumbuhan neuron dan
memberikannya makanan dan akan terus bertambah sehingga selepas kelahiran. Pada akhir
trimester, kebanyakkan organ akan lengkap berkembang. Secara majoritinya adalah melibatkan

perkembangan otak dimana semua neuron masing-masing

berada ditempat mereka.

Walaubagaimanapun, glial cell yang menyokong dan membekalkan makanan pada neuron
akan menyambung untuk bertambah dalam jangka masa kehamilan mahupun selepas
kelahiran.
TRIMESTER 3
Pada trimester ini masa janin dilahirkan akan memnentukan peluang untuk hidup. Tahap ini
adalah tahap yang selamat untuk dilahirkan. Pada peringkat ini otak janin akan terus
berkembang dengan kadar yang cepat dan semakin pesat sitem neuron berkembang, janin
akan lebih banyak berkembang. Pada bulan ke-8, satu lapisan lemak mula terbentuk di abawah
lapisan kulit janin yang membantu menyelaraskan suhu badan. Ketika menuju keakhir
kehamilan, aras hormone progestron turun dengan mendadak. Kejadian menyebabkan
perubahan-perubahan lain seperti berikut:

Pengecutan otot-otot uterus tidak lagi disekat atau diahalang oleh hormone progestron

yang semakin berkurang.


Kelenjar pituitary akan merembeskan hormone oksitoksin dimana hormone ini

merangsangkan pengecutan beritma otot uterus.


Perembesan hormone prostaglandin oleh plasenta

bertambah.

Hormon

ini

merangsangkan pengecutan otot luar kawal untuk meningkatkan daya tolakan dan
kekerapan pengecutan otot uterus.
Di akhir bulan ke-9, jari jemari mula terbentuk dengan sempurna dan semua organ sudah
bersedia untuk berfungsi.
GENERIK DAN KETIDAKNORMALAN KROMOSOM
Mutasi ditakrifkan sebagai perubahan yang berlaku secara spontan terhadap bahan genetik
yang boleh diwariskan. mutasi berlaku dalam 3 cara. Meiosis yang tidak berlaku dengan
sempurna, menyebabkan bilangan kromosom dan kandungan gen dalam gamet berubah. Jika
perubahan genetik ini tidak menyebabkan zigot mati dalam kandungan maka zigot yang
terbentuk akan berkembang menjadi mutan. Perubahan kepada struktur DNA dan kromosom
disebabkan oleh pemecahan struktur dwiheliks oleh beberapa agen. Bahan kimia misalnya asid
nitrus, peroksida dan sinar X menyebabkan Kelenjar.
Kebanyakkan dari kes-kes kematian yang berlaku sewaktu dalam kandungan adalah
disebabkan ketidaknormalan yang berlaku kepada kromosom. Menurut kajian yang dlakuakan

oleh Milunsky (1992) dan Papalia & Osgoods (1998), seorang daripada 156 kanak-kanak di
Barat mempunyai kecacatan pada kromosom. kebanyakkan daripada ketidaknormalan ini adalh
diwarisi manakla selebihnya berlaku sewaktu proses perkembanagan dalam kandungan.
Terdapat berbagai jenis ketidaknormalan kromosom, antaranya adalah seperti berikut:

Sindrom Klienfelter: Disebabkan oleh kelebihan kromosom pada kromosom XY. Ini
menyebabkan individu yang mengalaminya mempunyai tambahan kromosom X

menjadikannya XXY.
Sindrom Turner: Terjadi apabila terdapat kekurangan pada kromosom iaitu OX. individu
yang terbentuk hasil daripada kekurangan pada kromosom X ataupun Y ini akan
membesar sebagai wanita tetapi mengalami masalah dari segi fungsi seksual mereka.
Individu ini akan mempunyai struktur tubuh badan yang kecil, leher yang lebar, tidak
terdapat kedua-dua ciri-ciri seks dan juga mempunyai gonad yang terbantut, Pesakit ini

didapati mengalami masalah dari segi persepsi kognitif dan juga mandul.
Sindrom Down: Contoh ketidaknormalan autosom yang berlaku pada seseorang
individu. Sindrom ini berlaku apabila kromosom ke-21 mengalami pertambahan ataupun
kromosom tersebut bergabung dengan pasangan kromosom yang lain. Sindrom ini juga
dikenali sebagai trisomi 21. Ciri-ciri utama pesakit ini ialah kelopak mata yang agak
rendah, lidah terjelir, kerosakkan pada hati, mata, mulut dan juga kecacatan motor.

Anda mungkin juga menyukai