Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillahirabbil alamin..

Rabishrahli sadri wayasirli


Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan
nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat. s.a.w serta para sahabat.
Sidang penonton yang saya muliai guru-guru dan murid-murid SKF Semenchu
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah kerana kita sama2 dapat bertemu..
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, hati merasa gembira dengan
kedatangannya,bulan yang penuh berkat. Sekarang kita telahpun termasuk
dalam sepuluh malam terakhir maka marilah kita sama2 meningkatkan amal
ibadat kita kepada Allah Ta'ala. Marilah kita sama2 mencari malam lailatul qadar
Marilah kita berazam di bulan ini.
Bulan Ramadhan bulan yang ke berapa?
Seringkali kita mendengar perkataan ramdhan.. apakah maksud sebenar
Sabda Rasulullah Ramadhan dalam bahasa arab bermakna panas yang membakar.
Aisyah radhiyallah anha bertanya kepada rasulullah : Ya Rasulullah, mengapa
dinamakan ramadhan ? rasul menjawab : sebab pada bulan itu Allah membakar dosadosa orang beriman, dan memberikan ampunan kepada mereka ( Isfahani/Tafsir Durarur
Mansur, jilid 1, hal.335 ).

Menurut Ibnu Faris Ramadhan berasal daripada klaimah bahasa arab Ro Mim
Dal yang bermaksud ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan
kepanasan cahaya matahari.
Ada yang berpendapat pula kepanasan perut orang yang berpuasa kerana
kehausan.
Dalam hadis yang lain juga disebutkan : Berpuasalah kamu, maka kamu akan sehat
( hadis riwayat Ahmad ).

1.Bulan yang kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah agar diampunkan


segala dosa kita.
2- Kita banyakkan berzikir, beristighfar berselawat dan seumpamanya, kita tetapkan
zikir kita umpama ingin berzikir 10 ribu sehari atau mengikut kemampuan masingmasing.

3- Sekurang-kurangnya kita khatam Al Quran sekali sama ada secara tadarus atau
sendirian dalam sembahyang atau luar sembahyang. Tadarus al Quran adalah untuk
memperbaiki hati dan otak manusia.
Dalam sebuah hadis rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya hati manusia itu
dapat berkarat bagaikan besi yang berkarat . Sahabat bertanya : Ya rasulullah, jika
demikian apakah caranya untuk membersihkan karat hati tersebut ? . rasulullah saw
menjawab : Karat hati itu hanya dapat dibersihkan dengan bacaan al Quran dan
mengingat kematian . ( hadis riwayat baihaqi )

4- Bangunlah pada waktu malam bertahajjud dan munajat di malam hari kepada Allah.
5- Banyakkan bertafakur dan berkhalwah dengan menumpukan tawajjuh kepada Allah
agar hati kita tunduk kepada-Nya.

6- Jagalah anggota kita daripada maksiat terutama maksiat mata dan lidah.
7- Infaklah harta pada jalan Allah dalam keadaan ikhlas.
8- Berbuka dan bersahurlah dalam keadaan mengikut sunnah dan jauhkan daripada
pembaziran.
9- Sempurnakan solat terawih sebanyak 20 rakaat dan witir solat adalah pengisian jiwa dan
ruh agar tetap kuat

10- Jangan abaikan ilmu dengan mendengar tazkirah dan seumpamanya.

Rebutlah banyak kelebihan yang ditawarkan oleh Allah di bulan Ramadhan serta
tingkatkan ibadat terutama pada 10 malam terakhir.

Sila jawab soalan yang diberikan ;

1. Lailatul Qadar lebih baik nilainya dari ______________bulan


Jawapan :.1000
2 . Bulan Ramadhan merupakan bulan keberapa dalam bulan Islam
Jawapan : 9
3. Nyatakan pengertian puasa mengikut hukum syarak.
Jawapan : Menahan diri daripada makan dan minun dan perkara-perkara yang
membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
4. Apakah hukum berpuasa ke atas umat Islam yang cukup syarat-syaratnya ?
Jawapan : Wajib.
5. Sebutkan syarat dua hikmah puasa.
Jawapan : 1. Melatih diri dengan sifat mahmudah
dirasaikan oleh orang miskin.
@ lain-lain jawapan yang bersesuaian.

2. Menginsafi kesusahan yang

6. Orang
berpuasa
hendaklah
menjauhkan
Jawapan : Perkara-perkara yang membatalkan puasa.

diri

daripada

apa?

7. Umat Islam diwajibkan berpuasa berdasarkan firman Allah ayat 183 dalam Surah
?
Jawapan : Al-Baqarah
9. Nyatakan dua syarat wajib puasa.
Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa
10. Nyatan dua lagi syarat puasa selain daripada jawapan yang telah diberikan tadi.
Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa
11. Adakah orang tua yang uzur menderita penyakit kronik wajib berpuasa ?
Jawapan : Tidak
12. Bagaimanakah
Jawapan : Sah

keadaan

puasa

kanak-kanak

yang

belum

baligh

13. Bagaimanakah puasa orang kafir yang meniru cara umat Islam menjalankan ibadah
puasa
?
Jawapan : Tidak Sah

Anda mungkin juga menyukai